Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Tuesday, July 8, 2008

Konsert 'Protes' kecoh

Malaysiakini - Penganjur perhimpunan membantah kenaikan harga minyak Ahad lalu harus dipersalahkan atas kontroversi kumpulan Carburetor Dung, kata seorang sasterawan veteran. -->>lanjut
Penyair tersohor Pyanhabib juga tidak senang dengan kontroversi itu.

"Perkara ini sepatutnya tidak berlaku. Susah payah Protes, jadi habis begitu sahaja. Tidak pasal-pasal, yang difokuskan sekarang bukan hal minyak naik tetapi hal peserta naik minyak," katanya, yang turut serta membaca puisinya membantah kenaikan harga minyak sebelum kejadian.

Jangan libatkan Pak Lah dengan krisis Najib dan Anwar

Oleh : Long Ismail Razak
Kemelut antara Anwar dan Najib kian meruncing apabila Anwar menuduh Najib mempunyai hubungan seks dan hubungan luar tabie dengan Altantuya sedangkan Anwar pula menerima laporan liwat oleh Saiful dan kes ini dalam penyiasatan.Tuduhan Anwar di nafikan oleh Najib dan akuan bersumpah seorang penyiasat persendirian ditarik balik dalam masa tidak sampai 24 jam.

Kini terdengar desas-desus yang dikaitkan dengan penyokong Najib yang tersebar mengatakan bahawa Najib menyalahkan Perdana Menteri yang terlibat dalam isu perang antara Anwar dan Najib. Tuduhan juga dikaitkan dengan tersebar berita yang kononnya Saiful ada pertalian darah dengan menantu Pak Lah, isteri kepada Kamaluddin. Kini nama Pak Lah pula dikaitkan sedangkan krisis ini sebenarnya adalah krisis antara Najib dan Anwar.

Pak Lah agak terperanjat apabila, keluarga beliau dikaitkan dengan pengadu yang telah membuat laporan liwat terhadap Anwar Ibrahim. Ramai yang berpendapat bahawa Pak Lah sebenarnya tidak langsung mencampuri urusan krisis Anwar dan Najib, malahan Pak Lah juga telah membuat keterangan dan menafikan segala tuduhan Anwar dan ini memberikan impak yang besar kepada Najib kerana Perdana Menteri sentiasa dibelakang beliau. Adalah tidak wajar untuk mengaitkan Pak Lah dalam krisis antara Najib dan Anwar.

Ada yang mengatakan, sumber yang telah mendedahkan bahawa Saiful ada hubungan keluaraga dengan menantu Pak Lah datangnya dari penyokong Najib .

Najib seharusnya menasihati orang-orang beliau agar bertenang dan jangan mengaitkan Pak Lah dalam kemelut ini kerana ini akan memburukkan dan melemahkan kepimpinan dan gandingan dua pemimpin yang sukar digugat kekuatan mereka walaupun berbagai cubaan dan dugaan yang mereka hadapi. Desas -desus ini sedikit sebanyak telah menajdikan keadaan agak getir diantara kedua-dua penyokong pemimpin pertama dan kedua ini.