Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Friday, May 2, 2008

Wanita Genius Matematik,

hMetro - “Saya akan fikirkan dulu tapi dengan syarat bapa saya tak terbabit.”

Demikian janji wanita genius matematik, Sufiah Yusof, 23, kepada Presiden Persatuan Melayu United Kingdom (Melayu UK) Hamidi Abdul Rahman dalam pertemuan mereka, baru-baru ini.

Hamidi, 50, berkata beliau dan beberapa ahli persatuan berjumpa sendiri dengan Sufiah dan kini dalam usaha memujuk dan membawa pulang wanita itu bagi mendapatkan ‘rawatan’ lanjut.

“Kami sudah mengetahui lokasi Sufiah berada, tetapi enggan mendedahkannya kerana bimbang ada pihak cuba melarikannya ke tempat lain.


“Alhamdulillah, kami sudah berjumpa sendiri dengan Sufiah dan dia perlu sedikit masa untuk berfikir dan menyiasat latar belakang Melayu UK, sama ada kami pertubuhan bebas atau ‘diupah’ keluarganya.

“Dia akan berubah fikiran jika mengetahui keluarga terutama bapanya meminta kami mencarinya. Kami sudah jelaskan Melayu UK pertubuhan bebas yang ingin membantunya kembali ke pangkal jalan,” katanya ketika dihubungi, malam tadi. -->>lanjut

Harga beras terus naik

SHAHRIR-UMNO - Alor Star : Penduduk di negeri ini berhadapan dengan kenaikan harga antara 15 hingga 40 peratus walaupun Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna memberi jaminan harga beras super tempatan dikawal dan tidak boleh dinaikkan.

Kelmarin, Menterinya, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, beras super tempatan ditetapkan antara RM16.50 dan RM17.50 bagi sekampit 10 kilogram. Namun tinjauan Utusan Malaysia semalam mendapati, Kedah yang terkenal sebagai negeri jelapang padi turut tidak terkecuali daripada mengalami kenaikan harga beras.

Tinjauan di sekitar bandar raya ini, mendapati hampir kesemua jenis beras naik mendadak sekitar 15 hingga 40 peratus. Harga beras gred super seberat lima kilogram sekarang dijual dengan harga RM13.50 berbanding sebelum ini RM8 dan beras gred super seberat 10 kilogram sekarang dijual dengan harga RM27 berbanding RM16 sahaja sebelum ini.

Bagi beras Jati pula, paket lima kilogram dijual dengan harga RM11.50 berbanding RM10.60 sebelum ini manakala beras Jati seberat 10 kilogram dijual dengan harga RM21.50 berbanding RM19.50 sebelum ini.

Beras import seperti beras wangi Siam naik antara RM8 dan RM10 sekampit seberat 10 kilogram mengikut gred. Sementara itu, tinjuan Persatuan Pengguna Kedah (Cake) juga mendapati bekalan beras super tempatan 15 peratus hancur berkurangan di pasaran tempatan di negeri ini. Presidennya, Datuk Yusoff Ismail berkata, ada sesetengah kedai yang telah kehabisan terus stok beras jenis berkenaan.

“Bagaimana kerajaan berkata beras tersebut dikawal sedang ia tiada dalam pasaran. Yang banyak terdapat ialah beras berjenama dijual 15 hingga 40 peratus lebih tinggi.

“Kenyataan Shahrir tidak disokong oleh fakta. Beliau sepatutnya turun padang dan membuat pemeriksaan mengejut,” kata Yusof.

Sehubungan itu katanya, kerajaan perlu bertanggungjawab terhadap kenaikkan harga beras di pasaran tempatan. “Kerajaan perlu tegas dan berani mengambil tindakan terhadap mereka yang menaikkan harga bahan ini,” katanya.

Menurutnya kerajaan juga perlu menyelaraskan kawalan harga beras tempatan dan import bagi membendung penipuan membabitkan beras campuran tempatan dan import yang diberi pelbagai nama dan didakwa sebagai beras import.

Katanya dalam isu kenaikkan harga beras, peniaga tidak boleh dipersalahkan kerana mereka juga membeli pada harga lebih tinggi daripada pengilang.

Sementara itu tinjauan Bernama di beberapa pasar raya dan kedai runcit di sekitar bandar raya ini dan Jitra juga mendapati hampir semua jenis beras naik antara 15 hingga 40 peratus.

Misalnya beras tempatan Jati Special yang biasanya dijual pada harga RM18.50 sekampit seberat 10 kilogram (kg) kini dijual antara RM23.90 dan RM26. Beras import seperti beras wangi Siam naik antara RM8 dan RM10 sekampit seberat 10 kg mengikut gred.

Beberapa pemborong beras di Alor Star pula berkata, harga seguni beras yang mereka beli dari pengilang naik antara 30 dan 50 peratus.

Pemergian Tan Sri Nasimuddin Satu Kehilangan Besar Model Usahawan Melayu

Nasimuddin S.M AminSeluruh barisan kepimpinan dan warga Pemuda UMNO hari ini merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham pengasas dan Pengerusi Kumpulan Naza, Tan Sri S.M Nasimuddin S.M Amin yang meninggal dunia akibat kanser paru-paru pagi tadi, di Los Angeles, California.

Menurut laporan Bernama, Konsul Malaysia Ahmad Asmawi memberitahu Nasimuddin, 53 yang juga Ketua Pegawai Eksekutif konglomerat itu, menerima rawatan penyakit kanser di sebuah hospital swasta di Long Beach sejak Januari tahun ini,

Ahmad berkata isteri Nasimuddin, Puan Sri Zaleha Ismail dan anak-anak mereka berada di sisi Allahyarham ketika beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada kira-kira pukul 9 pagi waktu tempatan Khamis pagi.

Jenazah Allahyarham akan diterbangkan ke Malaysia dengan pesawat Penerbangan Malaysia MH 94 pada pukul 1.40 pagi Sabtu pagi

Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar kepada dunia korporat tanah air khususnya bidang automotif negara.

Semoga roh beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Amin..Al-fatihah

Pemuda Umno Harus Suburkan Peranan Pendesak Dalam Sampaikan Mesej Rakyat Kepada Pucuk Pimpinan

Pemuda Umno harus menyuburkan peranan sebagai pendesak dalam menyampaikan mesej rakyat kepada pucuk pimpinan selaras dengan hasrat akar umbi yang mahukan perubahan kepimpinan dan kemajuan negara.

Exco Pemuda Umno Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata sudah tiba masanya anggota-anggota Pemuda tidak perlu takut dikatakan tidak menyokong kepimpinan, sebaliknya meletakkan Umno di landasan yang betul demi kemajuan orang Melayu dan seluruh rakyat negara ini.

“Ahli-ahli kita malah rakyat juga melihat Pemuda sebagai saluran untuk sampaikan maklumat kepada pucuk pimpinan. Kadang-kadang bila pemimpin buat sebarang keputusan, ia mendapat reaksi dari akar umbi. Jadi, peranan Pemuda adalah untuk sampaikan mesej dan sekiranya benar-benar tidak setuju maka biarlah Pemuda yang mainkan peranan itu. “Peranan seperti ini seringkali dilakukan dulu, walaupun Pemuda tidak sependapat dengan kepimpinan tetapi kerana sebenarnya ia mencerminkan permintaan ramai, akhirnya pemimpin terima juga pandangan dan pendirian Pemuda. Jadi, ini peranan pendesak yang harus dimainkan Pemuda,” katanya.

Beliau berkata Pemuda Umno di bawah kepimpinan Ketuanya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam jangka masa 10 tahun ini dilihat turut memainkan peranan sebagai pendesak yang dilakukan secara berhemah.

“Hishammuddin mahu Pemuda dilihat sebagai kumpulan yang bersifat intelektual dan berhemah dalam hujah dan dalam masa yang sama berpegang teguh kepada perjuangan Umno,” katanya.

Sementara itu, Mukhriz berkata beliau mengalu-alukan ramai anggota Pemuda bertanding merebut jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno pada pemilihan Disember depan sebagai membuka ruang membawa visi masing-masing untuk memperjuangkan Umno.

Katanya perebutan itu sewajarnya dilakukan secara berhemah dan beliau sendiri berazam menawan kembali lima negeri yang tewas kepada pembangkang selain mengembalikan martabat Umno.

“Saya harap ramai yang tampil bertanding. Kita buka ruang supaya semua orang boleh bawa misi yang mahu disampaikan,” katanya.

Jom HEBOH.!!

Pandangan Mufti Mengenai Program Jom Heboh Perlu Diberi Perhatian


Pandangan Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengenai program Jom Heboh perlu dilihat secara positif, kata Menteri Besar Perlis Datuk Dr Md Isa Sabu.

Beliau berkata mufti berkenaan telah bertemu beliau semalam untuk memberi pandangannya mengenai program tersebut yang diwar-war akan diadakan di Perlis selama dua hari pada hujung minggu ini di Stadium Utama.

Antara pandangan Dr Mohd Asri ialah program itu perlu dihentikan seketika ketika masuk waktu untuk bersembahyang serta tidak menampilkan artis yang tidak boleh menjadi contoh kepada orang ramai.

Kelmarin mufti tersebut turut memberi contoh nama penyanyi yang disifatkan sebagai tidak berdisiplin dan tidak patut mengambil bahagian dalam program hiburan berkenaan.

Dr Md Isa berkata pandangan Mufti Perlis itu akan menjadi garis panduan kepada program hiburan yang bakal diadakan di Perlis di masa depan.

"Pandangan mufti perlu diambil kira kerana program Jom Heboh itu juga terletak tidak jauh dari Masjid Putra dan Masjid Behor Empiang," katanya semalam.

Sultan arah tarik balik pertukaran Jamry

Malaysiakini - Sultan Perak Sultan Azlan Shah menitahkan Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin supaya menarik balik serta merta arahan pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) Datuk Jamry Sury yang dibuat Selasa lalu.

Arahan tersebut terkandung dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan atas titah Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah selepas Mohammad Nizar dipanggil menghadap baginda di Istana Raja Muda Perak jam 11 pagi ini.

raja nazrin perak regentKenyataan akhbar itu ditandatangani oleh Setiausaha Sulit kepada Sultan Perak, Kol Datuk Abdul Rahim Mohamad Nor, yang menjelaskan titah Raja Nazrin itu adalah selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP). -->>lanjut

Buka Mata Rakyat Nilai Keletah Wakil Rakyat

Oleh : Abd Bashid Harun
Ketika wakil rakyat pembangkang tidak mampu mengawal emosi atau sengaja mencari populariti semasa hari pertama persidangan, wakil kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi menonjolkan kematangan dan ketenangan.

Perdana Menteri sendiri dalam jawapan terhadap soalan yang dikemukakan seolah-olah tidak tertekan langsung dengan reaksi wakil pembangkang yang sengaja mengapi-apikan suasana.

Beliau yang memang terkenal dengan sifat tenangnya dapat mengemukakan jawapan yang kukuh, komprehensif dan meyakinkan rakyat bahawa usaha-usaha memang sedang dibuat untuk menangani masalah mereka.

Lebih mengagumkan lagi apabila beliau dengan penuh hormat meminta izin YDP Dewan Rakyat agar membenarkan satu atau dua soalan tambahan daripada pihak pembangkang.

Tindakan Perdana Menteri itu mempunyai implikasi yang agak besar dalam persidangan dewan itu.

Pertama untuk membuktikan kepada sidang dewan bahawa peraturan dewan wajar dipatuhi dan keizinan Tuan Speaker wajar diminta walau siapa pun wakil rakyat yang berada di dewan yang mulia itu.

Kedua, Ini membuktikan betapa Perdana Menteri cukup mengambil berat tentang isu-isu yang membabitkan kepentingan rakyat dan negara sehingga beliau mahu mendengar juga soalan tambahan tersebut.

YB Tan Sri Pandekar Amin Mulia yang bertindak cemerlang sebagai YDP Dewan telah memainkan peranan yang begitu baik dan benar-benar memahami fungsinya apabila tetap bertegas dengan peraturan dewan sambil tidak mudah mengalah dengan karenah pembangkang yang seolah-olah ingin menunjuk pandai sambil menguji kesabaran beliau.

Beliau nampaknya memahami perkara manakah yang perlu diberikan keutamaan dan yang mana pula isu-isu remeh dan teknikal yang perlu dikesampingkan.

Yang menarik adalah alasan yang beliau gunakan ketika menolak soalan tambahan pembangkang.

Beliau menyatakan dengan jelas bahawa soalan tambahan terpaksa ditolak pada hari itu memandangkan soalan-soalan utama yang menyentuh kepentingan rakyat, termasuk soalan daripada pembangkang sendiri masih belum dijawab setelah kesibukan pembangkang mencari fasal dengan isu remeh dan teknikal.

Nampaknya beliau lebih takutkan kemarahan rakyat daripada kemarahan ahli dewan. Biarlah beliau disumpah seranah oleh ahli dewan asalkan beliau tidak mengecewakan rakyat.

Rakyat yang menonton rancangan yang disiarkan secara langsung selama 30 minit itu memang mengharapkan wakil-wakil yang mereka pilih bersidang dengan penuh matang dan memberikan keutamaan kepada masalah-masalah mereka, bukannya untuk kepentingan peribadi dan parti.

Walau pun beliau mempunyai kuasa budi bicara sebagai YDP Dewan dan boleh sahaja menggunakan kuasanya sebagai YDP namun beliau sangat menghormati ketuanya iaitu Perdana Menteri.

Apabila beliau diminta oleh YAB Perdana Menteri agar dapat mendengar satu atau dua soalan tembahan daripada pembangkang, beliau menerimanya dengan senyuman.

Perdana Menteri telah meminta satu atau dua soalan tambahan, beliau memilih jalan yang paling baik dengan membenarkan satu soalan tambahan. Nampaknya beliau berjaya berfungsi dengan adil, tetapi tetap tegas sebagai YDP Dewan Rakyat.

Apabila YDP Dewan tersenyum mendengar permintaan ketuanya, entah apa sebenarnya yang bermain-main di fikiran Tan Sri ketika itu.

Namun pada jangkaan penulis, Tan Sri YDP yang memang bijak menjangka tiba-tiba timbul rasa bangga atas tindakan spontan ketuanya itu yang dianggapnya bertujuan meredakan sebentar keadaan yang kecoh itu.

Selain itu dia rasa berbesar hati kerana ketuanya itu begitu menghormatinya sebagai YDP Dewan yang sebelum ini langsung tidak dendahkan oleh pembangkang.

Nampaknya Pak Lah tahu apa yang hendak dibuat dalam situasi seperti itu. Beliau yang tetap tenang seolah-olah mahu membuktikan bahawa pihak kerajaan tidak seperti wakil rakyat pembangkang.

Beliau juga seolah-olah mahu memberi isyarat kepada wakil rakyat BN bahawa jika beliau boleh tenang, mengapa yang lain tidak boleh mengikut jejak langkah beliau.

Syabas YAB Perdana Menteri, syabas YB Tan Sri YDP Dewan dan syabas kepada YB Menteri Penerangan. Tindakan tuan-tuan itu sebenarnya telah membuka mata rakyat siapa sebenarnya kerajaan dan siapa pula pembangkang.

Siaran langsung sidang Parlimen diteruskan

SERAMAI 222 Ahli  Parlimen yang dipilih pada Pilihan Raya Umum Ke-12 berdoa dan bertafakur selepas   mengangkat sumpah di Dewan Rakyat, semalam. Istiadat pembukaan penggal kali ini, yang akan bersidang selama 16 hari sehingga 27 Mei, akan disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini. Persidangan Dewan Rakyat kali ini mencatat sejarah tersendiri kerana 99 Ahli Parlimen adalah muka baru manakala jumlah pembangkang bertambah lebih empat kali ganda iaitu 82 orang. Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mendahului upacara mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Kabinet hari ini memutuskan untuk meneruskan siaran langsung persidangan Parlimen yang disiarkan menerusi RTM.

Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek bagaimanapun berkata, siaran langsung itu hanya secara percubaan dan akan dikaji semula penyiarannya jika insiden seperti Rabu lalu berulang.

"Keputusan Kabinet itu dibuat bagi melindung imej Parlimen yang tercemar kerana tingkah laku beberapa wakil rakyat terutamanya dari pembangkang," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Petra disiasat

raja petra kamaruddin and malaysia today 250707Malaysiakini - Polis menyerbu rumah Raja Petra Kamaruddin pagi ini berhubung siasatan mengenai tulisannya yang menyentuh timbalan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dengan Altantuya Shaariibuu.

Seramai lapan anggota polis tiba di rumah beliau pada jam 9 pagi tadi dan menyoalnya berhubung tulisan tersebut.

Pasukan tersebut diketuai oleh DSP Victor Sanjos dari bahagian jenayah siber Bukit Aman.

Polis yang berada selama dua jam di rumahnya, turut merampaskan komputer ribanya. -->>lanjut

Ada yang nak ‘tembak’ Zahid Hamidi

Agendadaily - Pendedahan Jenayah Ahmad Zahidi Hamidi itulah tajuk buku yang dikesan sedang diedarkan secara percuma kebelakangan ini.

Buku yang diterbitkan atas nama Anak Kelantan Prihatin itu memuatkan dakwaan seorang lelaki bernama Amir Bazli Abdullah yang didakwa dipukul oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu sehingga menyebabkan kecederaan kekal di wajahnya.

Kejadian itu berlaku di Country Height,Kajang pada 16 Januari 2006. Laporan mengenainya pernah keluar dalam beberapa buah akhbar dan internet.

Waktu kejadian itu Zahid ialah Timbalan Menteri Penerangan.

Selain Zahid semasa kejadian itu ada beberapa orang lain termasuk anak lelaki dan menantu beliau. -->>lanjut