Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Monday, June 23, 2008

Blogger.com gantung blog Dr Mahathir

chedet mahathir blog 020508Malaysiakini - Blog rasmi Tun Dr Mahathir Mohamad digantung oleh penyedia khidmat memblog Blogger.com sejak tiga hari lalu sehingga mantan perdana menteri gagal mengemaskinikannya.

Blog Chedet.com - 'che det' adalah nama gelaran dan nama pena Dr Mahathir - digantung dengan alasan ia dianggap sebagai "dicurigai blog spam".

Blog itu gagal dikemaskini sejak 19 Jun yang memuatkan artikel terakhirnya 'RapidKL: Answers to questions and SAPP'.

Komentar pengunjung di akhir artikel tersebut gagal diluluskan oleh Blogger.com. -->>lanjut

Melayu perlu kuat - Jangan sampai terima nasib terpaksa musafir di bumi sendiri

KUALA KANGSAR – Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah bertitah bangsa Melayu perlu kuat daripada segala aspek supaya terus gagah, berhati cekal, bersemangat waja dan berupaya mendaki gunung tinggi serta bertenaga menyeberangi lautan luas.

Titah baginda, adalah malang jika bangsa Melayu menerima nasib bagaikan dagang di kampung sendiri dan terpaksa bermusafir di bumi sendiri.

“Anak bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung,’’ titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada majlis Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) 2008 kelmarin.
Raja Nazrin bertitah, kejayaan anak bangsa pada masa sekarang adalah atas pengorbanan, keringat, kesusahan dan usaha generasi terdahulu.

Titah baginda, bangsa yang dapat meneruskan kelangsungan dan mengekalkan tamadun agungnya adalah bangsa yang tidak memutuskan diri dengan akar sejarah, malah senantiasa menghargai pengorbanan generasi terdahulu.

Baginda bertitah, MCKK menjadi kampung cerdik pandai Melayu yang terpilih daripada kalangan yang paling cerdas berasaskan prestasi pencapaian akademik.

‘‘Di sinilah asuhan, di sinilah bimbingan dilakukan dalam usaha membina modal insan untuk meneruskan kelangsungan bangsa di bumi warisan turun temurun.

“Permata-permata bangsa ini diserahkan untuk digarap, dicanai oleh barisan para pendidik. Garap dan canailah permata-permata bangsa ini supaya dapat menyinar cahaya kepada bangsanya dan negara.

‘‘Bisikkan kepada mereka akan petua orang- orang tua bahawa kiambang adalah kiambang, biduk berlalu bertautlah ia.

‘‘Pesankan kepada mereka jangan terlalu cepat bermusuh dengan kawan dan jangan terlalu ghairah bersahabat dengan musuh kerana sejak zaman dahulu lagi, terlalu banyak musang yang berbulu ayam, terlalu banyak sokong yang membawa rebah.

‘‘Ingatkanlah mereka akan sejarah bangsanya yang bernegara berlandaskan adat rakyat bersultan, negeri beraja,’’ titahnya.

Raja Nazrin bertitah, untuk itu, negara perlu melihat kedudukan MCKK daripada kaca mata penilaian yang berbeza dan tidak wajar disamakan dengan mana-mana institusi pendidikan lain.

Titah baginda, berasaskan akar sejarah penubuhannya, identiti MCKK daripada segi bentuk, tenaga pengajar, kurikulum dan kokurikulum harus mempunyai keunikan.

‘‘MCKK perlu senantiasa disuntik dengan nafas baru agar kekal dihormati sebagai institusi pendidikan menengah yang terunggul di negara ini.

‘‘Beta insaf betapa pentingnya kualiti, betapa mustahaknya taraf pendidikan di kolej ini ditingkatkan bertaraf dunia agar tradisi melahirkan barisan pemimpin yang berwibawa dapat diteruskan.

‘‘Dan keupayaan menghasilkan wira bangsa yang hebat berpencak di gelanggang dunia dapat dilaksanakan,’’ titah baginda.

Pemuda Gesa Tsu Koon Henti Sikap Tuding Jari

Oleh S.A Najmuddin
Kuala Lumpur - Pemuda UMNO hari ini mengingatkan Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon supaya berhenti menuding jari dan lebih berani menerima keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu tanpa menimbulkan polemik mempersoalkan dominasi komponen Barisan Nasional (BN).

Ketua Penerangannya, Datuk Azimi Daim berkata tidak timbul soal dominasi sesuatu parti di dalam BN seperti dakwaan dan persepsi negatif Koh, sebaliknya BN sejak dulu memang menjadi gabungan pelbagai komponen parti.

Menurut beliau BN adalah gabungan kerjasama pelbagai kaum dan wakil yang ada di dalam BN juga melambangkan komposisi kaum.
”Setiap parti komponen pula, mestilah memainkan peranan dan menumpukan kepada khidmat juang masing-masing di dalam BN, bukannya menuding jari kepada komponen lain untuk melepaskan diri sendiri daripada dikritik kaum atau ahli sendiri.

”Setiap parti komponen perlu serius, fokus dan berkerja lebih kuat serta cekap untuk rakyat, terutama di dalam keadaan politik dan ekonomi dunia terkini yang menuntut semua pihak memberikan sumbangan bermakna kepada kesejahteraan semua”, katanya hari ini.
Kata beliau lagi tindakan Koh menimbulkan polemik tersebut bukan sahaja merupakan publisiti murahan, malah rakyat akan melihat Koh mengarut dan bercelaru fikiran kerana tersentak daripada keputusan PRU-12.

Sementara itu, Ketua Pemuda Pulau Pinang, Datuk Mohd Salim Bari berkata Tan Sri Koh tidak perlu mencari publisiti dan cuba menarik perhatian dengan kononnya kritis, 'berani' dan lantang terhadap UMNO dan BN.

Menurut beliau keputusan PRU-12 memang jelas dan sebagai pemimpin nombor satu Gerakan, Koh mesti lebih 'berani' untuk menerima hakikat itu.
”Hentikanlah sikap suka menuding jari, Kaji sedalam-dalamnya kelemahan dan kekuatan parti, perancangan, strategi, pendekatan dan latar belakang parti komponen masing-masing.

”Hasil kajian itu pastinya akan dapat digunakan untuk memperkukuhkan Gerakan dan memastikan BN kembali menerajui pemerintahan, khususnya di Pulau Pinang”, katanya.
Tegas Salim lagi, sebagai orang yang pernah memimpin Kerajaan Negeri dan kini menjadi orang nombor satu Gerakan, Koh patut lebih bertanggungjawab dan berpandang lebih jauh untuk membawa parti, ahli dan penyokongnya kepada kemajuan.
”Adalah lebih baik dan bijak jika Koh mampu memimpin Gerakan untuk memfokuskan kekuatan dan keberaniannya kepada usaha memulihkan keyakinan rakyat kepada BN, bukan pula berkonfrontasi kepada komponen BN lain”, ujarnya.

Selamat Kembali Tan Sri Isa Samad

Oleh : Azhan Ismail
Tan Sri Isa Samad kini bebas untuk bertanding dan aktif kembali dalam UMNO setelah selesai menjalankan penggantungan selama 3 tahun kerana kes rasuah ketika pemilihan UMNO yang lalu. Isa adalah merupakan contoh ahli UMNO yang perlu kita ikuti dan mengambil sikap beliau sebagai satu contoh kerana telah akur dengan tindakan lembaga disiplin UMNO walaupun mempunyai kedudukan yang tinggi dalam UMNO dan juga kerajaan ketika lembaga disiplin mengantung keaahlian beliua. Ketika itu beliau adalah Naib Presiden UMNO dan juga Menteri Wikayah Persekutuan.

Syabas kepada beliau kerana telah berjaya melalui liku-liku perit ini dan selamat kembali dan selamat berjuang kembali semoga beliau telah mendapat banyak pengajaran dan juga hikmah sewaktu menjalankan pengantungan selama 3 tahun berkenaan. Walaupun beliau hanya lah seorang ahli biasa sahaja ketika ini , namun kita percaya Isa akan kembali melonjakkan diri beliau didalam UMNO kembali dengan pengalaman luas yang beliau miliki sebelum ini sebagai Menteriu Besar Negeri Sembilan dan juga menteri Wilayah Persekutuan.

Pengalaman yang beliau miliki amat berguna bagi membantu UMNO khususnya kepada generasi-genarasi muda. Sifat beliau yang lantang dan tegas walaupun beliau adalah merupakan pemimpin yang tenang akan dapat membantu UMNO mengukuhkan kembali senario parti. Kemablinya Isa Samad ke arena politik akan menceriakan lagi senario politik Negeri Sembilan . Mungkinkah Isa akan kembali bersaing bagi merebut kembali tempat Naib Presiden UMNO yang beliau kosongkan dan masih kosong sehingga kini.

Budaya Kerajaan PKR - Ahli PKR campuri urusan kerajaan negeri

Oleh : Newrule
100 hari sudah menunjukkan bahawa pegawai menteri kanan besar Selangor sudah mula mengamalkan rasuah kuasa , malangnya mereka lakukan dengan cara yang kurang bijak dan tertangkap .Inilah kata-kata yang hangat diperbualkan oleh rakyat negeri Selangor ketika ini. Mustahil Menteri Besar Selangor tidak tahu dan menyatakan ianya berlaku tanpa pengetahuan beliau.

Pegawai kanan menteri besar Selangor, yang sedang disiasat berhubung dakwaan salah guna kuasa dalam pengagihan kontrak pembuangan sampah di Petaling Jaya, akan digantung tugasnya esok. Kata menteri besar Selangor. Keyataan ini adalah sebagai cara untuk beliu mencuci tangan dari kesilapan yang berlaku dalam pentadbiran beliau dan dilakukan pula oleh pegawai kanan beliau.

“Ya, kemungkinan besar esok beliau akan dikenakan tindakan penggantungan,” Sumber-sumber lain pula berkata, tindakan itu telah diketahui oleh pegawai terbabit dan beliau mula memanggil mesyuarat dengan beberapa lagi rakannya dalam PKR.

Satu pertemuan dengan pengikutnya telah diadakan hari ini di pejabat pegawai terbabit di Gombak, kata sumber-sumber itu lagi, dan kemungkinan satu perhimpunan bantahan diadakan jika penggantungan tugas diteruskan.

Yang paling melucukan , penyokong PKR telah menunjuk perasaan apabila mengetahui bahawa pegawai ini akan digantung kerja , inilah budaya kerajaan PKR yang mahu menghalalkan apa saja tindakan yang salah dengan menunujuk perasaan. Belum pernah terjadi sebelum ini rakyat menunjuk perasaan sekiranya ada pegawai kerajaan yang dihukum atau digantung kerja kerana kesalahan melibatkan rasuah.

Yang menarik lagi , Menteri Besar Selangor sendiri tidak pasti akan tindakan yang akan dikenakan kepada pegawai berkenaan dan enggan memberikan penjelasan yang pasti tentang pengantungan pegawai berkenaan walaupun telah mencari pengganti pegawai berkenaan.

Episod lompat parti akan berakhir di Sabah

Oleh : Ikma Hisham
Percubaan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan ‘rampasan politik’ dengan memujuk Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) melompat parti jelas melanggar semangat demokrasi berparlimen yang diamalkan di negara ini. Percubaan menubuhkan kerajaan mengikut pintu belakang telah membuktikan bahawa Anwar sendiri yang telah mencemarkan sistem demokrasi di negara ini yang dikatakan oleh beliau sebagai tidak adil dan kotor. Malahan perbuatan Anwar sendiri yang telah mencabul sistem demokrasi di negara kita dengan cubaan untuk menafikan hak dan mandat rakyat yang telah memilih BN sebagai kerajaan.

Anwar yang terus mencuba untuk merampas kuasa dan kepingin sangat untuk menjadi Perdana Menteri dengan tidak malunya cuba untuk memujuk ahli-ahli parlimen BN untuk melompat parti seharusnya sedar bahawa tindakan beliau itu bertentangan dengan apa yang beliau laungkan selema ini. Pemangku Presiden Parti Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon berkata, perbuatan tersebut tidak menghormati keputusan pengundi yang telah memilih BN untuk menerajui negara pada pilihan raya lalu. Menurut beliau,

BN layak memerintah negara ini setelah mendapat mandat daripada para pengundi walaupun gagal mempertahankan majoriti dua pertiga. “Percubaan Anwar merampas kuasa BN jelas melanggar semangat demokrasi berparlimen”Tindakan Anwar adalah satu bentuk pengkhianatan dan boleh memecahbelahkan masyarakat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Koperasi Rakyat Berhad di Menara PGRM di sini hari ini.Beliau melihat tindakan Parti Maju Sabah (SAPP) mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai ‘kejayaan’ perancangan Anwar mempengaruhi Presiden parti itu, Datuk Yong Teck Lee.

Alahamdulillah sehingga hari ini , segalanya tidak meneyebelahi Anwar dan segala perancangan beliau gagal dan cubaan Anwar untuk menubuhkan parti secara jalan belakang tidak mendapat sambutan walaupun telah beberapa kali beliau mengumumkan bahawa akan berlaku satu kejutan lompat parti dari ahli-ahli parlimen BN. Kini semua gerakan Anwar telah terbongkar apabila Yong Teck Lee yang merupakan orang yang berada dibelakang beliau di dalam BN yang tertekan kerana kegagalan memujuk ahli parlimen Sabah melompat parti terpaksa menentang pucuk kepimpinan Perdana Menteri secara terus-terusan.

Nyatalah kini bahawa Yong Teck Lee adalah orang yang menjadi dalang untuk mengucar kacirkan politik Sabah dan jelas apa yang beliau lakukan memabayangkan bahawa beliau adalah seorang ahli politik yang boleh dibeli dengan janji -janji manis. Tindakan yang di ambil oleh pucuk pimpinan BN bertepatan dengan tidak menghukum SUPP dan Yong Teck Lee dan meletakkan SUPP dalam keadaan yang tersepit kerana mereka terpaksa menghukum diri mereka sendiri apabila mereka benar-benar melanggar disiplin BN sekiranya mereka mengusulkan undi tidak percaya di Parlimen terhadap Perdana Menteri.

Harapan Yong untuk melihat BN Sabah goncang dengan pengumuman parti beliau untuk mengusulkan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri berlaku disebaliknya apabila BN Sabah bertambah kukuh menunjukkan sokongan terhadap BN dan bersatu menentang tindakan Yong yang dianggap sebagai satu tindakan yang tidak puas hati kerana tidak terpilih sebagai calon dalam pilihanraya yang lalu. Dengan ini akan berakhirlah episod lompat perti di Sabah.