Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Friday, May 9, 2008

MAJLIS PERHIMPUNAN WARGA USAHAWAN PERINGKAT NEGERI SELANGOR

Image
TARIKH & MASA
17hb. Mei 2008(SABTU) 9.00 PAGI

TEMPAT
HOTEL CONCORDE, SHAH ALAM.

TETAMU KEHORMAT
YB. DATUK NOH BIN HJ OMAR
MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI

Mudah Berjanji, Mudah Lagi Memungkirinya

Dari blog - drkhir

Sebenarnya tidak molek bagi saya menulis catatan ini kerana ramai yang berpandangan seseorang pemimpin atau kerajaan itu perlu diberi ruang dan peluang yang secukupnya untuk menunjukkan kemampuan memimpin - sekurang-kurangnya selama 100 hari.

Namun saya fikir, pengumuman terbaru oleh YAB Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim perlu diulas kerana ia merupakan satu isu yang serius. Pengumuman kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat tidak akan menurunkan cukai pintu di rumah kediaman sebanyak 20% dan cukai premis komersial sebanyak 10% adalah sesuatu yang telah lama saya jangkakan. -->>lanjut

YANG ADA TERTIPU YANG TIADA MENYUSUT

raksasabn - Ahad lepas, 4 Mei 2008 telah diadakan satu ceramah perdana Pakatan Rakyat yang dihadiri oleh kelima-lima pemimpin utama negeri taklukan kerajaan Pakatan Rakyat iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim(Menteri Besar Selangor), Lim Guan Eng(Ketua Menteri Pulau Pinang), Dato' Nik Aziz Nik Mat(Menteri Besar Kelantan), Mohammad Nizar Jamaluddin(Menteri Besar Perak) dan Ust Azizan Abd Razak(Menteri Besar Kedah). -->>lanjut

Raja Petra Kamaruddin diikat jamin

Agendadaily - Babak kedua drama untuk terus jadi hero menyaksikan Raja Petra Kamaruddin yang dibebaskan daripada tahanan reman jam 9.30 pagi Jumaat selepas membayar ikat jamin diteruskan dengan dakwaan baru kononnya keselamatan dirinya terancam jika terus berada di penjara Sungai Buloh.

Menurut cerita yang menjadi plot dramanya, dia diberitahu oleh pihak penjara bahawa mereka tidak dapat member jaminan keselamatan dirinya ekoran adanya ancaman daripada tertuduh kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shariibu, Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar.

“Pihak penjara memaklumkan kepada saya mereka tidak dapat member jaminan keselamatan kepada saya kerana berdasarkan laporan, Sirul dan Azilah ada menjerit sesuatu akan berlaku ke atas diri saya,” -->>lanjut

Pengajaran Kepada Semua Penulis Internet

Dari blog - isuhot

Pendakwaan ke atas Raja Petra Kamaluddin dan Syed Akbar Ali di bawah Akta Hasutan akibat karya mereka di internet merupakan atu pengajaran jelas kepada para penulis internet yang selama ini merasakan mereka tidak akan diambil tindakan undang-undang.

Masalah kepada penulis internet ialah mereka sendiri menjadi penulis dan mereka juga menjadi editor kepada tulisan mereka. Hasilnya, karya yang diterbitkan di laman web atau blog mereka tidak disaring dengan teliti oleh editor yang berpengalaman seperti di akhbar atau media masa arus perdana.

Kita tidak dapat mengulas banyak isu ini kerana ia boleh menyebabkan dituduh menghina mahkamah atau contempt of court.

Namun pendakwaan ini akan menjadi satu titik tolak mendisiplinkan penulis agar bertanggungjawab terhadap apa yang mereka tuliskan.

Kebebasan harus diikuti dengan tanggungjawab bukannya kegilaan mengejar hits atau pembaca.

Apa yang terjadi kepada Raja Petra Kamaruddin ialah keghairahan untuk menjadi anti kerajaan Barisan Nasional menyebabkan beliau jatuhkan seseorang sehingga melalaikan aspek kebenaran dan batas-batas undang-undang.

Sama ada Raja Petra dan Syed Akbar Ali bersalah atau tidak terserah kepada mahkamah.

Namun sekurang-kurangnya kini kita tahu kerajaan bersedia menegakkan undang-undang yang sedia ada bagi mengelakkan ada orang yang merasakan beliau berada di atas undang-undang sehingga bebas menghasut tanpa fakta dan bukti yang kukuh.

Karpal Singh dah lupa ke penampar orang melayu dulu

Oleh : Karam Singh Suraya
Karpal Singh , kawan kepada Hj Hadi dan Nik Aziz sebelum ini mempertikaikan tindakan Sultan Azlan Shah menitahkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin menarik balik arahan penukaran Pengarah JAIP, Datuk Jamry Sury yang disifatkan sebagai campur tangan istana dalam pentadbiran negeri.Bila di minta Nik Aziz dan Husam untuk memberikan keyataan mengenai isu ini , Nik Aziz dan Husam hanya berdiam diri seolah bersetuju dengan Karpal Singh.

Kenyataan Pengerusi DAP itu dalam isu berkenaan antara lain boleh dilihat sebagai menggambarkan bahawa Sultan tidak tahu tentang tugas dan bidang kuasa mereka Karpal Singh (Bangsa Benggali) sehingga hari ini terus mempertahankan kenyataannya itu walaupun dikritik pelbagai pihak termasuk desakan supaya beliau meminta maaf.

Tidak cukup mengenai isu tersebut, Karpal Singh (orang kampung aku panggil Bai) juga dilaporkan sebagai turut mempersoalkan siapa yang menjadi penulis titah ucapan Yang di-Pertuan Agong semasa pembukaan Sidang Dewan Rakyat baru-baru ini.Karpal kini merasakan bahawa diri mereka berkuasa kerana DAP telah berjaya menawan Penang dan mempunyai banyak wakil di Parlimen dan juga mendapat sokongan dari ulamak -ulamak dari parti Islam PAS serta orang-orang Melayu dari Parti PKR.

Beliau turut mempersoalkan secara terbuka tentang budi bicara raja-raja Melayu di Terengganu, Perlis dan Perak sambil membuat ulasan keras bahawa raja tertakluk kepada undang-undang seperti rakyat biasa ekoran pindaan Perlembagaan tahun 1993.Ulasan tersebut seolah-olah memberi amaran kepada Sultan Perak dan raja-raja Melayu yang lain supaya tidak campur tangan dalam pentadbiran negeri dan ini adalah satu penghinaan kepada raja-raja Melayu.

Karpal Singh (ahli Parlimen Orang Kurang Upaya) pernah di tempeleng ketika menghina salah seorang Sultan oleh seorang hamba Allah yang berkesudahan Hamba Allah itu di penjarakan beberapa hari. Ketika itu Karpal Singh masih berupaya .

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengarahkan UMNO membuat laporan polis terhadap Pengerusi DAP, Karpal Singh ekoran kenyataannya yang mempersoal bidang kuasa Sultan Perak,Laporan itu telah dibuat oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, di sini.Presiden UMNO ketika bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Perdagangan Halal Antarabangsa Malaysia Kelima (MIHAS) di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade (MECC) di sini menegaskan, laporan polis dibuat kerana tindakan Karpal mempunyai kecenderungan menghasut dan menimbulkan kemarahan orang Melayu.

Ini mendorong beberapa ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) membidas tindakan pemimpin DAP itu yang disifatkan menghina institusi raja.Tambah Perdana Menteri, kenyataan Karpal yang berunsur hasutan itu secara nyata telah menimbulkan kemarahan banyak pihak di negara ini."Malah saya telah diberitahu, bukan sahaja orang Melayu tetapi juga rakyat Malaysia lain, yang menghormati Perlembagaan berasa kesal dan amat marah dengan apa yang berlaku," jelasnya.

Tengku Adnan ketika ditemui selepas membuat laporan itu berkata, kenyataan yang dibuat oleh Karpal itu wajar disiasat dan diambil tindakan mengikut Seksyen 3(1)(a) atau (f) Akta Hasutan 1948 kerana dibuat di kawasan lobi Parlimen. "Beliau turut mempersoalkan secara terbuka tentang budi bicara raja-raja Melayu di Terengganu, Perlis dan Perak sambil membuat ulasan keras bahawa raja tertakluk kepada undang-undang seperti rakyat biasa ekoran pindaan Perlembagaan tahun 1993.

"Ulasan tersebut seolah-olah memberi amaran kepada Sultan Perak dan raja-raja Melayu yang lain supaya tidak campur tangan dalam pentadbiran negeri dan ini adalah satu penghinaan kepada raja-raja Melayu," katanya.Tambah beliau, Karpal masih perlu dikenakan tindakan walaupun Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Jamry Sury yang sebelum ini ditukar serta-merta telah dikembalikan ke jawatan asalnya.

"Soalnya sekarang, kenapa beliau membuat kenyataan seperti itu dari mula, adakah untuk menyakitkan hati rakyat Malaysia," katanya.Beliau berkata, kenyataan Karpal itu dibimbangi mampu mencetuskan sentimen perkauman di kalangan rakyat negara ini.Turut membuat laporan polis terhadap Karpal hari ini ialah Kelab Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) dan Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM).

Laporan BNBBC dibuat oleh Penasihat Undang-Undangnya, Razali Ibrahim di Balai Polis Brickfields dengan diiringi empat lagi ahli Parlimen iaitu Dr. Mohd. Puad Zarkashi (Batu Pahat), Datuk Mohamad Aziz (Sri Gading), Datuk Ismail Kassim (Arau) dan Ahmad Maslan (Pontian).Laporan oleh BBPM pula dibuat oleh Pengerusinya, Osman Bakar di balai polis yang sama.

Sementara itu Perdana Menteri ketika diminta mengulas mengenai pendakwaan terhadap editor laman web, Raja Petra Raja Kamarudin di bawah Akta Hasutan, berkata, sesiapa pun tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang.''Kalau dah melanggar undang-undang, tentu akan ada tindakan terhadapnya. ''Kalau bersalah dia kena hadapilah, negara kita ada undang-undang dan kenalah hormati,'' tegasnya.

Apa komen penyokong PAS.?

Khairy, Mukhriz, Khir...semuanya tidak sesuai

Agendadaily - Bursa pemilihan Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang kini terbuka sering diwarnai dengan cakap-cakap mereka yang disebut-sebut akan bertanding Khairy Jamaluddin, Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Dr. Khir Toyo sebenarnya tidak sesuai untuk memegang jawatan berkenaan.

Alasannya, Khairy dikaitkan dengan persepsi bahawa beliau adalah antara punca kekalahan teruk Barisan Nasional pada pilihan raya umum yang lalu. Mukhriz pula tidak lebih daripada hanya akan menjadi lidah penyambung bapanya Tun Dr. mahathir Mohamad. Manakala Dr. Khir pula selain tidak fokus juga dilihat pemimpin yang gagal mempertahankan negerinya daripada ditawan pembangkang. -->>lanjut

“Pemimpin itu mestilah menjadi pejuang kepentingan generasi muda dan dilihat penting kepada kepentingan dan kehendak orang muda,”

OKU ‘ serang’ dua ahli parlimen


Agendadaily - Panas mana sekalipun kalau setakat pertengkaran antara ahli parlimen BN dengan pembangkang dalam sidang Dewan Rakyat…itu sudah biasa.

Tengahari Selasa kawasan lobi parlimen gamat seketika bila berlaku pertengkaran antara dua ahli parlimen – Ibrahim Ali (Bebas- Pasir Mas) dan Bung Mokthar Radin ( BN- Kinabatangan) dengan sekumpulan 20 orang kurang upaya (OKU).

Kumpulan itu dikenali sebagai "Rakyat Malaysia yang Menentang Diskriminasi Terhadap Orang Kurang Upaya" (MADD). -->>lanjut