Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Sunday, April 27, 2008

Wawancara Blogger RTM 1

Saksikan wawancara bersama Raja Petra yang berlangsung pada 8:30 malam tadi.....

Datin Seri Zaharah jelaskan isu BALKIS

Pembubaran Badan Kebajikan Isteri-Isteri Selangor (Balkis) dibuat atas persetujuan dua pertiga ahlinya dalam satu mesyuarat agung pada 11 Mac lalu.

Datin Seri Zaharah Kechik, Bekas Yang Dipertua Balkis,berkata, pembubaran tersebut dibuat selaras dengan peruntukan fasal 15 (1) Perlembagaan Balkis dan minit-minit mesyuaratnya boleh mengesahkan pematuhan segala peruntukan undang-undang ini.

Beliau berkata, tindakan memindahkan segala baki wang Balkis kepada Badan Amal dan Kebajikan Isteri-Isteri Menteri (Bakti) juga adalah selaras dengan peruntukan Fasal 15 (2) Perlembagaan Balkis iaitu segala baki wang yang ada akan didermakan kepada kerajaan atau tabung lain yang serupa yang diluluskan oleh Pengarah Hasil Dalam Negeri.

"Oleh kerana Bakti adalah badan yang dibentuk atas tujuan yang hampir sama dengan Balkis, kesemua wang baki tabung Balkis telah didermakan kepada badan itu.

"Segala keputusan pembubaran dan penyerahan wang baki ini dibuat oleh ahli-ahli Balkis sendiri dan bukannya atas keputusan saya sebagai Yang Dipertua ataupun jawatankuasa Balkis. Ia juga dilakukan dengan mematuhi segala peruntukan undang-undang,'' tegas beliau.

Beliau berkata demikian bagi menjelaskan isu pembubaran dan penyerahan dana kepada Bakti di Bangunan UMNO Selangor di sini pagi ini.
Siaran Isu kehilanganRM9.9 juta daripada BALKIS

Pesta berahi

hmetro - Seks, arak dan dadah adalah menu utamanya. Yang perlu dilakukan untuk menikmati ‘hidangan’ itu hanyalah mendapatkan tiket ‘kebebasan’ berharga RM250 hingga RM700 untuk menyertai parti eksklusif di sebuah pulau peranginan popular negara ini.

Penganjuran pesta liar di pulau menjadi trend masa kini apabila ia dikatakan lebih ‘selamat’ daripada tindakan pihak berkuasa, peserta bebas melakukan apa saja dan penganjur boleh mendapat untung besar.

Ikuti pengalaman wartawan Metro Ahad yang menyusup masuk ke parti eksklusif sempena menyambut bulan mengambang di sebuah resort di Pulau Perhentian Besar, Besut, Terengganu, baru-baru ini.

WARTAWAN Metro Ahad mendapat maklumat mengenai satu parti eksklusif menerusi laman web pada pertengahan Mac lalu.

Secara asasnya, berdasarkan maklumat di laman sosial terbabit, penganjur pesta itu sebuah syarikat tempatan yang berpangkalan di ibu negara, dipercayai ada latar belakang industri hiburan.

Dalam laman sosial itu, Pengarah Kreatif syarikat penganjur turut memberi peringatan berikut: “Ini adalah parti TERTUTUP yang dipelawa pada anda dan rakan anda yang berasakan mereka benar-benar ‘kool’ untuk menyertainya. Peserta mesti berusia 21 tahun ke atas dan bersemangat tinggi untuk berparti.”

Penyertaan dibuka kepada orang ramai dengan yuran antara RM250 seorang bagi penginapan di khemah terbuka, RM290 (asrama), RM350 (chalet) dan RM700 (chalet berkongsi dua / keutamaan pasangan). -->>lanjut

4,000 JKKK letak jawatan

hmetro - Perak dan Kedah, kira-kira 4,000 ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di seluruh negeri ini bersetuju meletak jawatan masing-masing pada hujung bulan ini.

Semua 149 JKKK terbabit yang dilantik kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini, bagaimanapun akan dilantik semula di bawah pentadbiran Kerajaan Persekutuan berkuat kuasa pada 1 Mei ini.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, berkata Pengerusi dan ahli JKKK terbabit akan meneruskan tugas mereka seperti biasa, namun pemberian elaun akan diuruskan oleh kerajaan pusat.

Menurutnya, beliau difahamkan, semua ahli JKKK di negeri ini menyatakan hasrat untuk berundur di bawah kerajaan negeri sekarang dengan menyertai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP). -->>lanjut

Muhd Taib didakwa sabotaj pertemuan Ku Li

Malaysiakini - Pemimpin veteran Umno Selangor, Datuk Mazlan Harun mendakwa bahawa ketua penerangan Umno Malaysia, Tan Sri Muhammad Muhd Taib telah mensabotaj majlis pertemuan ahli parlimen Gua Musang dengan pemimpin dan Umno sekitar Subang Jaya petang semalam.

Katanya, beliau telah memaklumkan hasratnya untuk mengadakan perjumpaan tersebut kepada Muhd Taib serta menjemputnya sekali untuk menghadirinya.

Bagaimanapun, Muhd Taib sebaliknya telah membawa ketua-ketua cawangan Umno dalam bahagian Kelana Jaya, yang meliputi kawasan Subang Jaya, ke Sarawak dan Melaka.

“Sebenarnya mereka sabotaj. Muhd Taib kalau datang boleh beri pandangan, cerdik pandai boleh menilai,” katanya ketika berucap di majlis tersebut di sebuah hotel di Subang Jaya semalam.

“Sebagai ketua bahagian, beliau harus hadir beri pendapatnya jika pandangan kita tidak sesuai dengan kehendak pucuk pimpinan parti.

“Tapi apa yang dibuat (ialah) dia angkut ketua cawangan Kelana Jaya ke Sarawak, ketua Wanita pergi Melaka, inilah jadi masalah kita. Inilah penindasan dari pihak atasan,” kata beliau yang juga bekas exco Pemuda Umno, disambut tepukan kira-kira 500 hadirin.

Keadaan seumpama itu, katanya, menyebabkan ahli-ahli tiada tempat untuk meluahkan perasaan tidak puas hati mereka. -->>lanjut

Sultan Ahmad Shah mahu negeri turut siasat

Utusan - Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah menitahkan semua persatuan bola sepak negeri menyiasat kemungkinan wujudnya gejala mengatur perlawanan di kalangan pemain masing- masing.

Baginda kesal dan terkejut dengan perkembangan di Sarawak yang dianggap tidak sepatutnya berlaku dalam sukan bola sepak negara.

"BPR (Badan Pencegah rasuah) harus menyiasat dengan terperinci. Persatuan-persatuan bola sepak setiap negeri juga harus membuat siasatan dalaman mengenai perkara ini.

''FAM tidak mahu penyakit (rasuah) ini mencemarkan maruah bola sepak negara," titah baginda. -->>lanjut

ISA bukan undang-undang zalim

Semua negara mempunyai undang-undang ISAnya tersendiri.

Ianya bukan satu undang-undang zalim tetapi lebih kepada pencegahan daripada berlaku perkara yang boleh mengancam keselamatan negara dan rakyat.

Apakah yang lebih kejam? Membiarkan sesuatu tragedi itu berlaku tanpa diambil peduli kecuali setelah ianya berlaku seperti di dalam kejadian di WTC yang mengorbankan ribuan nyawa rakyat yang tak berdosa atau menangkap dalang-dalang yang ada potensi mengancam keselamatan negara?

Harakahdaily menyiarkan satu artikel bertajuk "Pakatan Rakyat akan terus bangkitkan isu ISA di Parlimen" bertarikh 25 APril 2008.

Antara petikan artikel tersebut ialah:-

"Usaha untuk menentang akta yang zalim ini akan kita teruskan tanpa henti sehinggalah semua tahanan ini diberi hak untuk membela diri di Mahkamah atau akta ini dimansuhkan sama sekali," kata Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa, di sini.

Ini adalah satu contoh ISA yang dikenakan oleh kerajaan Singapura:-

Update 15 Sept 2006: Release of 2 alleged JI Detainees on Restriction Orders

Two (alleged) members of the Jemaah Islamiyah (JI) terrorist group who had been detained on Orders of Detention (ODs) under the Internal Security Act (ISA) since Sep 2002 have been released and placed on Restriction Orders (ROs) under the ISA.

Said bin Ismail and Munain bin Turru were released on 14 Sep 2006 when their ODs expired. They were placed on 2-year ROs under the ISA, which took effect on 15 Sep 2006 and which subject them to conditions governing their activities and movements. Both Said and Munain had cooperated with ISD in the investigations into the JI, and had responded positively to rehabilitation, including religious counselling.

Ministry of Home Affairs

15 September 2006

Source: Singapore government media release

Ini pula contoh undang-undang yang dikuatkuasakan di Australia:-

The Australian Anti-Terrorism Act 2005 (Revised) is legislation intended to hamper the activities of any potential terrorists in Australia. It was passed by the Commonwealth Parliament on 6 December 2005.

The "Shoot to Kill" Clause

The "Shoot to kill" clause instructs police to treat people wanted under detention orders in the same way that an equivalent clause in the current law treats wanted suspects.

The clause in particular has raised the concern of some state premiers, the so-called "Shoot to kill" clause, where police may use lethal force if they perceive a threat to life. The clause was not put to the premiers in the original discussions between the States and Federal Governments.

The "Reckless Funding" Clause

As a result of the Anti-Terrorism Act 2005, Division 103 of the Criminal Code makes it an offence to provide funds to a person who may use those funds to facilitate or engage in a terrorist act. These funds must be intentionally made available to another person (e.g., a donation or cash transfer). The definition of funds includes money and assets of any kind but does not include goods or services.The mental element for the crimes created under Division 103 is subjective recklessness.This means that the accused must know that there is a substantial risk of the funds being used for terrorism but still makes those funds available regardless of that risk.

Semua undang-undang ini bukannya dibuat sesuka hati tetapi demi menjaga majoriti rakyat yang mungkin dalam bahaya akibat perbuatan segelintir atau minoriti rakyat yang mempunyai niat jahat terhadap negara sendiri.

Balkis diminta ditarik balik pembubaran

Menteri Besar Selangor, meminta pembubaran Pertubuhan Badan Amal dan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) segera ditarik balik kerana ia dibubarkan tanpa perbincangan dengan beberapa pihak dan ahli badan amal itu.

Katanya, kepemimpinan Balkis yang ketika itu diketuai isteri bekas Menteri Besar, Datin Seri Zahrah Kechik boleh dikenakan tindakan jika beliau gagal berbuat demikian.

"Saya berharap pembubaran itu ditarik balik dan jika berdegil, tindakan boleh diambil terhadap mereka oleh ahli Balkis atau penderma yang selama ini setia dengan Balkis.

"Kaedah pembubaran itu tidak mengikut tatasusila pertubuhan dan ia pasti akan mencetuskan persoalan di kalangan ahlinya yang selama ini tidak melihat sebarang masalah timbul dalam pertubuhan," katanya.

Mengenai tindakan Zahrah memindahkan aset Balkis bernilai RM9.9 juta ke dalam akaun Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri (Bakti), Abdul Khalid berkata, ia dilakukan tanpa mengikut undang-undang.

Katanya, Majlis Peguam menerangkan tindakan Zahrah itu salah di sisi undang-undang dan ia boleh disabitkan dengan 'pecah amanah'.

Khir Toyo- Ahmad Bhari sudah ingatkan

ImageBERAKHIRNYA era kegemilangan Selangor sebagai kubu kuat Barisan Nasional runtuh ditangan Dato Seri Mohd Khir Toyo dan keruntuhan tersebut memang dijangkakan dan langsung tidak mengejutkan kerana sikap dan corak pentadbiran bekas Menteri Besar Selangor sebelum ini telah menjuruskan kearah keruntuhan sebuah institusi kebanggaan rakyat Selangor dan Melayu khususnya.

Lewat buku ` Khir Toyo-Antara amanah & Khianat’ sebelum ini telah mendedahkan bagaimana corak serta cara pentadbiran Khir Toyo dan bagaimana kesungguhan yang dillakukan oleh Ahmad Bhari untuk memberitahu pucuk pimpinan bahawa cara Selangor bermenteribesarkan Khir Toyo akan mengundang malapetaka serta boleh memusnahkan penguasaan Barisan Nasional.

Apa yang Ahmad Bhari cuba lakukan lebih awal daripada kebimbangan yang diluahkan oleh bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin dan segala tindakan Ahmad Bhari sebelum itu dilihat sebagai cuba mahu mencari keuntungan politik tetapi secara sedar bahawa pemimpin dan rakyat Selangor ketika itu akan menerima tsunami politik sekiranya kerakusan dan corak pentadbiran Khir Toyo berterusan dipertahankan oleh penjilat-penjilat poltik beliau.

Pandangan,kebimbangan, pembongkaran kelemahan pimpinan Khir diketepikan hanya kerana Ahmad Bhari tidak ada apa-apa jawatan dalam kabinet Khir, hanya kerana Ahmad Bhari seorang ADUN biasa, hanya seorang Ketua Bahagian sahaja dan segala yang Ahmad Bhari dedahkan dipandang sebagai sampah semata-mata oleh Kerajaan Selangor dan Pusat.

Ahmad Bhari cuba menyampaikan mesejnya kepada seluruh rakyat Selangor dan kepada pucuk pimpinan tertinggi parti supaya mengambil serius terhadap cara dan rentak Khir Toyo sebagai Menteri Besar, kerakusan seta penyelewengan berterusan tetapi apa yang berlaku ialah bukan siasatan ataupun tindakan yang diambil untuk menyelamatkan Selangor tetapi Ahmad Bhari diketepikan daripada memberikan sebarang cadangan.

Akhirnya kerana kebencian Khir Toyo terhadap kritikan-kritikan tersebut, Ahmad Bhari tidak dikekalkan sebagai ADUN Taman Templer dan digantikan oleh salah seorang pengurusan daripada Persatuan Bolasepak Selangor iaitu Subahan Kamal yang tidak pernah berbudi kepada DUN Taman Templer dan tidak mempunyai sebarang komitmen dalam UMNO Bahagian Selayang tetapi hanya kerana ada hubungan baik dengan KhirToyo.

Ketika Ahmad Bahri bersendirian menentang Khir Toyo daripada secara diam hinggakan secara terbuka, pemimpin UMNO lain di Selangor mengambil sikap berdiam diri, bimbang periuk nasi terbailk dan hangit, bimbang masa depan politik akan gelap gulita dan ada yang tanpa segan silu mempertahankan Khir Toyo kononnya Khir Toyo pemimpin yang hebat, pemimpin yang memikirkan tentang rakyat Selangor, pemimpin yang meletakkan kepentingan rakyat lebih utama daripada kepentingan peribadi dan pemimpin muda yang berwawasan jauh. Pada mereka Khir umpama `dewa' yang diutuskan untuk menjadi pemimpin yang hebat membangunkan Selangor. Kritikan Ahmad Bhari dikatakan berniat jahat.

Kesilapan pucuk pimpinan UMNO dan kerajaan ketika itu adalah memandang sepi segala laporan yang dibuat oleh Ahmad Bhari. Segala dokumen berkaitan KHir Toyo sebagai Menteri Besar dikesampingkan dengan menjadikan segala kegagalan Khir Toyo sebagai satu fitnah ataupun tidak perlu dipedulikan. Kalaulah kebimbangan dan pendedahan Ahmad Bhari itu diambil tindakan awal, tidak mungkin Selangor terlepsas ke tangan KeADILan.

Inilah silapnya, UMNO selalu ingin menjadikan yang hitam itu putih dan yang putih itu hitam. Tidak ada seorang pun yang berani menegur Khir Toyo ketika itu. Mereka menerima apa sahaja tindakan Khir Toyo tanpa memikirkan bahawa tindakan tersebut mengundang kemarahan rakyat. Mereka menerima dengan terbuka segala kesonsangan corak pentadbiran Khir.

Tuduhan rasuah terhadap Khir didiamkan tanpa keputusan siasanatan didedahkan dan segala penyelewengan yang dilhata ada di zaman pemerintahan Khir seakan tidak mengundang kerajaan untuk menyiasata ataupun mengambil tindakan. Seolah Khir adalah pemerintahan yang maksum daripada melakukan segala kesalahan dan kesilapan.

Benar, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna tetapi apa yang berlaku terhadap Selangor perlu dijadikan pengalaman yang cukup berharga. Kerajaan harus mengambil kira pandangan pemimpin di peringkat DUN maupun Parlimen supaya sejarah yang Khir lakukan tidak akan berulang lagi.

Sebagai orang lama dalam UMNO dan memimpin Bahagian Selayang, Ahmad Bhari dilihat antara pemimpin yang tidak pernah menggunakan kedudukan politiknya untuk mengkayakan diri sendiri,keluarga ataupun rakan-rakan rapat beliau dan bayangkanlah bagaimana tergamaknya kerajaan Negeri Selangor ketika zaman Khir Toyo melantik ADUN daripada tempat lain untuk menjadi Pengerusi di Perangsang Golf Kelab sedangkan kelab tersebut berada di dalam kawasan Taman Tempelr, berdekatan pula dengan kediaman Ahmad Bahri.

Walau bagaimana pun Ahmad Bhari tidak berkecil hati kerana baginya ketika itu apa yang lebih penting adalah masa depan Barisan Nasional dan UMNO Selangor itu sendiri.

Kenapa Ahmad Bhari tidak diberikan peluang? Hanya kerana beliau lantang mengkritik Khir Toyo dan tidak pernah lari daripada ketegasannya bahawa Khir Toyo ketika itu sedang menujukkan jalan kehancuran kepada Barisan Nasional untuk kekal sebagai kerajaan di Selangor. Kerana Ahmad Bhari tidak pandai cium tangan Khir Toyo seperti pemimpin lain di Selangor dan yang sering cium tangan Khir Toyo akhirnya tumbang satu persatu dalam pilihanraya baru-baru ini.

Kebimbangan yang Ahmad Bhari lahirkan, ketakutan yang Ahmad Bahri terjemahkan akhirnya menjadi kenyataan apabila Barisan Nasional hilang kerajaan di negeri Selangor gara-gara terlalu mendewakan pemimpin seperti Khir Toyo.

Hari ini, Selangor sudah pun mempunyai Pengerusi Perhubungannya yang baru dan seharusnya mempunyai jawatankuasa yang mahu menggembalikan maruah parti, sebuah UMNO yang jujur serta bermaruah bagi menggembalikan semula semangat Barisan Nasional Selangor, sebuah kumpulan yang meletakkan kepentingan rakyat dan bukan sebuah jawatankuasa yang mengampu atau pun membodek sana-sini.

Pada Khir Toyo tidak perlu menyalahkan sesiapa. Salahkan diri sendiri dan ada sebab lain yang utama mengapa Tuhan tidak mengizinkan Khir Toyo kekal sebagai Menteri Besar. Tepuk dada tanya selera.

Kepada Mat Taib, kenallah siapa pejuang UMNO sebenar. Kenallah siapa pemimpin yang bertungkus lumus berjuang mempertahankan parti mereka. Jangan ulangi lagi kesilapan demi kesilapan yang pernah Khir Toyo lakukan. Jika kesilapan yang sama yang dilakukan maka Mat Taib juga akan mengulangi sejarah malang UMNO yang sama untuk 4 atau 5 tahun akan datang.

Mana Pilihan Pas? DAP Atau Islam

Pas sekali lagi terpaksa membuka pencak silat apabila terus diterjah rakan sekutunya DAP mengenai Negara Islam. Yang nyata walaupun secara terang-terang dan tanpa mengenal jemu DAP mempertikaikan perjuangan negara Islam, Pas masih lagi mampu untuk duduk semeja dengan rakan pakatannya itu.

Pas seperti tidak berdaya untuk tegas memegang prinsipnya apabila diasak sebegitu rupa oleh DAP. Nada pemimpin-pemimpin Pas semakin kendur terutama selepas pilihanraya umum lalu.

Malah jauh dari itu, Pas sentiasa beralah termasuk isu kandang babi yang dipelopori pemimpin DAP. Bukan sahaja beralah malah pemimpin Pas membuat sokongan terbuka ditambah dengan fatwa-fatwa tertentu bagi menyakinkan para pengikutnya bahawa tiada salahnya menyokong kehendak menternak babi secara besar-besaran di Selangor.

Tidak diketahui di mana silapnya Pas bersikap sedemikian rupa. Kalau dibuat perbandingan pendekatan DAP ternyata jauh lebih berjaya meyakinkan Pas dalam isu babi berbanding dakwah Pas mengenai negara Islam.

Dalam hal ini dan dalam keadaan suasana politik keuntungan politik ketika ini, tidak nampak cara bagaimana Pas hendak melawan kehendak DAP ini.

Sebagai bukti Pas pada pilihanraya umum baru lalu tidak lagi lantang melaungkan perjuangan negara Islam seperti mana pilihanraya-pilihanraya umum lalu sebaliknya lebih menjurus kepada kesesuaian kempen untuk menjaga hati DAP.

Ramai yakin dalam keadaan sekarang pemimpin Pas terpaksa mengambil jalan selamat untuk tidak lantang menegakkan prinsipnya.

Oleh yang sedemikian adalah lebih baik Pas menggugurkan sahaja agenda negara Islamnya seperti mana yang dituntut DAP.

Yang mana patut jadi keutamaan Pas, sama ada lantang meneruskan prinsip agenda negara Islam tetapi kehilangan DAP dan undi kaum bukan Melayu atau tunduk atas kehendak DAP dengan menggugurkan negara Islam sekaligus meraih keuntungan politik.

Kalau mengikut keadaan sekarang, , sudah pasti Pas akan memilih pilihan yang kedua tadi.

Atau pilihan alternatif mengambil pendekatan berbelit-belit agar dapat berkawan terus dengan DAP dan pada masa yang sama mengekalkan kepercayaan orang Melayu betapa tulusnya mereka memperjuangan negara Islam. Tunggu dan lihat.

Khairy - Saman Malaysiakini dan Cik Gu Bard

Oleh : Anak Jati Rembau

ad-khairy.jpgDendam Cik Gu Bard (nama sebenar Badrul Hisham Shahrin) kerana gagal memenangi kerusi pilihanraya dan terus bergelar YB semakin parah apabila ramai kawan-kawan telah pun menjadi Yang Berhormat. Kerana perasaan ego dan sakit hati kepada Khairy dan mahu mengukir nama sebagai 'giant killer' akhirnya Cik Gu Bard ini dibunuh oleh Giant. Cik Gu Bard sepatutnya mengukur dahulu kekuatan pengaruh yang beliau ada sebelum turun bertanding. Kalau kail sejengkal jangan memancing di lautan dalam.

Pada mulanya tujuan Cik Gu Bard bertanding adalah untuk mencari publisiti murahan dan kemenangan bukan agenda utama beliau kerana beliau tahu bahawa sukar untuk mengalahkan Khairy. Apabila pengumuman pilihanraya 12 diumumkan dan ramai kawan-kawan beliau yang menang dalam pilihanraya dan bergelar YB , seribu penyesalan telah timbul kerana tidak merebut kesempatan ini.

Cik Gu Bard (Cik Gu pusat tuisyen) tidak berpuas hati dan menafikan kemenangan Khairy dan mula merasakan dia lebih popular dari Khairy. 'Such a sore looser'. Kalau bertanding dan tidak mahu menerima kekalahan dan hanya mahu keputusan menang sahaja, lagi baik tak payah bertanding, umumkan saja bahawa saya adalah wakil parlimen Rembau sewaktu pilihanraya dahulu, sah atau tidak sah itu perkara yang kedua. Rakyat di Rembau menolak Cik Gu Bard, dalam erti kata mudah . RAKYAT TIDAK MAHUKAN KAMU. Mudah sahaja. Tak kan Cik Gu Bard masih tidak faham.

Selain dari menuduh bahawa Khairy kalah dalam kiraan pertama dan menag dengan Undi Pos , Cik Gu Bard juga menyatakan bahawa dia tidak menerima salinan keputusan dari SPR , ini adalah perbuatan terdesak Cik gu Bard yang sememangnya suka menipu dan terlalu banyak menipu.

Menurut pengerusi pilihanraya negeri En Abdul Latif Baba, tuduhan Cik Gu Bard tidak masuk akal langsung kerana mustahil pegawai mereka tidak memberikan Form 14 kepada orang kanan cikgu Bard sila lihat http://thestar.com.my/election/story.asp?file=/2008/3/13/election2008/20080313191617&sec=election2008

Dengan menggunakan akhbar online Malaysia kini , cik gu bard telah cuba menafikan kemenangan Khairy Jamaluddin di parlimen Rembau,jelas akhbar online ini merupakan akhbar yang tidak bertanggunjawab yang sering menyiarkan berita-berita yang tidak berasas dan sekiranya berita itu tidak dinafikan ianya akan menjadi fitnah yang akan terus dipercayai oleh rakyat.

Inilah cara akhbar yang pro pembangkang ini memainkan peranan menghasut rakyat selama ini dengan berita - berita yang tidak berasas. Setelah pihak Khairy mengutuskan surat kepada akhbar ini dan menjelaskan akan kedudukan sebenar, akhbar ini hanya menyiarkan surat berkenaan dan dengan mudahnya menulis memohon maaf kepada Kahiry sedangkan damage yang dibuat adalah terlalu besar.

Khairy sepatutnya jangan menerima permohonan maaf dari akhbar Malaysiakini , Khairy sepatutnya menyaman akhbar on line ini dengan jumlah yang besar sehingga syarikat ini menjadi muflis bagi memberikan pengajaran yang setimpal kepada mereka agar lebih bertanggungjawab dimasa akan datang. Sila lihat. http://www.malaysiakini.com/news/81626

Cikgu Bard juga perlu bertanggungjawab keatas tohmahan yang dilemparkan kepada Khairy dan beliau sepatutnya disaman juga agar dia tahu akan kedudukan beliau sebenarnya dan jangan mudah sangat menaburkan berita yang tidak berasas. Khairy sepatutnya menyaman Cikgu Bard dan juga Malaysiakini dan ramai yang sedang menunggu tindakan Khairy ini kerana ramai yang agak meluat dengan tindak tanduk Cikgu Bard ini. Petikan asal temuramah Khary dengan Malaysia Today. April 2008 Mr Steven Gan Editor Malaysiakini.com 48, Jalan Kemuja,Bangsar Utama 59000 Kuala Lumpur Malaysia.

Peralihan kuasa sebelum Dis

Malaysiakini - Mesyuarat khas perwakilan Umno Batu Pahat mendesak pelan peralihan kuasa antara presiden parti Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya Datuk Seri Mohd Najib Razak dilaksanakan sebelum Disember ini.

Di samping itu, bahagian itu juga mendesak kepimpinan Umno mengkaji secara terperinci punca kemarahan rakyat terhadap parti itu dan bertindak segera mengatasinya, seperti tuduhan wujudnya penglibatan "keluarga" dalam urusan pentadbiran negara.

Di samping itu, ia juga mendesak Majlis Tertinggi (MT) Umno supaya menyediakan "pelan pemulihan parti" dengan segera untuk menarik sokongan rakyat kepada Umno berikutan prestasi terburuknya pada pilihanraya umum baru-baru ini.

Cadangan itu antara lima usul yang diluluskan dalam mesyuarat khas bahagian itu, lapor Bernama.

Ketua bahagian Umno Batu Pahat Dr Mohd Puad Zarkashi berkata usul-usul itu diluluskan sebulat suara oleh 365 perwakilan yang menghadiri mesyuarat itu hari ini.

Katanya terdapat dua soalan yang perlu ditanya selepas pilihanraya umum baru-baru ini iaitu, apakah tindakan drastik untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada Umno dan mengapa rakyat begitu marah kepada Umno. -->>lanjut

Maruah Melayu bukan pada keris

Agendadaily - Maruah orang Melayu bukan terletak kepada keris tetapi hanya akan terbela jika orang Melayu berjaya dalam pelbagai bidang strategik dan mampu bersaing dengan bangsa-bangsa lain baik di dalam mahupun luar negara, demikian ditegaskan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Sehubungan itu katanya, tindakan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein memohon maaf berhubung kontroversi isu menghunus keris Panca Warisan tidak akan menjejaskan maruah orang-orang Melayu.

"Saya harap, isu ini tidak berbangkit lagilah, Datuk Seri Hishammuddin telah buat sesuatu yang sangat prihatin dan mulia, maknanya dia sanggup meminta minta maaf walaupun ada pihak mengatakan memang bukan niat dia hendak isytihar perang ataupun disabitkan sebarang tindakan yang bersifat perkauman," katanya.

Najib berkata demikian kepada para pemberita hari Sabtu ketika diminta mengulas permohonan maaf yang dibuat oleh Hishamuddin semalam berhubung dengan isu menghunus keris Panca Warisan pada Persidangan Agung Pemuda UMNO Malaysia.

Tindakan Hishamuddin menghunus dan mencium keris pada perhimpunan agung Umno sebelum ini dikatakan turut menjadi punca prestasi buruk Barisan Nasional pada pilihan raya umum lepas.

Menurut Najib yang juga Timbalan Perdana Menteri, keris adalah siombol dan dalam masyarakat Melayu ia amat berkait rapat dengan budaya tetapi dijadikan isu oleh pihak-pihak tertentu. -->>lanjut

Mukhriz alu-alukan Tengku Razaleigh tanding Presiden UMNO

Mukhriz mengalu-alukan hasrat bekas Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah bertanding jawatan Presiden Umno pada pemilihan pucuk tertinggi pimpinan parti itu akhir tahun ini.

Beliau berkata pertandingan itu mestilah dijalankan dengan syarat tanpa mengamalkan politik wang, berhemah dan tidak memecahbelahkan perpaduan parti.

"Bukan sahaja Tengku Razaleigh boleh bertanding untuk jawatan presiden tetapi juga Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak dan naib-naib presiden," katanya kepada pemberita pada majlis "Pilihan raya umum Ke-12 Barisan Nasional Hilang Sokongan Pengundi Muda Di Mana Silapnya" sebagai tetamu kehormat,di Machang Sabtu.

Tidak perlu maaf isu keris - Muhyiddin

muhyiddin yasin muhyiddin yassinTidak perlu memohon maaf isu menjulang dan mencium keris oleh ketua Pemuda Umno, yang dianggap kontroversi dan salah satu punca kekalahan teruk BN, kata naib presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Niat Datuk Seri Hishammuddin (Hussein) amat baik iaitu untuk berjuang demi bangsa dan negara dan saya faham ia bukan mahu menakut-nakutkan orang bukan Melayu.

"Tetapi pembangkang memutar-belitkan kenyataan itu untuk tujuan tertentu," katanya di Pagoh, Johor semalam, mengulas permohonan maaf ketua Pemuda Umno, yang juga ketua Pemuda BN, kepada masyarakat bukan Melayu selepas mesyuarat pergerakan itu kelmarin.

"Pada saya, tak perlu bagi Datuk Hishammuddin meminta maaf."

ISA tidak akan dipinda

Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), yang semakin dipertikaikan banyak pihak, tidak akan dipinda bagi mengawal ketenteraman awam, kata menteri dalam negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Tambahnya, undang-undang yang bersifat pencegahan seperti itu juga diperkenalkan di Amerika Syarikat dan United Kingdom.syed hamid albar

Beliau menjelaskan ia bukan bertujuan membawa penganiayaan tetapi untuk melindungi hak orang ramai tinggal dengan selesa tanpa rasa takut ancaman nyawa mereka.