Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Friday, May 16, 2008

Gerak Usahawan Di Tanjong Karang

gerakusahawan08.jpg

MUKHRIZ TIKAI KEWIBAWAAN ANWAR JADI PM

Mantan timbalan perdana menteri dikaitkan dengan
Israel dan pembunuhan Muslim di Iraq

Son of former Malaysian premier Mahathir Mohamad, Mukhriz Mahathir talks to media at the Langkawi Hospital intensive care unit where former Malaysian prime minister Mahathir Mohamad was admitted for breathing difficulties,
Datuk Mukhriz Mahathir kelmarin mempertikaikan kewibawaan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk menjadi Perdana Menteri.

Datuk Mukhriz membangkitkan tiga perkara yang dilakukan Datuk Seri Anwar termasuk dua yang dilaporkan media asing tetapi tidak diberi liputan oleh media tempatan.

Beliau berkata laporan mengenai Anwar dalam majalah TIME, edisi bertajuk 'The 2008 TIME 100' ditulis oleh rakan karib Datuk Seri Anwar, mantan Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Encik Paul Wolfowitz, merangkap ketua strategi perang Iraq untuk Presiden George W. Bush.

"Mengapa harus Anwar bersekongkol dengan pembunuh lebih sejuta rakyat Iraq ini?" tanya Datuk Mukhriz ketika membahaskan usul terima kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat kelmarin.

Beliau juga berkata, makalah dalam akhbar Israel Jerusalem Post menggambarkan Datuk Seri Anwar sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia, seperti yang disebut oleh Ahli Parlimen Gombak daripada PKR, Encik Mohamed Azmin Ali, di Dewan Rakyat.

"Adakah ini bukti bahawa Israel juga setuju Anwar menjadi Perdana Menteri negara ini. Kalau setuju, mengapa?" katanya.

Beliau menambah laporan ketiga ialah mengenai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Foundation of The Future, yang menerima dana AS$35 juta ($48 juta) daripada Jabatan Negara Amerika Syarikat.

"Pengerusi Foundation of The Future itu tidak lain tidak bukan ialah Anwar sendiri, insan yang dikatakan bakal Perdana Menteri Malaysia.

"Soalnya, adakah Anwar yang terbabit secara langsung dalam organisasi yang diragui latar belakangnya dan berkawan rapat dengan pengikut fahaman Neo-Conservative yang membunuh rakyat Islam di Iraq, Wolfowitz, hendak kita benarkan mengambil alih kepimpinan negara tercinta ini?" katanya.

Kalimah ALLAH

Oleh : Rejal Arbee
Allah adalah yang Maha Esa
Nampaknya usaha Kerajaan untuk menetapkan nama Allah menjadi kegunaan eksklusif untuk orang Islam di Malaysia mungkin tergugat apabila Gereja Katholik Isnin lalu (5hb Mei) dibenar oleh Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) membuat permohonan membantah larangan yang dikeluarkan Bahagian Penerbitan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri terhadap Gereja itu.

Ini adalah berikutan dengan pemohonan Gereja itu mendapatkan kebenaran semakan bahawa larangan menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya ‘Herald – The Catholic Weekly’ adalah tidak sah dan batal. Gereja itu mendakwa bahawa khalimah Allah tidak seharusnya ekslusif untuk agama Islam saja.

Dengan kebenaran itu Gereja itu kini dilaporkan akan mengemukakan permohonannya dalam tempoh terdekat ini bagi membolehkannya mendapatkan perintah Mahkamah supaya tidak akan ada lagi halangan ia menggunakan khalimah itu dalam penerbitannya. Kiranya ia berjaya maka penerbitan mingguannya itu tidak lagi terhalang dari menggunakan Allah untuk tuhan mereka.

Kebenaran itu sebenarnya akan membawa kepada implikasi besar terhadap penggunaan khalimah Allah kerana ia tidak akan terhad kepada penerbitan itu saja tetapi sudah boleh digunakan puak Kristian dalam apa pun penerbitan mereka termasuk ‘Bible’.

Ini tentunya akan mengelirukan ummat Islam negara ini. Selama ini orang-orang Islam di Malaysia menganggap Allah adalah tuhan bagi ummat Islam saja. Ini adalah kerana Allah membawa pengertian Dia hanyalah satu-satunya sahaja Tuhan yang disembah. Allah adalah Maha Esa yang tidak mempunyai sebarang sekutu. Ini adalah asas pegangan Tauhid bagi orang Islam. Kiranya permohonan Gereja Katholik membantah larangan penggunaan khalimah Allah oleh puak Kristian ia tentunya akan mencemarkan kesucian nama itu sebagai Tuhan Yang Maha Esa.

Apa tidaknya bila dilihat dari perbedaan kepercayaan mengenai Tauhid. Bagi kita ummat Islam, Allah itu Yang Maha Esa, Dia tidak bersekutu. Tidak ada yang mendahuluiNya dan tidak pula yang mengakhiriNya.
Pegangan kita kepada Tauhid ini tidak ujud dalam agama Kristian sekarang yang percayakan Nabi Isa a.s. itu adalah anak Tuhan selain dari adanya pula Roh al Kuddus (Holy Spirit).

Ini adalah diasaskan daripada apa yang dinamakan sebagai ‘Nicene Creed’ bermula dari Maharaja Constantine pada tahun masehi 325 dan dikemaskinikan pada TM381. Dengan itu ajaran yang dibawa oleh Nabi Isa s.a melalui Kitab Injil yang disebut dalam Al Quran sudah tersimpang sebagaimana juga ajaran nabi Musa a.s melalui Torah juga tersimpang berikutan dengan apa yang dilakukan beberapa orang paderi Yahudi, termasuk Ezra.

Dengan sebab itu nama Allah tidak sepatutnya dikaitkan dengan Allah yang Maha Esa. Dari segi bahasanya pun Allah itu adalah yang Satu tidak seperti Illah yang membawa makna generik tuhan. Sebenarnya kira puak Kristian mahu mereka boleh gunakan Illah bukannya Allah.

S'jaya syor Dr M dan 5 lagi disiasat

Malaysiakini - Suruhanjaya diraja yang menyiasat skandal klip video Lingam mengesyorkan supaya mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan lima orang lagi, disiasat berhubung peranan mereka dalam pelantikan hakim-hakim.

Yang lainnya ialah bekas ketua hakim negara - Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Tun Eusoff Chin - peguam kanan Datuk VK Lingam; bekas menteri di jabatan perdana menteri, Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga setiausaha agung Umno serta ahli perniagaan Tan Sri Vincent Tan.

Suruhanjaya itu mengesyorkan supaya mereka disiasat di bawa Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi (OSA), Kanun Keseksaan dan kerana menghalang proses keadilan. -->>lanjut


LIVE.!!! - Dewan Rakyat

Seronok juga menyaksikan wakil rakyat yang kita pilih berdebat. Tidak semua perbahasan di Parlimen di siarkan di akhbar mahu pun di TV.

Mungkin yang buruk dan yang negatif tentang pembangkang saja di siarkan. Yang baik² kalau boleh nak di sorokkan.

Jadi, ambillah peluang menyaksikan perdebatan ini.

Siaran langsung ini di kongsi dengan beribu penonton. Ada kalanya sukar mendapatkan siarannya. Untuk mempastikan anda dapat menonton, ikut tip berikut :-
  • Masuk ke blog yang menyediakan TV ini, 5 minit atau 10 minit sebelum sidang bermula. Sidang Pagi bermula jam 10.00 pagi. Sidang Petang bermula jam 2.30 petang.
  • Jika tiada paparan imej di TV, cuba tekan 'Stop' dan 'Play' berulang kali. InsyaAllah anda akan dapat siarannya.
  • Jika terdapat gangguan audio, tekan 'stop' dan 'play' berulang kali. Jika anda 'refresh' atau 'reload' kemungkinan anda terus kehilangan siarannya. Di luar sana ramai yang menanti untuk menonton.

Hari ini dalam Sejarah!

Ma layan U nion
Mari kita kembali melihat kepada sejarah pembentukan Ma layan U nion.

Ma layan U nion ialah satu rancangan yang melibatkan Negeri-Negeri Selatan dan terdiri daripada Majlis Perundangan dan Majlis Mesyuarat Kerajaan yang akan diketuai oleh seorang Gabenor British.

Sultan-sultan Melayu akan mengekalkan kedudukan masing-masing tetapi bidang kuasa yang sangat terhad iaitu hanya berkaitan dengan agama Islam dan Istiadat orang Melayu.

Kerajaan British pula akan terus memerintah melalui majlis penasihat yang diluluskan oleh gabenor Ma layan U nion.

Kerajaan Ma layan U nion pula akan mengambil ahli semua aset negeri-negeri Melayu, kecuali aset berkaitan agama Islam dan harta peribadi sultan-sultan.

Malahan, Ma layan U nion juga mencadangkan undang-undang yang memberikan kewarganegaraan kepada semua orang yagn dilahirkan di Tanah Melayu dan Singapura, serta pendatang yang tinggal di sana selama sekurang-kurangnya 10 tahun daripada 15 tahun sebelum 15 Februari 1942.

Ma layan U nion ini juga akan memberikan hak-hak yang sama termasuk penerimaan masuk untuk perkhidmatan awam.

'Jus Soli' pula ialah apabila kewarganegaraan Tanah Melayu diberikan kepada semua tanpa diskriminasi kaum dan kepercayaan.

Ini pula di antara kata-kata ucapan oleh Presiden UMNO, Tunku Abdul Rahman:

"...when we (the Malays) fought against the Ma layan U nion (which upset the position of the Malays's rights) the others took no part in it because they said this is purely a Malay concern, and not theirs. They also indicate that they owe their loyalty to their countries of origin, and for that reason they oppose teh Barnes Report to make Malay the national language. If we were to hand over the Malays to these so-called Malayans when their nationality has not been defined there will be a lot of problems ahead of us."

YB KJ Menulis...

[kjrembau.jpg]
Sila layari : www.rembau.net

Teks Ucapan Ahli Parlimen Rembau:
Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah SPB YDP Agong,

12 Mei, 2008, Dewan Rakyat

Tuan Yang Dipertua,
1. Saya tampil untuk turut serta membahas usul menjujung kasih ke bawah duli Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong di atas titah Tuanku di Dewan yang mulia ini.
2. Izinkan saya bermula dengan merakamkan ucapan takziah dan rasa simpati rakyat Rembau kepada rakyat negara Myanmar atas malapetaka taufan yang mengorbankan puluhan ribu nyawa di negara jiran kita itu. Saya harap bantuan dari masyarakat antarabangsa akan sampai terus kepada rakyat Myanmar tanpa sekatan untuk mengelak krisis yang lebih besar berlaku. -->>lanjut

K'jaan batal pasport Waythamoorthy

Malaysiakini - Kerajaan membatalkan pasport pengerusi Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) P Waythamoorthy, demikian Amnesty International (AI).

Waythamoorthy, yang kini tinggal di London bagi mengelak ditahan sejak Disember lalu, mencari suaka di Britain, kata pengarah AI yang beribupejabat di Washington, T Kumar kepada AFP. -->>lanjut
"Beliau merancang untuk melawat Washington untuk menemui anggota Kongres Amerika, pemimpin AI dan kumpulan hak asasi manusia di negara itu,"

Internet Negara

Internet lebih pantas
* Komunikasi cepat berkali ganda * Impak besar kepada rakyat
Utusan - Pengguna Internet di negara ini bakal menikmati kemudahan lebih pantas berkali ganda, setanding dengan komuniti maya negara-negara maju melalui projek pembangunan infrastruktur jalur lebar yang diumumkan oleh kerajaan hari ini.

Kemudahan baru itu bakal melonjakkan Malaysia ke tahap dunia siber seperti di Hong Kong, Korea dan Singapura yang memberi impak besar kepada sosioekonomi rakyat.

Ia umpama pembukaan sebuah lebuh raya yang akan memudahkan pelbagai aplikasi dimanfaatkan sepenuhnya seperti e-kerajaan, e-kesihatan, e-pendidikan, telekerja (bekerja dari rumah), e-pembayaran dan TV dengan Protokol Internet (IPTV).

Melalui kemudahan itu, orang ramai akan lebih mudah berurusan dengan kerajaan secara dalam talian.

Penekanan juga akan diberikan kepada aspek pembangunan kandungan dan pelbagai aplikasi dalam talian seperti perkhidmatan perbankan dan pembelian tiket. -->>lanjut

Awas.!!! panggilan santet

Panggilan santau karut
hmetro - Menggemparkan! Ramai pengguna telefon bimbit mula panik berikutan penyebaran SMS yang meminta orang ramai berhati-hati dengan panggilan santau atau ‘tarik nyawa’ yang kononnya boleh membunuh mereka sejurus menjawab panggilan itu.

Lebih menakutkan apabila kandungan SMS itu mendakwa panggilan maut itu sudah meragut sembilan nyawa di Indonesia sejak bulan lalu dan kini mula menular kepada jutaan pengguna telefon di negara ini bagi menagih korban terbaru.

Kemunculan SMS peringatan berhubung panggilan maut yang kini amat digeruni penduduk Indonesia dikesan mula diterima pemilik telefon bimbit di negara ini sejak minggu lalu dengan amaran supaya tidak menjawab panggilan telefon daripada nombor melebihi lapan angka itu.

Malah, panggilan terbabit yang turut digelar di Indonesia sebagai panggilan santet, deringan syaitan atau telefon maut, didakwa angkara pengamal ilmu hitam yang kononnya mahu menguji tahap keberkesanan ilmu hitam dipelajari. -->>lanjut

Perkasa belia agenda utama


Abdullah Ahmad Badawi bersalam dengan pelatih-pelatih PLKN semasa beliau melancarkan sambutan Majlis Perhimpunan Hari Belia Negara 2008 di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur, semalam.

Utusan - Kerajaan akan melipatgandakan usaha untuk memperkasakan golongan belia bagi membolehkan mereka bersaing dengan belia di negara maju, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Untuk itu, tegas Perdana Menteri, usaha mendidik dan menjana golongan belia agar mencapai potensi diri yang optimum akan sentiasa menjadi agenda penting negara.

Katanya, langkah khusus akan diambil kerajaan untuk membantu golongan berkenaan seperti meningkatkan latihan dan kemahiran dalam pelbagai bidang.

Kerajaan juga, jelas beliau, akan memperluaskan peluang untuk golongan belia mengikuti pelbagai kursus sedia ada yang bertujuan bagi meningkatkan kemahiran diri. -->>lanjut

Isu Karpal Singh

Mufti Perak Kecam,
Menteri Besar Tutup Mulut

Pemuda UMNO Perak melahirkan kehairanan di atas sikap Menteri Besar negeri itu, Datuk Seri Ir Mohd Nizar Jamaludin yang terus membisu terhadap tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang memperlekehkan institusi kesultanan Perak.

Ketuanya, YB Zainol Fadzi Paharuddin berkata Menteri Besar Perak itu masih lagi tidak menyatakan sokongan dan mempertahankan Sutan Perak sungguhpun Mufti negeri, Datuk Harussani Zakaria telah membuat kenyataan mengecam perbuatan Pengerusi DAP itu.

Soal beliau adakah Menteri Berak Perak takut kehilangan jawatan sehingga takut untuk mengeluarkan kenyataan mempertahankan Sultan Perak dan terpaksa akur dengan perbuatan pemimpin DAP.

"Pemuda Perak juga amat bersetuju dengan saranan Persatuan Kebajikan Dan Dakwah (PEKIDA) Gombak agar Karpal segera memohon ampun dari Sultan Perak, Raja-Raja Melayu dan Yang Di-Pertuan Agong .

"Sesungguhnya orang Melayu amat menghormati agama-agama lain dan tidak pernah memperlekehkanya. Orang Melayu juga amat terkenal dengan ada sopan-santun, namun jangan sampai istilah 'amuk' yang tiada dalam Bahasa Inggeris terjemahannya berlaku pada orang Melayu", katanya.

Selain daripada pimpinan UMNO, NGO dan orang-orang Melayu di seluruh negara, Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria turut meminta Pengerusi DAP, Karpal Singh supaya tidak mempertikaikan kuasa Sultan Perak berhubung isu pertukaran Pengarah JAIP, Datuk Jamry Sury kerana ia dianggap menghina Islam.

Malah Mufti Perak turut mengatakan sejak dari dulu Karpal Singh tidak pernah taat dan sentiasa mempertikaikan kuasa Sultan dan agama Islam walaupun semua perkara itu sudah termaktub dalam perlembagaan.

Pada masa yang sama Zainol yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Manik turut memandang serius dakwaan DAP negeri itu berhubung insiden yang berlaku di Pejabat DAP Perak hari ini yang menyifatkan perbuatan tersebut berunsur politik.

"Tunggulah siasatan pihak berkuasa. Jangan hangatkan lagi keadaan seperti 'retak menunggu belah'. Kita juga boleh membuat pelbagai andaian berhubung insiden terbabit", ujarnya.

Ibu Pejabat DAP Perak di Bandar Ipoh Raya di sini dilempar bom petrol oleh dua lelaki semalam menyebabkan dua letupan kuat berlaku.

Kejadian pada pukul 2.20 pagi semalam disedari oleh seorang pengawal keselamatan Ammeri Ahmad, 45, yang ketika itu bertugas di sebuah sekolah berhampiran pejabat itu yang kemudian menghubungi pihak polis.

Tidak ada sebarang kecederaan dilaporkan. Dua tingkap pejabat itu mengalami kerosakan.

Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu mentaliti pemimpin pembangkang dengan kepimpinan Barisan Nasional (BN) cukup berbeza.

"Kita sesungguhnya cukup pelik bagaimana melihat kerakusan parti pembangkang untuk mendapat kuasa memerintah di peringkat pusat yang memerlukan satu jumlah yang agak besar iaitu sekurang-kurangnya 30 kerusi.

"Sedangkan seperti yang diperkatakan oleh Ketua Pemuda UMNO hari ini, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bahawa Perak hanya memerlukan dua kerusi sahaja untuk mendapat kuasa di negeri ini. Inilah beza mentaliti kita dengan pembangkang", katanya.

LOMPAT PARTI –SIAPA TERSUNGKUR

Isu lompat parti begitu hangat dibincangkan hinggakan ia turut kedengaran di Dewan Rakyat, di pejabat-pejabat malah di warong-warong kopi disegenap tempat. Khabar-khabar angin yang digembar-gemburkan oleh Anwar Ibrahim yang mengatakan bahawa ada dikalangan ahli Barisan Nasional akan melompat parti seperti sebuah bom yang meletup dan meninggalkan kesan difikiran rakyat .

Namun, ternyata ia hanya sebuah permainan politik yang dilakukan oleh politikus Pakatan Rakyat yang terpaksa melakukannya bagi menampakkan parti mereka kuat dan mendapat sokongan miskipun mereka terpaksa menggunakan helah penipuan bagi menutup kelemahan mereka.

Dalam kesibukan bermain perang saraf ini, mereka lupa bahawa ada cerita yang sedang tersebar luas mengenai 3 orang Ahli Dewan Undangan Negeri Perak yang mana kini diterajui oleh Pakatan Rakyat itu tidak berpuas hati dengan janji yang dibuat oleh parti tersebut.

Sumber yang difahamkan menceritakan bahawa ketiga mereka ini kini sedang saling berbincang dan akan berpaling meninggalkan Pakatan Rakyat lantas memasuki Barisan Nasional.

Sekiranya perkara ini benar-benar berlaku, negeri Perak yang kini diterajui oleh pembangkang itu tidak mustahil terpaksa menyerahkan kembali negeri terbabit ke tampuk pemerintahan kerajaan Barisan Nasional.

Seharusnya Anwar memantau orang-orangnya sendiri agar tiada yang melarikan diri dan seterusnya menambahkan lagi kegagalan yang tersedia, bukannya sibuk mengejar orang baru untuk ditusuk jarum agar mengkhianati parti mereka. Umpama yang dikendong keciciran, yang dikejar pula tidak dapat.