Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Monday, May 5, 2008

Wan Azizah berangan jadi Perdana Menteri?

Dari blog Isushot.com

Harakahdaily bertarikh 29 April 2008 telah menyiarkan satu artikel bertajuk "Jika Indonesia ada Megawati (pemimpin wanita), kenapa tidak di Malaysia?".

azizah.jpgArtikel itu apa lagi tidak lain tidak bukan adalah kenyataan dari Ketua Pembangkang Parlimen yang baru, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail yang ditanya oleh wartawan tentang peluangnya menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Antara petikan jawapannya adalah seperti berikut :-

"Peluang sebagai PM (akan muncul) ketika kami mempunyai banyak kerusi Parlimen, insya-Allah. Sebelum Anwar dapat memegang teraju itu kerana dia belum lagi menjadi ahli Parlimen serta belum berlaku pilihan raya umum, jadi kalau itu berlaku, saya akan menjadi Perdana Menteri, insya-Allah. Kalau Indonesia boleh ada Presiden Megawati kenapa tidak Malaysia?" ujar beliau penuh yakin dalam lembut tutur katanya.

Kesian betul melihat dia yang begitu teruja untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia sepertimana yang diwar-warkan oleh Anwar Ibrahim.

Persoalan pertama, adakah dia mempunyai ciri-ciri pemimpin dan bolehkan dia memimpin Malaysia?

Sedangkan dalam pakatan pembangkang pun tidak kelihatan yang dia memimpin ketiga-tiga parti itu iaitu; PKR, DAP dan Pas.

Memang apa-apa pun boleh dikatakan kerana mulut ini bebas mengatakan apa sahaja tetapi adakah beliau dapat memberikan arahan kepada ketiga-tiga parti tersebut dan pemimpin-pemimpin di dalam ketiga-tiga parti itu mengikut arahan yang diberikan olehnya?

Jika itu pun tidak dapat dilakukan, tak payahlah bercakap besar seakan-akan dia akan menerajui Malaysia esok.

Tunggu giliran mengundi

Sape nie.???
Untung sabot timbol... untung batu tenggelam.....

Anak kecil main api...

Dari blog www.umno-reform.com

Kita sudah tiada masa
Lagu warisan atau dengan kata lirik awalnya anak kecil main api memang mempunyai pengertian yang cukup mendalam mengenai arah tuju dan nasib masa depan orang Melayu. Isu yang menitik beratkan nasib orang Melayu sering dipatahkan dengan alasan konon-kononnya itu agenda politik UMNO. Demarkasi dalam politik ini sering menjadi penghalang kepada penyatuan.

Kita sudah tiada masa seperti yang diungkapkan dalam lagu warisan itu jelas kalau diambil dari sudut situasi hari ini mempunyai petanda-petanda buruk mengenai nasib orang Melayu. Petanda awal telah digambar sekian lama dengan lumpuhnya pegangan ekonomi orang Melayu. Bangsa asing, kalau di baca dari statistik-statistik yang ada menunjukkan bahawa Melayu amat terpinggir dalam pegangan ekonomi berbanding dengan bangsa lain dan ini amat memalukan-khusus kerana kita rakyat bumiputera tanah ini.

Melangkah dari pegangan ekonomi orang Melayu yang semakin terhakis kita kini berdepan dengan kuasa politik yang kini jelas sedang terancam. Kuasa yang berkurangan dari sudut nilai kini menjadikan Melayu semakin tersisih dan permasalahan ini seakan tidak ada penghujungnya. Tuduhan yang paling senang adalah UMNO punca masalah kerana UMNO adalah peneraju perjuangan orang Melayu. Mungkin kebenarannya ada. Mungkin benar bahawa kepimpinan Melayu yang sudah “veteran” gagal melihat visi dan inspirasi baru orang Melayu. Interpretasi usang yang penuh di kangkangi batasan politik dan kehendak diri menjadi budaya yang melemahkan Melayu itu sendiri. Kepimpinan lama dengan ideologi lama angkuh dengan apa yang mahu dilihat dan bukan melihat apa yang benar-benar berlaku dalam masyarakat Melayu itu sendiri. Malang ini semua “halal” dan dihalalkan oleh kita orang Melayu.

Kedudukan kita dengan mentaliti lama membenarkan kepimpinan kita melakukan hampir apa sahaja yang difikirkan sesuai untuk zaman ini. Politik lama, metodologi usang dan persepsi pendek menjadikan UMNO itu tidak relevan dan Melayu itu sebagai penebus dosa kepimpinan – kepimpinan angkuh dan lapuk ini.

Kalau UMNO dengan kepimpinan mereka bersalah dan meleset dari memanifestasikan harapan orang Melayu maka mereka sewajarnya di tukar. Kepimpinan vokal peringkat bahagian dan cawangan perlu didengari bukan menyelangkup suara dan kehadiran mereka semata-mata tidak mahu melihat individu itu naik mencabar kuasa kepimpinan lapuk ini. Itu langkah awal dan itu langkah yang boleh menunjukkan isyarat pembaharuan yang boleh memberi talian hayat kepada Melayu. Apa pun masa kita sudah sehampir tiada. Mana Melayu akan berada 5 tahun akan datang sudah tidak nampak kabur.