Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Friday, May 23, 2008

9 ketua Pemuda Kedah sokong Mukhriz

mukhriz mahathir and umno pemudaMalaysiakini - Sembilan ketua Pemuda Umno bahagian di Kedah menyatakan kesediaan mereka untuk menyokong Datuk Mukhriz Mahathir bertanding merebut jawatan ketua pergerakan itu Disember ini.

Mereka menyatakan sokongan tersebut sewaktu mengadakan pertemuan dengan ahli Parlimen Jerlun itu kediamannya di Titi Gajah, Alor Star malam tadi.

Ketua Pemuda Merbok, Abdul Karim Ali yang turut menghadiri perjumpaan itu, berkata Mukhriz memberitahu mereka hasratnya bertanding jawatan tersebut. -->>lanjut

Pulau Batu Putih milik Singapura

Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di sini hari ini memutuskan bahawa Pulau Batu Putih adalah milik Singapura.

Bagaimanapun, dalam penghakiman itu yang dibacakan oleh Hakim Awn Shawkat Al-Khasawneh, ICJ memutuskan Middle Rocks dimiliki oleh Malaysia.

Pulau Batu Putih, yang berukuran lebih kurang separuh daripada keluasan sebuah padang bola sepak, terletak 7.7 batu nautika di luar pantai Tanjung Penyusoh di Johor.

Singapura memanggil pulau kecil itu dengan nama Pedra Branca (perkataan Portugis yang bermaksud Batu Putih).
Pertikaian antara Singapura dan Malaysia mengenai Pulau Batu Putih bermula pada 14 Februari 1980, apabila republik itu membantah tindakan Malaysia menerbitkan sebuah peta pada 1979, yang dengan jelas menunjukkan pulau itu terletak dalam wilayahnya.

Pada Februari 1993, Singapura meluaskan tuntutannya ke atas Middle Rocks dan South Ledge, yang terletak berhampiran pulau itu.

Pada 6 Februari 2003, kedua-dua negara menandatangani satu perjanjian khas bagi merujuk perkara itu kepada ICJ.

Ramai ahli UMNO hipokrit

Utusan - Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Rafidah Aziz hari ini menyelar ahli-ahli yang bersikap hipokrit sehingga menyebabkan parti itu berterusan dilanda pelbagai kemelut.

Menurut Rafidah, sikap ’yes boss’ anggota parti yang mengiakan setiap keputusan dan kata-kata pemimpin walaupun mereka sebenarnya tidak sependapat, menyumbang kepada masalah yang bertimpa-timpa dihadapi parti ketika ini.

Dengan sikap sebegitu, katanya, tidak wajar dipersalahkan sepenuhnya Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi atas kekalahan besar parti pada pilihan raya umum 8 Mac lepas. -->>lanjut

Awas SMS tipu.!!

hmetro - “Saya perasan (sedar) kes penipuan ini kerana pernah ternampak notis amaran dilekatkan di bank mengenai sindiket penipuan menerusi SMS Akademi Fantasia 6 (AF6), tetapi entah macam mana saya sendiri boleh terpengaruh,” kata Imam Masjid Negeri di Arau, dekat sini, Muridi Mohammad.

Muridi, 42, berkata, beliau bernasib baik kerana hanya memberi satu daripada tiga nombor akaun bank kepada anggota sindiket terbabit yang jumlah simpanannya sedikit berbanding dua akaun lain.

“Saya mempunyai tiga akaun simpanan dan memberi hanya satu daripadanya kepada ahli sindiket SMS ini, tetapi mujurlah jumlah simpanan di dalamnya kecil saja,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Imam terbabit ialah mangsa terbaru yang kerugian RM240 apabila wang terbabit lesap daripada akaun simpanannya selepas diperdaya sindiket penipuan SMS AF6 yang kononnya dikendalikan Astro, Selasa lalu. -->>lanjut

Ahli keluar parti tak mencemaskan

Utusan - Laporan beberapa pemimpin serta ahli UMNO di Kedah bertindak keluar parti mengikuti jejak Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak boleh disifatkan sebagai situasi yang mencemaskan buat UMNO negeri itu.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sebaliknya itu hanyalah reaksi biasa daripada ahli-ahli di negeri kelahiran Dr. Mahathir untuk berkongsi sentimen yang sama dengannya.

''Tentunya tindakan Tun Dr. Mahathir itu ada sentimennya tersendiri buat ahli dan pemimpin UMNO di Kedah. Jadi sebilangan kecil ada kemungkinan akan ikut.

''Ini biasa kerana beliau (Dr. Mahathir) pemimpin dari Kedah dan bina pengaruhnya di Kedah selama lebih 50 tahun jadi tentunya sedikit akan ada yang merasakan perlu untuk ikuti jejak beliau.

''Sebab itu, pada saya laporan mengenai adanya ahli dan pemimpin cawangan serta bahagian yang keluar parti hanyalah sebagai suatu reaksi biasa dan ia sesekali tidak akan mencemaskan UMNO Kedah," katanya. -->>lanjut

Lebih mudah lawan Tun Dr. Mahathir

Oleh : Mohd Zabidi Saidi
PENGUMUMAN Tun Dr Mahathir Mohamad keluar dari UMNO pada 19 Mei sempena Hari Wesak patut disambut oleh semua ahli UMNO dengan perasaan lega dan gembira.

Ini adalah kerana UMNO tidak ada lagi musuh dalam selimut atau gunting dalam lipatan seperti kata bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam. Sekarang ahli UMNO lebih senang menghentam Dr Mahathir kerana dia berada di luar UMNO. Dahulu ahli UMNO serba-salah kerana beliau masih dalam UMNO.

Memang sudah menjadi tradisi, bekas Presiden UMNO mati di luar UMNO seperti Datuk Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn. Kecuali Tun Razak mati dalam UMNO kerana dia masih menjadi Perdana Menteri ketika beliau meninggal dunia.

Kita kena terima hakikat bahawa BN kalah lima negeri pada pilihan raya lalu kerana orang BN terpengaruh dengan kritikan Dr Mahathir terhadap Pak Lah selama ini.

Orang BN yang pangkah pembangkang maka BN kedah, BN Pulau Pinang, BN perak dan BN Selangor tumbang. Seperti kata Pak Lah, beliau tidak perlu letak jawatan kerana pada Disember ini ada pemilihan UMNO. Terpulang kepada ahli UMNO untuk mengekalkan beliau sebagai Presiden UMNO atau memilih Presiden baru, Tengku Razaleigh Hamzah.

Pak Lah bukannya mahu menongkat langit atau kekal lama sebagai PM selama 22 tahun seperti Dr mahathir. Pak Lah akan berundur sebelum pilihanraya umum 2012. Jika Pak :Lah dikekalkan sebagai Presiden UMNO, Pak Lah dijangka berundur pada tahun 2010, dua tahun dari sekarang.

Beliau akan pastikan UMNO dalam keadaan yang stabil sebelum menyerahkan kepada Najib atau Timbalan Presiden UMNO yang baru Disember ini. UMNO tetap relevan walaupun tanpa Dr mahathir. Dr Mahathir bolehlah keluar UMNO kerana pencen bulanannya berpuluh ribu. Anak-anaknya semua jutawan.

Bukankah Mukhriz, Mokhzani dan Mirzan mendapat kemudahan ketika Dr mahathir menjadi PM? Jadi biarlah Dr Mahathir keluar dari UMNO kerana dia serndiri sudah lupa dengan janjinya bahawa pemimpin tidak penting, yang penting adalah UMNO. Pemimpin datang, pemimpin pergi tapi UMNO mesti diteruskan perjuangannya.

Kemelut UMNO Mampu Diselesaikan Di Peringkat Parti

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata kedudukan raja-raja mesti terus dipelihara dan tidak dicemarkan oleh sesiapa pun kecuali jika sesuatu itu menjejaskan kedudukan bangsa, agama dan negara.

Oleh itu beliau secara peribadi berpendapat institusi raja dengan darjat dan kedudukannya yang tinggi tidak harus diheret ke gelanggang kancah politik semata-mata untuk menyelesaikan kemelut antara Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Selagi kita dapat mencari penyelesaian sesama kita dan saya percaya banyak lagi ruang untuk memperkukuhkan perpaduan Melayu, khususnya melalui institusi UMNO.

"Saya percaya tidak perlu untuk kita cuba meminta raja menyelesaikan isu dua individu yang mungkin perkara yang diluahkan itu berkisar kepada peribadi masing-masing iaitu Perdana Menteri dan Tun Dr Mahathir," katanya di lobi Parlimen, semalam.

Semalam, seorang veteran UMNO, Tan Sri Aziz Tapa mencadangkan supaya Yang di-Pertuan Agong sebagai 'orang tengah' untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku membabitkan Abdullah dan Dr Mahathir.

Aziz dalam kenyataannya, berkata, hanya menerusi campur tangan Tuanku Mizan sebagai wakil raja-raja Melayu, kedua-dua pemimpin itu boleh duduk berbincang bagi mengatasi perselisihan pendapat antara mereka.

Berikutan itu, Aziz berkata, tidak ada salahnya untuk raja-raja Melayu campur tangan dalam kemelut antara bekas perdana menteri dan penggantinya itu kerana Umnolah yang mengembalikan semula kuasa raja.

Hishammuddin yang juga Pengerusi Pemuda BN seterusnya berkata, sebenarnya ini adalah ruang untuk veteran seperti Aziz yang dihormati golongan muda untuk membantu sebelum cuba membabitkan raja-raja.

Keputusan Batu Puteh live di RTM1 4 petang ini

Radio Televisyen Malaysia (RTM) dijadual menyiarkan secara langsung keputusan pemilikan Pulau Batu Puteh yang menjadi rebutan antara Malaysia dan Singapura oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dari The Hague, Belanda, jam 4 petang ini.

Siaran langsung menerusi RTM1 itu dijangka berlanjutan sehingga dua jam.

Keputusan itu bukan saja menjadi tumpuan rakyat negara ini, malah masyarakat antarabangsa kerana ia berkaitan dengan kedaulatan negara.
Pulau Batu Puteh terletak 7.7 batu nautika di luar
pantai Tanjung Penyusuh di Johor.

Ahli Umno tidak akan dilantik pegawai masjid di Selangor

bharian - Ahli Umno dan individu yang terbabit dalam perniagaan tidak akan dilantik sebagai pegawai dan pentadbir masjid yang baru oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Selangor.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr Hassan Mohamad Ali, berkata senarai nama pegawai dan pentadbir masjid yang baru itu sudah disiapkan dan diumumkan selepas mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. -->>lanjut

Mukhriz dan rakan dicabar keluar Umno

Malaysiakini - Ketua Pemuda Umno Perak Zainol Fadzi Paharudin berkata Mukhriz yang juga exco pergerakan bersama-sama dengan anggota-anggota exco yang menyokongnya wajar meletak jawatan dengan segera.

"Kalau begini sifat Mukriz dan rakan rakannya kepada Umno, hanya perjuangan yang penuh prasangka buruk dan jumud, mereka wajar letak jawatan dan keluar Umno," kata Ketua Pemuda Umno Perak Zainol Fadzi Paharudin satu kenyataan semalam. -->>lanjut

Pro-Mukhriz: Exco sedia kena tindakan

kamarulzaman kamdiasMalaysiakini - Seorang exco pergerakan Pemuda Umno berkata, beliau tidak takut berdepan dengan sebarang tindakan kerana menghadiri sidang media Datuk Mukhriz Mahathir yang mendesak perdana menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan.

"Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Saya tidak takut dikenakan tindakan atau dipulaukan oleh exco dan ahli pemuda," kata Kamarulzaman Kamdias.

"Saya juga tidak boleh bertanding jawatan dalam Pemuda lagi kerana telah lebih usia.

"Saya menyokong perjuangan Mukhriz untuk memulihkan semula Umno," tambahnya. -->>lanjut

Bila Wee Choo Keong hina DBKL

ImageApakah wajar dan siapakah yang memberikan kebenaran kepada Ali Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong secara biadap melabelkan seorang pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sebagai `anak haram’ dan adakah dengan kedudukan beliau sebagai seorang Ahli Parlimen, beliau mempunyai hak atas segala-galanya termasuklah menuduh pegawai kerajaan dengan gelaran sedemikian.

Adakah terlampau hebat seorang Ahli Parlimen pembangkang? Adakah besar kuasa seorang Ahli Parlimen pembangkang sehinggakan begitu sekali sanggup mengeluarkan kata-kata penghinaan sedemikian kepada seorang penjawat awam yang sedang menjalankan tugas.

Belum pun sampai seratus hari bergelar Ahli Parlimen, sikap dan perwatakan Wee Choo Keong bolehlah disifatkan sebagai seorang ahli politik yang tidak matang, murahan dan karakter beliau lebih kepada mahu mencari publisiti yang bukan menguntungkan rakyat tetapi lebih kepada mahu beliau dilihat sebagai hero baru di Wilayah Persekutuan.

Bermula dengan serangan kepada Menteri Wilayah Persekutuan tetapi tidak memberikan apa-apa kesan, beliau memilih pegawai DBKL pula untuk menunjukkan bahawa beliau ada kuasa tertentu sebagai seorang Ahli Parlimen tetapi tuduhan yang dilemparkan kepada pegawai DBKL daripada Jabatan Perancang tersebut jelas membuktikan bahawa beliau begitu terdesak untuk menjuarai masalah rakyat di Wangsa Maju.

Sekiranya benar penghinaan sedemikian dilemparkan, nyatalah betapa biadabnya Ahli Parlimen ini dan betapa hinanya beliau sebagai seorang Ahli Parlimen yang dipilih rakyat tetapi memilih untuk menentang pegawai-pegawai kerajaan.

Ataupun ada kemungkinan wujud `double standard’ daripada Wee Choo Keong yang bertindak menghalang penguatkuasaan undang-undang dan peraturan apabila kesalahan tersebut dilakukan oleh individu yang dekat dengan beliau.

Corak kepimpinan yang beliau menzahirkan lebih kepada mengkritik semata-mata dan tidak banyak menyuarakan hasrat rakyat yang beliau wakili terutama sekali di Parlimen Wangsa Maju dan apabila beliau memilih jalan untuk menentang DBKL secara terbuka, jelas tindakan tersebut tidak akan menguntungkan mana-mana pihak.

Malah sudah ada suara-suara yang kedengaran yang mendakwa bahawa Wee Choo Keong seorang ahli politik yang angkuh, sombong serta berlagak macam samseng jalanan dan sikap beliau yang dikatakan menghalang penjawat awam daripada DBKL menjalankan tugas dan tanggungjawab membuktikan betapa ciri-ciri samseng ada dalam tubuh ahli Parlimen Wangsa Maju ini.

Kita difahamkan bahawa pegawai DBKL tersebut yang kecewa serta marah dengan kesombongan serta keceloparan Wee Choo Keong telah membuat laporan polis dan turut menganggap bahawa secara prinsipnya, Wee Choo Keong hilang kelayakan sebagai seorang Ahli Parlimen seandainya beliau kekal dengan perwatakan seperti yang ditunjukkan hari ini.

Malah Wee Choo Keong turut membawa persoalan tersebut di dalam sidang Dewan Rakyat sewaktu Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato Seri Mohd Nazri Aziz sedang menggulung ucapan Menjunjung Kasi Titah Di Raja namun Wee Choo Keong tidak menjelaskan dengan lebih lanjut peristiwa tersebut termasuklah penghinaan ke atas pegawai DBKL dan hanya menuding jari mencari kesalahan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Sebagai sebuah kerajaan tempatan, Wee Choo Keong harus membantu DBKL menguatkuasakan undang-undang. Membantu DBKL untuk melahirkan Kuala Lumpur sebagai sebuah Bandar bertaraf dunia dan sebagai wakil rakyat di Wilayah Persekutuan, peluang ataupun kemenangan yang diperoleh tidak sepatutnya dijadikan alat untuk menguatkan kuasa peribadi.

Menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas dan tanggungjawab tidak akan mencerminkan keperibadian yang baik untuk seorang wakil rakyat seperti Wee Choo Keong dan menghina penjawat awam dengan gelaran-gelaran buruk serta tidak senonoh lebih kepada mencerminkan betapa buruknya peribadi seseorang pemimpin itu.

Kita percaya, pegawai DBKL tersebut mempunyai asas yang kukuh untuk mengambil sebarang tindakan seandainya ada pihak yang sengaja mencabar undang-undang ataupun peraturan yang ditetapkan oleh DBKL.

Ezam bukan 'trojan horse' - Najib

Agendadaily - Menurut Najib, UMNO sedia untuk menerima Ezam menyertai UMNO semula.

“Bagi saya Ezam adalah friendly party dan saya yakin dengan keikhlasannya untuk menyertai semula UMNO,” kata beliau.

Menurut Najib, kesediaan Ezam menyertai semula UMNO membuktikan beliau telah hilang keyakinan sepenuhnya terhadap Anwar, PKR dan pakatan pembangkang.

Najib menjelaskan, walaupun ada pihak yang khuatir Ezam akan menjadi 'tojan horse' kepada pembangkang apabila menyertai UMNO, beliau tidak yakin perkara itu akan berlaku kerana percaya dengan niat ikhlas untuk kembali semula ke pangkuan UMNO. -->>lanjut