Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Sunday, May 11, 2008

PM selar pemimpin Umno 'dua wajah'

Malaysiakini - Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengkritik sesetengah pemimpin parti itu yang "di dalam bercakap lain dan di luar bercakap lain".

"Bermusyawarah...patuhlah kepada prinsip dan demokrasi parti. Kita berkawan jangan sampai parti kerkecamuk habis.

"Saya letak sepenuh kepercayaan kepada saudara-saudara yang bermula dari sikap kita," katanya ketika berucap di majlis sambutan ulangtahun penubuhan Umno ke 62 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara hari ini. -->>lanjutan

Sambutan ulang tahun ke-62 UMNO

Kira-kira 2,000 ahli UMNO menghadiri sambutan ulang tahun ke-62 parti serta mendengar amanat Presiden dan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Isu Siti Fatimah Tan Abdullah

Dari blog al-qayyim
Bila berita mengenainya disiarkan semalam, ramai yang terpinga-pinga. Di dalam Berita Harian menyiarkan berita bertajuk: Mahkamah benar Siti Fatimah isytihar keluar Islam

Benarkan isytihar murtad? Apakah semua ini? Sama seperti kes Lina Joy?

Di akhbar-akhbar mahupun melalui berita TV, kelihatan Siti Fatimah Tan bersama peguamnya. Seorang Melayu. Sudah tentu Islam.

Seorang Melayu Islam menjadi peguam Siti Fatimah Tan yang mahu isytihar murtad?

Tambah bingung lagi. Apakah semua ini? -->>lanjut
Petikan Dari Berita harian
GEORGETOWN: Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang di sini, hari ini, membenarkan permohonan Siti Fatimah Tan Abdullah atau namanya asalnya, Tan Ean Huang untuk mengisytiharkan dirinya keluar Islam. Ketua Hakim Syarie Perlis, Othman Ibrahim, turut memerintahkan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) supaya membatalkan sijil pemelukan Islam Siti Fatimah. Othman membuat keputusan itu atas kapasiti Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang kerana beliau mendengar kes berkenaan sejak perbicaraan awal. Bagaimanapun, beliau menolak permohonan plaintif supaya mahkamah mengarahkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menukarkan status agama pada kad pengenalannya kerana ia di luar bidang kuasa mahkamah.
Berikut ini rakaman video wawancara kami bersama beliau. Saksikan!

Polis ambil kenyataan Karpal

Malaysiakini - Polis mengambil keterangan daripada Pengerusi DAP Karpal Singh dalam satu siasatan mengikut Akta Hasutan.

Menurut Bernama, pemangku Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Salleh Mat Rasid berkata pihak polis telah mengambil keterangan Karpal yang juga ahli parlimen Bukit Gelugor itu di pejabat pemimpin DAP itu di Jalan Green Hall di Pulau Pinang.

"Kita akan hantar kertas siasatan itu (kepada Timbalan Pendakwaraya) dalam tempoh dua atau tiga hari ini kerana kita akan cuba selesaikan siasatan seberapa segera seperti yang Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi inginkan," katanya kepada pemberita. -->>lanjut

Dari blog Shahrir-Umno

UMNO harus perkasa agenda Melayu-Islam

Hari ini usia UMNO mencecah 62 tahun. Kebiasaannya pada usia 62 tahun ini, seseorang manusia dianggap cukup matang terutamanya selepas menempuh pelbagai peristiwa suka duka dan pahit getir kehidupan. Namun pada usia sebegini, kadangkala manusia juga mampu tergelincir sekiranya segala pengalaman lalu tidak dijadikan iktibar untuk mendepani masa depan yang lebih mencabar.

Begitu jugalah dengan realiti UMNO sebagai sebuah organisasi politik yang sudah mencecah usia lebih enam dekad ini. Segala pengalaman lalu tidak kira yang manis mahupun pahit seharusnya diambil pengajaran oleh generasi pelanjut perjuangan agar masa depan mampu dilakar sebaiknya demi survival parti dan manfaat umat sejagat.

Hakikatnya, keupayaan UMNO untuk terus kekal relevan dalam mengemudi bahtera perjuangan bangsa amat tergantung kepada keupayaan warganya memahami realiti semasa yang melatari landskap sosial dan pemikiran masyarakat hari ini. Kegagalan menanggapi realiti dan mengolah strategi berkesan boleh mengakibatkan organisasi menjadi usang dimamah waktu hingga kehadirannya tidak lagi dirasai bahkan ketiadaannya pula disyukuri. -->>lanjut

Majlis Dialog Bersama Mukhriz & Pemuda Bahagian Tengara Negeri Johor
Pada 1hb. Mei 2008

Jangan khianati parti


Penuh Semangat... Najib Tun Razak begitu bersemangat bersama sebahagian daripada belia yang hadir sempena Majlis Pelancaran Sambutan Hari Dan Minggu Belia Negara di Felda Sebertak, Bera, Pahang, semalam.
Turut hadir sama pada majlis tersebut ialah,Menteri Belia Dan Sukan,Datuk Ismail Sabri Yaakob,Menteri Besar Pahang,Datuk Seri Adnan Yaakob dan Isteri Timbalan Perdana Menteri , Datin Seri Rosmah Mansur.

Utusan - Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan semua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) supaya berpegang kepada prinsip sebagai ahli yang setia dan tidak sesekali mengkhianati parti.

Timbalan Perdana Menteri menegaskan, UMNO dan BN memandang serius dakwaan kononnya ada Ahli Parlimen BN yang akan melompat parti walaupun yakin ia merupakan permainan politik pembangkang.

''Ini merupakan satu permainan politik yang ingin menggambarkan pembangkang seolah-olah boleh menubuhkan kerajaan pada bila-bila masa," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Hari dan Minggu Belia Negara 2008 di Felda Sebertak semalam. -->>lanjut

Khairy: Mansuhkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan

khairy jamaluddinMalaysiakini - Timbalan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menggesa supaya Akta Mesin Cetak dan Penerbitan dimansuhkan.

Sehubungan itu, katanya, terdapat keperluan untuk menubuhkan sebuah badan kawal selia bebas seperti majlis akhbar bagi menggubal sebuah mekansime untuk memansuhkan akta tersebut. -->>lanjut
"Pada ketika pembaharuan merupakan istilah masa kini, apa yang saya ingin sekali cadangkan supaya media bergerak ke arah kawal selia secara bebas,"

Masa Najib bertindak balas

Image
Apa lagi agaknya fitnah-fitnah baru yang sedang direka oleh Pakatan Palsu Rakyat hari ini setelah pembohongan mereka selama ini telah terjawab apabila Kementerian Pertahanan mendedahkan fakta sebenar pembelian Sukhoi dan Scorpene mengikut serta mematuhi Tatacara Perlaksanaan Kontrak-Kontrak Perolehan Peralatan Pertahanan Negara, mendapat nasihat Peguam Negara dan diluluskan oleh Kementerian Kewangan.

Selama ini isu pembelian serta komisen Sukhoi dan Scorpene telah di manipulasi sewenang-wenangnya oleh pembangkang sejak sekian lama dan sasaran mereka adalah terhadap Dato Seri Najib Tun Razak manakala kelewatan Kementerian Pertahanan mendedahkan perkara sebenar di sebalik pembelian dua peralatan pertahanan negara itu telah menjadikan imej Najib dihina, dicerca, dimalukan serta diaibkan dengan sedemikian rupa oleh pembangkang.

Asasnya mungkin, inilah masanya untuk Najib membersihkan imej beliau. Inilah masanya untuk Najib bangkit mempertahankan maruah sebagai pemimpin dan juga sebagai Menteri Pertahanan serta Timbalan Perdana Menteri dan inilah waktunya untuk Najib menyerang balas segala tuduhan palsu yang dilemparkan terutama sekali oleh Anwar Ibrahim terhadap diri beliau.

Selama ini imej Najib, kredibiliti serta integriti beliau dipersoalkan, diragui serta ditunjukkan sebagai orang bersalah terutama sekali oleh pembangkang dan sikap Najib yang sebelum ini terlalu banyak berdiam diri memberikan peluang sebebasnya untuk pembangkang menyerang beliau tanpa batas dan sempadan, kesannya rakyat mula memandang serong dan mahu menerima bulat-bulat segala tuduhan yang pembangkang lemparkan.

Pembohongan dan fitnah inilah yang menjadi senjata Pakatan Palsu Rakyat dalam PRU12 sehinggakan menjadi salah satu faktor yang menyebabkan Barisan Nasional mengalami kekalahan dan kehilangan beberapa buah negeri serta menjadikan negara kelam kabut.

Tuduhan dan fitnah yang mengatakan Najib mendapat komisen yang besar sengaja ini diada-adakan oleh pembangkang dan ini telah menjadi modal politik pembangkang di mana sahaja pemimpin pembangkang berpeluang bercakap baik di luar dewan ataupun di dalam parlimen, mereka akan terus membuat tuduhan melulu ini.

Namun hari ini rakyat bijak membuat penilaian. Tuduhan membuta dan fitnah tidak akan mudah dilayan. Serangan pembangkang adalah peluru-peluru fitnah kosong untuk mencalarkan integriti Najib baik sebagai Menteri Pertahanan mahupun Timbalan Perdana Menteri.

Rakyat sedar ini adalah drama usang pembangkang yang sebenar terpaksa untuk mengambil langkah-langkah drastik ini untuk menang pilihan raya di samping meruntuhkan institusi UMNO sendiri.

Meskipun Kementerian Pertahanan mengambil masa yang agak lama untuk mendedahkan fakta sebenar di sebalik isu yang sering dimainkan oleh pembangkang bermula di Pilihan raya Kecil DUN Ijok hinggalah ke PRU12 baru-baru ini, sekurang-kurangnya pendedahan kali ini membuktikan bahawa betapa munafik dan penipunya kalangan pemimpin pembangkang yang cuba mengaitkan Najib dengan persoalan yang timbul.

Pendedahan ini juga secara tidak langsung membuktikan bahawa tindakan pembangkang selama ini hanyalah untuk mengubah persepsi rakyat terbanyak supaya menolak Najib untuk menjadi antara pemimpin Melayu Negara ini dan juga sebagai satu manifestasi pembangkang untuk mengada-adakan cerita fitnah yang selama ini sebati dengan perjuangan kepartian mereka.

Sikap Najib yang berdiam diri tanpa mahu menjawab persoalan yang timbul boleh di mengertikan sebagai tidak mahu mencampuri urusan kontrak yang di buat oleh kerajaan dan sikap ini boleh dipuji kerana mencampurinya boleh ditafsirkan pula sebagai penyalahgunaan kuasa tetapi sikap Kementerian Pertahanan pula yang mengambil masa yang lama menjadikan Najib serba salah dan akhirnya kesempatan itu diambil oleh pembangkang untuk menghumbankan beliau sebagai orang bersalah dalam isu pembelian tersebut.

Pendedahan fakta ini timbul setelah isteri kepada Anwar Ibrahim, Wan Azizah mendesak kerajaan supaya menubuhkan satu suruhanjaya bebas bagi menyiasat pembelian peralatan dan Wan Azizah sebenarnya mungkin tidak tahu apa-apa tetapi hanya kerana beliau terpengaruh dengan dakwaan ataupun desakan suaminya ataupun kalangan pimpinan pembangkang lain, beliau tampil dengan desakan dan gesaan yang akhirnya memakan diri sendiri.

Kita boleh memahami, desakan tersebut harus dibuat sebagai mahu membuktikan bahawa suaminya tidak berbohong, suaminya tidak berdusta dan yang paling penting suaminya tidak akan dituduh sebagai pemfitnah besar abad ini.

Namun setelah penjelasan di buat dan keterangan di umumkan maka tuduhan ke atas Najib yang dibuat oleh Wan Azizah, Anwar Ibrahim, Azmin Ali serta semua yang sebelum ini menuduh Najib `menelan’ komisen hampir RM 500 juta menjadi tuduhan politik liar dan seharusnya mereka berlapang dada memohon maaf terhadap Najib yang selama ini telah difitnahkan oleh mereka. Itu pun sekiranya mereka penganut agama Islam yang syumul.

Saat ini Najib tidak perlu menoleh ke belakang lagi, sebagai pemimpin yang bertanggungjawab dan berani kerana benar, Najib seharusnya menggunakan pendedahan daripada Kementerian Pertahanan ini sebagai senjata ampuh untuk beliau ke depan bagi memperbetulkan segala persepsi salah yang sedang dilemparkan kepada beliau dan beliau harus sedar dengan membiarkan tuduhan demi tuduhan dilemparkan tanpa sanggahan berdasarkan fakta akan mengheret Najib ke dalam krisis identiti yang memungkinkan beliau tidak mempunyai waktu untuk menjawab segala tuduhan tersebut.

Najib harus sedar bahawa pihak-pihak tertentu sedang menjalankan agenda untuk menyingkirkan beliau dalam keadaan yang mengaibkan dengan bersandarkan kepada beberapa isu yang hangat diperkatakan hari ini dan tindakan pertama daripada pihak polis mendakwa seorang pengendali laman web ke mahkamah dilihat sebagai satu proses permulaan untuk meyakinkan rakyat bahawa Najib tidak terlibat seperti yang didakwa.

Isu mahkamah, biarkan mahkamah yang menentukan tetapi apa yang lebih penting, Najib tidak boleh berdiam diri dengan membiarkan beliau dijadikan seperti tong sampah oleh pemimpin yang mempunyai kepentingan politik untuk dilonggokkan segala yang buruk-buruk.

Kita perlu sedar dan yakin Najib bukan bekas banduan yang dipenjarakan selama enam tahun kerana penyalahgunaan kuasa, perlu sedar bahawa Najib tidak pernah dituduh di mahkamah mengamalkan seks luar tabii, perlu tahu bahawa beliau tidak pernah dituduh mengadakan hubungan sulit dengan isteri pegawai sendiri dan perlu yakin bahawa beliau tidak pernah menggunakan pengetahuan tentang Islam untuk kepentingan politik peribadi ataupun menipu rakyat.

Ini adalah hakikat kebenaran yang ada. Najib tidak bertindak menggunakan isu-isu peribadi untuk mencalarkan imej kepimpinan pembangkang hatta tidak sesekali membuat tuduhan semata-mata untuk politik. Ini turut membawa pengertian politik budiman adalah nilai dan pegangan beliau.

Sungguhpun begitu Najib perlu mengambil tindakan yang sewajarnya sebelum beliau di hukum oleh fitnah yang sengaja dilemparkan oleh pembangkang yang berpaksikan matlamat menghalalkan cara. Ini adalah strategik buruk Pakatan Palsu Rakyat dan langkah Najib untuk bangkit menentang kemungkaran ini harus dilakukan supaya pembohongan tidak diterima sebagai kebenaran.

Pakatan Palsu Rakyat perlu dihentikan dari menggunakan senjata fitnah untuk mencapai matlamat mereka.