Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Saturday, June 14, 2008

Tindakan Luar Kotak Tangani Kenaikan Harga Minyak

Oleh : Kamarulzaman Kamdias
Dalam akhbar Utusan Malaysia, Gazprom, pembekal gas asli terbesar di Eropah menjangkakan harga minyak mentah akan naik dua kali ganda sehingga AS$250 setong dalam tempoh setahun lagi. Kenaikan itu dijangka turut mengakibatkan peningkatan harga gas asli di pasaran.

Kenaikan harga minyak dan gas asli saling berkait di antara satu sama lain. Kenaikan harga gas asli akan menyebabkan harga minyak mentah terus meningkat.

Jangkaan kenaikan ini tidak memungkinkan harga minyak mentah akan jatuh di bawah paras AS$130 di masa akan datang.

Kerajaan harus mencari mekanisma yang lebih meyakinkan di masa akan datang dan mencari jalan bagaimana bebanan kos kenaikan ini tidak berterusan dipindahkan kepada rakyat.
Apakah Kerajaan mampu menyerap kos kenaikan kalau harga minyak mentah ini benar-benar mencecah ke paras melebihi AS$200 setong?

Apakah Kerajaan akan terus membuat pendekatan melepaskan bebanan kos kepada rakyat setiap kali berlakunya kenaikan harga?
Walaupun kenaikan harga minyak mentah di masa depan tidak dapat dielakkan, penulis berpendapat rakyat sudah tidak mampu lagi untuk terus turut sama menanggung kos kenaikan tersebut jika pendapatan per-kapita rakyat masih ditakuk yang sama.

Kerajaan perlu memikirkan pendekatan bagaimana untuk menambah pendapatan rakyat selain dari pendekatan membendung kenaikan kos hiliran seperti kos makanan mentah, minyak masak, tepung, roti dan lain-lain barangan keperluan harian.

Percaturan membendung kos mungkin realistik sehingga ke satu had tertentu, tapi apabila kenaikan harga minyak mentah terus melepasi had kemampuan tersebut, dikhuatiri kesan domino kenaikan kos terhadap barangan keperluan harian akan melampaui garis kemampuan pengguna.

Negara kita telah berpengalaman sewaktu berhadapan dengan krisis mata wang. Tindakan kita menyerap kejatuhan nilai RM dengan membeli RM di pasaran terbuka tidak mampu untuk membendung kejatuhan berterusan RM.

Ketidak mampuan ini adalah disebabkan kuasa beli di pihak kerajaan amat terhad berbanding dengan kemampuan yang ada pada penyangak matawang. Setelah pendekatan membendung gagal mengekang kejatuhan nilai RM kerajaan memperkenalkan kaedah kawalan matawang.

Walaupun pendekatan ini bertentangan dengan amalan kuasa pasaran tetapi kaedah rawatan ini amat berkesan dalam menyelamatkan negara dari menerima musibah.

Penulis berpendapat pihak Kerajaan perlu menetapkan sasaran atau ‘cut of point’ had kos serapan yang boleh dipindahkan kepada pengguna. Had yang dimaksudkan adalah garis kemampuan kuasa beli pengguna yang berasaskan kepada pendapatan per-kapita rakyat.

Jika kos serapan yang perlu ditanggung oleh rakyat melebihi pendapatan per-kapita mereka atau melebihi ‘break-even point’, sudah pasti rakyat tidak dapat bertahan. Bagaimana untuk menjalani kehidupan kalau perbelanjaan sudah melebihi pendapatan.

Pilihan yang ada kalau kenaikan kos harian sudah tidak boleh dielakkan adalah mencari jalan bagaimana pendapatan rakyat boleh dipertingkatkan.

Kerajaan telah mengumumkan akan menyusun kembali semua projek luar bandar dan mengagihkan semula peruntukan RMK-9 bagi memastikan ia memanfaatkan penduduk desa yang turut menanggung kesan kenaikan harga minyak.

Langkah penjimatan yang diumumkan sebanyak RM2 bilion sedikit sebanyak membantu proses ‘sustainability’ buat sementara waktu.

Walau bagaimana pun, penulis berpandangan usaha yang dilakukan harus memberi kesan positif lebih menyeluruh meliputi semua kategori pendapatan, khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana di luar bandar mahu pun di bandar.

Penulis mencadangkan agar keseluruhan projek, perancangan dan peruntukan dalam RMK-9 dikaji semula termasuk pembangunan koridor.

Projek pembangunan yang lambat menghasilkan pulangan patut ditangguhkan dan tumpuan harus diberikan terhadap projek dan perancangan yang memberikan pulangan jangka pendek dan sederhana.

Perancangan semula harus benar-benar mengikut keutamaan, sekurang-kurangnya untuk suatu tempoh sehingga pulihnya inflasi global.

Lebihan dari peruntukan pembangunan yang ditangguhkan itu bolehlah dibuat perancangan untuk menjana peningkatan pendapatan rakyat.

Kerajaan mungkin boleh mengkaji semula dan membuat perbandingan secara relatif jumlah subsidi RM13.7 bilion yang digunakan untuk mengekang kos bahan makanan mentah, minyak masak, beras, tepung dan roti.

Mana yang lebih memberi impak positif. Adakah amaun RM13.7 bilion itu lebih baik diguna untuk menyerap kos keperluan harian atau digunakan untuk menjana pendapatan rakyat.

Sektor pekerjaan (swasta dan awam), sektor perdagangan, pelaburan langsung (FDI), perkhidmatan, peruncitan dan usahawan kecil adalah sektor utama yang menjana pendapatan sebahagian besar rakyat.

Lebihan peruntukan pembangunan yang ditangguhkan ini bolehlah diwujudkan pelbagai skim dan insentif tambahan kepada skim dan insentif sedia ada bagi sektor-sektor yang telah disebutkan. Pendekatan ini boleh dilakukan sekurang-kurangnya untuk suatu tempoh tertentu.

Kita tidak mahu kesan domino kenaikan kos harian akibat dari kenaikan mendongak harga minyak mentah menjalar hingga menjejaskan keamanan, keselamatan dan kesejahteraan negara.

Dengan kenaikan kos isi rumah ini, rakyat tiada pilihan, mereka terpaksa bersabar dan berkorban walau pun tanpa nasihat dari kerajaan supaya berbuat demikian.

Dalam masa yang sama pihak kerajaan harus memikirkan tindakan luar kotak untuk menyelamatkan rakyat dan negara dari perbilangan ‘sudah terhantuk baru nak tengadah’.

Kalau kita pernah melakukannya sewaktu krisis matawang kenapa tidak kali ini?

Tepuk dada, Tanya selera.........

Jika tidak baghal atau bengap tentu faham apa yang Najib perkatakan

Oleh: Otai Siber

Saya tertarik dengan tiga ayat yang dilafazkan oleh Timbalan Perdana Menteri.
1) “Saya datang daripada keluarga di mana ayahanda (Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein) saya membantu menubuhkan parti dan saya bukannya anak lelaki yang memusnahkan parti. Saya mahu terus menyambung membangunkan parti ini”.

2) Dengan itu beliau percaya peralihan kuasa mestilah berlaku secara tradisi konvensional dan bukannya dengan mewujudkan puak-puak.
Najib berkata demikian semasa menjawab soalan seorang peserta pada syarahan mengenai “Malaysia dalam menghadapi cabaran baru global” di Royal Institute of International Affairs, London hari Rabu.
3) UMNO kini berada pada tahap tidak begitu baik dan sekiranya ahli-ahli terus bergaduh untuk merebut kepimpinan, UMNO akan terus lemah dan tidak akan berupaya menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.
“Apakah yang ada dengan mewarisi kedudukan apabila anda kalah dalam pilihan raya. Saya tidak mahu memimpin parti untuk kalah,” tanya beliau.
1.Kalau ada anak Mantan Perdana Menteri yang ada akal fikiran untuk memahami ayat ini , fahamlah jika tidak teruskanlah……

2. Kalau ada orang itu yang tengah mewujudkan puak dalam UMNO faham, fahamlah jika tidak faham entahlah……
Tajam dan padat kata-kata Najib ini. Inilah sedutan dari kata luahan Datuk Seri Najib di London - Bukan pengecut tapi berprinsip Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak tegaskan beliau bukan pengecut apabila tidak mengambil alih kepiminan UMNO daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ekoran prestasi buruk Barisan Naisonal (BN) pada pilihan raya umum ke-12 lalu.

Sebaliknya beliau berkata : “Saya datang daripada keluarga di mana ayahanda (Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein) saya membantu menubuhkan parti dan saya bukannya anak lelaki yang memusnahkan parti. Saya mahu terus menyambung membangunkan parti ini”. Dengan itu beliau percaya peralihan kuasa mestilah berlaku secara tradisi kovensional dan bukannya dengan mewujudkan puak-puak.

Najib berkata demikian semasa menjawab soalan seorang peserta pada syarahan mengenai “Malaysia dalam menghadapi cabaran baru global” di Royal Institute of International Affairs, London hari Rabu. Peserta berkenaan bertanya mengapa beliau tidak mengambil alih tampuk pemerintahan ekoran prestasi buruk Barisan Nasional dan UMNO pada pilihan raya umum Mac lepas.

Pada pilihan raya umum lalu, BN bukan sahaja kehilangan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat tetapi turut kehilangan empat negeri iaitu Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah di samping Kelantan terus kekal di tangan PAS. Menurut Najib, orang ramai boleh memberikan pandangan mereka mengenai pendiriannya tetapi itu tidak bermakna beliau tidak berani mengambil tindakan kerana tegasnya, beliau adalah individu yang mempunyai prinsip nilai teras.

“Dan saya percaya apa yang penting, apa jua langkah yang anda ambil, ia mestilah mempunyai prinsip nilai teras peribadi kepada anda,” tambahnya. Jelas Najib lagi, UMNO kini berada pada tahap tidak begitu baik dan sekiranya ahli-ahli terus bergaduh untuk merebut kepimpinan, UMNO akan terus lemah dan tidak akan berupaya menghadapi p[ilihan raya umum yang akan datang.

“Apakah yang ada dengan mewarisi kedudukan apabila anda kalah dalam pilihan raya. Saya tidak mahu memimpin parti untuk kalah,”
tanya beliau.

Anwar - Sampai bila mahu bohong

DALAM kehidupan rakyat yang makin tersepit dengan segala penanggungan kos untuk sara hidup, Dato Seri Anwar Ibrahim terus menyemarakkan keinginannya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia dengan mengambil kesempatan di atas kenaikan harga minyak di pasaran dan mendabik dada mendakwa bahawa beliau mampu menyelesaikan kenaikan tersebut sekiranya Pakatan Palsu Rakyat menjadi kerajaan dan beliau menjadi Perdana Menteri.

Tindakan Anwar yang semakin berbelit-belit ini dan menuduh kerajaan Barisan Nasional menyusahkan rakyat dilihat hanya sekadar sebuah lagi retorik ataupun auta Anwar untuk menjadikan Kerajaan Barisan Nasional dipandang sinis oleh rakyat. Anwar hanya mahu menjadi Perdana Menteri dan kenaikan harga minyak dijadikan senjata untuk melunaskan cita-cita beliau yang lebih kepada pengamalan politik dendam peribadi.

Anwar sebagai Ketua Umum KeADILan telah banyak berbohong sejak akhir-akhir ini dan beliau terpaksa sering mencipta pembohongan demi pembohongan bagi mengekalkan kepercayaan rakyat terhadap diri beliau dan cuba mencari jalan supaya Pakatan Palsu Rakyat terus diterima oleh rakyat di Negara ini.

Kita tidak tahu di mana rasionalnya rakyat boleh mempercayai segala janji-janji yang sedang ditaburkan oleh manusia bernama Anwar Ibrahim ini. Kita juga tidak tahu apakah sebenarnya rakyat Negara ini sememangnya mudah tertipu dengan segala gaya dan bahasa badan Anwar Ibrahim dan apakah rakyat Malaysia sudah lupa kenapa Anwar dipenjarakan enam tahun lalu, terpenjara bukan kerana kes liwat ataupun menggoda isteri orang, beliau terpenjara kerana menyalahgunakan kuasa.

Apakah mampu seorang bekas banduan mencipta keajaiban untuk Negara ini? Apakah mampu seorang yang pernah diberikan kuasa tetapi akhirnya menyalahgunakan kuasa tersebut untuk kepentingan peribadi boleh dipercayai untuk menjadi seorang Perdana Menteri yang baik serta sanggup berkorban untuk rakyat.

Anwar tidak perlu mengambil kesempatan mempopularkan diri, kononnya mampu mengatasi ataupun menurunkan harga minyak di pasaran, ini soal pasaran dunia dan untuk dalam negara terlebih dahulu, Anwar kena membuktikan bahawa beliau bukan memimpin sebuah parti yang munafik, bukan memimpin gagasan Pakatan Palsu Rakyat yang akan menipu rakyat. Anwar juga terus menipu rakyat dengan slogan Ketuanan Rakyat dan ini membelakangi orang Melayu sendiri.

Anwar perlu mengkotakan janji-janji dalam manifesto PRU12 lalu. Anwar kena buktikan bahawa mampu melakukannya sebelum berbicara soal menjadi Perdana Menteri ataupun apa sahaja kerana sehingga ke hari ini, baik Selangor, Kedah, Perak dan juga Pulau Pinang, janji-janji dalam manifesto tersebut hanya sekadar tinggal janji semata-mata.

Kerakusan kepimpinan yang diketuai oleh Anwar ini semakin terserlah dan Selangor, belum apa-apa, sudah ada pegawai kanan di pejabat Menteri Besar di soal siasat BPR kerana disyaki terlibat rasuah dalam pemberian kontrak pembersihan sampah.

Tindakan demi tindakan serta kenyataan demi kenyataan yang dilemparkan oleh Anwar Ibrahim selepas sahaja selesai PRU12 lalu dilihat lebih kepada maksud seperti mahu mengkhianati negara dan rakyat, meletakkan pentadbiran kerajaan dalam suasana yang tidak tenteram dan secara tidak langsung menakutkan pelabur-pelabur luar untuk datang melabur apabila Anwar tanpa segan silu menyatakan bahawa Kerajaan Barisan Nasional akan tumbang dan digantikan dengan kerajaan Pakatan Palsu Rakyat.

Tindakan ini mampu mencetuskan kebimbangan di kalangan pelabur-pelabur luar dan apakah Anwar seorang nasionalisme ataupun patriotisme kerana sanggup meletakkan kepentingan peribadi untuk menjadi Perdana Menteri sebagai lebih utama daripada kepentingan negara dan rakyat.

Anwar seakan semakin tipis semangat cintakan bangsa dan agama dan beliau juga dilihat seperti sanggup mengorbankan segala yang pernah menjadi pegangannya satu ketika dulu demi melunaskan kehendak dan cita-cita beliau dan selepas dibenarkan untuk berpolitik, sasaran Anwar adalah mahu meruntuhkan kerajaan yang sedia ada walaupun demokrasi telah menentukan Barisan Nasional memerintah Negara ini tetapi untuk Anwar, walaupun terpaksa menggunakan pintu belakang bagi menggapai kuasa, beliau dilihat sanggup melakukannya. Matlamat menghalalkan cara.

Selepas terbukti berbohong kononnya akan berlaku peralihan kuasa sewaktu sidang parlimen baru-baru ini tetapi ternyata bohong, Anwar menikus seketika mungkin sedang mencari alasan atau helah untuk berbohong pada kali seterusnya dan tiba-tiba beliau muncul kembali mempertahankan bahawa kononnya pada 16 September (tak tahulah tahun ini ataupun tahun depan), kerajaan Barisan Nasional akan tumbang.

Sesiapa sahaja yang mengenali Anwar, mereka tidak akan hairan ataupun terkejut dengan segala taktik-taktik sumbang yang beliau lakukan dulu serta kini dan Anwar akan menggunakan segala kelebihan yang ada pada diri beliau untuk mengabui mata rakyat sedangkan hakikat sebenarnya beliau dilihat seperti mahu merampas kuasa dan menjadikan keadaan negara dari segi pentadbirannya tidak stabil.

Walaupun beliau sedar segala janji-janji dalam manifesto PRU12 lalu sekiranya dilakukan mampu memufliskan negara dan juga negeri, demi memuaskan nafsu politik dan kepentingan sementara, kelompok yang menamakan mereka ini penyelamat Malaysia bersedia memberikan rakyat kemanisan sementara walaupun akhirnya nanti rakyat akan sengsara.

Rakyat yang bijak seharusnya memberikan peluang kepada kerajaan hari ini mencari jalan untuk menyelesaikan segala masalah yang timbul dan bukannya menimbulkan masalah di saat kerajaan sedang mencari jalan menyelesaikannya.