Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Saturday, May 10, 2008

Isu BALKIS

ImagePKR Berniat Jahat.!!!

Kita tidak tahu adakah mereka ini adalah salah satu kelompok manusia atau ahli politik yang bodoh ataupun sengaja membodohkan diri kerana mengikut telunjuk pihak tertentu ataupun mereka sebenarnya tidak ada-apa yang lebih besar daripada isu BALKIS bagi memalukan pimpinan kerajaan Selangor sebelum ini.

Tindakan sekumpulan pimpinan PKR yang diketuai oleh Ketua Penerangan PKR Negeri Selangor membuat laporan kepada BPR, kononnya ada sesuatu yang tidak kena dengan pembubaran BALKIS menampakkan dengan jelas betapa tidak matangnya pimpinan PKR Negeri Selangor dan cuba mempolitikkan pembubaran BALKIS dengan berniat tertentu.

Kenapa perlu PKR mencampuri urusan BALKIS kerana BALKIS bukanlah satu agensi yang berada di bawah kerajaan negeri tetapi BALKIS ditubuhkan hasil inisiatif isteri-isteri daripada kalangan wakil rakyat Barisan Nasional dan juga Speaker serta Timbalan Speaker.Tidak ada kena mengena dengan kerajaan negeri yang ada hari ini.

Penubuhan BALKIS adalah terikat kepada disiplin serta peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Pendaftar Pertubuhan dan golongan yang sedang mabuk kuasa ini sepatutnya merujuk isu BALKIS ini kepada Pendaftar Pertubuhan dan bukannya BPR.

Bukan sahaja BPR, tidak ada mana-mana pihak yang boleh mempertikaikan tentang sumbangan ataupun dana terkumpul sebanyak RM 9.9 juta itu kecualai ahli BALKIS sendiri dan sekiranya benar Mesyuarat Agung Khas diadakan untuk membubarkan pertubuhan tersebut, maka semua pihak harus menghormati kerana BALKIS ditadbir oleh isteri-isteri wakil rakyat Barisan Nasional dan bukannya wakil rakyat PKR,DAP ataupun PAS.

Kumpulan yang sedang mabuk dengan kuasa ini sepatutnya mendalami serta memahami Perlembagaan Tubuh BALKIS tersebut dan sekiranya mereka ini faham serta tidak mempunyai kepentingan politik sempit, mereka tidak akan bertindak seperti orang hilang akal.

PKR Selangor seharusnya mendahului kepentingan rakyat, menunaikan janji kepada rakyat dan memastikan agenda-agenda yang mereka tulis dalam manifesto dilaksanakan dengan jayanya tetapi sikap mereka cuba mencari ataupun menimbulkan masalah kepada BALKIS seumpama cuba mengalihkan isu serta cuba menjadikan BALKIS seperti sebuah parti politik yang boleh mereka serang membuta tuli.

Secara jelas Perlembagaan BALKIS telah diikuti selaras dengan peraturan daripada Pendaftar Pertubuhan dan untuk apa lagi PKR Selangor beria-ia kononnya ada rasuah dan sebagainya sehingga membawa kepada pembubaran badan kebajikan itu.

Apakah tidak cukup mereka menuduh Khir Toyo sebagai perasuah dan sebagainya dan kini mereka mahu pula menuduh serta mengheret Zahrah Kecik sebagai turut terlibat dalam rasuah kononnya menggelapkan wang sumbangan sebanyak RM 9.9 juta itu ataupun sekumpulan isteri-isteri daripada kalangan wakil rakyat Pakatan Palsu Rakyat ini tidak mampu untuk menubuhkan satu badan kebajikan lain serta tidak mampu untuk menarik sumbangan seperti yang Zahrah serta jawatankuasanya lakukan sebelum ini?

PKR ada perlembagaannya dan tidak terkecuali BALKIS di mana kalau kita melihat ianya selaras dengan Fasal 5 Perlembagaan BALKIS. Penubuhan utamanya bertujuan sebagai satu badan amal yang dapat membantu mereka yang kurang bernasib baik dari segi menggembleng tenaga, daya usaha dan bantuan kewangan.

Penubuhan BALKIS adalah di bawah Akta Pertubuhan 1966 dan berfungsi sepertimana badan-badan dan pertubuhan-pertubuhan lain yang dibentuk di bawah Akta Pertubuhan 1966.

Adalah ditegaskan bahawa BALKIS tidak ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang lain.Untuk apa isu pembubaran ini dibawa kepada BPR kerana BALKIS telah dibubarkan di atas persetujuan ahli-ahli BALKIS sendiri yang mana lebih daripada dua pertiga (2/3) ahli biasa BALKIS telah bersetuju supaya BALKIS dibubarkan pada tarikh 11 Mac 2008 semasa Mesyuarat Agung Khas BALKIS diadakan. Seramai lebih daripada satu perlima (1/5) ahli biasa BALKIS telah memanggil satu mesyuarat agung khas bagi tujuan pembubaran tersebut.

Pemanggilan mesyuarat agung khas ini dan pembubaran BALKIS telah dibuat selaras dengan peruntukan fasal 15(1) Perlembagaan BALKIS dan fasal 12 Perlembagaan. Minit- minit mesyuarat BALKIS boleh mengesahkan pematuhan segala peruntukan undang-undang ini.

Kenapa PKR begitu marah sangat dengan tindakan yang dilakukan oleh ahli-ahli BALKIS sebaik pembubarannya iaitu dengan memindahkan segala baki wang BALKIS kepada BAKTI sedangkan ianya adalah selaras dengan peruntukan Fasal 15 (2) Perlembagaan BALKIS yang memperuntukkan bahawa segala baki wang yang ada, setelah menjelaskan hutang dan tanggungannya, akan didermakan kepada kerajaan atau tabung lain yang serupa yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Hasil dalam Negeri Malaysia.

Kalau penjilat-penjilat politik PKR tidak tahu, BAKTI adalah sebagai satu badan yang dibentuk atas tujuan yang hampir sama dengan BALKIS yang dirasakan paling sesuai untuk didermakan wang baki tabung BALKIS ini.

Segala keputusan berkaitan dengan pembubaran dan mendermakan wang BALKIS ini telah dibuat oleh ahli-ahli biasa BALKIS semasa mesyuarat agung luar biasa dan bukannya keputusan Zaharah Kechik sebagai Yang Di Pertua atau pun keputusan Jawatankuasa BALKIS dan ianya telah dilakukan dengan mematuhi segala peruntukan undang-undang.

Ketua Penerangan PKR dan konco - konconya jangan terlalu emosi dan mereka bukanlah kumpulan yang layak mempersoalkan tentang BALKIS dan BPR bukan satu agensi yang boleh membuat tindakan selagi BALKiS mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Pendaftar Pertubuhan.

Apa yang perlu mereka buat ialah menubuhkan badan kebajikan lain untuk menyaingi BALKIS dan seandainya mereka bukan ahli BALKIS, sebesar kuman pun mereka tidak layak untuk mencampuri pertubuhan orang lain.Jangan jaga tepi kain orang lain kalau kain sendiri sedang koyak rabak.

Kuasa blog terhadap politik

hmetro - Kira-kira dua tahun lalu, perkembangan media alternatif, terutama laman blog dipandang sebelah mata oleh beberapa pihak hingga ada yang menggelarkan penulis blog atau blogger sebagai ‘goblok’ (bahasa Jawa yang bermaksud bodoh).

Waktu itu kebanyakan artikel disiarkan di blog tertentu didakwa berbaur fitnah, memiliki unsur hasutan dan perkauman, malah memiliki kepentingan peribadi.

Bagaimanapun, kebanjiran blog, terutama menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 baru-baru ini, ternyata meninggalkan kesan, sekali gus mengejutkan pihak yang memperkecilkannya.

Kehangatan pengaruh blog terbukti memberi kesan besar apabila ia digunakan secara berkesan dalam kempen pilihan raya, terutama daripada parti pembangkang atau individu yang kebanyakannya lebih cenderung kepada mereka.

Ini dibuktikan dalam kajian yang dilakukan pensyarah Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya, Dr Abu Hassan Hasbullah yang mendapati 70 peratus keputusan pilihan raya lalu dipengaruhi maklumat yang dipaparkan dalam blog. -->>lanjut

UMNO perlu terus relevan

UMNO yang mencecah usia 62 tahun pada Ahad ini harus terus relevan, kata Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib.

Justeru beliau menggesa ahli parti bekerja keras kerana hanya dengan cara itu UMNO akan terus mendapat kepercayaan masyarakat untuk menjadi wadah perjuangan rakyat khususnya kaum Melayu.


Dari kiri, Hishammuddin Tun Hussien, Najib Tun Razak, Muhammad Muhd. Taib dan Rafidah Aziz di PWTC, semalam.

"Dalam politik ada pasang surut. Itu tidak bermakna UMNO harus mengalah dan tidak meneruskan perjuangannya untuk membela nasib Melayu dengan mengambil kira kepentingan kaum lain," katanya.

Pada pilihan raya 8 Mac lepas, prestasi UMNO dianggap merosot sehinggakan lima negeri iaitu Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor dan Kelantan jatuh kepada pembangkang.

"UMNO sebenarnya telah memainkan peranan besar dalam mengemudikan negara ini pada kedudukannya sekarang," kata Muhammad yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Namun, katanya keputusan pilihan raya umum lepas adalah satu pengajaran kepada parti.

Beliau berkata, anggota parti di semua peringkat perlu mencontohi kepimpinan terdahulu yang meletakkan agenda perjuangan parti melebihi kepentingan peribadi.

"UMNO perlu lebih bersemangat dengan cabaran yang dihadapi dan semua pihak harus mempertingkatkan peranan dan prestasi masing-masing untuk mendampingi rakyat bagi menarik balik kepercayaan mereka," katanya.

Mengenai sambutan ulang tahun ke-62 UMNO, Muhammad berkata, ia akan disambut secara sederhana di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini pada Ahad ini antaranya dengan mengadakan majlis tahlil.

BADRUL HISHAM SHAHARIN

prokhairy - Bak kata pepatah melayu ‘ tak kenal maka tak cinta’. Tapi aku rasa nak bagi sambungan sikit ‘ dah kenal tak tau lagi nak cinta ke tak ‘.Untuk membuktikan kata-kata ini mari sama-sama kita cuba untuk mengenali seorang anak muda yang semakin hari semakin berjaya membuatkan ramai orang mengenalinya. Cinta??? Kita tunggu dulu sama ada nak cinta atau tak.

Badrul Hisham Shaharin. Mungkin ada yang kenal dan mungkin ada yang tak pernah dengar langsung. Tetapi kelantangan suaranya memberi ceramah, kecekapan jari jemarinya mengetuk keyboard meng’update’ chegubard.blogspotnya menjadikan dirinya bagaikan idola di kalangan mereka-mereka yang hanya mereka-mereka sahaja yang tahu siapa mereka. Menjadikan Che Guavara sebagai idola perjuangan politiknya, Badrul Hisham Shaharin ( Bard ) semakin hari semakin merasakan dirinya hero rakyat walaupun sehingga kini masih gagal untuk membaharui kad pengenalannya kepada mykard. Dia punya alasan tersendiri untuk itu. -->>lanjut

Datuk Nur Jazlan: UMNO Bahagian Pulai Tak Restu

dsc_5741.jpg
Umno Pulai tidak akan mengadakan Mesyuarat Agung Khas (EGM) semata-mata untuk menjatuhkan atau mencari salah pucuk pimpinan parti berikutan kesan Pilihan Raya Umum ke 12 lalu.

Ketua bahagiannya, Datuk Nur Jazlan Mohamed, berkata Umno bahagian juga tidak memberi sebarang restu kepada mana-mana ahli untuk mengadakan sebarang bentuk majlis bagi mencari resolusi atau penyelesaian untuk diserahkan kepada Presiden parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

“Saya kesal dengan tindakan segelintir pihak yang mengadakan program menggunakan nama Umno Pulai kononnya, mencari resolusi terhadap apa yang berlaku dalam pilihan raya umum lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penganjuran Program Percambahan Minda 2008 yang dianjurkan Majlis Permuafakatan Akar Umbi Umno Pulai.

Program berkenan yang diadakan semalam, dirasmikan Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Hamzah Zainuddin yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Selain itu, Nur Jazlan yang juga Ahli Parlimen Pulai mengakui kesal kerana ahli MT dibabitkan dalam majlis berkenaan tanpa mengetahui niat sebenar penganjurnya.

“Majlis berkenaan tidak mendapat restu daripada saya sendiri sebagai Ketua Umno bahagian atau jawatankuasa Umno bahagian, penganjurannya tidak dibawa dalam mesyuarat Umno bahagian.

“Penganjur majlis berkenaan mempunyai niat tersirat dengan cuba mencari populariti berikutan pemilihan Umno di peringkat bahagian dan cawangan yang akan berlangsung bermula Julai depan,” katanya.

Beliau berkata, majlis hanya dihadiri kira-kira 100 ahli Umno Pulai serta tidak lebih 15 Ketua Umno cawangan sedangkan, bahagian berkenaan mempunyai kira-kira 23,500 ahli serta 83 cawangan dan kehadiran peserta pada majlis berkenaan, langsung tidak mencerminkan Umno Pulai.

Ditanya sama ada, penganjuran majlis berkenaan adalah sebagai isyarat bahawa beliau akan dicabar dalam pemilihan Umno akan datang, Nur Jazlan berkata, beliau yakin dengan proses demokrasi dalam parti.

Katanya, kedudukan beliau sebagai Ketua Umno bahagian Pulai, adalah melalui proses demokrasi selepas dicabar dalam pemeilihan Umno bahagian pada 2004.

“Saya dicabar dalam pemilihan Umno bahagian 2004 ahli jawatankuasa Umno bahagian sendiri ketika itu, serta menang dan saya akan mempertahankan jawatan ini, jika dicabar sekali lagi.

“Pada pandangan saya, Umno johor tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan undi melayu seperti dalam pilihan raya umum lalu, tetapi mempunyai masalah untuk meyakinkan kaum bukan melayu mengenai perjuangan parti umno yang sebenarnya,” katanya.

FWD EMAIL

Berhati2 - Tom Yam Set Mengandungi Bahan Babi (Porkcrackling)

Sekiranya anda gemar memakan tom yam , berhati hati apabila membeli perencah tom yam set 'thai chili paste' mae pranom brand. Set ini ada tulisan jawi "halal" tapi bahan-bahan iaitu paste ada mengandungi ' pork crackling' iaitu kulit babi.

Ianya digunakan sebagai pelengkap kepada set perencah yang di bungkus bersama bahan asli seperti serai, limau kasturi, lengkuas , cili padi dan daun limau sementara perencahnya 'thai chili paste' mae pranom brand banyak dijual di supermarket dan kedai2 di negara brunei darussalam. Mungkin terlepas juga di tempat kita.

Gambar-gambar tom yam set tersebut disertakan buat tatapan dan perhatian.

Untuk pengesahan selanjutnya, sila semak di Hub-hala Jakim.

Ada Rumah Freemason di Danga Bay

Oleh : Ali Bukhari Amir

Logo FreemasonDetikdaily - Dua hari lalu saya pergi ke UTM Skudai dan bermalam di sana. Ada dua rancangan. Pertama, mungkin saya menginap di UTM atau keduanya menginap di Taman Universiti. Tapi, rancangan pertama yang terpilih dengan sendirinya.

Dalam perjalanan ke sana, ketika asyik memerhatikan laut yang terbentang luas di Pantai Lido, sebelum tiba ke bahagian Danga Bay, tiba-tiba mata saya dipalingkan Allah ke arah kanan.

Memang sengaja Allah berbuat demikian agaknya. Dia mahu saya lihat sebuah rumah putih terpacak mengadap laut itu. Di bahagian atas rumah itu terlakar simbol dua jangka sudut saling bersilang.

Satunya mengarah kedua-dua kakinya mengangkang ke bawah dan satu lagi jangka sudut terbuka di mana kedua-dua kakinya terkangkang menghala ke atas. -->>lanjut

"Ya Allah, FREEMASON!" hati saya separuh menjerit.

Freemason, hubungannya dengan Kabbalah, suatu amalan ritual ilmu sihir yang diwarisi ahli-ahli sihir pada zaman Fir'aun yang berentap dengan Nabi Musa a.s dan Nabi Harun a.s dahulu.

Cartoon Corner

Angguk

Diumum Isnin ini bagi kurangkan beban rakyat

Pelan atasi inflasi
Utusan - Kerajaan akan mengumumkan pelan tindakan khusus Isnin ini bagi membendung masalah inflasi terutama kenaikan harga beras, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Perdana Menteri berkata, tindakan itu diharap dapat mengurangkan beban rakyat ekoran kenaikan harga barangan serta minyak yang turut menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung subsidi sehingga RM45 bilion pada tahun ini.

Katanya, atas arahan Kabinet, Jawatankuasa Menangani Inflasi dalam mesyuarat minggu depan akan menghalusi beberapa cadangan yang bertujuan menjaga kebajikan rakyat. -->>lanjutan
“Saya telah jelaskan dalam mesyuarat Kabinet hari ini tentang tindakan yang telah dicadangkan dan akan diambil apabila Jawatankuasa Menangani Inflasi bermesyuarat Isnin ini.

“Kita nak pastikan negara tidak mengalami kekurangan bekalan beras yang merupakan bahan makanan yang sangat penting.

“Selepas mesyuarat itu, satu keputusan akan dikeluarkan,’’

UMNO KENA VIRUS

Oleh : bugiSEL

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) mula goyang akibat sindrom tsunami politik pada PRU12 yang lalu, berbagai gelagat pimpinan UMNO di peringkat Bahagian, dan Cawangan dapat dilihat, ada yang melarikan diri, ada yang mendiamkan diri tak kurang pula yang menyalahkan pihak lain lantaran kekalahan dalam PRU12 lalu, kesian juga jika kita fikirkan jaguh2 UMNO kecundang, jika dikira kerja untuk parti memang merekalah juara, merekalah No. 1, tetapi mereka kecundang juga, kecundang diperingkat awal bila nama mereka tidak tersenarai dalam calon BN, dan ramai juga yang kecundang di peringkat akhir.

Kini nasib Ahli-Ahli UMNO di bahagian2 yang kalah terumbang ambing, sesetangannya terkena virus (duit) melompat menganggotai lawan, jika ronaldo melompat ke pasukan lain... bayaran beribu2 tapi Ahli UMNO ini tidaklah begitu lumayan sebab mereka bukan menyerlah pun diperingkat cawangan dan bahagian. Parti lawan memang ingin mencari Ahli, membuka Cawangan dan keahlian diseluruh Negara terutama Negeri negeri yang dalam kuasaan mereka.

Apa yang perlu difikirkan ialah mengubat virus-virus ini sebab UMNO adalah parti tertua didunia, sepatutnyalah diserang penyakit.

Tingkatkan Jati diri Orang-orang UMNO, kisahkan semula Sejarah bangsa Melayu dimana UMNO mula terbentuk, kerana UMNO begitu Unik dia mempunyai aura yang tersendiri, dia mempunyai sejarah Jika pengundi-pengundi muda yang bakal mengundi pada PRU13 nanti memahami sejarah ini nescaya UMNO kembali berkuasa, virus dapat diubati, Jati Diri UMNO (melayu) akan tertera, dalam setiap watak dan langkah.

Sindrom virus (putus asa, boleh dibeli, lemah dan lembab, tiada punya daya tahan menangkis serangan lawan di kalangan pimpinan Ahli muda) dapat diatasi, inilah masa berguru pada yang berilmu, inilah masa mengatur jurus agar tidak sumbang.

'Jangan berlakonlah'


Agendadaily - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar dikenali sebagai orang yang serius dan jarang bermain kata-kata bila diminta mengulas sesuatu hal serius oleh para wartawan.

Kalau nak tau ini adalah antara reaksi spontan Menteri Dalam Negeri itu kepada Agendadaily ketika ditemui untuk mengulas dakwaan pengendali laman Malaysia Today,Raja Petra Kamaruddin dia membayar wang ikat jamin untuk keluar penjara Sungai Buloh kerana merasa keselamatanya terancam jika tinggal terus di situ sementara tunggu perbicaraan kesnya pada 6 Oktober ini. -->>lanjut
“Saya fikir itu semua kenyataan liar…(kita) ada peraturan dan prosedur…ramai orang yang dah masuk penjara dan keluar …sebab itu dia keluar sihat saja,”

Lawan Karpal dengan hujah

Malaysiakini - Parti Rakyat Malaysia (PRM) berpendapat bahawa isu kenyataan pengerusi DAP, Karpal Singh mengenai Sultan Perak dan teks ucapan Yang di-Pertuan Agong perlu ditangani secara bijaksana.

parliament bbc and malay society karpal singh sultan azlanPresidennya, Hassan Abdul Karim berkata, ia boleh dilakukan dengan tampil berhujah secara rasional, berdasarkan undang-undang dan fakta sejarah, bukannya menekan dan menutup mulut Karpal dengan membuat laporan polis supaya tindakan diambil terhadapnya di bawah Akta Hasutan.

"Malaysia sudah lebih 50 tahun merdeka sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan Raja Berpelembagaan. Cepat atau lambat, Malaysia akan berdepan dengan isu-isu perundangan seperti yang dibangkitkan oleh Karpal," -->>lanjut

Contohi Thailand hukum penghina raja

Dari - Beranang, Selangor

Tatkala mengikuti perkembangan isu ahli politik pembangkang yang bersikap 'kurang adab' dengan pihak istana, terlintas di fikiran saya, ke mana perginya prinsip Rukun Negara yang kita amalkan selama ini?

Sebagai warga negara Malaysia, kita sudah tentu sedia maklum bahawa rangkap pertama Rukun Negara ialah "Kesetiaan kepada Raja dan Negara". Jadi, mengapa terdapat segolongan pihak yang berani untuk mempamerkan sikap yang tidak sepatutnya kepada ketua negara apalagi Sultan dan Yang di-Pertuan Agong, yang sepatutnya kita hormati, sanjungi dan sayangi?

Jika kita ambil contoh, orang muda menghormati orang tua, pekerja menghormati majikan, pelajar menghormati guru, anak mentaati ibu bapa apatah lagi hubungan rakyat dengan raja, yang seharusnya ditaati dan disanjungi. Ini adalah tuntutan alam (nature). Apa akan jadi kalau anak tidak lagi mentaati ibu bapa, orang muda tidak mengendahkan orang tua atau pekerja tidak hormat pada majikan? Jawapannya tentu kita sedia maklum.

Inikan pula apabila rakyat menunjukkan kebiadapan pada rajanya. Apa kesannya pada sistem raja berperlembagaan yang kita pegang selama ini. Tambahan pula, Malaysia sejak dulu mengamalkan sistem beraja bagi memayungi rakyat jelata. Malah, raja berperanan luas dalam bidang keagamaan dan ketenteraan. Jadi tidak sepatutnya ada suara yang membelakangkan peranan tersebut. Tindakan yang tegas patut segera diambil oleh pihak berkuasa seperti mendakwa mereka yang terlibat di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atau menggubal undang-undang khusus bagi mencegah daripada ada lagi yang 'mulut celupar' menghina institusi beraja.

Kita sepatutnya mencontohi Thailand yang tidak akan kompromi dalam melindungi institusi beraja. Di negara itu, misalnya, seorang warga asing telah dipenjarakan hanya kerana menconteng gambar raja mereka. Dakwaan bahawa Malaysia bukan lagi hidup di zaman feudal sama sekali tidak berasas. Sistem beraja merupakan cara pemerintahan yang telah lama diamalkan di negara ini dan telah banyak berjasa kepada kedaulatan, kemakmuran dan kesejahteraan negara Malaysia yang berbilang kaum.

England dan Jepun adalah antara negara beraja yang terus kukuh di persada dunia dan terus digeruni atas kestabilan ekonomi dan kesejahteraan rakyatnya.