Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Friday, April 25, 2008

Siapa pengampu dan siapa pembelot dalam UMNO.?

Oleh : Otai Siber
Masalah yang kita hadapi sekarang selain dari menghadapi luka-luka PRU12 yang lalu adalah kumpulan yang menyokong Tun dan mereka yang kecewa yang tidak mahu menyalahkan diri sendiri atas kekalahan UMNO.Selain dari menekan UMNO dan memburukkan UMNO apakah jasa dan sumbangan mereka untuk memastikan UMNO berjaya dalam PRU12 yang lalu.

Mereka menekan dan membantu pembangkang untuk mengalahkan UMNO. Hari ini mereka mahu pihak yang mempertahankan UMNO untuk membetulkan UMNO sedangkan mereka sendiri tidak mahu UMNO itu diperbetulkan.Semenjak sebelum pilihanraya, tidak satu pun sumbangan mereka membantu UMNO melainkan menelanjangkan UMNO.Semua pemimpin UMNO dikatakan bodoh, salah, gila dan macam-macam kata-kata yang memburukan UMNO.

Hari ini mereka terus menyalak dan menyalak tidak henti dengan tanpa segan silu mengaku diri mereka penyokong UMNO. Bila kita tanya mereka, siapa yang betul dalam UMNO mereka kata tidak ada. Siapa yang mahu mereka gantikan mereka pun tidak tahu. Jika kita tanya siapa sepatut ganti Pak Lah, Najib tidak layak. Ku Li mereka tidak sokong , jadi siapa. Laman web mereka mahu menyenarai hitamkan dalam UMNO ialah:

1. Pak Lah
2. Khairy
3. Mat Taib
4. Nazri Aziz

Selain itu mereka juga telah banyak menghina pemimpin UMNO yang lain. Siapa mereka mahu menyenarai hitamkan ahli UMNO. Sebenarnya UMNO patut menyenarai hitamkan mereka:

1.Tun Mahathir (pecat saja )
2.Mukhriz
3.Khir Toyo
4.Puad Zakashi


Sebaiknya nama-nama ini perlu dihantar kepada badan perhubungan UMNO untuk dipertimbangan pemecatan atau senarai hitamkan. Tun telah mengikut jejak pembangkang menjelajah memburukkan negara, Khir Toyo telah mengikut jejak Tun meniup api kebencian terhadap kerajaan.

Persoalan rakyat dan ahli UMNO yang cintakan UMNO. Apakah sumbangan laman web berkenaan dan sumbangan kumpulan berkenaan untuk membantu UMNO dan BN memenangi PRU12 yang lalu. Mereka sebenarnya bukan bersedih atas kekalahan UMNO dibanyak kawasan termasuk kekalah UMNO pertahankan negeri-negeri yang dibawah kepimpinan BN. Mereka sebenarnya berrtepuk tanga gembira. Mungkin Khir Toyo sahaja yang terperanjat kerana sebelum ini pengampu-pengampu mereka (kumpulan ini juga) yang telah mengampu Khir dan memberikan laporan positif terhadap prestasi Selangor . Ok Boss , Rakyat Selangor ok Boss, mereka sokong Boss, Boss kuat jangan takut , kami ada untuk perjuangkan Boss. Bila Boss jatuh semua tarik boss bangun dan lawan dengan Pak Lah.Inilah masalah Khir percayakan sangat pengampu mereka yang anti UMNO, yang bencikan UMNO tetapi mengatakan bahawa mereka lah pencinta UMNO. Orang lain dalam UMNO semua salah, yang betul mereka dan Tun mereka sahaja.

Bila PRU12 berikan keputusan yang buruk semua tunding jari kepada Pak Lah dalam hati mereka berkata , padanlah muka , kami sebenarnya yang akibatkan UMNO kalah .

UMNO tidak Kalah BN Juga tidak Kalah

UMNO dan BN tidak kalah , hanya prestasi mereka agak menurun kerana ada orang-orang yang macam mereka ini yang memburukkan UMNO. Adalah lebih baik mengampu dari menjadi pengkhianat UMNO. Pengkihanat adalah satu perkataan yang dibenci oleh bangsa Melayu. Jika mereka benar-benar sudah tidak suka dengan empimpinan UMNO , keluar saja dan tubuhkan parti lain seperti yang dilakukan oleh Ku Li dahulu. Mandat yang diberikan oleh rakyat membuktikan masih ramai yang menyokong kerajaan. 30 kerusi bukan sedikit.itu baru perbezaan dan belum yang menyokong solid. Teruskan usaha anda menyalak. silap-silap nanti tumbuh ekor.Belum kalah dan menyalak suruh pemimpin turun, mereka ini dayus tidak ada semangat juang. PAS yang kalah bertahun-tahun . PKR hanya tinggal 1 kerusi tidak pernah menyalak meminta pemimpin mereka berundur.Mereka ini dengan tidak malu mengaku diri mereka sebagai pejuang,Pejuang taik kucing.Pejuang lari bila BN masih menang, Pejuang lari dan kelam kabut bila kita masih menguasai perperangan. pejuang apa ini.

Pejuang akan berjuang sehingga dirinya terkorban dalam satu peperangan, pejuang akan bangun untuk mencari kemenangan. Mana ada pejuang tembak rakan sendiri bila tewas sesdikit. Mana ada pejuang yang mahu hancurkan pasukan sendiri dari dalam. Ini bukan pejuang . Ini dayus yang penakut dan pembelot. fikirkanlah.....

Mimpi yang tak sudah....Zzzzz....

impose.jpgMimpi Anwar semakin ngeri apabila dia bangun tengah malam dan meracau ,akulah Perdana Menteri. Kesian pula apabila melihat gelagat Anwar dan kesian Wan Azizah yang terpaksa melayan bakal Perdana Menteri di tengah –tengah malam bangun meracau.

Jaga sama warisan sejarah

Agendadaily - Projek pembangunan di negeri-negeri perlu mengambil kira warisan sejarah kerana ianya merupakan tarikan utama para pelancong datang ke negara ini, demikian tegas Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Katanya, sementara mengakui kepesatan pembangunan di negeri-negeri adalah penting dalam dalam merangsang pertumbuhan ekonomi tetapi waisan sejarah negara tidak harus dikorbankan kerana ia secara tidak langsung akan menjejaskan tumpuan para pelancong yang memang berminat untuk mengunjungi tempat-tempat berkenaan. -->>lanjut

Menteri MCA terajui 3 negeri

malaysiakini - MCA hari ini mengumumkan rombakan dalam barisan kepimpinan negeri dengan melantik tiga orang menteri untuk menerajui Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan - tiga negeri yang diperintah oleh pembangkang.

Menteri Pengangkutan, Datuk Ong Tee Keat manakala Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Ng Yen Yen dilantik menerajui Kelantan.

Ong menggantikan Ch'ng Toh Eng manakala Ng menggantikan bendahari MCA, Lau Yin Pin.

Ini adalah kali pertama Ong dan Ng diberi kepercayaan untuk menerajui kepimpinan MCA negeri.

Di Pulau Pinang pula, Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai mengambilalih tugas menerajui MCA negeri itu dari Timbalan Presiden, Datuk Chan Kong Choy.

Pelantikan mereka diumumkan oleh parti itu hari ini.

Ong pula merupakan wakil rakyat tunggal dari MCA yang menang kerusi parlimen di Selangor. MCA juga hanya menang dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor.

Malaysiakini mohon maaf kepada Khairy

agendadaily - “Pada malam pilihan raya, kami dimaklumkan oleh calon PKR Badrul Hisham Shaharin bahwa dia diberitahu oleh pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya bahawa akan ada kiraan semula dibuat.

“Berita kami adalah bersandarkan maklumat itu. Bagaimanapun akhirnya kami mendapat maklumat bahawa tidak ada kiraan semula dibuat. Dengan itu kami memohon maaf kepada Khairy Jamaluddin kerana menyiarkan dakwaan tersebut dalam laporan kami sebelum ini,” demikian bunyi permohonan maaf yang dibuat oleh Malaysiakini.

Berdasarkan laporan Malaysiakini berhubung dengan isu itu,kini melaporkan bahawa keputusan pilihan raya bagi Parlimen Rembau menimbulkan kontroversi kerana selepas kiraan pertama Khairy kalah sebanyak 800 undi.

Bagaimanapun Khairy telah meminta kiraan semula dan hasilnya beliau diisytihar sebagai pemenang dengan majoriti 5,726. -->>lanjut

Hindraf desak Siva letak jawatan

malaysiakini - Kira-kira 30 penyokong Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) berhimpun di Istana Negara pagi ini untuk menyerahkan memorandum memohon campurtangan Yang di-Pertuan Agong supaya membebaskan lima pemimpin Hindraf yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Memorandum itu diserahkan kepada seorang pegawai Istana Negeri oleh Vwaishhnnavi, 5 - anak kepada pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy.

Memorandun tersebut memohon bantuan Seri Paduka untuk membebaskan P Uthayakumar, M Manoharan, V Ganabatirau, R Kenghadharan dan T Vasantha Kumar - ditahan pada 13 Disember lalu kerana menganjurkan perhimpunan pada 25 November lalu serta membuat kenyataan yang didakwa berunsur hasutan terhadap kerajaan. -->>lanjut

Padah Penyapu atau Padah Sikap Kita? - Khir Toyo

Baru-baru ini sebuah akhbar dengan lantang mendakwa kekalahan Barisan Nasional di Selangor merupakan Padah Penyapu yang dikatakan sebagai satu bentuk sial.

Oleh itu Dr. Khir mengulas di dalam blognya www.drkhir.blogspot.com mengenai isu tersebut kerana tidak mahu isu itu berpanjangan.

"Adakah benar penyapu membawa sial atau pun sikap kita sendiri yang membawa "sial" sehinggakan kita tewas Pilihan Raya Umum ke 12 lalu?" Katanya. -->>lanjut
24 April 2008
drkhir.blogspot.com
"Saya berkeyakinan sikap dan tindakan kitalah yang menjadi punca kekalahan tersebut. Marilah kita sama-sama berfikir untuk mengenal pasti sikap, tindakan dan pemikiran 'sial' kita daripada kita 'mensialkan' penyapu. Selagi kita tidak mampu bersikap jujur dan melakukan muhasabah dan menerima kelemahan diri sendiri, rakyat akan terus menolak kita.

Saya percaya yang menjadikan kita 'sial' ialah sikap kita yang tidak mahu memahami masalah rakyat secara menyeluruh. Jika benar mahu kembali mendapat kepercayaan rakyat, kita perlulah membuang sikap 'sial' kita ini. Jadilah pemimpin yang mendengar masalah rakyat dan bertindak meringankan bebanan mereka.

Usahlah kita menjadi seperti burung unta yang memasukkan kepala ke dalam pasir dan tidak mahu melihat punca sebenar kekalahan, tetapi terus mencari pelbagai alasan termasuklah menyalahkan orang lain!."

BN pandang berat dakwaan wakil BN lompat

malaysiakini - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Barisan Nasional (BN) memandang berat dakwaan kononnya sekurang-kurangnya 30 ahli parlimen BN akan menyertai pembangkang bagi membolehkan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan.

najib tun razak 01"Kita tidak boleh mengetepikan saja laporan ini. Memanglah ada elemen mainan politik (dalam dakwaan ini) tetapi kita tak boleh pandang ringan," kata Timbalan Perdana Menteri kepada pemberita di pejabatnya di Putrajaya hari ini. -->>lanjut

Laman web Badan Peguam dedahkan identiti bekas menteri raba punggung

malaysiaaktif - SIAPAKAH bekas menteri yang dilaporkan meraba punggung seorang wanita di sebuah restoran hotel di Brickfield, Kuala Lumpur?

Kebanyakan akhbar melaporkan berita berkenaan. Wanita berusia 32 itu dalam laporannya kepada polis mengadu bahawa bekas menteri itu telah menuturkan kata-kata lucah kepadanya dan turut meraba punggungnya. Kononnya kejadian itu disaksikan oleh beberapa orang lain.

Agak menarik berita berkenaan turut dilaporkan oleh laman web Badan Peguam Malaysia . Apa hal Badan Peguam Malaysia ambil tahu hal-hal macam ini. Adakah mahu bagi tahu ahli-ahlinya tentang peluang untuk menjadi peguam bela bekas menteri itu?

Begini apa yang dialaporkan oleh laman web itu:

The Sun (Used by permission)
by Charles Ramendran

KUALA LUMPUR: A hotel restaurant waitress has lodged a police report against a former cabinet minister, accusing him of molesting her at her workplace in Brickfields.
It is learnt the woman, who is in her mid-30’s, claimed the man, who is a Datuk Seri in his late 50’s and a regular diner at the restaurant, had touched her buttocks about 6pm on Thursday. -->>lanjut

Anwar nak jadi PM.?

anwarbgn.jpgBila parti pembangkang mula bongkak dan bercita-cita besar mahu jadi kerajaan akhirnya akan menanggung malu apabila ada ura-ura beberapa ahli parlimen mereka telah mula bosan dan mahu melopmpat ke BN pula. Anwar yang kini begitu kemaruk untuk menjadi PM sanggup untuk merasuah ahli Parlimen di Sabah untuk lompat parti.

Inilah cara pembangkang yang sering tidak puas hati dengan SPR dan sentiasa menuduh kerajaan korup dan juga SPR tidak bersih. Mereka mahu mendengar suara rakyat dan mahu pilihanraya yang adil. Bila pilihanraya sudah adil dan SPR membuktikan bahawa mereka adil , Anwar dengan terang-terang mendedahkan kepada rakyat bahawa pembangkang sanggup lakukan apa saja untuk menjadi PM termasuk measuah.

Kini mereka sendiri yang korup dan cuba merasuah ahli parlimen BN untuk melompat parti dan jelas mereka tidak menghormati keputusan rakyat yang telah memberikan mandat kepada kerajaan BN untuk terus menubuhkan kerajaan.

Nik Aziz juga dengan bongkaknya ketika menjawab soalan dari wartwan, awak Tanya kerajaan mana ni, kalau kerajaan persekutuan , kamilah kerajaan persekutuan tidak lama lagi.

Sebenarnya ini semua perang pisikologi mereka dan mereka ingat amat mudah untuk wakil rakyat BN menukarkan parti mereka begitu saja kerana mereka dipilih kerana kepercayaan kerajaan pusat terhadap mereka dan dengan mudah mereka mahu menukar parti.

Mungkin PKR telah berjumpa dengan orang-orang BN yang kecewa seperti Khir Toyo dan kumpulan mereka. Jika ahli Parlimen BN tidak mungkin mereka akan bertukar parti . Terutama sekali di Sabah , PKR langsung tidak boleh diterima di Sabah.

Anwar tidak perlu berangan-angan , kalau Anwar gentleman, masuklah gelanggang dan umumkan tarikh bila beliau mahu dinilaikan , di mana ? kalau dahulu sibuk sangat mahu bertanding , kenapa sekarang beliau bebas untuk melakukannya tetapi enggan untuk mengumumkan bila beliau mahu masuk gelanggang setelah gelanggang terbuka untuk beliau.

Semenjak Pembangkang memenangi 5 negeri atas kesilapan rakyat, kini ramai sudah mula sedar bahawa mereka tersilap memberikan undi , mereka kini makin tidak popular , terutamanya Parti Islam (PAS yang kini hanya menjadi kerajaan boneka).

Sama-sama kita tunggu dan lihat akan kebongkakan mereka. Kita sama-sama lihat bagaimana parti PAS yang kini menjadi kuda tunggangan Anwar kian hilang kredibaliti mereka.

Bapa Altantuya: Saya datang demi kemanusiaan

malaysiakini - Bapa Altantuya Shaariibuu, wanita Mongolia yang dibunuh kejam Oktober 2006 berkata, beliau datang ke negara ini bukan kerana wang tetapi menuntut rasa kemanusiaan seluruh warga Malaysia.
setev shaariibuu wan azizah pc 240408 05
"Kenapa anda semua takut untuk mengambil tindakan kemanusiaan untuk (membantu) anaknya (Altantuya) yang paling kecil? Apakah anda tidak tahu malu?

"Saya ke mari bukan untuk wang, saya hanya mahu pertolongan kemanusiaan. Di manakah tanggungjawab kemanusiaan anda semua? Saya mahu tanya semua ini," kata Shaariibu Setev dengan nada tertekan. -->>lanjut

Mesyuarat yang mencuri perhatian...

Mesyuarat Majlis Raja-Raja adalah rutin biasa yang berlangsung dari masa ke semasa.Namun mesyuarat berkenaan kali ke 213 yang berlangsung di Istana Negara Rabu dan Khamis agak mencuri perhatian.


Ia adalah Mesyuarat Majlis Raja-Raja pertama selepas pilihanraya umum 8 Mac lalu.


Ini mengenangkan kontroversi lantikan Menteri Besar yang timbul di negeri Perlis dan Terengganu.


Gambar diatas Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sedang berbual dengan Yang Dipertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin dan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail yang mempengerusikan mesyuarat kali ini.

Kesemua Sultan dan Yang Dipertua Negeri hadir ke mesyuarat tersebut kecuali Sultan Johor, Perak, Pahang dan Terengganu pada mesyuarat yang membincangkan perkara-perkara berkaitan dengan pertahanan, keselamatan dan pelantikan.


Sultan Pahang diwakili Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Sultan Johor diwakili Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar, Sultan Perak oleh Pemangku Sultan Raja Dr Nazrin Shah Sultan Azlan Shah, dan Sultan Terengganu diwakili oleh Yang di-Pertua Majlis Penasihat Pemangku Raja Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud.


Turut hadir ialah menteri-menteri besar dan ketua-ketua menteri.Ini termasuk Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim,Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng,Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan Menteri Besar Kedah Azizan Abdul Razak. - Agendadaily

Dia boleh dakwa macam-macam

Perang saraf Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya ada beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) akan menyertai pakatan pembangkang disifatkan hanya permainan politik.

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, Anwar boleh mendakwa macam-macam kerana ia hanya satu daripada permainan politik bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

"Dia boleh dakwa macam-macam, dia akan dakwa macam-macam. Itu semua sebahagian daripada permainan politik yang beliau mainkan," katanya di Kuala Lumpur hari Khamis.

Najib berkata demikian kepada para pemberita sebagai mengulas kenyataan Anwar semasa melakukan lawatan di Sabah beberapa anggota Parlimen BN di negeri itu kini hanya menunggu masa untuk menyertai Pakatan Rakyat. - Agendadaily