Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Sunday, May 4, 2008

Harga Barang

Kurang kos projek demi makanan - bHarian


Abdullah melihat robot yang boleh berkata dan menari hasil ciptaan Pusat Latihan Pengajian Tinggi sambil diperhatikan Subramaniam dan Noraini pada Perhimpunan Hari Pekerja 2008 di Stadium Putra, Bukit Jalil
"Wang yang kita ada terhad, bukannya boleh kita gunakan pada bila-bila masa tanpa had. Ini semua perlu diperhalusi dan diteliti Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Kementerian Kewangan," -->>lanjut

BALKIS : Laporan polis akan dibuat

Sinar - Kerajaan Negeri Selangor akan membuat laporan polis selepas mendapat penjelasan daripada pihak Pendaftar Pertubuhan berhubung pembubaran dan pemindahan wang Badan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis), kata Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Beliau berkata setakat ini, kerajaan negeri telah menerima surat dari syarikat-syarikat yang telah memberi sumbangan dan ada sebahagiannya ingin mengetahui bagaimana cara pembubaran itu dijalankan sama ada mengikut tatacara yang terkandung dalam memorandum pertubuhan itu atau tidak.

“Kita belum buat laporan polis sehingga dapat penjelasan daripada Pendaftar Pertubuhan. Mungkin penjelasan itu akan dapat diperolehi dalam tempoh seminggu ini. Selepas itu, baru kita akan buat keputusan apa bentuk tindakan yang akan kita ambil. Saya perlu pastikan prosesnya sebelum mengambil tindakan,” katanya -->>lanjut

UMNO digesa tidak terus tunduk pada tuntutan jejas kuasa, hak Melayu

Utusan - Apa jua usaha memulihkan kembali Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi UMNO hendaklah dilakukan tanpa kompromi terhadap kuasa dan hak Melayu.

Beberapa peserta Kongres Permuafakatan Melayu yang ditemui berpendapat UMNO tidak perlu terus tunduk kepada permintaan rakan komponen BN yang lain kerana tuntutan-tuntutan itu tidak akan berakhir.

Setiausaha Satu, Gabungan Penulis Nasional (Gapena), Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan berkata, situasi selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 sedang menyaksikan politik toleransi mengambil tempat dalam BN.

“UMNO dalam BN akan tawar-menawar (dengan komponen lain). Semasa UMNO kuat, ia mampu pertahan semua milik Melayu, tetapi banyak perkara berlaku dalam masa UMNO tidak kuat.

“MIC dan MCA secara terbuka meminta pelbagai perkara dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bukan Melayu pun cuba mengambil kesempatan,” katanya -->>lanjut

Peristiwa bagai dirancang

hmetro - Apabila sekumpulan aktivis yang menggelarkan diri mereka Professional Islamic Support and Nurture Group (Pisang) atau Kumpulan Penyokong dan Pengasuh Profesional Islam, bersungguh-sungguh untuk menyelamatkan bekas pelajar genius di London, Sufiah Yusof, daripada kancah pelacuran, maklum balas berbeza diterima daripada pelbagai pihak.

Ada yang menyokong dan ada juga menentang. Bagi yang menentang, alasan diberi ialah mengapa kita rakyat Malaysia bersungguh-sungguh untuk menyelamatkan Sufiah, sedangkan ramai lagi ‘Sufiah’ di Malaysia tidak pernah diberi perhatian.

Turut dipersoalkan ialah kewarganegaraan Sufiah, 23, kerana wanita itu secara rasminya bukan warga Malaysia tapi cuma emaknya, Halimahton Yusof berasal dari Malaysia.

Begitupun, anggota Pisang, Hanafi Abdul Malek, yang ada di London sejak 22 April lalu dalam misi menyelamatkan Sufiah, meminta masyarakat Melayu Islam di Malaysia berpandangan lebih jauh dan jangan mudah membuat tuduhan melulu. -->>lanjut

Dari blog SHAHRIR-UMNO

Konsep pemberian subsidi perlu diubah suai

KENAIKAN harga barang makanan, terutama beras yang menjadi makanan asasi rakyat negara ini kini membimbangkan rakyat, terutama golongan berpendapatan rendah. Ikuti temu bual wartawan Berita Minggu, Ziauddin Sharuddin, bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad bagi menangani masalah ini.
KEMENTERIAN kini menjadi tumpuan rakyat yang mahu tahu tindakan menangani kesan kenaikan harga barang.

Dalam mesyuarat Kabinet pertama selepas pilihan raya umum, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, menegaskan antara tanggungjawab utama kerajaan ialah menangani isu inflasi yang menjadi masalah besar dan mengurangkan beban rakyat.

Berikutan itu ditubuhkan Jawatankuasa Kabinet Membendung Inflasi yang beliau sendiri pengerusi dan dianggotai Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) bersama beberapa menteri seperti Menteri Kewangan Kedua, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Unit Perancangan Ekonomi, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan saya sendiri. -->>lanjut

Yuran PIBG dihapuskan?

Agendadaily - Saban tahun bermulanya musim persekolah, isu yuran tambahan atau lebih dikenali sebagai yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) menjadi topik paling hangat diperkata kerana ia bersangkutan dengan beban yang perlu ditanggung oleh ibu bapa.

Malah isu yuran PIBG ini ‘melenyapkan’ pendidikan percuma yang diberikan oleh kerajaan melalui penghapusan yuran persekolahan, yuran peperiksaan dan pemberian buku teks percuma.

Untuk itu, dalam usaha meringankan beban ibu bapa Kementerian Pelajaran sedia mempertimbangkan pemberian peruntukan kepada PIBG sebagi ganti kepada penghapusan yuran tambahan PIBG. -->>lanjut

Gelagat Pembaca Blog

Dari blog www.penyokong-kj.blogspot.com


Sekadar untuk maklumat anda semua.

Dalam blog saya ini, terdapat berbagai ragam dan perangai pembaca yang memberi komen. Ada yang bagus, ada yang kurang bagus dan ada yang tak guna langsung.

Saya tidak mahu mengulas yang bagus dan kurang bagus tetapi saya nak ulas yang 'tak guna' langsung?

Dia punya perangai...dia tulis komen mengutuk dan memaki si Anu itu dengan macam-macam perkataan. Lepas tu, dia suruh saya siarkan apa yang dia tulis tu. Lepas tu dia kata kalau saya tak siarkan komen dia, saya ini penakut!

Banyak cantik...!!! kau nak maki orang lepas tu kau nak suruh aku tolong siarkan maki kau tu? Kalau macam tu, kau buatlah blog sendiri lepas tu kau tulis maki kau tu dan kau siarkan sendiri untuk orang lain baca. Bagiku, sampai kiamat aku tak akan siarkan kau punya komen yang jenis tu. Biar kau gila seorang diri sebab komen jenis tu aku tak siarkan.

Itu cerita dalam blog saya, macam mana pulak dalam blog orang lain..?

Saya ada terbaca dalam blog mantan Perdana Menteri kesayangan saya. Mula-mula pembaca ini baik punya komen, akhir sekali masuk iklan kat bawah..."Lori untuk disewa siap dengan pekerja...7 hari seminggu...24jam sehari'. Hahaha...ini boleh masuk kategori 'Reader of the Month'.

Pertemuan singkat tapi besar maknanya…

muhammadmuhdtaib - Tanggal April 26 dan 27 memberi kepuasan serta pengalaman penuh bermakna kepada saya dan isteri apabila kami membuat lawatan serta bermalam di rumah penduduk kampung di Pulau Pinang dan Kedah.

Bukan itu sahaja, malah saya dan isteri Asbi Rohani sempat beramah mesra dengan penduduk setempat sambil menyelami kesusahan serta kesulitan yang mereka hadapi.

Ini semua saya lakukan semasa membuat lawatan kerja bagi melihat sendiri kemiskinan di luar bandar serta bertemu dengan ketua-ketua kampung serta pengawai-pegawai Jabatan Kemajuan Masyarakat atau Kemas. -->>lanjut

FUAD ZARKASHI DAN SYED ALI : SIAPA LEBIH HEBAT.?

Sudah lebih 50 hari tragedi 8 Mac 2008 berlalu. Dan sepanjang 50 hari tersebut, UMNO tidak sudah-sudah mengalunkan polemik EGM. Kita menerima hakikat bahawa EGM ini memang tidak salah daripada segi perlembagaan. Ianya juga tidak salah daripada tatasusila dan etika parti.

Tapi persoalannya sampai bila UMNO berterusan ingin membicarakan soal kekalahan dan kekecewaan? Sampai bila pula UMNO akan terus berada didalam mood meminta mana-mana pemimpin berundur daripada jawatan tertentu? Dan berapa banyakkah lagi akan muncul "Superman-superman" yang kononnya mampu menyelamatkan UMNO daripada krisis tragedy 8 mac 2008? Ini persoalan yang saya ingin kita renungkan secara bersama. Bukan niat untuk mengampu "establishment" tetapi ingin mengajak kita sama-sama bermuhasabah dan bersikap lebih rasional daripada terus menimbulkan kontroversi yang penghakhirannya sudah tentu akan memberi implikasi yang tidak baik kepada UMNO.

Kita mungkin berfikiran bahawa kritikan dan teguran akan membawa kebaikan didalam UMNO. Tetapi sekiranya kritikan dan teguran yang keterlaluan sudah tentunya akan menggoyah perpaduan didalam parti. Saya tidak berniat untuk mengajak kita melupakan tragedi 8 mac, tetapi sekadar mahu melihat UMNO merencana strategi dan pendekatan baru pasca 8 mac. Kemunculan beberapa lagak "superman" seperti Fuad Zarkashi, dan Syed Ali mampu merencatkan proses pembinaan semula kapasiti parti.

Dengan menggunakan metodologi mendesak dan tuntutan kedua-kedua individu ini terus mendesak dan menyemarak perpecahan didalam UMNO. Kenapa persoalan peralihan kuasa yang menjadi keutamaan? Adakah dengan Pak Lah mengundurkan diri daripada kerusi presiden UMNO mampu mengubah segala kekalutan yang ada? Saya kira kedua-dua pemimpin ini sudah lupa bahawa UMNO mempunyai tatasusila dan adat untuk beralih kuasa.

Kita masih memegang tradisi peralihan kuasa yang penuh keunikan dan cukup sistematik dimana tidak akan menggoncang perpaduan dan keutuhan parti. Janganlah Fuad dan Syed Ali menjadi begitu keterlaluan dan ghairah ingin membogelkan barisan kepimpinan. Jadikanlah tugas dibahagian sebagai prioriti utama kerana implikasinya cukup membimbangkan. Pak lah sendiri telah menyatakan kesediaannya merangka transisi peralihan kuasa yang rata-ratanya telah diterima pakai oleh semua pihak.

Janganlah fungsi "Superman" yang terkenal dengan imej penyelamat bertukar wajah menjadi "pemusnah". Saya percaya bahawa Cheras dan Batu Pahat mampu mengubah wajah kekusutan UMNO pada ketika ini. Mereka mampu mengusulkan cadangan dan saranan yang terbaik untuk kembali memulihkan parti. Sememangnya kedua-dua pemimpin ini merupakan antara produk UMNO yang paling berkualiti, tetapi ini bukanlah kesempatan untuk mereka terus-menerus mendesak dan membogelkan parti didada-dada akhbar. Mereka mungkin glamour dan terkenal kerana berani, tetapi tidak ada gunanya keberanian itu digunakan terhadap parti sendiri.

Gunakalah kehebatan berpidato, mengkritis dan berperang ini terhadap orang yang sepatutnya. Gunakanlah ia terhadap pembangkang kerana ianya mampu mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap UMNO dan Barisan Nasional.

BUM 2008 anjurkan pemblog tidak memihak

Oleh : Bashir Ahmad

DUNIA blog Malaysia bertambah meriah dan popular. Semalam Tun Dr. Mahathir Mohamad membuka blog (chedet.com) dengan menerima kira-kira 10,000 pelawat pada hari pertama. Ini membuktikan bahawa kekuatan blog terletak kepada personaliti yang mengendalikannya. Isi kandungan akan menjadi faktor populariti dalam dalam jangka panjang.

Penyertaan Mahathir dan beberapa tokoh BN seperti Datuk Seri Khir Toyo, Tan Sri Muhammad Mohd Taib dan Ali Rastam membuka dimensi baru kepada dunia blog Malaysia yang selama beberapa tahun dikuasai oleh suara propembangkang.

Kini istilah pembangkang juga berubah dimensinya setelah Pakatan Rakyat menguasai lima negeri – Kelantan, Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Perak – di samping Wilayah Persekutuan.

Semalam saya menghadiri forum Bloggers United Malaysia (BUM) 2008 di Kelab Lake View, Subang Jaya yang menghimpunkan kira-kira 120 orang pemblog, peminat blog dan pemerhati. Kebanyakan pemblog yang hadir menulis dalam bahasa Inggeris. Maka BUM 2008 juga 99 peratus dalam bahasa Inggeris.

Ahiruddin Atan (Rocky’s Bru) yang menjadi Presiden Alliance of National Bloggers (belum berdaftar) membuka gelanggang bicara bertajuk Blogging in a Civil Society ( Memblog Dalam Masyarakat Madani).

Katanya, Malaysia sekarang lebih mesra pemblog. Agak menarik kenyataannya ini dibuat selepas pertemuannya dengan Menteri Penerangan, Datuk Shabery Cheek tidak lama dulu.

Ahiruddin juga mencadangkan agar para pemblog tidak lagi menggunakan kata-kata buruk terhadap sasaran tulisan mereka. Satu cadangan yang murni, mudah-mudahan diterima oleh para pemblog Malaysia yang sebilangan agak celupar.

Beliau juga mencadangkan penggubalan kod etika untuk pemblog. Masalahnya dunia blog terlalu luas dan bebas. Sesiapa sahaja boleh membuka blog dan menulis apa sahaja yang dikehendakkinya. Bagaimana mahu memastikan mereka menghormati kod etika.

Ahiruddin adalah bekas pengarang kumpulan NST. Walaupun sekarang menikmati kebebasan dalam dunia blog, warisan disiplin kewartawanan Malaysia sedikit sebanyak masih mengalir dalam darahnya. Lantaran itu beliau setuju adanya kod etika untuk pemblog.

Seorang hakim yang terkenal kerana pernah menulis surat laying tentang hakim-hakim yang rasuah di Malaysia, Datuk Syed Ahmad Aidid turut menjadi ahli panel forum. Ternyata beliau sering sahaja dijemput ke majlis bicara yang dianjurkan oleh kalangan yang mempunyai pandangan kritis terhadap establishment.

Beliau menganjurkan supaya para pemblog tidak memikirkan tentang masyarakat madani sahaja. Katanya, yang lebih penting ialah mewujudkan masyarakat sivik, iaitu masyarakat yang cakna tentang kebersihan, alam sekitar, hak orang lain dan sebagainya.

Bekas hakim ini juga mendedahkan beliau masih keluar berborak dengan rakan-rakan hakim yang masih bertugas. Dan katanya, mereka itu adalah orang yang `bersih.’ Elok diperhatikan siapa yang berborak dengannya untuk mengenali siapa yang tidak berkawan dengannya.

Seorang lagi ahli panel, Azmi Sharom, pensyarah universiti, mengemukakan satu pertanyaan yang menarik. Katanya, sebelum 8 Mac 2008 (hari pembuangan undi) matlamat dunia blog ialah untuk membelasah Barisan Nasional.

“Jadi sekarang apa fokus kita? Kita kena mengawasi semua parti (politik),” katanya bermaksud pemblog juga kena menghentam parti-parti yang berkerjasama dalam Pakatan Rakyat, di samping BN.

Persoalannya, apakah semua pemblog sehaluan dan bebas? Mungkin Ahiruddin yang mengakui beliau tidak pernah mendaftar jadi pengundi boleh mendakwa dirinya tidak memihak kepada mana-mana parti politik.

Dan di kalangan pemblog juga kita boleh tahu siapa yang bekerja untuk DAP, PKR atau Pas. Kini semakin ramai pemimpin, ahli parti dan penyokong BN menyertai dunia blog setelah menyedari bahawa Pak Lah mengakui selepas PRU 2008 bahawa kerajaannya tersilap kerana menganggap media online (blog dan sebagainya) tidak penting.

Kesilapan BN ialah membiarkan dunia siber dikuasai pembangkang. Mereka menguasai surat khabar dan TV serta menyangka media tradisional ini boleh terus menguasai fikiran rakyat. Rupa-rupanya suasana sudah berubah kerana media siber memberikan maklumat pilihan yang tiada dalam media tradisional.

Selepas menyedari keberkesanan media siber, maka orang-orang BN juga mendadak bagai bidan terjun menjadi pemblog. Kini pelayar internet boleh memilih untuk mendengar suara siapa sahaja. Suara UMNO, Pas, DAP…semuanya ada. Yang penting pembaca mestilah mempunyai pendirian yang bebas daripada prejudis untuk menilai hujah dan fakta siapa yang betul.

Forum BUM 2008 cuba menganjurkan para pemblog supaya tidak memihak kepada mana-mana parti politik. Suara ke arah ini cukup jelas dalam sesi kedua bertajuk The Fifth Estate (bloggers) as Agency for Change ( Pemblog Agen Perubahan).

Kesemua panel sebulat suara berpendapat bahawa fourth estate (surat khabar) telah gagal memainkan peranan dalam menyebarkan kebenaran dan akhirnya tewas kepada fifth estate (pemblog) dalam mempengaruhi pemikiran rakyat, sebagaimana yang dibuktikan dalam PRU 2008.

Raja Petra Kamaruddin, pengendali Malaysia Today yang dianggap oleh kebanyakan pemblog sebagai Raja Blog, paling lantang menyuarakan supaya pemblog tidak memihak kepada sesiapa dan menulis hanya kebenaran.

Menurutnya, para pemblog telah berperanan dalam menghasilkan sistem politik dua parti melalui keputusan PRU dan mereka perlu mengekalkan sistem ini dengan penulisan yang bebas.

Ini dilaungkannya dengan membidas Jeff Ooi, perintis blog Malaysia yang kini menjadi wakil rakyat DAP kerana tidak hadir sebagaimana dijadualkan disebabkan berada di Vietnam atas tugas kerajaan negeri Pulau Pinang. Beliau hanya bercakap melalui rakaman video yang ditayangkan kepada hadirian di BUM 2008.

Raja Petra berkata:" Kita beri kad kuning kepada Jeff Ooi …dan jika dia tidak datang lagi lain kali (kerana lebih mementinkan parti) , kita tolak dia kerana dia menang atas sokongan rakyat.”

Saya pulang dari BUM 2008 dengan menyetujui betapa perlunya ada sekumpulan pemblog yang menulis hanya untuk kepentingan negara tanpa memihak kepada mana-mana parti politik. Tapi percayalah bahawa melaungkan slogan bebas tidak semudah melaksanakannya.Kebenaran juga boleh berubah mengikut tafsiran warna kulit, agama dan budaya.

Yang pasti ialah sesiapa jua boleh menjadi pemblog dengan syarat memiliki dan boleh mengendalikan komputer. Inilah kebebasan hakiki yang tidak boleh disekat oleh sesiapa pun dalam dunia blog. Yang lain hanyalah idealisme.

Buletin Khas - Pusingan Pertama Pertandingan Ketua Pemuda Bermula. Siapa Pemenangya?

raksasabn - Ketika UMNO masih berada dalam kemelut politik yang tidak nampak kesudahannya, enjin jentera politik calon-calon Pemuda sudah mula dipanaskan minggu lepas. Pemuda yang kelihatan semakin hilang arah akibat kelibat Ketua Pemuda, Dato Hishammudin Tun Hussein sedang dibelasah teruk oleh akar umbi UMNO induk kerana memohon maaf atas isu keris. Pemuda sekarang berlayar seperti bahtera yang tidak mempunyai nakhoda. -->>lanjut