Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Saturday, May 17, 2008

Kabinet tidak mahu dakwat kekal

Malaysiakini - Kabinet membantah pelaksanaan dakwat kekal di jari pengundi, kata pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman hari ini.

“Saya dimaklumkan bahawa saya harus bertanggungjawab (sendiri) jika bersetuju melaksanakannya.

"Tidak mudah menjadi pengerusi SPR. Saya kena memikul kecaman selama setahun," katanya kepada wartawan selepas satu majlis di Kuala Lumpur hari ini.

Kenyataannya itu menjelaskan sedikit tanda tanya terhadap misteri keputusan SPR membatalkan saat-saat akhir penggunaan dakwat kekal menjelang hari mengundi pilihanraya umum 8 Mac lepas. -->>lanjut

Melaka : Nelayan bantah nilai pampasan

Payung Emas

‘Saya tak pakai ilmu’
hmetro - “Saya tiada sebarang resipi, apatah lagi mengamalkan ilmu tertentu untuk berpoligami. Segala yang berlaku tidak pernah saya rancang dan menganggapnya sebagai kebetulan dan ketentuan Allah S.W.T,” kata Mohamed Nor Awang, 57, pemandu lori yang mempunyai tiga isteri.

Dia yang bercadang berkahwin kali keempat selepas mengemukakan permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu, berkata petua kebahagiaan rumah tangganya ialah sentiasa berpegang kepada ajaran agama selain menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan bapa kepada anak dengan adil dan bertimbang rasa. -->>lanjut

Khairy Saran Kaji Semula Siaran Langsung Sidang Parlimen

Khairy Jamaludin menyarankan agar kerajaan mengkaji semula siaran langsung persidangan Dewan Rakyat untuk sama ada diteruskan atau tidak dalam jangka masa panjang.

Beliau berkata ini kerana tidak semua penonton dapat mengikutinya secara berterusan memandangkan siarannya berlangsung pada waktu bekerja.

"Saya mendapat maklumat balas, siaran secara langsung persidangan Parlimen mulai menurun memandangkan tidak semua orang ramai yang menyaksikan perbahasan di kaca televisyen setiap hari kerana waktu persidangan berlangsung pada waktu bekerja," katanya.

Khairy yang juga Anggota Parlimen Rembau berkata menyifatkan mutu perbahasan mengenai isu-isu yang dibentangkan sepanjang dua minggu lepas sebagai positif walaupun ada kalanya berlaku pertikaman lidah antara penyokong kerajaan dan pakatan pembangkang.

"Saya berpendapat isu-isu yang yang diketengahkan oleh pihak kerajaan mahupun pembangkang mencapai penanda aras positif.

"Walaupun ada pelbagai kekecohan yang berlaku sepanjang persidangan namun itu adalah perkara biasa kerana sebelum ini pun berlaku perkara berkenaan," ujarnya.

Dewan Tempur

Dewan Rakyat Tempat Terbaik Kerajaan Tangkis Fitnah
Oleh : Mohd Fakri Mohd Azmi
Suasana Dewan Rakyat pada penggal kali ini memang amat berlainan daripada penggal-penggal sebelum ini. Bermula dari hari pembukaan hinggalah ke hari ini, banyak perkara-perkara yang dibincangkan oleh setiap Ahli Parlimen yang mengambil bahagian.

Wakil Rakyat BN dan Pembangkang bertalu-talu menyoal pihak Kerajaan berkenaan dasar dan pelaksanaannya yang mempunyai hubungkait dengan kebajikan masyarakat.

Rakyat pula setakat ini berpuashati kerana dapat mengikuti siaran selama 30 minit walaupun terdapat permintaan supaya waktu siaran dipanjangkan.

Melalui siaran tersebut, maka rakyat diberi peluang untuk melihat sendiri bagaimana Kerajaan memberikan jawapan terhadap soalan-soalan yang dibangkitkan.

Setakat ini bagi saya, masih ada ruang untuk wakil-wakil Kerajaan untuk memperbaiki mutu jawapan kepada setiap soalan-soalan yang dikemukakan samada soalan bertulis atau soalan tambahan.

Agak mengecewakan juga kerana ada segelintir wakil Kerajaan yang dilihat seolah-seolah tidak bersedia atau seperti 'mati kutu' dengan soalan-soalan yang berkaitan dengan kementerian mereka.

Contohnya seperti soalan yang berkaitan dengan isu penggunaan senjata M-16 oleh wakil DAP. Nampak sangat bahawa si Timbalan Menteri tidak memberikan jawapan yang memuaskan, bukan sahaja kepada ahli Dewan Rakyat malahan kepada rakyat.

Perkara ini bukan sahaja boleh mewujudkan situasi 'bising' di kalangan wakil rakyat Pembangkang di Parlimen, tetapi juga memberikan gambaran imej yang tidak baik kepada Kerajaan oleh rakyat.

Bagi saya, itu adalah soalan yang sangat mudah untuk dijawab kerana siri latihan menggunakan senjata hanya kepada pelatih yang mahu mengikutinya dan dikawalselia oleh pihak tentera.

Kebaikannya kepada pelatih pula adalah untuk memberikan pengetahuan dan siri latihan penggunaan senjata membolehkan mereka ini memikul tanggungjawab untuk mempertahankan negara sekiranya berlaku peperangan.

Semudah itu jawapan yang boleh diberikan, bukannya membaca semula objektif penubuhan PLKN.

Justeru, dalam soal ini sebaik-baiknya adalah pihak Kerajaan perlu menekankan kepada wakil-wakil mereka agar dapat memberikan mutu jawapan yang terbaik dalam soal yang membabitkan kepentingan rakyat.

Selain itu, masih ada wakil-wakil Kerajaan yang mempunyai mutu Bahasa Malaysia yang tidak bagus. Saya tidak mengatakan mereka tidak boleh bercakap tetapi pertuturan yang pelat amat menyukarkan pendengar menilai jawapan yang diberikan.

Jangan jadi seperti wakil rakyat Kelana Jaya yang langsung tidak tahu bertutur dalam Bahasa Malaysia!

Oleh itu, dalam soal membina keyakinan rakyat, wakil-wakil Kerajaan perlu mencontohi mutu jawapan seperti YAB TPM kerana menjawab dengan tegas sehinggakan segala isu yang dibangkitkan oleh pembangkang dimatikan begitu sahaja.

Akhirnya, rakyat memahami bahawa isu yang dimainkan oleh pembangkang terutamanya PKR berkenaan kredibilti YAB TPM adalah palsu semata-mata.

Lebih penting, Kerajaan perlu bertegas dan memberikan jawapan yang bernas di Dewan Rakyat agar pilihan untuk memilih Kerajaan oleh rakyat pada PRU ke 13 akan datang hanya kepada satu parti iaitu Barisan Nasional!

Chedet menyerang lagi..

Dr. M ajak singkir Pak Lah

Agendadaily - ‘Serangan’ bekas Perdana Menteri terhadap penggantinya diteruskan lagi dan kali ini Tun Dr. Mahathir Mohamad mengajak seluruh ahli UMNO untuk menyingkirkan segera Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi demi untuk menyelamatkan parti itu daripada terus musnah.

Beliau turut menyebut nama Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin antara nama-nama yang layak menggantikan Abdullah.

Katanya, beliau tidak kisah siapa yang akanmenjadi pengganti asalkan Abdullah disingkirkan segera. -->>lanjut

Video Lingam: JPM buat laporan polis

lingam tape 160508 reportMalaysiakini - "Saya hairan bagaimana kedua-dua akhbar itu terlebih dahulu menyiarkan laporan siasatan itu seolah-olah ada pihak tertentu yang membocorkannya sebelum keputusan kabinet diumumkan," katanya, yang juga ketua bahagian Umno Cheras, kepada Bernama.

"Justeru, saya berharap pihak berkuasa terutamanya Kementerian Dalam Negeri memandang berat soal ini bagi memastikan pihak media sentiasa menghormati etika kewartawanan dalam keghairahan mencari bahan berita." -->>lanjut

BPR kena siasat pendedahan YB Rahman

Oleh : Bashir Ahmad
Ada dua perkara yang sangat menarik berlaku di Parlimen.

Pertama Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menjawab segala tuduhan yang dilemparkan terhadapnya sekian lama. Tuduhan berhubung komisen pembelian kapal selam Scorpene; tuduhan komisen pembelian jet Sukhoi dan tuduhan kononnya Timbalan Perdana Menteri itu terlibat dalam pembunuhan Altantuya yang kesnya masih dalam perbicaraan.

Najib mengambil kesempatan untuk menjawab dengan panjang lebar di Dewan Rakyat kerana tuduhan-tuduhan itu dibangkitkan oleh pembangkang semasa perbahasan titah diraja. Semua orang tahu bahawa tuduhan-tuduhan tersebut turut dijadikan modal pembangkang untuk menyerang BN semasa pilihan raya lalu, dan dalam pilihan raya Machap dan Ijok sebelumnya.

Selepas pilihan raya umum, serangan terhadap Najib berhubung tuduhan-tuduhan tersebut telah ditingkatkan dalam blog-blog yang propembangkang. Kelihatan seperti agenda mereka ialah untuk membunuh kewibawaan bakal Perdana Menteri itu selepas mereka berjaya melumpukan karakter Pak Lah.

Di kalangan para pemimpin pembangkang, semua arif siapa yang paling kerap dan lantang menggunakan tuduhan-tuduhan ini untuk menyerang Najib, UMNO dan BN.

Najib agak konsisten dalam jawapannya berhubung tuduhan-tuduhan ini. Misalnya beliau enggan mengulas panjang tuduhan berhubung Altantuya kerana katanya kes berkaitan masih dalam perbicaraan.

Oleh kerana Najib telah membuat penjelasan, maka tuduhan-tuduhan itu tidak boleh diulangi. Apatah lagi jika dibuat di luar Parlimen, sama ada dalam blog atau di pentas ceramah. Najib perlu mengambil tindakan saman malu terhadap mereka yang mengulangi tuduhan terhadapnya. Jika tidak, umum akan terus beranggapan bahawa tuduhan-tuduhan itu berasas.

Percayalah bahawa pembangkang tidak akan menerima jawapan dan penafian Najib kerana mereka akan menanggung kerugian besar dari segi politik kerana membuat tuduhan palsu atau memfitnah.

Perkara kedua yang lebih menarik ialah pendedahan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan bahawa beliau menerima tawaran wang yang sangat besar supaya berpaling tadah dan melompat ke kem pembangkang.

Katanya, nilai yang ditawarkan membolehkan "hidup senang-lenang tiga generasi." Ini membuatkan kita mencongak angka dalam ringgit Malaysia. RM3 juta atau lebih lagi? Katakan RM3 juta. Jika Pakatan Rakyat perlukan sekurang-kurangnya 30 orang Ahli Parlimen BN untuk membentuk kerajaan, bermakna pihak yang membuat tawaran perlu menyediakan kira-kira RM90 juta (RM3 juta x 30).

Jumlah tersebut adalah sangat besar. Dari mana wang itu diperoleh? Adakah daripada sumber kewangan dalam negeri atau daripada luar negara? Jika daripada luar negara, bermakna pihak yang membuat tawaran sudah `dibeli' oleh kuasa luar. Bagaimana kerajaan yang mahu dibentuk itu dapat berfungsi secara bebas dan berdaulat sedangkan ia berada dalam kocek kuasa luar? Ini satu kerja sabotaj yang boleh mengancam kestabilan dan keselamatan negara kita.

Siapakah petualang di belakang kerja jahanam yang boleh menggadai negara ini? Tanpa menyebut nama, semua orang boleh membuat andaian.

Jika benar bagai dikata, apa yang berlaku adalah juga satu kes rasuah paling serius yang tidak boleh dimaafkan. Badan Pencegah Rasuah mestilah menyiasat dan mengambil tindakan. Menurut Abdul Rahman ketika membuat pendedahan kepada wartawan di lobi Parlimen, beliau kenal siapa yang membuat tawaran.

Mahu tahu…ini syaratnya…

Agendadaily - Ahli parlimen Barisan Nasional kawasan Kota Belud,Sabah Datuk Abdul Rahman Dahlan sedia menjawab cabaran ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat kawasan Gombak,Selangor,Azmin Ali untuk mendedahkan dakwaanya tentang cubaan menyogoknya bagi melompat ke pembangkang.

Syaratnya ialah Azmin perlu terlebih dahulu mendedahkan nama 30 orang Ahli Parlimen BN yang mereka dakwa akan melompat ke PKR.

Mengulas cabaran Naib Presiden PKR itu Jumaat,Rahman berkata mungkin Azmin bermain dengan teka teki itu beranggapan ia satu strategi perang saraf tetapi realitinya ia satu perbuatan yang boleh mengugat kestabilan dan ekonomi negara.

Rahman yang juga Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menilai ini kerana para pelabur dna ahli perniagaan semuanya akan mengambil sikap tunggu dan lihat dan tidak mahu melabur dalam keadaan yang tidak menentu akibat teka teki isu melompat parti ini. -->>lanjut

“Yang menanggung akibatnya ialah rakyat kesan dari ketidakstabilan ekonomi negara,”

Index Rasuah Negara

Usaha Malaysia perangi rasuah
catat peningkatan memberangsangkan
Usaha Malaysia memerangi rasuah menunjukkan peningkatan memberangsangkan apabila menempatkan diri dalam kelompok terbaik bersama-sama negara lain yang berjaya membendung gejala itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, berdasarkan senarai Indeks Persepsi Rasuah Transparency International pada tahun lepas, kedudukan Malaysia lebih baik daripada keseluruhan 179 buah negara yang tersenarai dalam laporan itu.

“Ini adalah satu peningkatan daripada 2006 dan 1995,” katanya.

Abdullah berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) sama ada kerajaan akan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menentukan sebab kemerosotan kedudukan Malaysia daripada kedudukan ke-23 Indeks Persepsi Rasuah Transparency International 1995 ke kedudukan ke-44 dan ke-43, masing-masing pada 2006 dan tahun lepas.

Merujuk kepada soalan itu Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak bercadang membentuk suruhanjaya itu kerana jika diteliti secara sepenuhnya indeks itu menunjukkan prestasi negara dalam menentang rasuah kian meningkat.

Abdullah berkata seperti yang dijelaskan oleh pihak Transparency International, trend penambahbaikan atau kemerosotan persepsi dalam Indeks Persepsi Rasuah tidak boleh dilihat daripada ranking sesuatu negara dari tahun ke tahun.

“Ini kerana jumlah negara yang mengambil bahagian dalam indeks tersebut berbeza dari tahun ke tahun, umpamanya pada 1995 sebanyak 41 negara telah mengambil bahagian manakala pada 2006, ia meningkat kepada 163 negara dan tahun lepas sebanyak 179 negara,” katanya.

Abdullah berkata, satu petunjuk yang lebih tepat untuk menunjukkan trend prestasi sesebuah negara dalam indeks tersebut adalah skor negara di mana skor Malaysia sejak 1995 pada sekitar lima mata iaitu satu prestasi yang baik dan stabil.

“Malah jika dikira daripada segi peratusan dalam kedudukan negara-negara yang diteliti, prestasi negara sebenarnya telah bertambah baik.

“Sesungguhnya kerajaan berpendapat walaupun persepsi orang ramai mengenai rasuah harus diambil kira, namun apa yang penting adalah usaha substantif untuk membanteras rasuah dan menegakkan integriti di kalangan rakyat,” katanya.

Beliau berkata sehubungan itu, kerajaan telahpun dan akan terus mengambil beberapa langkah positif ke arah matlamat tersebut demi kesejahteraan rakyat di antaranya penambahbaikan dan penstrukturan semula Badan Pencegah Rasuah (BPR) kepada sebuah suruhanjaya.

Penghakiman Pulau Batu Putih

Siaran Langsung Di RTM1
RTM akan menyiarkan secara langsung keputusan penghakiman Pulau Batu Putih (PBP) dari The Hague, Belanda, 23 Mei ini.

Bahagian Pengurusan Am Jabatan Penyiaran Malaysia dalam satu siaran media berkata orang ramai boleh menyaksikan siaran langsung itu menerusi RTM1 mulai pukul 4 petang hari berkenaan.

Keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) itu akan disampaikan oleh Naib Presiden ICJ yang juga Pemangku Presiden kes Tuntutan Bertindih ke atas Pulau Batu Putih, Hakim Awn Shawkat Al-Khasawneh.

Malaysia dan Singapura membuat tuntutan bertindih ke atas PBP seluas 0.2 hektar (sebesar dua padang bola sepak) itu sejak 28 tahun lepas.

Bagaimanapun setelah tiada keputusan mengenainya dicapai dalam beberapa rundingan, kes itu diserahkan kepada ICJ pada Feb 2003.

PBP, terletak 7.7 batu nautika dari Malaysia dan 25.5 batu nautika dari Singapura, adalah sebuah pulau tunggul di luar Pantai Tenggara Penggerang, Johor.

RTM juga akan menyiarkan enam siri laporan khas mengenai PBP melalui slot Warta Perdana (8 malam) mulai 17 Mei hingga 22 Mei depan.

Turut disiarkan ialah sebuah dokumentari pendek selama 15 minit menerusi rancangan Selamat Pagi Malaysia (8 pagi) Isnin ini dan Galeri Perdana (8.40 malam) sehari sebelum keputusan diumumkan.