Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Monday, May 19, 2008

PM tak sangka Dr. Mahathir keluar UMNO

Perdana Menteri melahirkan rasa terkejut dan tidak menyangka bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bertindak keluar daripada UMNO hari ini.

Perdana Menteri bagaimanapun menegaskan beliau tidak akan meletak jawatan ekoran tindakan terbaru Dr. Mahathir tersebut.

Sambil mengakui tindakan Dr. Mahathir itu sedikit sebanyak boleh menjejaskan parti, beliau meminta kesemua ahli UMNO supaya bertenang dan menunjukkan kesetiaan kepada parti.

Mukhriz perlu masa untuk berfikir...

mukhriz mahathirMalaysiakini - Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir berkata buat masa ini beliau tidak mahu memberi sebarang ulasan mengenai tindakan bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad, mengumumkan keluar Umno pagi tadi.

Katanya, beliau memerlukan masa untuk berfikir mengenainya.

"Sekarang ini saya sedang berfikir," kata Mukhriz yang juga exco Pemuda Umno

Menurutnya, beliau juga dihujani oleh panggilan telefon dan SMS dari rakan-rakannya seluruh negara sejak Dr Mahathir umum tindakan itu di Alor Star. -->>lanjut

Duri dalam daging sudah terkeluar

Utusan - Bekas Timbalan Presiden UMNO, Tun Musa Hitam menyifatkan tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad meninggalkan UMNO bererti ‘duri dalam daging sudah terkeluar’.

Walaupun mengakui sedih dan berdukacita dengan tindakan Dr. Mahathir itu, tetapi katanya, ia memberikan peluang kepada pucuk pimpinan memperkukuhkan kembali parti. -->>lanjut
“Saya berasa sedih dan dukacita mendengar berita Dr. Mahathir keluar daripada UMNO, lebih lagi dalam waktu UMNO menghadapi keadaan yang sangat-sangat mencabar sekarang.

“Bagaimanapun, ahli-ahli UMNO harus menerimanya dengan hati terbuka dan tenang,

tentu ada hikmahnya di sini, duri dalam daging sudah terkeluar,”

Terkejut, tidak percaya, reaksi awal Dr M keluar Umno

mStar - Terkejut dan tidak percaya. Itulah reaksi awal ramai pemimpin dan bekas pemimpin Umo mengenai keputusan drastik bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan keluar parti, tengah hari Isnin.

Antara yang seakan-akan tidak percaya dengan perkhabaran itu termasuk ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Seri Rafidah Aziz dan ahli majlis tertinggi Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo. -->>lanjut

Pemimpin UMNO Johor turut terkejut Dr. Mahathir keluar parti

Utusan - Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Dr. Mohd. Puad Zarkashi terkejut dengan tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad mengisytiharkan diri keluar daripada UMNO kerana sebelum ini bekas Perdana Menteri itu tidak menunjukkan sebarang tanda akan berbuat demikian.

Beliau tidak menyangka sama sekali Dr. Mahathir mengambil tindakan berani itu dan turut mengakui menerima banyak khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada ahli-ahli cawangan yang berhasrat mengikuti langkah tersebut.

Beliau bagaimanapun tidak akan mengikuti langkah berkenaan kerana lebih suka menyelesaikan sesuatu masalah secara dalaman.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Pemuda Johor, Razali Ibrahim kecewa dengan apa yang berlaku di antara Dr. Mahathir dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau menyifatkan apa yang berlaku amat merugikan UMNO terutamanya ahli yang terdiri daripada generasi muda kerana sepatutnya mereka diberi teladan yang baik.

Ketua UMNO Bahagian Ayer Hitam, Datuk Samsol Bari Jamali yang turut terkejut dengan tindakan Dr. Mahathir bagaimanapun menegaskan pemimpin dan ahli bahagian berkenaan tidak akan mengikuti jejak langkah itu.

Menurutnya, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. -->>lanjut

Shahrir: Bersiap sedia untuk p'raya baru

shahrir samad 01Malaysiakini - Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Shahrir Samad, yang juga menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna berkata, keputusan Dr Mahathir amat mengejutkan dan mungkin mendorong ramai lagi turut meletakkan jawatan dan sekaligus memaksa Abdullah mengadakan pilihanraya umum baru. -->>lanjut

Tindakan Dr M keruhkan keadaan

syed ali al habsheeMalaysiakini - Ketua Umno Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, tindakan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad keluar dari Umno, tidak sepatutnya berlaku, kerana ia akan mengeruhkan lagi keadaan dalam parti.

"Tindakan Tun ini akan menimbulkan banyak masalah, terutama ahli Umno di peringkat akar umbi akan menjadi lemah. Apabila lemah, parti akan menjadi lemah dan kuasa Melayu tidak ada. Sekarang adalah masa untuk menguatkan parti.

"Saya merayu kepada Tun...ini bukan caranya," -->>lanjut

Sanusi Junid ikut jejak Dr M keluar Umno.

mStar - Veteran Umno Tan Sri Sanusi Junid turut mengikut jejak Tun Dr Mahathir Mohamad keluar dari Umno.

"Saya akan buat kenyataan lengkap saya sendiri nanti. Buat masa ini, cukuplah kalau saya katakan saya juga sudah keluar Umno," katanya kepada mStar.

Sanusi yang merupakan antara pengikut setia Dr Mahathir dan bekas setiausaha agung Umno ketika krisis parti 1988 enggan memberikan ulasan lanjut. -->>lanjut

"Itu hak Dr Mahathir" kata Mat Taib

Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhamad Muhd. Taib berkata: "Ia (keputusan itu) adalah hak Dr. Mahathir. Setiap ahli ada hak untuk masuk dan keluar parti."

Ketika ditanya sama ada beliau terkejut dengan tindakan Dr. Mahathir, Muhammad berkata: "Ya, secara peribadi saya terkejut kerana beliau merupakan tokoh terulung parti dan seorang bekas Perdana Menterii."

Dr. Mahathir yang menyertai Umno pada 1946 dipilih sebagai Presiden UMNO pada tahun 1981.

Sejak pilihan raya umum 8 Mac lalu, beliau mengkritik kepimpinan parti atas persembahan tidak memuaskan Umno dan Barisan Nasional termasuk menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan.

Dr Mahathir keluar Umno

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mengisytiharkan keluar daripada UMNO.
Beliau mengumumkan keputusan 'mengejutkan' itu pada satu majlis di Alor Star, Kedah pada pukul 12.35 tengah hari tadi.

Menurutnya, surat rasmi mengenainya akan dihantar kepada Setiausaha Agung UMNO secepat mungkin.

Katanya, beliau akan berada di luar UMNO selagi Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memimpin parti itu.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ucapan bertajuk `Kedudukan Orang Melayu Pasca Pilihan Raya Umum Ke-12’ hari ini.

TANDA tanya mengenai kedudukan Datuk Mukriz Mahathir?
Ikut bapa atau setia pada parti..?

Dari blog Shahrir-Umno

Kawalan dipercepat
Ekoran harga beras naik melebihi paras siling
Ekoran perbuatan para peniaga menaikkan harga beras sewenang-wenangnya, kerajaan mungkin mempercepatkan pelaksanaan kawalan harga ke atas beras Super Spesial Tempatan (SST) lima dan 10 peratus hancur daripada cadangan asal pada 1 Jun ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, beliau akan mencadangkan pelaksanaan harga kawalan beras itu dipercepatkan pada mesyuarat Jawatankuasa Menangani Inflasi yang akan diadakan Selasa ini.

Kerajaan sebelum ini menetapkan harga beras Super Tempatan (ST) 15 peratus hancur ditetapkan antara RM1.65 dan RM1.80 sekilogram selain memperluaskan harga kawalan ke atas beras SST lima peratus pada RM2.80 sekilogram manakala beras SST 10 peratus pada RM2.70, berkuat kuasa 1 Jun ini. -->>lanjut

---------------------------------------------------
UCAPAN NAIB PEMUDA UMNO JOHOR BAHRU
Saudara Nornekman bin Osman

'UMNO Pasca Pilihan Raya Umum 12 : Suara Hati Rakyat' Johor Bahru

Kuasa ‘kepenghuluan’ sekat suara akar umbi

Utusan - Kuasa ‘kepenghuluan' yang diamalkan sesetengah pemimpin negeri menyebabkan berlaku sekatan bersuara dalam UMNO dan mengakibatkan pemimpin atasan tidak tahu masalah sebenar di peringkat akar umbi.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, amalan kuasa ‘kepenghuluan’ menyekat perbahasan usul dalam Perhimpunan Agung UMNO dan menjadikannya cuma pertemuan ‘untuk berpantun, senyum dan gelak ketawa’.

Menurut beliau, para pemimpin UMNO di peringkat bahagian terpaksa memberi penghormatan dan menurut kehendak pemimpin negeri masing-masing.

“Apabila keadaan ini wujud, maka berlakulah sekatan bersuara dan (gejala) ditentukan terlebih dahulu apa yang hendak dihujahkan pada perhimpunan. Inilah yang ditentukan oleh sistem ‘kepenghuluan',” ujarnya. -->>lanjut

Kit Siang dibaling telur

Agendadaily - Penasihat DAP Lim Kit Siang, ‘disambut’ dengan balingan dua biji telur ke arahnya oleh seorang lelaki semasa tiba di Plaza Tanjung Aru Kota Kinabalu bagi merasmikan Pesta Kaamatan anjuran parti itu hari Ahad.

Seorang lelaki yang dipercayai bekas ahli DAP bertindak membaling dua biji telur ke arah Kit Siang dan satu daripadanya mengenai dada pemimpin veteran DAP itu tetapi tidak pecah manakala sebiji lagi tersasar dan tidak mengenai Kit Siang. -->>lanjut

Penghinaan Raja Melayu : Masih wujudkah Hang Tuah?

Oleh : Lekir
Melayu sememangnya terkenal dengan sikap panas baran dan rela mati kerana mempertahankan Sultan. Terkenal dengan slogan "takkan Melayu hilang didunia" laungan Laksamana Hang Tuah, Melayu terus mengungguli empayar kepulauwan Melayu. Lagenda Hang Tuah rela menusukkan keris taming sari kebadan teman setianya Hang Jebat, terus menjadi epik yang paling hebat didalam sejarah Melayu. Namun hari ini kehebatan itu tercabar dan diperlekehkan.

Sudah ada individu bukan Melayu berani menidakkan titah Sultan, dan sudah ada individu bukan Melayu yang berani mencabar kesucian dan kedaulatan Sultan. Mungkin bagi setengah orang yang terlebih pandai, mungkin mereka beranggapan bahawa inilah hasil daripada perkembangan ketamadunan. Kita sudah mula berinteraksi didalam masyarakat baru, ataupun lebih dikenali sebagai "civil society".

Saya hairan apa sudah jadi dengan Melayu. Dimana hilangnya semangat kepahlawanan darah panglima melayu? Sehinggakan kita sekadar hanya mampu melihat penghinaa demi penghinaan dilemparkan kepada institusi beraja Melayu. Hari ini kita melihat kelantangan seorang chauvinis DAP yang sememangnya cukup terkenal dengan prinsip anti Melayunya. Karpal Singh hari ini menegaskan bahawa beliau tidak akan sekali-kali memohon maaf walaupun ada lebih daripada 2,000 laporan polis dibuat terhadapnya. Beliau juga mengugut akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri diatas apa jua tindakan yang diambil keatasnya.

Harus diingat bahawa ini bukanlah kali pertama Karpal Singh menghina Sultan. Beliau pernah ditampar di Selangor diatas keceluparan yang sama. Cuma hari ini saya begitu hairan, kerana belum ada mana-mana Melayu menampar, menumbuk ataupun menendang manusia ini diatas keceluparan beliau diatas tindakan yang sama. Kita mungkin boleh memahami tindakan menampar Karpal Singh bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik, tetapi saya belum nampak satu "front" ataupun gerakan Melayu yang ampuh member bagi memberi pengajaran kepada Karpal dan DAP.

Yang ada hanya beberapa kepimpinan UMNO dan NGO yang berjiwa Melayu. Walaupun ianya belum cukup untuk menggertak Karpal, tetapi ianya lebih baik jika nak dibandingkan dengan beberapa kepimpinan pembangkang yang semakin lama semakin terhakis semangat Melayunya.

Kalau Karpal ada di Thailand, sudah tentunya manusia berkerusi roda ini dikelilingi jeriji besi ataupun tidak keterlaluan sudah diletakkan dihadapan skuad penembak. Persoalannya, kenapa Malaysia tidak mampu menggubal sebuah undang-undang khas menghukum sesiapa yang menghina institusi beraja secara terbuka? Saya percaya proses ini perlu dipercepatkan. Didalam fenomena politik hari ini, Malaysia sememangnya mempunyai sebuah undang-undang yang mampu melindungi institusi raja ini daripada disentuh oleh mana-mana keparat yang mempunyai motif politik. Harus diingat bahawa akan ada beratus lagi Karpal didalam DAP yang mampu mengulangi penghinaan yang serupa.

Harapan saya adalah kepimpinan Melayu perlu bangun dan memberi pengajaran kepada DAP. Tinggalkan PAS yang sudah tergadai maruahnya itu. Karpal perlu diajar habis-habisan agar dia sedar, walaupun Hang Tuah sudah tiada tetapi anak cucu Hang Tuah masih lagi ada menjadi penjaga dan pelindung setia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan.