Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Tuesday, April 29, 2008

Harga Rumah, Rakyat Bawahan Tertekan

Rehda (Persatuan Pemaju Hartanah Dan Perumahan Malaysia) yang memohon kenaikkan harga rumah kos rendah dan sederhana dilihat tidak memainkan peranan di dalam agenda pembangunan masyarakat.

Ini kerana selain soal keuntungan dan kenaikkan harga barang yang menjadi isu, Rehda juga seharusnya memberi perhatian mengenai kesengsaraan rakyat dalam melalui kenaikkan taraf kehidupan sekarang ini.

Para pemaju hartanah di dalam bidang hartanah telah mengambil pelbagai faedah dan keuntungan semasa keadaan ekonomi yang baik tetapi menolak kepada kerajaan tanggungjawab terhadap komuniti apabila keadaan ekonomi lembap.

Rehda seharusnya mencari alternatif lain dalam mengurangkan kos tetapi menghasilkan perumahan yang berkualiti.

Kenaikkan harga barangan dan isu lain seharusnya dibincangkan tanpa menghimpit kehidupan rakyat. Barulah Rehda akan dilihat sebagai sebuah persatuan yang berintegriti serta profesional dan bukan persatuan yang memikirkan soal keuntungan sahaja.

Oleh itu golongan masyarakat bawahan yang sememangnya telah tertindas akan terus tertindas disebabkan oleh sikap tidak prihatin ini. Rumah kos rendah dan kos sederhana yang mengguna pakai harga yang sedia ada pun sudah cukup membebankan rakyat.

Bukan sekadar harga rumah yang perlu ditanggung oleh rakyat tetapi beban hutang pinjaman bank yang melibatkan bunga pinjaman juga harus di tanggung.

Rata-rata dilihat kebanyakkan masyarakat Melayu yang banyak menghuni rumah-rumah kos rendah dan sederhana.

Maka sekiranya syarikat perumahan (SPNB) negara diberikan semua tanggungjawab membangunkan perumahan kos rendah dan sederhana, seharusnya projek pembangunan rumah mewah juga harus dibangunkan oleh pihak SPNB.

Mana-mana syarikat swasta yang hendak memajukan satu-satu kawasan perlu bekerjasama dengan SPNB. Hanya cara ini akan memberi peluang kepada kerajaan untuk mengawal selia semua projek.

Kerajaan juga perlu menetapkan syarat yang mana pemaju hartanah perlu mempunyai rekod yang baik untuk mendapat kelulusan memajukan hartanah bersama SPNB.

Melalui cara ini pihak kerajaan mampu memantau dan mengetahui perkembangan sesuatu projek. Syarikat-syarikat yang mahu memajukan sesuatu kawasan bersama SPNB harus menyiapkan projek perumahan tersebut terlebih dahulu barulah boleh menjualkannya kepada pembeli.

Seperti apa yang telah disarankan oleh kerajaan sebelum ini. Kalau perlu wartakan sebagai undang-undang.

Dengan cara ini maka pembeli iaitu rakyat tidak akan tertipu dan akhir sekali menyalahkan kerajaan atas semua ini disebabkan dasar yang banyak menyebelahi pihak pemaju hartanah.

Semakin hari beban yang ditanggung rakyat semakin berat. Usah ditambah lagi dengan beban baru pula. Rakyat mahukan ketelusan kerajaan dalam agenda pembangunan rakyat.

Diharap semua isu yang berbangkit ini akan diberi perhatian oleh kerajaan dan perlu diselarikan oleh kerajaan dengan isu untuk menikkan taraf hidup rakyat.

Inflasi perlu dikawal dan agenda pembangunan yang lain perlu digerakkan dengan sepantas mungkin.

Agenda negara pertanian juga perlu dijayakan dengan penglibatan masyarakat melalui program dan penyelian kementerian yang berkenaan.

EGM UMNO Cheras Menuntut Pindaan Perlembagaan dan Lulus 15 Resolusi

anotherbrickinwall - UMNO Bahagian Cheras telah menyelesaikan Mesyuarat Luar Biasa (EGM) pada hari Ahad April 27hb, 2008 baru-baru ini dengan menuntut pindaan perlembagaan dan 15 resolusi diluluskan.

Dalam syarahan tanpa teksnya, Ketua UMNO Bahagian Cheras Syed Al Habshee dengan lantang meminta perlu disegerakan peralihan kuasa. Katanya, "Tidak boleh tangguh-tangguh lagi ... masa dah tidak ada." -->>lanjut

Anwar khianat Melayu?

ImageSungguhpun kata-kata Ezam Mohd Nor dalam tabloid Siasah 27 Mei 2008 - 3 Mei 2008 sebenarnya adalah "Anwar tiada agenda pertahankan orang Melayu" tetapi ini sebenarnya adalah gambaran sikap pengkhianatan Anwar Ibrahim terhadap orang Melayu hanya kerana kerakusan beliau untuk mengambil kuasa pemerintahan di negara ini. Dengan lain perkataan " Anwar menjual hak orang Melayu" semata-mata untuk kepentingan tersendiri.

Orang Melayu kena sedar hakikat ini. Kalaupun kepimpinan UMNO leka, tersalah catur ataupun berdosa dengan perbuatan rasuah, nepotisme dan kronisme adakah kita orang Melayu sepatutnya dihukum sebegini rupa sehingga hak yang kita pertahankan perlu digadaikan.

Hak orang Melayu sepatutnya tidak ditarik semata-mata kerana kita marahkan kepimpinan UMNO. Orang Melayu perlu bangkit mempersoalkan tindakan Anwar Ibrahim yang mirip atau menyerupai slogan "Malaysian Malaysia" dengan konsep konon-kononnya Ketuanan Rakyat. Ini sebenarnya hasrat Democratic Action Party atau DAP. Adakah ini sebenarnya wajah Anwar Ibrahim.

Sanggup menyelongkar khazanah turun menurun Melayu untuk digadaikan kerana undi dan kerakusannya untuk memegang jawatan Perdana Menteri. Adakah Anwar dalam usaha ini menjanjikan ketuanan Cina untuk menyokong diri sebagai Perdana Menteri? Kita tahu DAP kini semakin ganas dalam mencatur politik di negeri-negeri yang dimenangi. Kita sedar hari ini kuasa-kuasa mutlak negeri seperti Selangor, Pulau Pinang dan Perak sedang dipegang oleh DAP. Oleh itu mana hak kita sebagai orang Melayu?

Kedudukan hari ini amat berbeza dan Anwar sendiri sudah menunjukkan sikap sebenarnya dalam politik. Ada laman web yang menukar slogan Anwar Ibrahim dari suara keramat kepada suara Anwar dalam menentukan negara kita ini. Anwar Ibrahim hari ini sibuk memperjuangkan hak-hak orang Melayu. Negeri yang di tawan oleh Pakatan Palsu Rakyat turut kini memperjuangkan bangsa laini kononnya untuk membela seadil dalam Malaysia berstruktur masyarakat majmuk.

Laman www.arahkita.com ada membincangkan dengan lebih lanjut mengenai statistik ketinggalan orang Melayu. Hakikat Lim Gua Eng untuk membuka tender nampak telus tetapi kontraktor bumiputera yang nama mampu menyahut seruan tender tersebut dan bersaing dengan Cina yang sudah bertapak kukuh dalam bidang ekonomi. Kini Anwar terdesak untuk menjadi Perdana Menteri. Beliau sanggup memberi apa sahaja yang dipohon oleh Cina demi undi mereka. Jual sahaja Melayu asalkan AKU PERDANA MENTERI – dan itulah wajah ganas politikus Malaysia yang kemaruk kuasa – Anwar Ibrahim. Hipokrasi Anwar Ibrahim bukan sesuatu yang asing. Beliau hari ini sibuk membincangkan ketuanan dalam konteks kesamarataan dan bukan dalam konteks kemanusiaan. Semalam mungkin bercerita dengan Melayu dan pentingnya “survival” orang Melayu tetapi hari ini menceritakan ketuanan Cina untuk undi Cina berpindah kepada beliau. Seruan kepada semua orang Melayu adalah untuk bertindak bijak serta menilai kepimpinan yang ada demi kemakmuran negara.

Dr Khir diminta berhenti bercakap

Malaysiakini - Datuk Seri S Samy Vellu meminta bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo supaya berhenti membuat tuduhan tidak berasas berhubung kekalahan Barisan Nasional (BN) di negeri itu dalam pilihanraya umum lalu.

"Beliau berkata saya telah memberi persetujuan agar kuil (di Kampung RimbaJaya dekat Shah Alam) diriobohkan pada 15 November.

"Saya ingin jelaskan bahawa kuil itu telahpun dirobohkan pada pertengahan Oktober," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Kenapa beliau tidak sebut sayalah orangnya yang merayu kepada beliau dan Perdana Menteri supaya menghentikan rancangan asal untuk merobohkan kuil itu," katanya dalam laporan Bernama. -->>lanjut

55 NGO kecewa k'jaan P. Pinang

penang local council electionMalaysiakini - Sekumpulan badan bukan kerajaan (NGO) kecewa dengan kerajaan Pulau Pinang berhubung pelantikan anggota majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri itu yang dianggap "tidak demokratik, kurang rundingan dengan pihak awam dan tidak telus."

Pakatan untuk Urus Tadbir Baik (CGG), gabungan 55 NGO, berkata pelantikan itu memberatkan kumpulan perniagaan dan membelakangkan wakil-wakil NGO.

"CGG kecewa dengan kerajaan negeri Pulau Pinang yang melantik ke majlis pihak berkuasa tempatan 36 anggota parti politik yang diragui kewibawaan mereka sebagai pemimpin masyarakat.

"Tambahan pula, daripada sejumlah tujuh wakil tanpa parti politik, perwakilan berlebihan yang diberikan kepada kumpulan perniagaan (lima anggota) berbanding kumpulan NGO (dua anggota) sama sekali tidak boleh diterima," kata jurucakapnya Yap Swee Seng hari ini. -->>lanjut

Azmin tak puas hati diketepi sesi soalan Parlimen

azmin interview 260408 talkingNaib presiden PKR, Mohd Azmin Ali, tidak berpuas hati sesi soalan Dewan Rakyat yang membelakangkan ahli-ahli parlimen pembangkang.

"Saya sangat sedih apabila saya melihat senarai soalan yang ditetapkan oleh parlimen. Sangat sedikit soalan yang dihantar oleh (wakil-wakil) Pakatan Rakyat diberi keutamaan dalam urutan soalan.

"Jika anda melihat pada jumlah (perwakilan), kita (Pakatan) ada 82 ahli parlimen berbanding BN hanya ada 77 (ahli parlimen penyokong kerajaan).

"Melihatkan kepada nisbah ini, kita patut ada 52 peratus. Dan BN hanya 48 peratus. Jadi kalau mereka boleh uruskan sepuluh soalan, maksudnya kita patut dapat sekurang-kurangnya enam (soalan), berbanding mereka empat," katanya.

Mohd Azmin, yang juga ahli parlimen Gombak, berkata wakil-wakil rakyat Pakatan diberikan sedikit sahaja peluang bertanyakan soalan.

"Sekarang saya melihat, daripada 10 soalan, kami hanya diberi dua. Ini tidak adil," katanya Jumaat lalu.

"Kedua, mereka patut beri keutamaan pada ketua pembangkang. Soalan pertama pada hari itu patut diberikan kepada ketua pembangkang dan ini tidak dilakukan. Saya rasa pada, soalan daripada Dr Wan Azizah (Wan Azizah) (berada di) nombor ketiga. Jadi ini tidak adil."

Apa masalah Muhkriz sebenarnya ?

1_170852_1_9.jpgKebanyakan ahli dan pemimpin UMNO telah mula menerima dan menyedari bahawa kekalahan ini tidak sepatutnya dipikul oleh Pak Lah sendiri kerana kekalahan ini adalah kekalahan yang perlu ditanggung bersama.

Pada mulanya mungkin kita tidak dapat mengaggak apakah sebenarnya agenda Mukhriz yang bersuara begitu lantang sekali dan sanggup biadab kepada pemimpin yang lebih lama menceburkan diri dalam politik mahupun secara adat dan budi bahasa Melayu beliau telah bersikap biadab kepada orang yang lebih tua daripadanya.

Namun kita juga tidak boleh menyalahkan Muhkriz seratus peratus kerana di mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi dan tidaklah silap bidalan melayu , bapak borek anak rintik.

Mukhriz telah menyuarakan hasratnya menyokong Tengku Razaleigh Hamzah untuk bertanding Presiden UMNO dan menggalakkan lebih ramai lagi pemimpin UMNO untuk bertanding merebut jawatan tersebut dan sebelum ini beliau juga menggalakan lebih ramai lagi pemimpin Pemuda untuk bertanding sebagai Ketua pemuda UMNO . Ada juga yang melatah apabila Mukhriz mempelawa ketua-ketua pemuda UMNO untuk bertanding kerusi Ketua Pemuda UMNO, Antara yang telah meluahkan hasrat mereka ialah Khir Toyo dan Azimi Daim .Tetapi hari ini Azimi agak 'cool ' dan sepi pula.

Apa yang dapat kita simpulkan disini Mukhriz hanya mahu menyerabutkan keadaan dan senario politik UMNO yang agak panik selepas kita mendapat keputusan PRU12 yang lalu. Tetapi hari ini keadaan agak dingin dan sudah mula berubah dan ahli-ahli UMNO sudah mula menyedari dan dapat menerima kekalahan pada PRU12 yang lalu.

Hampir sebulan Tengku Razaliegh mengumumkan untuk bertanding kerusi Presdien UMNO , kita tidak dapat membaca atau mendengar mana-mana pihak yang tampil kehadapan menyatakan sokongan kepada Ku Li sehingga hari ini melainkan kita hanya mendengar sokongan itu hanya datang dari Mukhriz seorang saja.

Ini mungkin kali kesepuluh kita dengar Ku Li mengulangi hasrat beliau untuk bertanding sebagai Presiden UMNO namun tidak seorang pun yang tampil menyokong hasrat beliau. Apakah Ku Li tidak kecxewa dengan senario dan tindakbalas yang beliau terima ini. Jika Ku Li mahu bertanding, bertandinglah . Tidak siapa menghalang malah Pak Lah juga pernah berkata sekali, bahawa beliau sedia bertanding jika ada yang mahu menentang.

Bertannding lah wahai putera raja Tengku Razaleigh Hamzah.

Mukhriz pula meletakan syarat , beliau menyokong Ku Li bertanding jika pertandingan itu berjalan tanpa pengamalan politik wang.

dipetik dari www.tepakbersulam.com

Persoalan kepada Mukhriz :
  1. Siapa sebenarnya yang hendak bertanding Presiden UMNO ini , Tengku Razaleigh atau Mukhriz Tun Mahathir?
  2. Mana Mukhriz tahu aka ada pertandingan yang mengamalkan politik wang , apakah sewaktu Mukhriz menjadi anak Perdana Menteri dahulu ketika Ku Li bertanding untuk merebut kerusi Presiden UMNO menentang Tun , Tun pakai banyak wang? Tektik spinning ini dah basi.
  3. Apa sebenarnya masalah Muhkriz ini ?
  4. Adakah Mukhriz berada di alam nyata atau masih pening lalat apabila melihat Pak Lah tidak tergugat dengan berbagai cara yang telah beliau lakukan sebelum ini untuk mendesak Pak Lah meletakkan jawatan.(kena tunggu rambut Mukhriz tumbuh dahulu)
  5. Belum cukup lagikah publisiti yang beliau mahukan untuk bertanding sebagai ketua pemuda UMNO.

Senang cerita beginilah Muhkriz ,jika tidak semua mungkin ramai juga yang telah muak dengan desakan dan tekanan saudara YB Mukhriz . Sebenarnya orang melayu ini jika terlalu banyak melihat perangai nagatif seseorang , akhirnya pendangan mereka terhadap orang yang sentiasa bersikap nagatif itu akan jadi nagatif juga,. Berehat sahaja lah Mukhriz dan kuarangkan bercakap kerana lagi banyak saudara YB Mukhriz Tun Mahahthir bercakap lagi banyak kesilapan yang YB Mukhriz membuat silap.

Kesetiaan Siapa Yang Rapuh?

Oleh : Adnil Mohd
Ternyata kesetiaan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sememangnya teguh sebaliknya apa yang berlaku di Dewan Rakyat semalam menyerlahkan wajah dan kedudukan sebenar pakatan pembangkang.

Isu lompat parti yang begitu kuat dicanangkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini rupa-rupanya menggambarkan hakikat kegusaran beliau sendiri berkenaan kesetiaan ahli-ahli pakatannya.

Mana tidaknya, proses awal mengukur sokongan melalui pemilihan Timbalan Speaker Dewan Rakyat memperlihatkan calon yang dicadangkan oleh BN bukan sahaja menang tetapi memperolehi undi daripada wakil rakyat pembangkang.

Mengulas perkara itu, Ahli Parlimen Muar yang juga Ketua Pemuda UMNO Johor, YB Razali Ibrahim berkata keputusan pemilihan tersebut memberi petunjuk bahawa pakatan pembangkanglah yang sebenar berdepan dengan masalah.

Sebab itulah katanya Anwar sejurus keputusan pilihan raya umum ke-12 baru-baru ini pantas mengeluarkan dakwaan kononnya terdapat Ahli Parlimen BN akan menyeberangi Pakatan Rakyat yang diterajui beliau.

"Kita dalam BN tidak bersandarkan kenyataan serta politik retorik semata-mata tetapi dizahirkan apabila tiba masanya. Hari ini merupakan bukti bahawa ketaatan serta kesetiaan Ahli Parlimen BN tidak berbelah bagi.

"Nampaknya Anwar terpaksa mencari alasan lain lagi semata-mata untuk mengukuhkan dakwaan beliau sebelum ini sungguh pun hakikat sebenar yang berlaku di dalam pakatan pembangkang mula terserlah", katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pemilihan Timbalan Speaker Dewan Rakyat pagi semalam yang menyaksikan calon BN, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar (BN-Santubong) memperoleh 157 undi, manakala calon BN yang kedua, anggota Parlimen Beluran (Sabah) Datuk Ronald Kiandee Ronald memperoleh 140 undi.

Sementara itu, calon yang dikemukakan oleh pembangkang, anggota Parlimen Kepong, Dr Tan Sen Giaw gagal mendapat undi "solid" setelah mendapat 81 undi sedangkan wakil rakyat pembangkang berjumlah 82 orang.

Plihan raya umum ke-12 pada 8 Mac lepas menyaksikan BN memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan apabila memenangi 140 kerusi manakala pembangkang mendapat 82 kerusi iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebanyak 31 kerusi, DAP (28) dan PAS (23).

Tegas Razali lagi, Anwar sebenarnya bermain dengan "puisi" politik untuk menimbulkan keresahan di kalangan rakyat khususnya penyokong UMNO semata-mata.

"Kita cukup kenal dengan Anwar dan tahu siapa Anwar yang sebenarnya. Sebab itulah kita tidak terkejut dengan apa yang berlaku hari ini sebaliknya merupakan satu hikmah untuk dinilai oleh rakyat", ujarnya.

Anwar Ibrahim bermuka-muka!

Terdapat satu artikel bertajuk "Anwar: TPM tunduk kepada Amerika Syarikat" bertarikh 25 April 2008.

ImageAmat melucukan apabila Anwar Ibrahim, seorang kroni Yahudi yang sebelum ini tidak pernah pun mengeluarkan apa-apa kenyataan memburukkan Amerika ataupun Israel mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Antara kenyataan beliau yang dipetik:-

Saya merujuk kepada kenyataan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Malaysia yang dilaporkan oleh akhbar tempatan hari ini (April 25, 2008) tentang pemecatan Iran dari Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2008 di Kuala Lumpur atas alasan negara tersebut telah melanggar resolusi 1747 dan 1803 Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu. Resolusi-resolusi tersebut melarang sama sekali memindah dan menjual kepada negara lain bahan dan peralatan yang boleh membunuh dan memusnah.

Nampaknya dalam hal ini, Malaysia telah tunduk kepada desakan dari Amerika Syarikat dan rakan-rakan sekutunya. Pameran ini adalah untuk semua negara berdaulat yang ingin mengambil bahagian secara bebas, bukan untuk menjual senjata dan alat pertahanan lain.

Hello! Anwar Ibrahim.

Ini perkara berkaitan Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2008 bukan berkenaan dengan isu Amerika Syarikat ingin menyerang Iran.

Sebelum ini pun Anwar ini tidak pernah mengutuk apa sahaja tindakan Amerika Syarikat termasuk tindakan Amerika Syarikat menyerang Iraq dan juga menghukum gantung Saddam Hussein.

Jadi kenapa isu Pameran ini pula yang diperbesarkan?

Pak Lah mahu dihentikan EGM

umno mt meeting 280408 04Malaysiakini - Presiden Umno mahu semua Umno bahagian menghentikan tindakan mengadakan mesyuarat tergempar (EGM) untuk mendesak peralihan kuasa dalam parti dilaksanakan sebelum Disember ini.

Sebaliknya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, parti harus memberi fokus kepada isu-isu rakyat seperti kenaikan harga minyak dan barang makanan, serta reformasi badan kehakiman.

"Ini semua (isu yang didesak dan menjadi keperluan rakyat) yang perlu dilihat, tapi nampaknya orang lebih melihat kepada soal pemilihan dalam parti," katanya.Menurutnya, pucuk pimpinan sudahpun memahami kehendak dan pandangan akar umbi terhadap kerajaan.

Setakat ini tiga bahagian Umno iaitu bahagian Cheras (Wilayah Persekutuan), Gua Musang (Kelantan) dan Batu Pahat (Johor) telah mengadakan EGM meminta proses peralihan kuasa dipercepatkan bagi membolehkan pemulihan Umno dilaksanakan segera.

Abdullah berkata, Umno akan mengurangkan tumpuan pada isu-isu dalaman parti walaupun isu tersebut sering menarik minat ramai. -->>lanjut

Kerajaan Akan Terus Beri Subsidi, Titah Agong

Bernama - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin bertitah kerajaan akan berusaha meneruskan pemberian subsidi dan pelbagai bantuan lain demi kesejahteraan rakyat khususnya dalam menghadapi kesan langsung kenaikan harga minyak di pasaran antarabangsa.

Seri Paduka Baginda bertitah lebih RM36 bilion diperuntukkan untuk tujuan itu dan sehingga ini pelbagai subsidi dan bantuan disediakan bagi membendung kenaikan harga barang dan meringankan beban perbelanjaan rakyat.

"Paras harga minyak di pasaran antarabangsa yang tinggi telah memberi kesan langsung kepada harga barangan dan perkhidmatan. Sehubungan ini, kerajaan mengambil pelbagai langkah termasuk mengenakan kawalan harga dan mempertingkatkan aktiviti penguatkuasaan untuk membendung kenaikan harga demi kesejahteraan rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah," titah baginda ketika merasmikan pembukaan penggal pertama Persidangan Parlimen ke-12 di Dewan Rakyat di sini. Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah turut berangkat ke istiadat itu.

Tuanku Mizan bertitah baginda amat kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang telah menyalahguna kemudahan subsidi itu dengan menyorok dan menyeludup barangan keperluan yang berkenaan ke luar negara demi mengaut keuntungan besar.

"Perbuatan tersebut sangat hina kerana mendatangkan kesusahan dan merampas hak rakyat," titah Seri Paduka Baginda. -->>lanjut

Kes ugut bunuh Karpal

Utusan - Seorang pelajar kolej yang menghantar komen di sebuah laman web dengan menyatakan Pengerusi DAP, Karpal Singh 'halal' dibunuh, hari ini menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan di sini.

Remaja berusia 19 tahun dari Kluang itu yang ditemani ayahnya serta ahli-ahli Pas Johor tiba di IPD tersebut pada pukul 1 petang ini dan polis telah mengambil keterangan daripadanya untuk membantu siasatan.

Sementara itu, Timbalan DAP Johor, Norman Fernandez berkata, pelajar tersebut juga telah menemui beliau pada pukul 4 petang ini untuk menyerahkan surat permohonan maaf sepanjang satu muka surat kepada Karpal. -->>lanjut

Penyapu bukan punca BN hilang S'gor

khir toyo broom awardMalaysiakini - Dalam wawancara Khamis lalu, mantan menteri besar itu berkata anugerah penyapu diambil sebagai langkah terakhir selepas beberapa inisiatif diambil untuk memulihkan prestasi PBT selama beberapa tahun.

"Apabila saya bincang, setahun yang lepas (sebelum anugerah kontroversi itu), mereka setuju. Ada cadangan memberi (anugerah) selipar, gantung selipar di leher. Ada pula yang mencadangkan, suruh kita pakaikan baju koyak dan ada mencadangkan beri penyapu," katanya.

"Cuma mungkin kesilapan (saya, menganugerahkan) penyapu (yang) tidak dibalut. Itu sebab yang siapkan (anugerah) itu bukan saya. Pegawai kerajaan yang siapkan semua (acara) ini. Dan sudah dipersetujui sebelum itu," katanya. -->>lanjut

Juruaudit Balkis nafi terlibat RM9.9 juta

zaharah kechikMalaysiakini - Juruaudit luar Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) menafikan firma itu pernah dirujuk sebelum pemindahan wang RM9.9 juta seperti dilaporkan. -->>lanjut

Tak perlu runsing lagi

Agendadaily - Walaupun tindakan memohon maaf kepada rakyat Malaysia berhubung isu menghunus dan mencium keris Panca Warisan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan memberi kesan pada golongan tertentu tetapi sekurang-kurangnya perkara itu tidak lagi merunsingkan mana-mana pihak.

Ianya juga dianggap satu tindakan berani Hishammuddin dalam usahanya memperbetulkan apa yang kurang betul dan memperbaiki salam faham dalam konteks untuk menghilangkan salah faham. -->>lanjut