Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Wednesday, July 2, 2008

Ada calon Ketua Pemuda tabur ole-ole dari ATM

Oleh: Teropong Malam
Kerja-kerja melobi untuk jawatan-jawatan pada pemilihan UMNO yang akan datang telah bermula dengan rancak diseluruh pelusuk tanah air. Ramai juga yang telah memasang wakil masing-masing untuk menjalankan tugas ini, ada wakil yang berjalan secara berkumpulan dan ada yang berjalan secara individu. Walaupun masih ada yang tidak pasti mahu bertanding atau mempertahankan jawatan namun lobi-melobi jawatan Ketua Pemuda UMNO adalah yang paling hebat kali ini.

Ramai juga nama-nama popular dan yang tidak popular dan yang sudah tidak popular akan bertanding merebut kerusi panas ini. Apa yang menarik adalah ada desas-desus telah tersebar luas bahawa salah seorang calon Ketua Pemuda UMNO kini sedang memberi ole-ole kepada bakal-bakal perwakilan yang berpontensi. Ada bakal-bakal perwakilan yang menyimpan ole-ole dan bukti untuk dijadikan bahan bukti apabila mereka membuat laporan nanti.

Lumayan juga ole-ole yang mereka terima , ole-ole yang keluar dari mesin ATM yang bernila RM1000 untuk satu kepala. Calon yang sudah tidak popular ini mahu memastikan bahawa beliau akan seiring dan pasti mendapat kerusi berkenaan bagi menyambung perjalanan politik beliau. Berhati-hatilah kerana ada yang sedang menyimpan ole-ole berkenaan untuk dijadikan bukti bagi membuat laporan. Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia ini sukar sedikit untuk ditutup. Ada yang sapu pemberian orang dengan gembira bercerita bahawa mereka menerima pemberian itu dan ada yang menerima dan akan menjatuhkan kita balik. Bertandinglah secara bersih untuk memastikan bahawa kita menang dan dipilih kerana kewibawaan kita dan bukan kerana ole-ole yang kita berikan.