Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Wednesday, April 23, 2008

Terengganu tetap tuntut royalti minyak

Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said tetap bertegas menuntut supaya kerajaan pusat mengembalikan royalti minyak kepada kerajaan negeri itu.

"Permintaan supaya dikembalikan wang royalti itu adalah permintaan rakyat Terengganu," katanya hari ini.

ahmad said terengganu mb pc 230408 01Sehubungan itu, Ahmad berkata, beliau akan menemui perdana menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dua minggu lagi untuk membincang soal tersebut.

Pembayaran royalti petroleum kepada Terengganu ditarik balik sejak 2000 sewaktu negeri itu ditadbir PAS.

Sebaliknya ia ditukar kepada Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) atau lebih popular disebut "wang ehsan" dan diuruskan terus oleh kerajaan pusat.

Ahmad berkata, selama ini projek-projek yang dilaksanakan oleh kerajaan pusat, menggunakan wang ehsan tidak dimaklumkan kepada kerajaan negeri.

Kataya, ini menyebabkan ada di antara projek-projek terbabit tidak memberi manfaat atau keuntungan kepada rakyat negeri Terengganu. - Malaysiakini

Cartoon Corner

KUDA

Nak gelak lah.. hahahahaaa.!!!!!

Parti Rakyat bantah Pakatan Rakyat

Parti Rakyat Malaysia (PRM) membantah usaha beberapa pemimpin Pakatan Rakyat yang sedang menggerakkan kempen lompat parti wakil-wakil BN seperti diuar-uarkan, khususnya oleh penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sambil menyifatkan usaha sedemikian "tidak sah dan tidak beretika", presiden PRM Hassan Abdul Karim menggesa keputusan pilihanraya umum lalu harus dihormati semua pihak.

"PRM berpendapat kerajaan BN perlu diberi peluang untuk mentadbir kerajaan pusat bagi lima tahun lagi dengan aman dan tanpa
diganggu-gugat secara yang tidak demokratik," katanya.

"Begitu juga PRM menyeru BN tidak mengganggu-gugat lima buah kerajaan di peringkat negeri yang kini diperintah oleh
Pakatan Rakyat."

Hassan berkata partinya percaya kacau-bilau dan huru-hara boleh terjadi jika kerajaan BN yang sah sekarang pilihan rakyat melalui pilihanraya ditumbangkan dengan cara yang tidak demokratik akibat amalan politik berpaling tadah dan lompat-melompat.

"Rakyat Malaysia berhak mendapat sebuah kerajaan yang ditadbir oleh parti politik yang berprinsip yang benar-benar mendapat mandat..., bukannya sebuah kerajaan yang ditubuhkan secara pintas dan segera dengan melakukan tindakan seolah rampasan kuasa dari pintu belakang," tambahnya dalam satu kenyataan.

"PRM amat yakin amalan politik lompat-melompat untuk cepat berkuasa bukan sahaja bercanggah dengan amalan demokrasi tetapi ia juga menggalakkan amalan korupsi dalam politik dan pada akhirnya ia akan membunuh amalan demokrasi yang baru hendak hidup dan berkembang di negara ini."

RPK tetamu BLOG di RTM1 27 April

Pada 21 April disiarkan program Blog sulung selepas Warta Perdana di RTMI. Mantan Ketua Pengarang NST, Datuk A. Kadir Jasin menjadi tetamu program selama 20 minit itu yang bermula jam 8.40 malam.

Ramai yang menunggu program itu kerana ia menjadi gambaran dasar baru Kementerian Penerangan di bawah Datuk Shabery Cheek terhadap penulis blog atau pemblog.

Namun harapan orang biasa dan pemblog itu sendiri adalah berbeza. Begitu juga harapan Menteri Penerangan itu sendiri. Barangkali harapan menteri dan pegawai-pegawai kanan Kementerian Penerangan juga berlainan.

Dalam lingkup perbezaan inilah pandangan antara mereka terhadap program sulung itu juga mungkin berlainan. Yang pasti ramai penulis blog tidak puas hati. Mereka tidak puas hati kerana masa yang diberikan terlalu singkat. Mereka juga tidak puas hati dengan pengacara.

Kita tunggu apa yang akan menyusul dalam program Blog kedua pada Ahad depan (27 April). Siapa pemblog yang diundang dan apa yang akan diperkatakan? Adakah pengacara yang sama meneruskan tugasnya?

Jika program yang pertama dianggap gagal oleh banyak pihak, program yang kedua akan memberi peluang untuk membetulkan tanggapan dan harapan. Jika tidak, 20 minit waktu siaran akan terus dibazirkan. - Malaysiaaktif

MB Perak "Jangan Baling Batu, Sembunyi Tangan"

Oleh : Haris Razali

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamamd Nizar Jamaludin dicabar untuk membuktikan dakwaannya bahawa projek-projek yang dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) negeri itu sebelum ini telah merampas hak orang lain serta dilaksanakan secara tidak telus.

Ketua Pemuda UMNO Perak, Zainol Fadzi Paharudin berkata, Menteri Beasr terbabit tidak seharusnya bersikap lempar batu sembunyi tangan sebaliknya perlu mengemukakan fakta bagi membuktikan dakwaan terbabit.

"Kemukakan bukti dan jangan hanya sekadar mengeluarkan kenyataan untuk memburukkan kerajaan terdahulu. Saya mahukan bukti, projek apa yang menindas orang lain dan apa yang tidak adil dalam keputusan kerajaan terdahulu.

''Sebagai Menteri Besar yang bertanggungjawab, beliau perlu melihat segala projek yang dilaksanakan secara menyeluruh dan bukannya berpandangan serong", katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar berbahasa Inggeris semalam bahawa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mendapati sesetengah keputusan kerajaan terdahulu tidak adil dan merampas kepentingan pihak lain.

Zainol yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manik seterusnya berkata kerajaan negeri tidak seharusnya beranggapan segala projek yang dilaksanakan oleh kerajaan terdahulu semuanya tidak betul.

"Sepanjang pengetahuannya, kerajaan terdahulu telah banyak memberikan kebajikan kepada rakyat dan tidak pernah merampas hak sesiapa.

"Beberapa pendekatan dan insentif diberikan termasuk menambah syarat pajakan tanah kepada pekebun-pekebun sayur serta memberi tanah kepada penduduk yang tidak mempunyai tanah", ujarnya.

Soal beliau, apa yang terjadi dengan pemberian hak milik kekal kepada kampung-kampung baru dan kampung tersusun yang tidak wujud dalam Kanun Tanah Negara.

"Apa yang berlaku dalam isu ini sebenarnya. Kita difahamkan Menteri Besar telah mengisytiharkan bahawa kerajaannya akan beri hak milik kekal kepada pemilik tanah berkenaan", katanya.

Kah Choon keluar Gerakan

Bekas timbalan setiausaha agung Gerakan, Datuk Lee Kah Choon mengambil tindakan keluar dari parti itu ekoran kontroversi yang tercetus selepas beliau menerima jawatan dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.

"Memandangkan, pucuk pimpinan Gerakan tidak boleh menerima keputusan saya (menerima jawatan tersebut), maka saya percaya langkah terbaik bagi saya ialah untuk menarik diri sepenuhnya daripada politik parti," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

lee kah choon lim guan eng penang 220408Ekoran itu, katanya, beliau telah menghantar surat kepada pucuk pimpinan Gerakan untuk keluar dari parti tersebut.

"Dengan ini, saya harap perkara ini akan selesai dan kita boleh meneruskan langkah untuk mengendalikan tugas-tugas penting," tambahnya.

Jumaat lalu, Kah Choon memulakan tugasnya sebagai pengarah Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan pengerusi jawatankuasa eksekutif InvestPenang.

Beliau melepaskan semua jawatan dalam Gerakan pada 31 Mac ekoran kekalahan teruk parti itu pada pilihanraya umum lalu. - Agendadaily

Tiga lagi wakil rakyat BN jadi blogger…

Tiga orang lagi wakil rakyat Barisan Nasional terjun ke alam maya untuk berkomunikasi secara langsung dengan orangramai.Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Ajil,Terengganu yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri itu,Datuk Rosol Wahid (kiri) membuka laman blognya sendiri.Ia boleh diakses menerusi alamat www.drosol.blogspot.com. Laman blog Ahli Parlimen Kota Belud,Sabah yang juga Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Abdul Rahman Dahlan (kanan) pula dialamat www.mpkotabelud.blogspot.com. Seorang lagi ialah Ahli Parlimen Pulai Johor,Datuk Nur Jazlan Mohamad Rahmat dialamat www.jazlan.net.