Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Monday, April 21, 2008

Mat Taib join kelab blogger

Orang ramai boleh berkomunikasi secara terus dengan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib kerana beliau kini mempunyai laman blognya sendiri.

Laman blognya ialah www.muhammadmuhdtaib.com.

Berucap menyampaikan Anugerah Khidmat Cemerlang untuk warga kementerian itu di sini hari ini, beliau berkata, orang ramai yang mempunyai cadangan, aduan, teguran dan kritikan boleh menyampaikannya menerusi laman blog itu. - klpost

Abdullah Kotakan Janjinya


Secara peribadi saya menyokong 100% usaha murni beliau ini. Syabas dan tahniah! Inilah bukti bahawa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi adalah berani dan tidaklah ‘selembik’ yang digambarkan oleh sesetengah pihak selama ini.

Sekarang sudah terbukti beliau bukan ‘pembohong’ sebaliknya lebih telus dan bersih berbanding perdana menteri sebelumnya. Tun Dr. Mahathir Mohamad terlalu perasan kononnya, dirinya seorang sahaja pemimpin Malaysia paling terulung. Orang lain semua tidak bagus. Tun Musa Hitam, Tun Ghafar Baba, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Abdullah sendiri pada kaca matanya tidak pandai mengurus serta mentadbir negara. - fauzisabri

Program Blog belum memenuhi harapan

041106bloggersdilem-x.gif

Semalam disiarkan program Blog sulung selepas Warta Perdana di RTMI. Mantan Ketua Pengarang NST, Datuk A. Kadir Jasin menjadi tetamu program selama 20 minit itu yang bermula jam 8.40 malam.

Berikut adalah sebahagian komen beliau yang disiarkan hari ini dalam blognya Kadirjasinblogspot.com :

“Kalau banyak yang menonton dan kecewa itu menunjukkan “promo” RTM berjaya tetapi program sebenar gagal menetapi harapan penonton. Kesimpulannya RTM ada pengaruh tetapi tidak berjaya memenuhi harapan khalayaknya.

Namun kita berilah peluang kepada RTM. Saya rasa bukan mudah bagi mereka mengadakan program seperti ini. Saya lebih cenderung melihat yang positif.

Misalnya, pertama daripada pengundian telefon atas tajuk “mampukah blog menjadi media alternatif,” kalau tidak silap saya, 94 peratus responden menjawab “ya.” Hanya enam peratus menjawab “tidak”.

Kedua, saya juga dimaklumkan banyak yang membuat panggilan telefon dan menghantar e-mail untuk memberi pandangan dan bertanya soalan. Terpulanglah kepada RTM untuk bertindak balas.

Ketiga, mana-mana pemblog (blogger) yang dijemput untuk program seterusnya akan mempunyai masa yang lebih sedikit daripada saya kerana tidak perlu lagi memberi penjelasan mengenai apa itu blog.

Saya sengaja mengambil sedikit masa menerangkan mengenai blog, pemblog dan teknologi yang memungkinkannya sebab ini program pertama.

Akhir sekali daripada kementerian yang membenci dan mempersendakan pemblog yang digelar goblok, syok sendiri dan sebagainya, Kementerian Penerangan di bawah Ahmad Shabery lebih toleransi terhadap blogger.”

Ramai yang menunggu program itu kerana ia menjadi gambaran dasar baru Kementerian Penerangan di bawah Datuk Shabery Cheek terhadap penulis blog atau pemblog.

Namun harapan orang biasa dan pemblog itu sendiri adalah berbeza. Begitu juga harapan Menteri Penerangan itu sendiri. Barangkali harapan menteri dan pegawai-pegawai kanan Kementerian Penerangan juga berlainan.

Dalam lingkup perbezaan inilah pandangan antara mereka terhadap program sulung itu juga mungkin berlainan. Yang pasti ramai penulis blog tidak puas hati. Mereka tidak puas hati kerana masa yang diberikan terlalu singkat. Mereka juga tidak puas hati dengan pengacara.

Salah satu komen yang menyusul selepas tulisan Kadir mencerminkan pandangan ramai penulis blog.

“It was good to hear from, and nice to 'see' you on-air again Datuk.
I suppose RTM's initiative is there but they should have been better prepared and not start the prog with an 'anti-blog' mentality.
I don't know how to describe the guy who was 'mumbling' infront of you but he was a BIG ZERO.
Maybe you are, by being who you are, too intimidating but the least the producer could have done is to find out what 'a blog' is all about.
Your quick response to 'Adakah blog memesongkan pemikiran rakyat (or something to that effect) insinuation was classic “

Kita tunggu apa yang akan menyusul dalam program Blog kedua pada Ahad depan (27 April). Siapa pemblog yang diundang dan apa yang akan diperkatakan? Adakah pengacara yang sama meneruskan tugasnya?

Jika program yang pertama dianggap gagal oleh banyak pihak, program yang kedua akan memberi peluang untuk membetulkan tanggapan dan harapan. Jika tidak, 20 minit waktu siaran akan terus dibazirkan. - malaysiaaktif

Rakaman Program Blog Di RTM1

Pembangkang berpecah di Selangor.?

Rakyat Selangor diseru supaya bersatu dan bersedia menghadapi kemungkinan perpecahan dalam pakatan pembangkang yang diwakili oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP yang ketika ini memerintah negeri ini.

Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Noh Omar berkata, pakatan ketiga-tiga parti berkenaan terlalu 'rapuh' dan tidak berada pada landasan atau matlamat yang sama untuk menerajui negeri itu.

Katanya, keadaan sedemikian jelas dilihat pada pilihan raya umum lalu dengan penggunaan simbol masing-masing dan bukannya berpegang kepada satu simbol seperti Barisan Nasional (BN).

Malah, tiada satu parti pun termasuk BN sendiri berjaya mendapatkan kemenangan majoriti untuk menubuhkan kerajaan negeri yang memerlukan 29 kerusi daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Menurutnya, Selangor kini diperintah sebuah kerajaan yang lemah kerana tiga parti itu sebenarnya, mempunyai ideologi berbeza dan hanya bergabung untuk membentuk kerajaan negeri semata-mata.

"Kita tahu Pas yang bercakap tentang negara Islam tetapi DAP sudah beri amaran kepada Pas jangan lagi cakap mengenai perkara itu.

''PKR pula terdiri daripada pelbagai kaum dan kita tidak tahu bagaimana mereka akan membela antara satu dengan lain termasuklah menjaga kepentingan orang Melayu," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis kesyukuran bersama persatuan penduduk dan persatuan teksi di Pelabuhan Klang di sini hari ini.

Noh yang juga ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO menambah, sekiranya satu parti dalam pembangkang itu keluar daripada pakatan mereka, kerajaan Selangor yang ditadbir mereka akan runtuh.

''Kalau Pas keluar daripada pakatan, mereka akan tinggal 28 kerusi saja kerana PKR hanya mempunyai 15 kerusi manakala DAP hanya 13 kerusi.

"Sekiranya DAP keluar, lagi hancur kerajaan negeri kerana mereka akan hanya tinggal 23 kerusi, lagilah mereka tidak boleh memerintah," jelasnya.

Beliau turut menyeru setiap ahli UMNO supaya kembali dan menghayati semangat generasi terdahulu yang ditunjukkan pada tahun 1946 yang sentiasa bersatu walaupun pada ketika itu masyarakat Melayu berada dalam serba kemiskinan, tiada kemajuan dan buta huruf.

Katanya, semangat perpaduan sedemikian perlu diterapkan kepada generasi hari ini kerana ia terbukti telah membawa perubahan kepada orang Melayu dahulu menentang penjajahan.

"Semangat sedemikian perlu ada pada setiap ahli UMNO dan orang Melayu pada masa ini kerana tanpa ahli yang bersatu padu, tiada siapa pun yang boleh menjadi pemimpin atau bangsa yang hebat,'' ujarnya.

Katanya, sekiranya pemimpin datang dari langit sekali pun, tetapi jika ahli tidak bersatu padu, pemimpin dan keseluruhan masyarakat tidak akan berjaya.

Satu Lagi Filem Melayu Hina Islam Di Kesan !!

 Oleh : cucumatkilau
Sebelum ini Cucu ada mendedahkan perihal filem "Dunia Baru The Movie" yang dilihat secara jelas telah menghina Islam pabila terdapat satu adengan yang mempersendakan lagu nasyid "Sepohon Kayu".


Lagu yang telah sekian lama dikenali sebagai lagu yang berunsur dakwah yang menyuruh umat Islam dan manusia didunia ini menunaikan solat (sembahyang) serta siksaan yang bakal diterima diakhirat kelak bila mereka engkar suruhan Allah ini. Lagu tersebut, selama ini tidak pernah dinyanyikan dalam keadaan maksiat.

Filem berkenaan jelas telah menghina Islam berlandaskan kepada adengan yang memapar secara jelas unsur maksiat dalam persembahannya. Sudahlah penyanyi wanita tidak menutup aurat, memakai seksi pula, berjoget-joget terkinja-kinja macam monyet, bergelak ketawa dan macam-macam lagi. - detikdaily

BPR akan jadi badan bebas

Perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meneruskan kempen reformasinya hari ini dengan mengumumkan Badan Pencegah Rasuah (BPR) akan menjadi sebuah badan bebas.

Beliau juga mengumumkan beberapa lagi langkah reformasi untuk membasmi rasuah, termasuk menggubal undang-undang bagi melindungi pemberi maklumat awal.

Jumlah pegawai BPR akan ditambah tiga kali ganda dalam tempoh lima tahun akan datang bagi meningkatkan keupayaan badan itu menentang rasuah.

Langkah baru ini diumumkan beberapa hari selepas beliau berhasrat memperkenalkan Suruhanjaya Pelantikan Hakim minggu lalu.

Abdullah mengakui bahawa kemerosotan pengaruh BN dalam pilihanraya umum lalu disebabkan kelengahannya melaksanakan reformasi seperti dijanjikan pada pilihanraya umum 2004.

Alahai! Khir Toyo...

Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo (selepas ini ditulis sebagai Khir saja) menulis dari Makkah di web http://www.drkhir.blogspot.com , mencadangkan supaya Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya 'menyerahkan' jawatannya kepada timbalan, Datuk Seri Najib Tun Razak. Dengan lain perkataan, Khir mahukan Pak Lah berhenti! - KPMU

KLIK DISINI UNTUK BERITA LANJUT

Konvensyen Pemuda Johor Rumuskan 149 Perkara Untuk Mantapkan Parti

Konvensyen Pemuda UMNO Johor yang berlangsung semalam telah membangkitkan 149 perkara termasuk faktor kepimpinan dan peranan Pergerakan Pemuda UMNO dalam merealisasikan matlamat parti.

Konvensyen berkenaan yang dihadiri 350 orang termasuk Ketua Pemuda Bahagian dan Ketua Pemuda Cawangan dari Johor merupakan usaha pergerakan itu untuk menilai keadaan semasa politik negara. Ketua P

Pemuda UMNO negeri, YB Razali Ibrahim berkata semua wakil yang hadir telah membangkitkan pelbagai perkara dan idea untuk untuk diketengahkan kepada pucuk pimpinan parti dalam usaha mengukuhkan kembali UMNO.

"Saya cukup bangga dengan penyertaan para peserta yang memberikan pelbagai pendapat berhubung keadaan yang berlaku. Semua perkara itu akan dikemukakan kepada Ketua Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein serta Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Abdul Ghani Othman.

"Saya amat berharap suara akar umbi ini akan mendapat perhatian daripada pucuk pimpinan selain dapat memperkukuhkan perpaduan UMNO di samping dijadikan rujukan untuk memperkemaskan lagi strategi parti", katanya.

Sebanyak empat bengkel diwujudkan pada konvensyen berkenaan iaitu UMNO Parti Melayu, Formula Barisan Nasional, Adakah Masih Relevan, Peranan Ahli Pemimpin dan Pemuda serta Apa Orang Muda Mahu Dan Sanggup Sumbangkan.

Razali yang juga Ahli Parlimen Muar seterusnya berkata konvensyen berkenaan adalah yang terbaik untuk seluruh ahli pemuda negeri itu memberikan pandangan masing-masing.

"Selepas pilihan raya umum 8 Mac lalu, kami tidak berpeluang mengumpul semua petugas pilihan raya yang terlibat, jadi ini adalah ruang terbaik untuk mengumpul semua pemimpin Pemuda.

"Pelbagai perkara telah dibangkitkan dan kami catatkan semua perkara ini untuk dijadikan rujukan pucuk pimpinan parti," ujarnya.

Labur industri pertanian


Abdullah Ahmad Badawi meletakkan ‘globe’ sebagai gimik perasmian Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) sambil diperhatikan (dari kiri) Hamad Kama Piah Che Othman, Ahmad Sarji Abdul Hamid dan Mohd. Ali Rustam di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, Ayer Keroh, kelmarin.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta syarikat-syarikat gergasi milik Permodalan Nasional Berhad (PNB) melabur dalam bidang pertanian bagi meningkatkan pengeluaran makanan untuk rakyat.

Perdana Menteri berkata, pembabitan syarikat-syarikat tersebut penting kerana kerajaan mahu menumpukan kepada pertanian berskala besar dalam persediaan menghadapi krisis makanan pada masa depan.

Menurut beliau, syarikat besar milik PNB perlu mengambil bahagian aktif dalam sektor perladangan selain kelapa sawit dan getah.

PNB menguasai kepentingan dalam banyak syarikat terkemuka yang terlibat dalam bidang pertanian termasuk Sime Darby yang modal pasarannya RM60 bilion.

Kelmarin, Abdullah berkata, masalah kekurangan bekalan makanan perlu ditangani dengan segera kerana ia boleh membawa masalah buruk serta tidak akan menyenangkan rakyat.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua pihak bergerak segera dan mengharapkan kerjasama di antara kerajaan, swasta dan rakyat kerana ia merupakan masalah bersama.

Menurut Perdana Menteri, negara perlu membuat persediaan menghadapi krisis makanan lebih awal dan beliau yakin pelaburan dalam pertanian berskala besar tidak akan membawa kerugian kepada pihak pelabur.

Katanya, Malaysia sedang berhadapan dengan krisis makanan yang bermula di peringkat dunia yang dijangka menyebabkan kekurangan bekalan makanan dan kenaikan harga makanan.

Menurutnya, krisis itu dijangka membawa kesan negatif kepada rakyat sekiranya tidak ditangani segera.

Beliau berkata, peruntukan sebanyak RM4 bilion yang diumumkannya semalam bertujuan menjamin bekalan makanan mencukupi untuk rakyat.

Perdana Menteri memberitahu, peruntukan itu adalah untuk menyediakan stok penimbal makanan, pembukaan kawasan baru pertanian dan subsidi bagi pengeluaran makanan.

Kembalikan royalti minyak T'ganu - MB

ahmad said idris jusoh terengganuTerengganu menuntut royalti petroleum, yang ditarik balik sejak 2000 sewaktu negeri itu ditadbir PAS, dikembalikan kepada kerajaan negeri.

Perdana menteri waktu itu Tun Dr Mahathir Mohamad menukar wang royalti 5 peratus kepada Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) atau lebih popular disebut "wang ehsan".

Menteri besar baru Datuk Ahmad Said semalam menggesa kerajaan Persekutuan menyerahkan pengurusan wang royalti kepada kerajaan negeri.

Beliau berkata sudah tiba masanya wang royalti diserahkan sepenuhnya kepada Terengganu bagi membolehkan lebih banyak projek pembangunan dijalankan untuk rakyat di negeri ini. Sejak DKKP diperkenalkan, semua projek yang menggunakan dana itu disalurkan terus kepada kementerian yang melaksanakannya tanpa merujuk kerajaan negeri menyebabkan banyak projek yang dilaksanakan gagal memberi kesan besar akibat tidak mengambil kira keperluan rakyat.

Ahmad berkata wang royalti diserahkan kembali, ia akan memudahkan kerajaan negeri merancang projek pembangunan menurut keutamaannya berbanding amalan sekarang yang memerlukan permohonan dikemukakan terlebih dahulu kepada kerajaan pusat.

Kerajaan negeri bawah menteri besar Datuk Seri Idris Jusoh, selepas merampas kembali Terengganu dalam pilihanraya umum 2004, menarik balik tindakan saman yang difailkan oleh pentadbiran PAS.

PAS, ketika pilihanraya umum baru-baru ini, memasukkan dalam manifestonya usaha menuntut kembali wang royalti ini melalui proses mahkamah.

Isu perbelanjaan wang royalti dikatakan menjadi satu daripada beberapa punca pihak istana tidak melantik semula Idris, dan menggantikannya dengan Ahmad.

Buka Umno untuk bukan Melayu?

Ahli akar umbi pergerakan Pemuda Umno di Johor mencadangkan parti itu membuka keahlian kepada kaum-kaum bukan Melayu seperti pernah disarankan oleh pengasasnya Datuk Onn Jaafar.

umno 2007 pemuda keris 061107 kissingCadangan itu termasuk 149 idea baru yang dikemukakan kepada pergerakan Pemuda negeri itu untuk memajukan lagi parti selepas kekalahan teruk BN dalam pilihanraya umum 8 Mac, kata ketuanya Razali Ibrahim hari ini.

Beliau bagaimanapun menjelaskan idea itu bukan pendirian pergerakan tersebut, lapor laman web The Star Online.

Razali juga mendedahkan, menurut laporan itu lagi, ahli-ahli akar umbi Umno berpendapat orang ramai tidak lagi yakin pada laporan media arus perdana dan akibatnya mereka mencari maklumat alternatif melalui internet. -Malaysiakini

berita lanjut...

Ex-gratia kepada Salleh Abas hanya politik

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dikaitkan dengan krisis kehakiman 1988 menyifatkan keputusan kerajaan memberikan ex-gratia kepada enam bekas hakim kanan termasuk bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas hanya bersifat politik.

Sehubungan itu, beliau mempersoalkan atas alasan apa keputusan pemberian ex-gratia itu diumum oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Bercakap pada satu majlis pertemuan dengan pelajar Malaysia di Manchester, England, beliau menolak tanggapan bahawa pemecatan hakim-hakim tersebut bercanggah dengan prosedur undang-undang yang telah ditetapkan.

Selain bayaran ex-gratia itu, Abdullah turut mengumumkan cadangan kerajaan untuk menubuhkan Suruhanjaya Kehakiman bagi meneliti dan membuat cadangan perlantikan hakim.

Mengulas mengenai penubuhan suruhanjaya itu, Dr. Mahathir berkata, cadangan penubuhan suruhanjaya berkenaan tidak boleh dilaksanakan hanya dengan keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri.

Sebaliknya, menurut beliau, penubuhan itu melibatkan pindaan perlembagaan persekutuan yang memerlukan sokongan majoriti dua pertiga daripada Ahli Dewan Rakyat.

Barisan Nasional kini hanya mempunyai 140 kerusi dan tidak mempunyai majoriti dua pertiga dalam Dewan Rakyat selepas pilihan raya umum yang lalu.

Bagaimanapun Dr. Mahathir secara sinis berkata, pindaan tersebut mungkin boleh dibuat kerana beliau yakin pembangkang akan turut sama menyokong cadangan berkenaan.

Dr. Mahathir pada sidang media itu juga berkata, keputusan pilihan raya umum yang lalu membuktikan rakyat sudah hilang keyakinan kepada kepimpinan parti dan negara.