Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Monday, May 12, 2008

Isu babi di Dewan Rakyat

Projek khinzir raksasa (PKR)
Vs
Projek Babi Negara (PBN)


Khairy Jamaluddin, ahli parlimen Rembau, mencipta singkatan nama yang menarik di Dewan Rakyat hari ini dalam isu penternakan babi dengan menamakannya "Projek Khinzir Raksasa" atau PKR.

Beliau berucap sewaktu membahaskan isu bahan makanan yang mencukupi seperti padi, daging lembu, sayur dan daging kambing.

Beberapa ahli parlimen PKR tidak berpuas hati dan bangun untuk menjawab tetapi tidak diberikan laluan oleh Khairy.

Sindiran tajamnya itu bagaimanapun dijawab ahli palimen PAS, Mahfuz Omar, dengan PBN atau "Projek Babi Negara".

Khairy kemudian bertanya siapa yang mengeluarkan kenyataan sedemikian tetapi gagal mengenal pastinya.

Sindiran beliau di awal ucapan di sesi pagi tadi dipercayai merujuk kontroversi projek penternakan moden babi di Selangor yang kini dipimpin oleh menteri besar PKR, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pak Lah umum insentif industri halal Malaysia

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan beberapa insentif dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai pemain utama dalam industri halal di peringkat antarabangsa.

Beliau berkata, antara insentif tersebut termasuklah pengecualian cukai daripada penjualan eksport dan pengecualian cukai import atas barangan mentah.

HALAL MALAYSIA


Langkah atasi kenaikan harga makanan

Kerajaan hari ini akan mengumumkan langkah pemulihan bagi menangani kenaikan harga beras dan mengawal inflasi sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk mengurangkan beban rakyat berdepan dengan kenaikan kos hidup.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau akan mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet mengenai Inflasi hari ini bagi mencari penyelesaian isu harga makanan dan kekurangan bekalan.

"Beberapa keputusan akan dibuat terutamanya berhubung padi dan beras," kata beliau pada sidang akhbar selepas melancarkan Forum Halal Sedunia 2008.

Semasa ditanya sama ada kerajaan akan mengenakan bayaran yang lebih tinggi bagi bahan api kepada rakyat asing, Abdullah berkata kerajaan melihat kepada semua aspek berhubung harga minyak dunia.

"Kita akan membuat pengumuman sewajarnya. Saya tidak akan beritahu sedikit demi sedikit. Kita akan melihat kepada semua ini (dan) kita sedar harga minyak naik sehingga AS$120 setong," katanya.

Bela nasib pemandu teksi

Malaysiakini - Kerajaan sedang mengkaji mengeluarkan semula permit individu selepas muncul masalah akibat pemberian lesen kepada syarikat, kata menteri pembangunan usahawan dan koperasi Datuk Noh Omar.

Beliau berkata pemberian lesen kepada pemandu individu membolehkan perkhidmatan teksi di negara ini diperbaiki. -->>lanjut
"Kita sedar ada pelbagai masalah timbul apabila lesen teksi diberikan kepada syarikat termasuk isu kos sewa dan sewa beli teksi yang tinggi, pendapatan pemandu tidak setimpal, kebajikan pemandu tidak dijaga dan masalah (pemandu) tidak guna meter dan tidak mahu ambil penumpang,"

Siapa katak itu?

Isu lompat parti

Kita sedang menunggu siapakah dan Ahli Parlimen Barisan Nasional mana yang terlebih dahulu hilang akal, lupa diri, mabuk kuasa, gelap mata dengan tawaran wang ringgit daripada PKR untuk menyertai Pakatan Palsu Rakyat itu dan sekaligus menumbangkan kerajaan Barisan Nasional.

Kita juga sedang menantikan apakah memang ada ahli parlimen BN yang berwajah `pelacur’ politik dalam gagasan Barisan Nasional ini sehingga mereka sanggup berpaling tadah dan menikam parti mereka sendiri daripada dalam ataupun menjual maruah mereka untuk Pakatan Palsu Rakyat terutama sekali kepada Anwar Ibrahim.

Bermula selepas PRU12 lalu dan sehingga ke hari ini, Anwar Ibrahim dengan secara terbuka mendedahkan bahawa PKR telahpun mendapat persetujuan secara bertulis daripada 17 ahli parlimen BN dan berapa orang lagi sudah pun menyatakan kesediaan untuk menyertai Pakatan Palsu Rakyat ini bagi membolehkan mereka membentuk kerajaan baru.

Anwar terus membuka kepak politiknya dengan mendedahkan bahawa pembangkang juga bukan sekadar berjaya mendapatkan sokongan daripada komponen BN di Sabah tetapi ahli parlimen daripada semenanjung juga turut berminat untuk menyertai pakatan palsu ini.

Perang saraf yang dimainkan oleh Anwar ini bukan sahaja berjaya mencetuskan rasa bimbang Pak Lah dan Najib tetapi secara tidak langsung Anwar telah berjaya dengan misinya untuk melihat UMNO dan Barisan Nasional terus hancur dan tidak mempunyai masa untuk mengatasi masalah parti tersebut selepas kalah teruk dibelasah pembangkang melalui pilihanraya lalu.

Tetapi sanggupkah ahli parlimen yang dikatakan berminat dengan slogan Anwar ini menjual diri mereka dan sekaligus meletakkan diri sebagai seorang ahli poltiik yang tidak bermaruah serta jijik dan memualkan?

Apakah mereka ini terlalu mudah menyerah dan hilang jati diri hanya kerana terpedaya dengan janji-janji palsu yang ditawarkan? Sebagaimana di Sabah, tentu sekali peristiwa PBS keluar daripada BN harus dijadikan iktibar betapa segala janji yang ditaburkan pembangkang hanya sekadar bermotifkan rampasan kuasa semata-mata dan bukannya meletakkan kepentingan rakyat sebagai yang utama.

Sekiranya benar isu lompar parti ini menjadi kenyataan dan BN hilang kerajaan, maka terbukti wakil rakyat yang dipilih bukan seorang pemimpin yang tinggi nilai akal budinya apatah lagi apabila mereka sendiri tergamak membunuh parti yang memberikan peluang untuk mereka menjadi wakil rakyat dan pemimpin seperti ini tidak mustahil akan juga sanggup menjual bangsa dan Negara asalkan mereka memperolehi keuntungan peribadi.

Kita juga tidak tahu apa sangat yang istimewa dengan PKR sehingga begitu sekali tersebar bahawa ada ahli BN yang akan lompat parti untuk menyertai PKR dan kita juga tidak menyangka bahawa begitu rendahnya moral ahli parlimen BN sehingga mereka sanggup meninggalkan parti yang telah pun berusia 62 tahun dan menyertai parti yang baru berusia setahun jagung.

Sebelum mereka membuat keputusan, mereka harus melihat bagaimana PKR mentadbir Selangor, PAS mentadbir Perak dan Kedah dan bagaimana mereka ini sanggup dijadikan alat untuk kepentingan politik DAP dan apakah dengan hasrat mereka mahu melompat parti itu akan memberikan peluang pimpinan pembangkang menjadikan mereka seperti malukut di tepian gantang. Ada tak menambah, tiada tidak mengurang.

Janji-janji ataupun apa sahaja yang pembangkang taburkan hanyalah sekadar janji pemikat dan apabila ahli parlimen BN ini terpedaya dengan momokan janji tersebut, percayalah mereka akan jadi seperti tebu, habis manis sepah dibuang.Janji PKR boleh juga diumpamakan sebagai janji buaya darat untuk memikat gadis impian.Gadis sanggup tinggalkan keluarga tetapi akhirnya terjebak di lembah yang penuh noda serta tipu muslihat.

PKR ketika ini hanyalah sekadar sebuah parti yang boleh diumpamakan sebagai sebuah patung kristal semata-mata, ukirannya nampak begitu cantik tetapi sebenarnya parti ini hanyalah sekadar untuk sebuah hiasan semata-mata dan masa depan mereka hanya bergantung kepada sokongan daripada kalangan India dan Cina sahaja sedangkan orang Melayu sendiri sudah pun cuak dengan sikap kerakusan kuasa yang mereka tonjolkan. Malah sudah ada Melayu yang menyesal kerana menykong PKR dalam PRU12 lalu.

Dan kepada ahli parlimen BN yang sedang mengira keuntungan yang bakal mereka perolehi sekiranya bersetuju menyertai pembangkang, apakah mereka ini juga sanggup dilabel dengan gelaran seperti pelacur murahan, pengkhianat dan pemimpin yang tidak bertanggungjawab kepada parti mereka sendiri dan mahukah mereka ini dikenang sepanjang masa sehingga kiamat dunia ini sebagai seorang ahli politik yang tidak bermoral serta buruk akhlaknya.

Apa pun kita masih menunggu siapakah mereka ini yang sanggup menjual maruah hanya kerana mahu Anwar ataupun Wan Azizah menjadi Perdana Menteri? Kita masih menanti adakah mereka ini mahu menjadi pelacur kelas atasan ataupun sekadar menjaja tubuh di lorong-lorong gelap dan sekiranya tidak ada, maka benarlah Anwar seorang pembohong yang sukar ditandingi oleh sesiapa pun pada abad ini.

Ingat tanggungjawab anda. Jangan tipu rakyat yang mengundi anda sehingga anda bergelar Yang Berhormat. Bila anda menjual maruah maka bermakna anda telah menjual iman anda dan pemimpin yang tidak beriman, tidak ada janji syurga dan tempat anda adalah sebaris dengan golongan orang-orang yang munafik. Terpulanglah kepada anda ingin menjadi pelacur murahan atau si katak yang suka melompat mencari kolam yang mungkin kolam itu lebih baik daripada kolam yang ada sekarang. Terserah!

Karpal Terus Diselar...

Selain Laporan Polis, Tindakan Biadap Pengerusi DAP, YB Karpal Singh Berhubung Kenyataannya Yang Mempertikaikan Kuasa Raja-raja Melayu Terus Mendapat Bantahan Pelbagai Pihak. Inilah Yang Ditunjukkan Sekumpulan Pemuda Yang Mengambil Kesempatan Sempena Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke 62 Di PWTC, Pagi Ahad Bagi Menyatakan Bantahan Terhadap Tindak Tanduk Pengerusi DAP Itu. Kelihatan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein Turut Meluangan Masa Bersama Dengan Kumpulan Terbabit Apabila Tiba Untuk Menghadiri Majlis Sambutan Ulang Tahun UMNO.

Pilihan Raya Umum Ke-12 Beri Ruang UMNO Bermuhasabah

Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin berkata keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu mempunyai hikmah tersendiri khususnya memberi ruang kepada UMNO untuk berubah selepas 62 tahun kewujudannya.

Menurut beliau perubahan yang sedang dilalui hari ini adalah bagi menjadikan UMNO relevan dengan suasana dan keadaan semasa.

"Sebenarnya keputusan baru-baru ini telah membolehkan kita berubah untuk menjadi lebih baik dan menuntut semua peringkat parti menampung perubahan itu.

"Banyak perkara yang dahulu tidak boleh dilakukan dari dalam parti, boleh dibuat dari luar sekarang ini. Namun, perubahan yang sedang berlaku tidak sepatutnya menjejaskan asas-asas perjuangan parti, tetapi lebih kepada perubahan dalam bentuk pendekatan," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap ucapan Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada sambutan ulangtahun UMNO ke-62 semalam.

Menurut Hishammuddin lagi, perubahan dalam UMNO kini penting kerana imej keseluruhan parti amat perlu dipulihkan dan tidak sekadar kepada sayap-sayap yang ada.

"Selaku ketua Pemuda, ini sesuatu atas bahu dan kepala saya, tetapi pada masa yang sama memerlukan penelitian struktur UMNO itu sendiri, ia tidak boleh di atas bahu dan kepala sayap semata-mata, imej bukan bergantung pada sayap, tetapi imej UMNO keseluruhan," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata tindakan lompat parti di kalangan para pemimpin Barisan Nasional (BN), tidak akan berlaku jika pemimpin yang ada benar-benar ikhlas dan jujur dalam perjuangan.

Sementara itu, beliau turut menegur Pengerusi DAP, Karpal Singh agar berhati-hati dalam usaha penolakan beliau terhadap hak raja-raja Melayu kerana ia bukan sahaja tidak digemari masyarakat umum, tetapi di kalangan penyokongnya sendiri.

Jangan lupa diri

Ahli UMNO perlu tingkat integriti agar parti terus relevan

Utusan - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengingatkan ahli UMNO supaya tidak lupa diri sebaliknya terus berusaha memperkukuhkan integriti di semua peringkat agar parti terus relevan.

Presiden UMNO berkata, usaha-usaha untuk meningkatkan integriti dalam parti amat perlu kerana ia akan memberi kesan kepada pembangunan negara sekali gus membolehkan rakyat merasai nikmatnya.

“Mulai hari ini kita mesti muncul dengan semangat baru menjadi sebuah parti yang terus mendapat sokongan rakyat disebabkan integriti, kita mesti memulakan langkah pertama dengan penuh keyakinan.

“Apa yang berlaku dalam pilihan raya lepas menunjukkan kita tidak boleh dihilangkan. UMNO tetap kekal dalam dada kita dan ia menjadi bertambah kukuh jika integriti kita di semua peringkat dapat ditingkatkan,’’ katanya. -->>lanjut

Awas ketika membeli...

Kasut buatan kulit babi di Ipoh

Oleh : alhussyen

SEORANG suri rumah datang mengadu kepada saya.Nampak marah bercampur kesal.Dia membawa suatu bungkusan pelastik bersamanya.

Lalu dia keluarkan isi bungkusan tersebut dengan hati-hati dengan berlapikkan kertas tissu ditangannya sambil berkata, " Saya baru beli dua pasang kasut ini di sebuah shopping kompleks 'The Store' Jalan Kampar; tengok ini!" dengan nafas semput kerana mungkin menahan geramnya. Saya hanya ternganga sambil memandang ke arahnya.

"Tengoklah ni! Nampak tak bahagian yang mengelupas ini? Kulit babi rupanya!"

"Macam mana tau?" tanya saya untuk mendapatkan kepastian sambil mencapai cermin mata saya.

"Ada bintik-bintik tiga!"

Saya pun meneliti bahagian kasut yang sudah mengelupas itu dan memang benar apa yang dikatakan olehnya.Terdapat bintik-binti tiga disana sini.Bahagian tersebut tidak kelihatan sebelumnya kerana diselaputi dengan sapuan warna.Hanya apabila warna tersebut mengelupas keluar barulah keliahtan bintik-binti tersebut.
Kelihatan jelas bintik-bintik tiga apabila sapuan warna tersebut telah tertanggal

"Bila beli kasut ni?" saya bertanya.

"Minggu lepas, Empat puluh ringgit lebih sepasang tu!" Dia mengeluh kerana terasa tertipu.

"Ah! pulangkanlah semula ke kedai tu" cadangan saya kepadanya.

"Resitnya dah entah kemana; nak buat macam mana ni?"

"Entahlah..." saya pun turut simpati kepadanya.Entah berapa ramai lagi yang telah turut terpedaya membeli dan memakai kasut buatan kulit babi ini.Juru jualnya pun terdiri daripada remaja Melayu.Ini kementerian bahagian mana yang perlu memantaunya.?

Resolusi Permuafakatan Melayu

Image

Melayu hari ini sekali lagi didedah dan disajikan dengan satu lagi resolusi Kongres Permuafakatan Melayu. Resolusi ini dikatakan adalah untuk meneruskan relevansi Melayu. Resolusi Kongres ini penting untuk kita abadikan dan kita lihat sejauh mana resolusi ini di baca dan di ulas dengan terperinci.

Permuafakatan Melayu bukan satu terma asing. Namun mencari nilai permuafakatan Melayu seakan asing bagi komuniti Melayu yang sepatutnya cinta terhadap tanah air. Hari ini permuafakatan Melayu menjadi satu simposium dan akhirnya resolusi yang dicapai tersangkut di tengah jalan. Hayatilah RESOLUSI INI

Resolusi Kongres Permuafakatan Melayu

ASPEK DAN TUNTUTAN DIBERI PENEKANAN TINGGI (sumber : Mingguan Malaysia)

PERLEMBAGAAN
i. Mempertahankan hak, keistimewaan dan kedudukan kaum Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan

ii. Menentang segala pindaan yang boleh melemahkan kedaulatan dan kedudukan kaum Melayu dalam Perlembagaan dan perundangan Malaysia.

iii. Menentang segala tafsiran sewenang-wenangnya yang bersifat memilih terhadap fasal-fasal Perlembagaan bagi tujuan kepentingan dan perkauman.

POLITIK
i. Memohon Majlis Raja-Raja Melayu menyempurnakan tugas, tanggungjawab dan obligasi untuk memelihara dan mempertahankan seluruh kedaulatan Melayu.

ii. Menentang tafsiran hak asasi manusia dan proses demokrasi yang mengetepikan kedaulatan Melayu.

iii. Mendesak supaya peruntukan Perlembagaan dan undang-undang tubuh mengenai pentadbiran negara dikekalkan.iv. Menentang usaha untuk mempolitikkan pentadbiran pihak berkuasa tempatan demi memelihara kesejahteraan seluruh rakyat.

v. Memperjuangkan peranan prinsip kedaulatan Melayu sebagai teras dan ideologi parti-parti politik Melayu dan menolak segala ideologi asing berkenaan Malaysian Malaysia.

vi. Menuntut parti-parti politik Melayu sentiasa memperjuangkan dan membentuk pemikiran strategik dalam mengekalkan ketahanan dan kelangsungan kedaulatan Melayu.

EKONOMI
i. Menuntut pelaksanaan keadilan sosial dan kesaksamaan pengagihan kekayaan negara bagi semua warganegara seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

ii. Menuntut dilaksanakan penyusunan semula pemilikan ekonomi bagi mencapai matlamat pembasmian dan penghapusan kegiatan ekonomi berasaskan kaum.

iii. Memperluaskan gerakan Jihad Ekonomi berasaskan dua matlamat besar, pertamanya untuk membentuk pendorong dinamik dan memperkasakan kaum Melayu hingga tercapai sasaran 65% penguasaan dan kedua, menyusun semula sistem ekonomi supaya lebih adil dan saksama.

iv. Membina strategi bagi meluaskan penyertaan pertubuhan korporat Melayu untuk menguasai sistem ekonomi negara dan antarabangsa.

ISLAM
i. Menuntut kawalan berkesan pembinaan rumah ibadat agama lain mengikut prinsip keperluan sebenar saiz komuniti dan lokasi.

ii. Menolak gagasan pluraslisme agama yang bercanggah dengan Perlembagaan negara.

BAHASA MELAYU
i. Menolak usaha sebarang pihak mewujudkan dasar multilingualisme di negara ini.

ii. Menuntut pengekalan Fasal 152 Perlembagaan yang berkaitan dengan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Persekutuan.

iii. Memastikan kedudukan bahasa Melayu menjadi bahasa utama dalam pembinaan ilmu dan menggalakkan penterjemahan ke bahasa Melayu dan menghapuskan penggunaan bahasa Inggeris sebagai media pengajaran di semua institusi pengajian tinggi.

iv. Menuntut dasar pengajaran dan peperiksaan mata pelajaran Sains dan Matematik dilaksanakan sepenuhnya dalam bahasa Melayu.

v. Menggalakkan penggunaan tulisan jawi sebagai satu daripada bentuk tulisan bahasa Melayu.

PENDIDIKAN
i. Memperkasakan sistem pendidikan kebangsaan sebagai teras sistem pendidikan nasional.

ii. Menuntut pengukuhan penggunaan bahasa kebangsaan dalam sistem Pendidikan Kebangsaan sebagai wahana komunikasi dan keilmuan bagi mencapai matlamat pembinaan bangsa.

iii. Memastikan supaya jurang perbezaan penyampaian pendidikan dihapuskan di seluruh negara.

iv. Mendesak pengajaran ilmu pengetahuan kenegaraan yang berlandaskan Rukun Negara diajar di semua peringkat persekolahan dan pendidikan tinggi.

v. Memastikan semua sistem pendidikan swasta mengutamakan unsur kebangsaan dalam sistem pengajaran dan pembelajaran mereka.vi. Mendesak ujian lisan bahasa Melayu di semua peringkat peperiksaan dilaksanakan.

BUDAYA
i. Menuntut Dasar Kebudayaan Kebangsaan sebagai landasan citra dan imej kebangsaan dan antarabangsa.

ii. Menerapkan nilai Islam dan budaya kebangsaan sebagai asas amalan mendalam dan bermakna anggota masyarakat Malaysia.

iii. Menolak sekeras-kerasnya gagasan, dasar, dan pelaksanaan ‘multiculturalism’ yang menggunakan tafsiran serong Perlembagaan.…Kongres Permuafakatan Melayu kini masih lagi sedang bersidang bagi menggembleng idea bagi menentukan hala tuju dan kesan masa depan kepada anak Melayu kelak.

Kongres ini sangat penting pada tahap kemelut politik Melayu yang berpecah-belah. Malam ini bakal terbitlah resolusi terakhir di atas beberapa aspek dan tuntutan yang disebutkan di atas.Apa yang dilihat situasi ini adalah disebabkan parti-parti politik yang bertunjangkan Melayu tidak lagi mampu untuk memperjuangkan hak dan kepentingan orang Melayu hari ini. Khususnya UMNO. Parti ini dilihat semakin gagal dalam membawa suara orang Melayu yang budayanya, hala tujunya, ekonominya, masa depannya kian kabur.

Masalah utama parti politik ini adalah apabila berada di bawah payung Barisan Nasional yang mengamalkan perkongsian kuasa. Lebih² lagi setelah tsunami politik 8 Mac dilihat keupayaan UMNO semakin merudum.

Parti² komponen Barisan Nasional semakin berani untuk membuat tuntutan yang pelbagai dan dalam masa yang sama UMNO berusaha untuk memulihkan parti mereka sendiri. Jadi di mana tinggalnya orang Melayu jika keadaan ini berterusan ??Ahli² Kongres ini pastinya adalah antara pejuang Melayu yang semakin tidak sabar melihatkan nasib bangsa mereka.

Lalu gabungan² pertubuhan bukan kerajaan akhirnya bersatu di meja bulat selama dua hari bagi mencari formula untuk mempertahankan nasib bangsa Melayu yang dilihat kini semakin lemah.Isu² yang Kongres timbulkan sangat saya sokong. Walaupun ada antara agenda yang dibawa mereka dilihat terlalu sukar untuk direalisasikan, tetapi usaha titik permulaan ini adalah sesuatu yang sangat penting pada saya.

Antaranya seperti “..menghapuskan penggunaan bahasa Inggeris sebagai media pengajaran di semua institusi pengajian tinggi..” Ini saya lihat adalah tuntutan yang sukar untuk direalisasikan di negara ini. Tetapi jika ada permulaan usaha keras untuk perjuangan ini, InsyaAllah hasil positifnya dapat kita lihat kelak.

Dilihat dari segi ekonomi pula dilaporkan Melayu hanya menguasai ekonomi sebanyak 3% sahaja jika diasingkan dengan syarikat milik kerajaan (GLC). Apabila digabungkan pun hanya 18% sahaja penguasaan ekonomi Melayu. Jika anda sukar untuk menggambarkan keadaan orang Melayu melalui peratusan ini, silalah berkunjung ke Midvalley Megamall ataupun Suria KLCC dan perhatikan keadaan lot² kedai di dalamnya.

Dapatkah anda mencari lot kedai yang tuannya adalah orang Melayu ?? Jika ada pun hanyalah sekadar pekerja lot kedai yang bermuka Melayu.Kongres² seperti ini perlu selalu diadakan oleh pertubuhan² bukan kerajaan (NGO) bagi menjadi tunjang dan ‘think tanker‘ kepada ahli-ahli dan parti-parti politik. Rakyat sendiri perlu mempunyai semangat juang dalam menyelamatkan bangsanya.

Kerajaan pastinya tidak mampu untuk melihat situasi dalam aspek yang lebih luas jika tiada respon daripada rakyat sendiri. Semoga ini adalah permulaan bagi suatu yang membanggakan kelak. Doa²kan agar semangat Melayu itu akan kembali menyala-nyala agar anak bangsa kita tidak lupa siapa diri mereka dan apa agama yang mereka pegang..Allahu’alam..