Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Sunday, April 20, 2008

Penangan blog



MAJALAH Time pada 2006 mencatat sejarah apabila menamakan komputer sebagai `Person of the Year’ atau tokoh tahun ini. Anda. Ya, anda. Anda menguasai era maklumat. Selamat datang ke dunia anda. Inilah kata-kata muka depan majalah itu.

Ledakan pertumbuhan dan pengaruh hasil kandungan internet, terutama blog diiktiraf di peringkat global dua tahun lalu. Tahun ini, blog dan blogger menerima pengiktirafan di negara ini apabila kuasa dan pengaruhnya mula diakui.

Keputusan pilihan raya umum ke-12 yang dipengaruhi oleh blog dan blogger adalah bukti utama. Kini tiada siapa dapat menafikan bahawa media baru ini mempunyai kedudukan, fungsi dan tanggungjawab dalam dunia maklumat. - bharian

PM umum peruntukan RM4b hadapi krisis bekalan


Abdullah berbual dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar ketika tiba untuk perjumpaan tertutup dengan Ahli Parlimen Barisan Nasional, di Kuala Lumpur, semalam.
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam mengumumkan peruntukan RM4 bilion untuk pelaksanaan Dasar Jaminan Makanan Negara, bertujuan memastikan bekalan makanan mencukupi pada bila-bila masa, terutama ketika menghadapi kesan krisis makanan dunia yang mulai dirasai rakyat.


Perdana Menteri berkata, sebuah jawatankuasa peringkat tertinggi juga ditubuhkan membabitkan kerajaan, sektor awam dan swasta serta individu yang pakar dalam bidang berkenaan.

"Golongan pakar dalam bidang tertentu akan kita panggil dari semasa ke semasa bagi membolehkan mereka memberi pendapat. Badan itu yang bermesyuarat setiap dua minggu dan jika perlu ia akan diadakan lebih kerap," katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Pemukiman Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), di sini semalam.

Beliau berkata, peruntukan itu termasuk bagi membuka jelapang padi baru di Sarawak membabitkan kawasan penanaman padi baru yang luas.

"Kita sudah bersetuju membuka kawasan penanaman padi yang baru dan luas di Sarawak dan ia akan menjadi jelapang padi yang baru di negara ini. - bharian.

Kumpulan 11 muncul…dakwa Dr Mahathir penyebab UMNO haram

Bunyi nama kumpulan mereka seperti penyamun dan penyangak.Dalam sejarah UMNO ‘Kumpulan 11’ tercatat sebagai perosak yang akhirnya telah menyebabkan mahkamah membuat keputusan parti itu haram 20 tahun yang lampau.

Generasi muda hari ini mungkin tidak kenal wajah-wajah 11 orang ahli UMNO itu yang mempertikaikan kesahihan Perhimpunan Agung UMNO tahun 1987 yang menyaksikan pertandingan antara Team A Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Team B Tengku Razaleigh Hamzah.

Dalam pertandingan bersejarah pada 24 April 1987 itu Dr Mahathir menewaskan Tengku Razaleigh dengan majoriti cuma 43 undi.

Segalanya bermula bila kumpulan yang asalnya dianggotai oleh 12 orang itu merayu kepada ibupejabat UMNO supaya siasatan dibuat kerana mendakwa ada beberapa kes dimana ada mesyuarat UMNO cawangan dan bahagian tidak sah .

Selepas ia tidak dilayan baru mereka membawanya ke mahkamah.

Jika mesyuarat cawangan dan bahagian itu tidak sah maka dengan sendirinya perwakilan mereka yang menghadiri Perhimpunan Agung UMNO itu juga tidak sah.

Ini yang akhirnya membawa kepada Hakim Harun Hashim memutuskan UMNO haram.

Pagi Sabtu salah seorang anggota Kumpulan 11 itu,Rahim Abdul Rahman ( baju merah) mengadakan satu sidang akhbar di sebuah hotel di Kuala Lumpur untuk menuntut agar diperbetulkan fakta sejarah tentang fiasco pengharaman UMNO itu.

Bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada bekas Timbalan Menteri Pengangkutan,Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar ini tidak mahu lagi kumpulan itu terus menerus dipandang sebagai ‘ budak jahat’.

Rahim tampil ke depan setelah melihat Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menunjukkan kesungguhan beliau untuk memulihkan kepercayaan orang ramai terhadap badan kehakiman negara.


Khamis malam Perdana Menteri menghadiri jamuan makan malam Majlis Peguam yang turut dihadiri oleh bekas Ketua Hakm Negara Tun Salleh Abas dan tiga lagi bekas hakim yang dipecat dari jawatan mereka oleh sebuah tribunal hakim 20 tahun lampau atas alasan melakukan salahlaku kehakiman.


Pemecatan Salleh dan lima lagi hakim dikaitkan dengan keputusan mahkamah mengharamkan UMNO ekoran pemilihan jawatan Presiden UMNO antara Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh Hamzah pada tahun1987.


Rahim yang kata beliau mewakili rakan-rakan lain dalam kumpulan itu ( ada yang sudah meninggal dunia) mendakwa bahawa UMNO haram kerana tindak tanduk Dr Mahathir yang tidak mahu melihat UMNO pulih sebab bimbang pemilihan UMNO perlu diadakan semula waktu itu.

Katanya tindakan mereka membawa kes mesyuarat cawangan dan bahagian yang tidak sah itu semata-mata bertujuan agar Perhimpunan Agung UMNO diadakan semula dan bukan hendak melihat UMNO haram.

Dakwa Rahim semasa mereka merayu kepada ibupejabat UMNO supaya siasatan dibuat Dr Mahathir dan Setiausaha Agung UMNO masa itu Tan Sri Sanusi Junid bersikap tidak demokratik tidak melayan dan menjawabnya dengan betul.

“Sebelum ini tidak seorang pun berani mempertikaikan tingkah laku Tun Dr Mahathir dan Tan Sri Sanusi Junid yang dengan sewenang-wenangnya mentabir parti mengikut acuan dan citarasa mereka,”katanya.

Beliau mendakwa Dr Mahathir tidak mahu Perhimpunan Agung UMNO diadakan semula kerana tidak yakin keputusan akan menyebelahi beliau jika pemilihan diadakan semula.

Dakwannya sebab itu bekas Perdana Menteri itu lebih suka melihat UMNO haram.

“Di situlah bermulanya episod The Grand Design of Mahathir ,”dakwa Rahim yang turut melibatkan pemecatan para hakim itu.

Katanya beliau sedia disaman oleh Dr Mahathir dan berdepan dengannya di mahkamah kerana membuat dakwaan ini.

Beliau juga kesal dengan cara bekas Perdana Menteri itu membangkitkan banyak isu berhubung dengan kepimpinan Abdullah iaitu orang yang beliau tunjuk mengantikannya.

“Soalnya apakah beliau merupakan the saints yang tidak terlepas daripada kesalahan dan dosa ? Soalnya apakah beliau lupa bahawa banyak kesalahan dan dosa beliau terhadap ahli-ahli UMNO dan rakyat masih belum tertebus?

“Pada hemat saya beliau sengaja melemparkan kritikan-kritikan pedas serta memperkecilkan YAB Perdana Menteri kerana tergugat oleh ketelusan YAB Perdana Menteri serta didorong oleh rasa takut bahawa kesalahan-kesalahan beliau akan terdedah satu demi satu,” dakwa Rahim.

Hisham nafi keris punca kurang sokongan

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan bahawa keris tidak mempunyai kaitan dengan sentimen perkauman.

"Perkara ini dibangkitkan hanya bertujuan menakut-nakutkan pihak tertentu tambahan kita berada dalam negara majmuk dan untuk mempengaruhi adalah perkara biasa,'' katanya.

Sehubungan itu, beliau menyangkal bahawa naib ketua pergerakan itu mengakui isu keris merupakan salah satu punca kemerosotan sokongan Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya umum lalu.

Tegasnya, berita-berita daripada lamanweb, blog atau khidmat pesanan ringkas (SMS) perlu diteliti terlebih dahulu kerana ia boleh menjejaskan perpaduan dan kredibiliti seseorang individu itu.''Tak mungkin naib ketua saya boleh menyatakan sedemikian kerana dia sentiasa ada bersama-sama dengan saya," katanya.

Khairy dilaporkan memberikan komen itu ketika ditemui pemberita di program retreat ahli-ahli parlimen BN di sebuah hotel di Kuala Lumpur semalam.

Bagaimanapun, Khairy dalam laporan itu menolak tanggapan bahawa isu keris menjadi punca utamanya.

PKR adalah api dalam sekam

Terdapat satu kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Dr Syed Husin Ali selaku Timbalan Presiden bagi Parti KeADILan Rakyat.

Kenyataan beliau yang tersiar di dalam laman web PKR bertarikh 15 April 2008 bertajuk "KeADILan Bantah Keras Tindakan Polis" itu antara lain mengatakan PKR membantah tindakan polis ke atas Dr Wan Azizah Wan Ismail, Tan Sri Khalid Ibrahim, Azmin Ali dan Yahya Shari.

Kelakuan pemimpin-pemimpin PKR ini seperti gagak dimandikan, tujuh kali sehari pun, tidak akan putih.

Apa tidaknya? Mulanya diwar-warkan hanya ada majlis makan-makan, tapi lepas itu kejadian yang berlaku pula adalah sebaliknya apabila ribuan orang yang menghadirinya di kawasan tersebut.

Dan pada hakikatnya tidak ada permohonan untuk permit dan juga permit yang dikeluarkan untuk membenarkan perhimpunan oleh orang ramai itu.

Dan yang paling melucukan ialah mereka dengan tidak semena-mena pula menuding jari menyalahkan pihak polis.

Pihak polis bertanggungjawab di atas keselamatan ramai. Jika berlaku rusuhan atau kejadian tidak diingini di dalam perhimpunan haram itu, siapakah yang ingin bertanggungjawab?

Pemimpin PKR terutamanya pemimpin de factonya sudah tentu akan lepas tangan.

Bodoh desak PM berundur - Nazri

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyifatkan perbuatan sesetengah ahli Umno yang meminta perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan sebagai "tindakan yang bodoh".

Sambil menyatakan mereka sebenarnya tidak faham makna demokrasi, beliau berkata, tidak wajar bagi pemimpin Umno untuk mendesak Abdullah melepaskan jawatannya sekarang kerana ia bermakna menafikan hak rakyat yang telah mengundi Barisan Nasional untuk memerintah negara.

nazri abdul aziz"Dalam pilihanraya umum bulan lepas, rakyat telah memilih BN sebagai wakil majoriti dalam Parlimen dengan 140 kerusi yang melayakkan pemimpin BN menjadi perdana menteri.

"Ini bermakna rakyat, yang mengetahui bahawa BN bertanding dalam pilihanraya dengan Pak Lah sebagai pemimpin BN, sedar bahawa jika BN menangi kerusi terbanyak, dengan itu Pak Lah akan menjadi perdana menteri.

"Dengan meminta Pak Lah mengundurkan diri, dengan itu mereka sebenarnya memberitahu pengundi bahawa mereka tidak boleh menjadikan Pak Lah sebagai perdana menteri. Apakah hak mereka untuk berkata begitu," katanya di Kota Kinabalu hari ini.

Forum dengar suara rakyat- PM

Kerajaan akan mengadakan forum awam bagi membolehkan orang ramai memberikan pandangan dalam pelbagai isu yang berlaku khususnya di dalam negara ini.

Perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, semua pandangan dan cadangan akan didengar dan diberikan perhatian.

"Saya menerima mesej SMS dan surat dari orang awam yang memberi pandangan mengenai pelbagai isu semasa.

pak lah abdullah ahmad badawi putrajaya malaysia"Melalui forum awam itu, kita hendak dengar pandangan orang ramai," katanya semalam.

Dalam pilihanraya umum 8 Mac, walaupun kembali berkuasa, BN gagal mempertahankan penguasaan majoriti dua pertiga di parlimen.

Dalam pilihanraya tersebut, BN memenangi 140 kerusi parlimen manakala barisan pembangkang - PKR, PAS dan DAP - menang 82 kerusi.

BN juga hilang lagi empat negeri - Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor - kepada barisan pembangkang, manakala PAS berjaya mengekalkan Kelantan dengan tambahan kerusi.