Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Tuesday, April 22, 2008

DAP Tiada Keyakinan Tadbir Negeri

Perlantikan bekas Timbalan Setiausaha Agung Parti Gerakan, Datuk Lee Kah Choon sebagai Pengarah Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan juga Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif InvestPenang oleh kerajaan pakatan pembangkang di negeri itu menunjukkan mereka bukan sahaja ketandusan pemimpin berwibawa malah mengiktiraf kemampuan pemimpin Barisan Nasional (BN).

Rakyat perlu melihat pelantikan ini sebagai petunjuk betapa DAP sebenarnya tidak mampu dan tidak mempunyai keyakinan untuk mentadbir negeri ini.

Kemanakah perginya pemimpin pakatan pembangkang yang lain khususnya kepimpinan DAP sehingga terpaksa melantik kepimpinan BN.?

Adakah Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri tidak yakin dengan kemampuan tokoh-tokoh pemimpin DAP di negeri itu termasuk rakan pakatan mereka.?

Nampaknya mereka mengakui kepimpinan BN adalah kepimpinan yang cukup berwibawa untuk membantu mereka di dalam pentadbiran negeri.

PDC dan InvestPenang adalah satu aset pelaburan yang cukup besar kepada ekonomi negeri Pulau Pinang. Mungkin Ketua Menteri enggan mengambil risiko sehingga terpaksa berbuat demikian.

Untuk menutup malu dan menjaga maruah mereka, kerajaan negeri dengan lembut memberikan pelbagai alasan termasuk keterbukaan dan profesionalisme dalam menjalankan tanggungjawab sebagai peneraju kerajaan negeri. Kepada Lim Guan Eng usahlah beretorik.

Kerajaan negeri tidak akan memberikan kepercayaan sepenuhnya terhadap mana-mana pemimpin di kalangan BN yang dilantik ke jawatan pentadbiran kerajaan negeri.

Bukannya mahu memprovokasi keadaan tetapi inilah hakikatnya. Perlantikan yang penuh agenda politik adalah semata-mata untuk menujukkan sikap keterbukaan kerajaan negeri bagi menarik sokongan rakyat.

Apa pun tunggu dan lihat apa sandiwara seterusnya.

Suka-suka senyum

RUMAH PUNYA CERITA
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

NAK PILIH YANG MANA
SMS 1
Ada sepasang laki bini pegi ngundi, si bini sudah lekatkan gambar calon2 di kedua2 belah pehanya takut lupa... Tiba di tempat ngundi, si bini jatuh terduduk, lalu tersingkap kainnya. Si laki bertanya " Gambar siapa kat paha kiri dan kanan tu"? Jwb si bini "Paha kiri calon DAP dan paha kana calon BN" Si laki bertanya lagi "yang tengah2 berjambang tur gambar siapa" Jawab si bini dengan selambanya "Itu calon PAS yang abang dok pangkah tiap2 malam".

SMS 2
Petua mengundi 2008 : Kalau isteri tidur mengiring ke kiri pangkah BN. Kalau isteri tidur mengiring ke kanan pangkah PAS. Kalau isteri tidur telentang pangkahlah dia dengan sebaiknya. TAPI, kalau isteri tidur menirap jangan pangkah nanti undi rosak.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
PESAKIT AHLI POLITIK
Lima pakar bedah sedang berbincang siapakah yang boleh menjadi pesakit mereka yang terbaik untuk mereka laksanakan pembedahan.

Pakar bedah pertama berkata, "Saya suka melihat seorang akauntan di atas meja pembedahan saya, sebab apabila anda membukanya, segalanya di dalam diri mereka adalah dinomborkan."

Pakar bedah kedua menjawab, "Ya itu mungkin betul, tapi awak patut mencuba juru-elektrik, segalanya dalam kod berwarna."

Pakar bedah ketiga menyambut, "Ohh... tidak!. Saya betul-betul meraskan bahawa pustakawan adalah yang terbaik, segalanya dalam susunan abjad."

Pakar bedah keempat pula bersuara, "Kamu semua tahu, saya sukakan pekerja binaan, mereka selalu mengetahui bila anda tertinggal barangan tertentu dalam diri mereka dan bilakah sesuatu kerja mengambil masa lebih lama daripada yang dijanjikan."

Tetapi pakar bedah kelima membuatkan mereka semua terdiam apabila beliau berkata, "Kamu semua silap, ahli politik adalah yang termudah untuk dibedah. Mereka tiada berhati perut, tiada perasaan, dan isi kepala mereka sentiasa boleh diubah-ubah."

EGM Umno Batu Pahat Sabtu ini

Umno Batu Pahat menjadi bahagian pertama di Johor yang akan mengadakan mesyuarat khas (EGM) Sabtu ini.

Ketua bahagian tersebut, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi telah mengesahkan perkara itu hari ini.

Menurutnya, EGM itu akan diadakan selepas lebih dua pertiga daripada jumlah cawangan di bahagian tersebut bersetuju mesyuarat khas itu diadakan.

Bagaimanapun, beliau enggan menyatakan butir-butir yang akan dibahaskan dalam mesyuarat khas tersebut.

Isu utama yang menjadi perdebatan hangat sekarang ialah mengenai cadangan menghapuskan kuota pencalonan bagi jawatan presiden, timbalan presiden, naib presiden serta ahli majlis tertinggi.

Sebelum ini, Umno bahagian Gua Musang telah mengadakan EGM pada 4 April lalu dan meluluskan usul pindaan beberapa bahagian perlembagaan parti,

Umno bahagian Cheras pula akan mengadakan EGM Ahad ini, diikuti oleh bahagian Bandar Tun Razak (Wilayah Persekutuan) pada 1 Mei depan.

Manakala Umno bahagian Pasir Mas pula akan mengadakan mesyuarat khas tersebut pada 3 Mei depan. - Malaysiakini

Libatkan Pakatan dalam JK anti rasuah

Gerakan mencadangkan lebih ramai wakil pembangkang dilantik menganggotai jawatankuasa peringkat parlimen mengenai pencegahan rasuah bagi memantau Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia (SARM) seperti diumumkan perdana menteri semalam.

"Kita berharap pembangkang akan memainkan peranan membina dan membantu usaha perdana menteri memerangi rasuah," kata ketua Pemudanya Datuk Mah Siew Keong.

pak lah abdullah badawi aca bpr 190408Ketika merasmikan Dialog Integriti Asean 2008, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata sebuah jawatankuasa peringkat parlimen itu akan dibentuk dalam rangka reformasi Badan Pencegah Rsuah (BPR) menjadi suruhanjaya bebas dan lebih mantap.

Anggota jawatankuasa itu boleh mendapatkan penjelasan dan keterangan, kata Abdullah, mengenai laporan tahunan yang dikemukakan oleh suruhanjaya tersebut.

Selain itu, perdana menteri juga menjanjikan tiga lagi reformasi:
bullet buttonmenambah 5,000 lagi pegawai pada setiap peringkat meliputi pelbagai bidang kepakaran dalam tempoh lima tahun akan datang bagi menambah kekuatan gerakan antirasuah; di samping menawarkan terma baru perkhidmatan yang menarik;

bullet buttonmemperkenalkan perundangan bagi perlindungan menyeluruh pemberi maklumat dan saksi;

bullet buttondan menambahbaik proses perolehan awam menerusi tindakan yang dapat menangani masalah-masalah tertentu dalam sistem berkenaan.
Perdana menteri berkata penstrukturan semula BPR diharapkan selesai sebelum hujung tahun ini.

Suara rakyat keramat berbanding Dr Mahathir

Tan Sri Muhammad Muhd Taib menyifatkan suara rakyat yang memilih kerajaan adalah lebih keramat berbanding tuntutan oleh seorang individu.

Beliau mengingatkan seluruh ahli UMNO agar tidak memberi tekanan kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi memastikan parti terus kukuh terutama selepas menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-12.

Kenyataan itu yang secara jelas ditujukan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad turut dipertegaskan, walaupun bekas Perdana Menteri itu mahukan perkara sebaliknya berlaku, mandat besar rakyat yang mahu Abdullah dan Najib terus memimpin adalah lebih penting.

"Mandat yang diberikan oleh rakyat yang jumlahnya berjuta-juta orang adalah lebih keramat berbanding pendapat seorang individu," katanya kepada pemberita selepas melawat Kampung Poh di Bidor hari Isnin. tundrmahathir.jpg

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Dr. Mahathir dalam perjumpaannya dengan pelajar Malaysia di Manchester, England semalam yang mendakwa Najib sebagai tidak 'cukup berani' untuk menyatakan apa-apa perkara yang tidak disukai ketuanya.

"Kita lihat beliau penakut. Beliau selalu kata 'yes sir, yes sir, saya sokong, saya sokong," kata Dr. Mahathir.

Menurut Muhammad, semua pihak seharusnya memberi peluang kepada Presiden dan Timbalan Presiden UMNO itu untuk memperkukuhkan parti selepas pilihan raya umum lalu.

"Apabila ada peralihan kuasa, biarlah Abdullah dengan timbalannya yang tentukan. Bagi saya, komen yang adil ialah beri mereka peluang dan biar rakyat yang mengadili kita.

"Rakyat sudah buat keputusan pada 8 Mac lalu dan mereka mahu terus berada di bawah pimpinan Abdullah, jadi biarlah kerajaan ini berfungsi," katanya.

Tambah beliau, walaupun semua pihak boleh memberi sebarang komen, yang penting kedua-dua pemimpin tertinggi parti itu mesti diberi ruang untuk bekerja.

Sebab Jambatan Kedua Pulau Pinang ditangguhkan

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang telah ditangguhkan berikutan masalah untuk mendapatkan tanah yang sesuai, reka bentuk yang terbaik dan kos pembinaan yang meningkat.

"Ada beberapa perkara yang telah melewatkan pembinaannya. Pertama, dari segi untuk mendapatkan tanah yang diperuntukkan untuk pembinaan jambatan berkenaan."Kedua, perkara yang berkaitan dengan reka bentuk yang perlu dipastikan ia adalah reka bentuk yang terbaik dan perkara yang ada hubung kait dengan kos yang mana sekarang ini mungkin ada perubahan disebabkan harga dah naik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Menteri-Menteri Kebudayaan Asean Eropah, di Kuala Lumpur Selasa.

Bernama melaporkan Abdullah berkata demikian ketika ditanya mengenai sebab-sebab pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang dikaji semula di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9).Beliau juga menjelaskan bahawa selain daripada pembinaan jambatan ini, ada beberapa lagi projek yang sedang dikaji semula di bawah RMK9. - agendadaily

Apa melayu dapat dari projek babi

Syabas kepada rakyat Selangor kerana negeri Selangor akan tercatat di dalam peta dunia sebagai sebuah negeri pengekspot Babi terbesar di dunia. Nama Malaysia juga akan tercatat sebagai negara pertanian dan penternakan yang terbesar di dunia.

Dengan wujudnya ladang pembiakkan babi yang kini dinaikkan lagi peruntukannya ke RM800 juta, Selangor akan menyediakan banyak peluang pekerjaan di sector penternakan babi .

Selangor tidak mungkin dapat menyediakan pekerja mahir , separuh mahir dalam sector penternakan babi ini dan untuk mengatasi masalah ini kemungkinan negeri Selangor akan membawa pekerja asing dari negeri China yang akan ditempatkan di Bandar Cina yang di ilhamkan oleh Teresa Kok .

Beberapa Syarikat dari negeri Cina juga telah menyatakan minat untuk bekerjasama dengan penternak babi dari Malaysia.

Cina yang mempunyai penduduk lebih dari 1.2 bilion berhadapan dengan kekurangan bekalan daging babi dan kerajaan PKR Selangor adalah merupakan kerajaan yang pertama bagi mengisi peluang peniagaan ini.

Dengan kebanjiran masyarakat Cina di pusat penternakan babi nanti Insyaalah DAP dan PKR dapat mempertahankan selangor dalam pilihan raya yang akan datang kerana akan mendapat banyak undi hantu dari pusat penternakkan babi itu.

Hospital –hospital kerajaan juga akan memerlukan banyak tenaga kerja apabila pusat penternak ini dilaksanakan kerana ramailah rakyat negeri selangor akan mendapat penyakit Nipah ataupun penyakit JE.

Singapor pernah menghalang untuk mengimport daging babi dari Malaysia pada tahun 1998 kerana bimbang akan penyakit nipah yang dibawa oleh ternakan ini.

Kesimpulan nya :
Kita merasa hairan kenapa kerajaan PKR terlalu degil mempertahankan ladang ternakan babi ini dan apakah ianya merupakan pelaburan yang dapat disajikan oleh kerajaan PKR kepada rakyat Selangor setelah memilih mereka.

Apa keuntungan yang diperolehi oleh rakyat Selangor yang beragama Islam khusunya orang-orang Melayu. Mengapa parti Pas terus membisu dan langsung tidak menentang akan projek besaran-besaran ini sedangkan mereka adalah yang paling lantang menentang penghapusan babi yang berpenyakit di Malaka sebelum ini.

Orang-orang Melayu langsung tidak ddapat menafaat dari projek ini dan bukanpun kita boleh makan babi ini. Tak tahulah kalau pemimpin PKR dan PAS pernah merasakan keenakan daging babi masak kicap yang mmbuat mereka cukup tertarik dengan projek ini.

Bagi orang PAS dan Melayu yang menyokong keadilan inilah hadiah instimewa kepada anda. Apa yang anda dapat dari kilang babi ini hanyalah bau busuk dan penyakit Nipah dan JE yang tidak mungkin didapati oleh negeri lain.

BENARKAH UMNO MAHUKAN PERALIHAN KUASA ATAU ADA UDANG DISEBALIK BATU

Oleh : mysrimuara
Selepas sahaja PRU 12 tamat, juak-juak UMNO yang mahu Pak lah berundur terus melancarkan gendang perang yang bertalukan gong puaka dari bekas kepimpinan UMNO sendiri. UMNO seperti takut kepada realiti yang menunjukkan mereka kalah di persada nasional disebabkan keterlupaan kepimpinan mereka membela rakyat.
Apabila kalah, semuanya ditujukan kepada Pak Lah. Barisan Majlis Tertinggi yang lain tidak bersalah. Barisan Naib Presiden tidak bersalah. Yang bersalah hanya Pak Lah. UMNO menyuruh orang Melayu bersatu, tetapi mereka mahu berpecah. Kepimpinan UMNO terperangkap dengan permainan politik untuk menjatuhkan Pak Lah. Kepimpinan UMNO perlu ingat bahawa rakyat masih lagi memilih UMNO kerana pemimpin nombor wahidnya.

Namun persoalan yang timbul sekarang, siapakah yang mahu Pak Lah berundur?Rakyat atau pemimpin UMNO yang mahukan kuasa Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri? Di dalam pelbagai teori politik, kita harus percaya banyak cara kotor boleh digunakan untuk menjatuhkan kepimpinan sedia ada.

Apakah kekalahan BN daripada mendapat majoriti 2/3 dirancang atau dengan sengaja berlaku?

Khir penyumbang kekalahan BN

 Oleh : Roslan SMS
Presiden MIC yang kecundang di kerusi tradisinya di parlimen Sg Siput khabarnya telah menuding jari ke arah bekas MB Selangor,
Khir Toyo sebagai salah satu punca kekalahan besar BN dalam PRU lalu. Beliau marah mengapa Khir kini beria-ia mahukan PM meletakkan jawatan dan memikul tanggungjawab sedangkan menurut beliau Khir sendiri lebih merupakan liabiliti yang mengakibatkan kekalahan BN itu.


Kata Samy tindakan Khir mengizinkan pihak penguatkuasa PBT merobohkan kuil di Padang Jawa, beberapa hari sebelum Deepavali tahun lepas, merupakan penyumbang utama kebencian masyarakat India terhadap BN. Kata Samy beliau telah merayu kepada Khir di hadapan PM pada hari berkenaan namun Khir enggan melayan dan akibatnya masyarakat India beragama Hindu menaruh benci pada BN.

Khir sebenarnya mengakibatkan rakyat marah kepada BN bukan hanya kerana peristiwa perobohan kuil ini, banyak faktor lain hasil dari karenah Khir yang menyumbang kepada kemerosotan sokongan rakyat terhadap BN. Peristiwa menghadiahkan YDP Majlis Daerah Hulu Selangor dengan penyapu merupakan kemuncak peghinaan seorang MB terhadap kakitangannya sendiri.

Begitu juga tindakan anak-anak buahnya yang longgar moral dan rasuah serta salah guna kuasa, semuanya menyumbang kepada keruntuhan keyakinan rakyat kepada BN.

Biar Gerakan tentukan Kah Choon

Perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini berkata terserah kepada Gerakan untuk mengambil tindakan terhadap bekas pemimpin kanannya Datuk Lee Kah Choon yang menerima jawatan utama Perbadanan Kemajuan Pulau Pinang (PDC) dan InvestPenang.

"Terpulang kepada parti itu membuat keputusan. Biar BN Pulau Pinang bertindak mengikut keputusan mereka.

"Bagi saya, ia OK selagi tidak bertentangan dengan dasar," katanya di sidang media ringkas selepas merasmikan menteri kebudayaan Asia Eropah di Kuala Lumpur hari ini.

"Mungkin (tindakan Lee) ini membuka jalan kerjasama (antara BN dengan Pakatan Rakyat)," tambahnya. - Malaysiakini

Jangan Ingat Rakyat Mudah Lupa

Hakikatnya memang ramai tidak menjangka parti pembangkang mampu memperolehi kejayaan seperti mana yang tercatat pada keputusan pilihanraya umum lalu.

Bukan sahaja majoriti rakyat malah di kalangan pemimpin mahupun penyokong parti pembangkang sendiri pun terkejut dan tidak menduga.

Banyak faktor boleh dikaitkan dengan kejayaan pembangkang menakluki enam negeri. Sama banyaknya jika hendak mengaitkan kemerosotan kemenangan Barisan Nasional (BN).

Selain faktor simpati, tidak dapat tidak pengundi juga cukup tertarik dengan janji manifesto yang dihidangkan pembangkang khususnya di Selangor.

Kini pengundi khususnya rakyat tidak sabar untuk menikmati janji-janji tersebut.

Namun setakat hari ini janji-janji tersebut seakan kabur. Malah pemberian air percuma dikhabarkan akan hanya bermula pada Jun ini bukan serta merta seperti yang digambarkan ramai pengundi.

Realitinya dari banyak yang dijanjikan, pakatan pembangkang nampaknya memilih babi sebagai keutamaan.

Majoriti rakyat tertanya-tana di mana tindakan ke arah merealisasikan janji-janji manis yang sudah diberikan kepada rakyat? Dan kenapa pula babi yang tidak termasuk dalam manifesto diberikan keutamaan?

Mungkin pakatan pembangkang ini terlupa atau terlepas pandang akan janji yang terkandung dalam manifesto mereka pada pilihanraya umum lalu.

Justeru adalah lebih baik Parti Keadilan, DAP dan Pas yang menamakan diri mereka sebagai Pakatan Rakyat diperingatkan kembali tentang janji-janji yang perlu mereka segera tunaikan kepada rakyat.

Antaranya yang dijanjikan untuk Sosial dan Kebajikan Rakyat ialah:

Membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran Selangor

Memberi bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke nurseri

Memberi bantuan RM50 sebulan seorang bagi pendidikan pra-sekolah

Memberi hadiah RM1,000 kepada setiap anak Selangor yang mendapat tawaran ke universiti

Memberi bantuan dan biasiswa pelajaran untuk anak Selangor

Memberi bantuan kepada anak-anak muda untuk mendirikan rumah tangga

Membuka pusat-pusat sukan mini dan rekreasi bagi belia

Mencarum takaful bernilai RM2,500 untuk warga emas, orang kurang upaya dan anak yatim

Memberi elaun ibu tunggal yang layak

Memberi elaun khas suri rumah yang memilih untuk menjaga sepenuh masa anak-anak kecil mereka

Membantu setiap rakyat Selangor untuk mendapatkan kediaman sendiri

Mewujudkan institusi menyelaraskan hal-ehwal agama selain Islam

Diharapkan selain ratusan juta untuk ternakan babi, Pakatan Rakyat tidak melengah-lengahkan hak rakyat yang membolehkan mereka memerintah negeri Selangor direalisasikan.

Royalti petrol: PM nafi MB T'ganu

 Perdana menteri menafikan dakwaan menteri besar Terengganu bahawa wang royalti minyak yang disalurkan melalui kaedah "wang ehsan" tidak banyak membantu rakyat negeri itu kerana projek-projek pembangunan ditentukan di peringkat pusat. - agendadaily

Tiada lagi `jerung dan bilis'

Usaha pembaharuan bagi memulihkan keyakinan rakyat kepada ketelusan kerajaan diperkukuhkan lagi apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari Isnin mengumumkan Badan Pencegah Rasuah (BPR) akan dijadikan sebuah suruhanjaya sepenuhnya.

Pengumuman itu menurut Abdullah adalah sebahagian daripada usaha untuk menunaikan janji-janji yang dilakukan pada pilihan raya umum 2004. Mengulas lanjut, beliau berkata, berdasarkan maklum balas awal orang ramai, kerajaan mendapati kekecewaan rakyat terhadap situasi hari ini berpunca kepada tiga sumber utama.

"Pertama, rakyat merasakan bahawa institusi dan kerangka perundangan bagi antirasuah masih lemah dan wujud kecenderungan untuk disalahguna. Mereka menyatakan keperluan bagi memisahkan kuasa secara jelas antara institusi kerajaan serta ketelusan dan kebertanggungjawaban awam yang lebih tinggi daripada agensi-agensi penguatkuasa," katanya. - agendadaily