Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Saturday, April 26, 2008

EGM UMNO bahagian Batu Pahat

Mesyurat Agung Khas (EGM) UMNO bahagian Batu Pahat yang berlangsung hari ini, meluluskan resolusi yang antara mendesak Presiden parti mengemukakan peralihan kuasa sebelum Disember tahun ini. Seramai 30 orang mengambil bahagian dalam perbahasan usul-usul yang dikemukakan.

Serentak dengan itu, UMNO Bahagian tersebut juga mahukan Presiden parti menjelaskan kepada rakyat bentuk peralihan kuasa tersebut.

Selain itu, usul yang diluluskan juga meminta pucuk pimpinan parti agar mengkaji secara terperinci punca kemarahan rakyat terhadap UMNO dan bertindak segera untuk mengtasinya termasuk tuduhan wujudnya penglibatan keluarga dalam pentadbiran negara.

UMNO bahagian berkenaan juga meluluskan usul mendesak Majlis Tertinggi UMNO supaya menggunakan bidang kuasa seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan parti memanggil segera Perhimpunan Agung Khas.

Usul juga dibuat mendesak kepimpinan parti melaksankan apa yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan tidak bertolak ansur terutama mengenai Islam dan hak orang-orang Melayu.

Satu usul yang dicadangkan dipinda daripada usul asal iaitu mendesak Presiden parti mengemukakan pelan pemulihan parti bagi menarik balik sokongan rakyat kepada UMNO.

Pindaan tersebut dibuat apabila ada beberapa Ketua Cawangan yang mengambil bahagian dalam perbahasan berpendapat dalam keadaan sekarang, Presiden tidak diyakini dapat mengemukakan pelan pemulihan parti.

Dengan itu mesyuarat berkenaan sebulat suara meminda desakan bukannnya kepada Presiden tetapi kepada Majlis Tertinggi.

Tak Perlu Layan Permainan Politik Anwar

Perhatian utama kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika ini adalah memberi tumpuan untuk menunaikan tanggungjawab seperti yang diamanahkan rakyat bukan melayan ramalan-ramalan politik yang sengaja dicetuskan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Demikian menurut Ketua Pergerakan Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika mengulas kenyataan terbaru Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya kerajaan baru akan dibentuk pada September nanti.

Tegas beliau ramalan bahawa pakatan pembangkang akan dapat menubuhkan kerajaan persekutuan sebelum 16 Sept ini hanyalah sekadar permainan politik Anwar Ibahim semata-mata.

"Tiga minggu lepas dia kata akan ada perubahan kepimpinan dalam masa dua minggu. Dua minggu dah pun berlalu, sekarang dia kata ia akan berlaku bulan September.

"Bagi saya dia boleh buat macam-macam ramalan dan kalau ramalannya tidak menjadi kenyataan ia akan menjejaskan kredibiliti tuan punya badan sendiri," katanya di sini, Khamis.

Jelas beliau lagi orang ramai sudah mula melihat sendiri permainan politik bekas timbalan perdana menteri itu apabila satu demi satu kenyataan dan tuduhannya sebelum ini tidak menjadi kenyataan, termasuklah kenyataan bahawa pilihan raya di negara ini tidak bebas.

"Bagi kita, satu atau dua ramalan bolehlah kita jawab..nanti bila September dia akan buat ramalan lain seolah-olah ramalan sebelum ini tidak bermakna. Jadi ia adalah kenyataan politik semata-mata," ujarnya.

Mengenai pandangan anggota Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Idris Haron bahawa jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang akan datang sebaiknya diisi oleh mereka yang telah dibentuk dan dibimbing untuk mengisi jawatan itu dan bukannya melalui pertandingan, beliau berkata perkara itu terpulang sepenuhnya kepada perwakilan pergerakan itu.

Beliau berkata pertandingan untuk merebut jawatan itu merupakan amalan yang sihat, dengan syarat mereka yang menawarkan diri untuk bertanding mestilah memahami arah perjuangan pergerakan itu sendiri, bukannya kerana jawatan semata-mata.

Tekad Untuk Terus Pandang Ke Hadapan…… Datuk Seri Hishammuddin Hussein Menerangkan Intipati Dan Hasil Perbincangan Mesyuarat Kepada Pihak Media Selepas Mempengerusikan Mesyuarat Pemuda BN Yang Berlangsung Hampir 3 Jam, Jumaat Petang. Mesyuarat Pemuda BN Itu Adalah Pertama Kali Diadakan Selepas Pilihanraya Umum Ke – 12 Pada 8 Mac Lalu. Hampir Semua Parti Komponen Pemuda BN Termasuk Dari Sabah Dan Sarawak Hadir Pada Mesyuarat Tersebut

Elak tersalah pilih pemimpin

Hishammuddin Tun Hussein dan Liow Tiong Lai menggenggam tangan menandakan persahabatan yang erat selepas Mesyuarat Pemuda Barisan Nasional di PWTC, semalam.

Hanya perwakilan berhak menentukan sama ada barisan pucuk kepimpinan pergerakan itu perlu dikekalkan atau diubah, kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien.

Tegas beliau, ia merupakan amalan yang sihat dan perlu diteruskan supaya hala tuju pergerakan itu dapat diterima oleh ahli serta orang ramai.

Bagaimanapun, katanya, mereka yang menawarkan diri untuk bertanding itu perlu memahami dengan jelas matlamat dan hala tuju yang ingin diterapkan dalam perjuangan pergerakan itu pada masa depan.

Ketuanan Rakyat dan ketuanan Melayu

Image

LAUNGAN Ketuanan Rakyat oleh Anwar Ibrahim sebagai ganti kepada Ketuanan Melayu jelas memberi erti kerakusan politik beliau tanpa mempedulikan hakikat ketuanan Melayu itu sendiri. Ketuanan Rakyat adalah asas demokrasi yang menjadi tunggak sistem pemerintahan negara.

KEDAH pula buka ladang babi

ImageAGENDA penternakan babi dan pembinaan ladang secara besar-besar ataupun sering dikatakan hari ini sebagai ladang komersial semakin menjadi pilihan kerajaan Pakatan Palsu Rakyat dan meletakkan penternakan babi sebagai agenda utama kerajaan negeri untuk didahulukan bagi mengisi kepentingan rakyat.

Selepas Negeri Selangor bersetuju untuk membina ladang ternakan babi secara besaran seperti dimaklumkan oleh Menteri Besar, Dato Kahlid Ibrahim, kini Kedah pula mengambil giliran untuk membuka ladang babi juga secara besar-besaran sepertimana di Selangor.

Antara Nasi, Bubur Dan Kerak

Oleh : Bagong Perkasa
"Jangan sampai nasi menjadi bubur" Itulah kata-kata Datuk Seri Rafidah Aziz berkenaan peralihan kuasa. Sebenarnya nasi tidak akan menjadi bubur. Apabila Nasi dimasak ia hanya boleh menjadi kerak atau hangus.

Namun bagaimana nasi itu boleh menjadi bubur? Sudah tentu ada orang yang mencurahkan air yang banyak ke dalam nasi tersebut. Persoalannya, siapa yang akan sengaja mencurahkan air ke dalam nasi tersebut untuk menjadikannya bubur. Beranikah orang itu ?

Tidak dapat dinafikan UMNO masih lagi merupakan parti yang paling banyak memenangi kerusi Parlimen iaitu 78 daripada 117 kerusi yang ditandingi. Bukanlah saya mahu menafikan kemenangan itu. Tapi pernahkah kita terfikir kemenangan itu banyak dibantu oleh faktor sokongan tradisi ahli UMNO terutama kawasan di luar bandar. Bagi pembangkang mereka tidak mempunyai sokongan tradisi melainkan rakyat Kelantan yang kini tradisinya menyokong PAS.

Bekas menteri tetap disiasat

Walaupun laporan polis yang dibuat oleh wanita pelayan hotel yang mendakwa dicabul oleh bekas menteri dari parti UMNO itu telah ditarik balik olehnya, polis tetap menjalankan siasatan mengikut prosedur biasa.

Malah bekas Menteri yang bergelar “Datuk Seri” hari Jumaat telah dipanggil oleh polis dan beliau datang memberikan keterangannya.

Perkara ini disahkan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman ketika diminta mengulas mengenai laporan kes pencabulan itu dan status siasatan ekoran laporan polisnya telah ditarik balik.

“Polis akan meneruskan siasatan mengikut prosedur biasa walaupun mangsa menggugurkan dakwaan terhadap bekas menteri itu,” katanya.

Sebelum ini kes tersebut yang berlaku pada 14 April lalu menggemparkan negara tatkala keadaan politik tanah air juga berada dalam suasana yang hangat.

Datuk Mohd Nor ingat sejarah lalu

BEKAS Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasek Gelugor, Datuk Mohd Noor Ahmad tidak pernah lupa dengan peristiwa Dataran Pemuda Merdeka (padang MPSP) bertentangan Dewan Datuk Haji Ahmad Badawi yang berlaku pada tahun 1951.Katanya, Dato Onn Jaafar, sebelum melepas jawatan sebagai Presiden UMNO telah merancang datang ke padang berkenaan, memeriksa perbarisan Pemuda UMNO. Perjumpaan berkenaan ditaja oleh Datuk Haji Ahmad Badawi, Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Pemuda ketika itu memakai baju putih dan seluar putih. 40 orang pemuda rebah kerana berdiri lama. Dan mereka dikejarkan ke Hospital Butterworth,” ujar Datuk Mohd Noor, memulakan pengkisahan sejarah Kemerdekaan di Kepala Batas baru-baru ini.

Katanya, orang ramai datang ke situ untuk melihat wajah Datuk Onn dari dekat. Semua kedai ditutup.

“Puas kami menunggu Datuk Onn tak juga datang-datang, akhirnya kami diberitahu bahawa Penasihat British di Johor menghalang kedatangannya. Dengan diketuai oleh Datuk Haji Ahmad Badawi, kami membuat bantahan. Akhirnya Datuk Onn datang juga tetapi sudah petang,” ujar Datuk Mohd Noor lagi.

Datuk Onn kemudian datang ke Kepala Batas, dan mengadakan perjumpaan dengan ahli UMNO di bangunan rumah sewa Datuk Ahmad Maliki. Kemudian beliau mengadakan pertemuan dengan ulama dan ahli falak terkenal di Kepulauan Melayu, Haji Abdullah Fahim, untuk meminta pandangan dan nasihat daripada datuk kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi itu.

“Allahyarham Haji Abdullah Fahim kata, berjuanglah Datuk, jaga tiga perkara; bangsa, agama dan negara. Datuk jangan lari, jangan letih. Risiklah dengan British,” itulah antara nasihat Abdullah Fahim. Dan beliau yang menerima pakai pandangan ulama terkenal itu kemudian merisik dari dalam pihak British, untuk mengetahui bilakah negara penjajah itu akan menyerahkan Tanah Melayu kepada pribuminya. Melalui setiausaha kepada Setiausaha Tanah Jajahan British , beliau diberitahu bahawa British tidak akan meninggalkan Tanah Melayu selagi ianya tidak merdeka.

“Bila Abdullah Fahim tahu, dia kata, itulah kena sabar. Ekoran daripada perkembangan terbaru itu, Datuk Onn telah memanggil mesyuarat Jawatankuasa Agung UMNO. Datuk Onn menyampaikan perkembangan terbaru itu. Dalam mesyuarat tersebut, beliau meminta supaya huruf M (United Malays National Organisation) ditukar jadi Malaya supaya orang lain boleh masuk sama,” ceritanya lagi.

Perkembangan dalam mesyuarat tersebut diceritakan oleh Datuk Ahmad Maliki, rakan baiknya yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO yang menghadiri mesyuarat berkenaan. Hasilnya, majoriti ahli UMNO tidak bersetuju.

“Haji Maliki tak bersetuju. Bila saya mendengar, saya juga tidak bersetuju. Kita telah diberi mandat oleh 41 buah pertubuhan Melayu. Gabungan jumlah tersebut bersifat negeri dan daerah, untuk menjaga Melayu dan negara. Kalau kita cacamurbakan ianya akan jadi apa. Tidak lama kemudian, beliau meletak jawatan,” cerita Datuk Mohd.Nor.

Menurut Datuk Mohd Noor lagi, ekoran dari itu Abdul Razak bin Datuk Husssein (Tun Razak) telah dicadangkan sebagai pemimpin ganti Datuk Onn. Razak yang ketika itu berusia 29 tahun tidak sanggup . Jawatankuasa Mesyuarat Agung UMNO memberi mandat kepada beliau mencari pengganti.

Maka beliau mencadangkan nama Tunku Abdul Rahman, sahabat beliau ketika sama-sama menuntut di London. Tunku Abdul Rahman, yang pernah menjadi Presiden Persatuan Melayu Great Britain dilihat beliau punya kelebihan. Apatah lagi di kalangan raja-raja pun, beliau boleh mempengaruhinya. Sudah tentu beliau boleh main peranan kerana beliau sendiri keturunan raja.

“Pada 26 Ogos, 1951, Tunku menerima tawaran tersebut. Penjajah British yang mendapat tahu telah mengarahkan Tunku yang ketika itu Pegawai Daerah Kulim meletak jawatan. Abangnya pula telah mengarah supaya dibatal elaun kerabat diraja. Dan akhirnya Tunku keluar dari rumah jam 12 tengah malam,” ujar Datuk Mohd Noor yang melihat sendiri perkembangan sejarah kemerdekaan dan pengisiannya dari zaman itu hingga di bawah kepimpinan Perdana Menteri hari ini.

Katanya, Tunku pernah tinggal menyewa sebuah rumah di Telok Air Tawar, Seberang Perai Utara (SPU). Memperingati sejarah jalan tersebut dinamakan Jalan Tunku Putera.

“Semasa di situ, beliau datang membeli barangan di Kepala Batas. Di sinilah beliau diperkenalkan dengan ulama dan tokoh ilmu falak terkenal, Allahyarham Haji Abdullah Fahim,” ujar Mohd Noor lagi.

Abdullah Fahim adalah seorang ulama dan ahli falak yang sangat dihormati dan disegani masyarakat pelbagai kaum. Setiap kata-kata yang keluar dari mulutnya berupa doa yang sering kali dimakbul Allah. Dalam mencari tarikh menentukan kemerdekaan negara, Tunku Abdul Rahman sekali lagi datang berjumpa beliau.

“Abdullah Fahim kata, Tunku terimalah tarikh ni, 31 Ogos, 1957. Jika Tunku tak terima, lambat lagi nak merdeka. Kalau British tolak, jangan terima tarikh berikutnya. Seelok-eloknya 1962, tetapi saya yakin pergi berjumpa secara diplomatik dan strategik, Insya Allah berjaya,” ujar Mohd Noor.

MCA harap keris tidak dijulang lagi

Masyarakat Cina berharap ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein tidak akan menjulang lagi keris, kata rakan sejawatnya dari MCA, Datuk Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, isu keris memberi persepsi tidak baik kepada masyarakat majmuk.

liow tiong laiLiow berkata Pemuda MCA menyambut baik kesediaan Hishammuddin untuk meminta maaf berhubung isu keris.

"Ini satu perubahan yang penting," katanya sambil menyifat pengakuan Hishammuddin itu sebagai satu keputusan yang berani.

"Kita telah membangkitkan dan membincangkan persepi rakyat yang tidak positif mengenai isu keris," kata Liow selepas mesyuarat jawatankuasa Pemuda BN semalam.

Desakan yang membosankan rakyat..

logooumnobn.jpgOleh : Otai Siber & Shamsuri
Jika dahulu , hanya pemimpin pembangkang sahaja yang berpolitik sepanjang tahun tapi kini segalanya telah berubah apabila pemimpin UMNO pula yang berpolitik sepanjang masa Cuma bezanya pembangkang berpolitik menghentam kerajaan tetapi pemimpin UMNO berpolitik memburukkan parti sendiri di mata rakyat.

Sikap mereka ini amat merugikan UMNO kerana ianya membuat rakyat menjadi bosan dan muak dengan sikap mereka yang tidak habis-habis mendesak dan menggangu pentadbiran negara.

Walaupun alasan mereka adalah mahu menyelamatkan UMNO dan membaik pulih kerosakan dalam UMNO , rakyat tahu itu hanyalah alasan mereka sahaja untuk mendapatkan jawatan yang akan dikosongkan oleh pemimpin yang telah dipilih oleh Pak Lah.

Pemimpin UMNO ini telah hilang fokus dan lari daripada agenda utama UMNO . Agenda utama UMNO kini sepatutnya membina semula, memperkukuh, mempertahankan kekuatan, menarik kembali keyakinan serta sokongan ahli-ahli dan rakyat ke atas UMNO dan kerajaan; mendengar suara rakyat, mengukuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan memperkemas serta memperbaiki kelemahan sistem penyampaian dan ketirisan dasar pembangunan ekonomi negara.

Ahli-ahli UMNO sama ada disedari atau tidak, sebenarnya telah mengalihkan perdebatan kepada pergolakan dalaman parti. Yang hangat ditimbulkan ialah peralihan kuasa kepimpinan sama ada mendesak Pak Lah berundur atau mendesak Pak Lah mengumumkan proses peralihan kuasa.

Di samping itu juga, Pak Lah telah dijadikan kambing hitam dipertanggungjawab sepenuhnya ke atas keputusan pilihan raya umum lalu.

Sebenarnya, kepimpinan UMNO dan BN di lima buah negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Perak dan Selangor selain kepimpinan tertinggi MCA, Gerakan dan MIC turut bertanggungjawab ke atas tsunami politik yang menimpa BN.

Rakyat juga tahu , kebanyakan pemimpin UMNO yang bangun lantang mengececam Pak Lah ini adalah mereka yang tidak menyumbang apa-apa untuk membantu UMNO ketika pilihanraya dan juga sebelum pilihanraya. Mereka hanya bangun untuk mengecam dan menyalahkan Pak Lah seorang sedangkan mereka sendiri tidak pernah untuk menyumbang kepada kemenangan BN dalam pilihanraya yang lalu.

Selain itu kini mula timbul satu penyakit baru kepada bakal-bakal calon yang mahu bertanding dalam pemilihan UMNO yang akan datang cuba menjadi hero mendesak Perdana Menteri untuu melepaskan jawatan kerana takut di cop sebagai orang Pak Lah kena takut tidak dapat undian dari mereka yang pro kepada Tun. Mereka ini sebenarnya bukanlah berani sangat pun , berani-berani takut dan tidak yakin untuk terus terjun menyokong Tun.

Pemimpin sebegini bolehlah kita ibaratkan sebagai pemimpin lalang. Akan condong mengikut arah tiupan angin. Ada juga pemimpin yang kecewa yang dahulunya mempunyai jawatan tinggi tetapi kini telah tiada apa-apa jawatan dalam kerajaan , mereka ini akan cuba melonjak kembali nama mereka agar tidak tengelam begitu saja . Mereka ini juga cuba mencari publisiti murahan walaupun mereka tahu mereka tidak ada kekuatan lagi. Untung sabut timbul , untung batu tengelam. Jika mereka tengelam tidak akan merubahkan apa-apa kedudukan mereka lagi.

Peralihan kuasa kepimpinan UMNO tidak menjamin sokongan rakyat akan kembali kepada UMNO dan BN, jika UMNO khususnya tidak merawat dengan segera 'penyakit' nasional yang telah diwarisi oleh kepimpinan Pak Lah.

Ahli-ahli UMNO janganlah berdebat atau berselisih pendapat semata-mata mahu menegakkan siapa yang betul dan memancing sokongan ahli-ahli parti untuk politik peribaidi.Jika satu jari menunding pada orang lain Pemimpin-pemimpin UMNO di semua peringkat secara ikhlas dan jujur perlu mengakui kelemahan dan kepincangan jika ada selama ini. , lima jari lagi akan menunding pada diri sendri.

Jangan hanya tahu menuding jari serta melemparkan kesalahan dan kelemahan diri kita. Jangan juga pandai mengkritik orang lain dan hanya mahu orang lain menerima kritikan kita tetapi diri sendiri tidak boleh dikritik oleh orang dan tidak mahu menerima pandangan orang lain.

Kalau emosi yang mengatasi pemikiran kita, saya khuatir UMNO akan terus dipinggirkan oleh orang Melayu dan akhirnya akan terus ditolak oleh rakyat.UMNO adalah teras kepada kestabilan, perpaduan dan keutuhan BN. Cukuplah dengan perpecahan orang Melayu selama ini.

Jika mereka mendesak akan peralihan kuas ianya mesti dilakukan di peringkat bahagian UMNO juga kerana mereka inilah juga yang akan membentuk hierarki kepimpinan tertinggi UMNO.i termasuk mereka-mereka yang lantang mahukan peralihan kuasa itu dilakukan dengan segera. Mereka sepatutnya memulakan peralihan kuasa diperingkat mereka sebelum ianya dilakukan oleh Perdana Menteri.

Jangan pandai mendesak orang lain meletakkan jawatan tetapi diri sendiri tidak rela melepaskan jawatan yang disandang.Jika ahli-ahli Parlimen dianalisis dari segi komposisi kaum pula, kekuatan Melayu untuk terus menerajui pemerintahan negara begitu rapuh sekali.

Kaum bukan Melayu telah membuktikan slogan 'kuasa rakyat' mereka mencabar ketuanan orang Melayu. Kalau orang Melayu dan ahli-ahli UMNO khususnya terus leka dengan perselisihan faham dan pendapat serta perebutan jawatan, jangan ditangisi jika slogan 'Melayu tidak akan hilang di dunia' hanya tinggal retorik; setelah Melayu menjadi harimau yang hilang taring kerana kuasa politik dan ekonomi negara dikuasai oleh kaum lain.

Keputusan pilihan raya yang baru berlalu juga memberi isyarat bahawa kepimpinan UMNO bukan sahaja untuk UMNO tetapi juga mesti diterima dan disenangi oleh rakyat khususnya para pengundi.Pakatan Rakyat sedang memperkuatkan gabungan untuk memantapkan pakatan mereka bagi meyakinkan kemampuan dan kredibiliti mereka kepada rakyat sebagai kerajaan alternatif.

Pergolakan dalaman UMNO jangan terus dipanjangkan sehingga boleh melemahkan kepimpinan kerajaan dan menggugat kestabilan politik negara.

''Biar berlaga ayam di reban, biar menendang kuda di kandang, namun adat wajib dijaga.''

''Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.''

Jika PKR pernah tewas hanya tinggal satu kerusi sahaja di Parlimen , DAP tewas teruk dan pada tahun 2004 dan PAS telah lama menjadi parti yang tewas tidak pernah mendesak pimpinan mereka meletak jawatan, buruk sangat kah kita yang masih menang dan menjadi kerajaan meminta Presiden kita meletakkan jawatan.

Bangunlah bangsa ku. Bangunlah UMNO, jangan tewas sebelum selesai berjuang.Hentikan desakkan yang akan memusnahkan UMNO yang kita warisi dari moyang kita.

Ku Li tetap tanding presiden

Tengku Razaleigh Hamzah akan tetap menawarkan diri untuk bertanding jawatan Presiden Umno pada pemilihan parti pada Disember walaupun berlaku peralihan kuasa.

Beliau berkata peralihan kuasa tidak ada kena mengena dengan parti dan beliau mempunyai hak untuk bertanding sekiranya mendapat pencalonan yang mencukupi.

"Saya cuma menawar diri kalau cukup pencalonan daripada bahagian untuk UMNO, tidak ada kena mengena dengan kerajaan... Saya hendak menawarkan diri untuk berkhidmat, jadi kalau cukup pencalonan, saya akan tawarkan diri," katanya semalam.

Anggota Parlimen Gua Musang itu berkata demikian ketika mengulas mengenai pelan peralihan kuasa Abdullah kepada Najib yang diumumkan Perdana Menteri pada 14 April lalu.

Abdullah bagaimanapun berkata pelan peralihan kuasa itu akan hanya dibincangkan selepas pemilihan parti.

Hisham mohon maaf sebab keris

Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammudin Hussein berkata beliau bertanggungjawab dan memohon maaf jika keris Panca Warisan telah menjejaskan undi Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya umum lalu.

umno 2007 pemuda keris 061107 unsheath"Saya minta maaf pada orang bukan Melayu kerana telah menakut-nakutkan mereka dan kepada orang Melayu kerana gagal mempertahankan simbol warisan orang Melayu.

"Saya bukan angkuh dan sombong yang tidak boleh memohon maaf dari orang lain," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat jawatankuasa Pemuda BN di ibu negara semalam.

Menurutnya, isu keris Panca Warisan dibincangkan secara panjang lebar dalam mesyuarat tersebut.

"Kita boleh luahkan apa sahaja yang hendak diluahkan dan kita tidak akan menuding jari kepada mana-mana pihak, dan dalam masa yang sama, kita tidak ada penafian dalam kejadian yang berlaku," tambahnya.

Siasat hakim kes pindah RM10 juta

malaysiakini - Sambil menggesa siasatan dijalankan terhadap hakim tersebut, bekas pegawai khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Datuk Param Cumaraswamy berkata perkembangan itu "luar biasa"

"Jika ia benar-benar terjadi (seperti dilaporkan), hakim itu mesti dipanggil untuk menjelaskan tindakannya itu," katanya, mengulas laporan tentang skandal tersebut.

"Perilaku hakim itu boleh menimbulkan perasaan curiga bahawa beliau membenarkan kepentingan peribadinya bercanggahan dengan tugas kehakimannya yang boleh membawa kesan pelanggaran Kod Etika Hakim 1994." -->>lanjut

Isu wang Balkis RM10 juta

malaysiakini - "Saya berasa ganjil dan aneh apabila skandal yang melibatkan pemindahan dana itu ... dijawab dengan tanpa segan silu oleh Dr Mohamad Khir," katanya.

"Kemusykilan pertama, mengapakah pengerusi Balkis, Zaharah Kechik sendiri tidak menjelaskan perkara ini apabila ia dilaporkan sebagai berita muka pertama oleh akhbar harian bahasa Inggeris, The Sun?" -->>lanjut