Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Saturday, April 19, 2008

Mengenang Erti Kemerdekaan

JANGAN KELIRUKAN KEADAAN

azalina5.jpgRamai yang terkejut dengan satu berita yang ditulis oleh akhbar the Sun mengenai Menteri Pelancongan Datuk Seri Azalina Dato' Othman Said yang bertajuk Song and dance while others suffer yang ditulis oleh saudara Nadeswaran yang mendedahkan isu mengenai perbelanjaan yang mewah oleh Yayasan Sukan Wanita WSFFM. Disusuli pula pada keesokan harinya sebuah tulisan yang bertajuk Belanja Mewah-Polis mula siasat Yayasan Sukan Wanita WSFFM di akhbar utusan Malaysia.Kemudian turut dimainkan oleh beberapa blog dan yang begitu konsisten menyerang ialah sebuah blog shaun-politics.blogspot.com.

Apakah ini merupakan satu pendedahan ikhlas dan satu tulisan yang terancang untuk menjatuhkan mantan menteri belia dan sukan ini dan kini adalah merupakan satu-satu menteri dari wanita yang menjawat menteri penuh.

Antara dua laporan akhbar berkenaan terdapat percangahan yang ketara apabila The Sun mempertikaikan mengenai istilah Entertaiment yang dibelanjakan sebanyak RM 1.4 juta ketika berlangsungnya sukan wanita dan Utusan Malaysia pula melaporkan bahawa perbelanjaan ini adalah perbelanjaan tahunan WSFFM.

Kedua-dua artikel ini sebenarnya boleh mengelirukan rakyat dan mencemarkan nama baik Datuk Seri Azalina Dato' Othman Said sedangkan kami mendapat surat yang dikeluarkan oleh Ekskutif Director WSFFM Dr Sharmala yang menjelaskan bahawa perbelanjaan yang dimaksudkan oleh The Sun sebagai perbelanjaan enterteinment itu sebenarnya adalah perbelanjaan penutup Sukan Wanita Malaysia, sedangkan Nadeswaran mengelirukan pembaca dengan mendorong mereka untuk menerima istilah enterteinment sebagai perbelanjaan hiburan social menteri.

Azalina yang hanya selaku penaung yayasan tersbut yang juga menteri belia dan sukan sebenarnya tidak mencampuri urusan pengendalian perjalanan Yauasan tersebut yang mempunyai panel-panel dan jawatankuasa mereka sendiri. Apakah motif sebenar penulisan ini tidak lah dapat kita jangkakan tetapi kenungkinan besar ada hubungkait dengan agenda untuk menjatuhkan semua menteri pilihan Pak Lah.Kemunkinan besar juga ianya ada hubungkait dengan agenda politik tertentu yang sukar kita jangkakan.

Apa saja motif penulisan ini , Azalina tidak perlu mengambilnya sebagai satu isu yang serious dan anggap saja ianya sebagai satu lumrah sebagai seorang ahli politik dan beliau perlu meneruskan usaha beliau memajukan bidang pelancongan untuk melonjakkan ekonomi negara. Beliau tidak perlu terperangkap dalam kemelut ini yang seperti kita maklum , terlalu ramai yang mahu memasang perangkap untuk melemahkan kepimpinan Perdana Menteri.

Utusan Malaysia yang telah hilang pengaruh kebelakangan ini cuba membuat satu pembaharuan bagi memujuk hati pembaca untuk mendapatkan kembali kredibaliti mereka sebaga akhbar utama di Malaysia kini cuba mengikut jejak The Star yang kononnya tidak mahu menjadi sebuah akhbar yang hanya condong kepada Perdana Menteri Malaysia telah mengambil kesempatan dari tulisan Sdr Nadeswaran untuk membayangkan bahawa mereka bukan akhbar yang menyokong perdana menteri secara total.

Sdr Nadeswaran seperti yang kita sedia maklum adalah penulis kontreversi yang agak gila yang telah banyak menulis berita yang agak keliru bagi melonjakkan nama beliau sebagai seorang penulis yang paling popular dan kontreversi. Saudara Nades juga telah banyak mengelirukan pembaca dengan setiap tulisan beliau yang sentiasa mengelirukan.

Dikalangan rakan-rakan ramai yang mengetahui bahawa saudara Nades adalah penulis yang keras kepala dan beliau kini sememangnya bongkak dan sombong sehingga ketua jabatan juga tidak dapat mengawal tingkah laku beliau.

Selain itu , kemungkinan besar motif tulisan ini datangnya dari orang dalam UMNO sendiri yang iiri hati akan kejayaan den konsistansi Azalina dalam menjalankan tugas dan merupakan seorang menteri yang boleh kita anggap sebagai berjaya ketika menjadi Menteri Belia dan Sukan. Beliau yang patuh pada kempimpinan UMNO dan yang mana beliau di chop oleh orang-orang politik sebagai orang kanan Perdana Menteri dan beliau juga dikaitkan sebagai rapat dengan Khairy Jamaluddin.

Mengenali Azalina. Azalina banyak menumpukan kepada bidang tugasan dan tidak banyak terbabit dan mencampuri urusan dan kemelut politik tanah air , adalah tidak wajar beliau yang bersemangat UMNO dikaitkan sebagai orang kuat Perdana Menteri hanya kerana kurang mencampuri kemelut politik tanah air. Sepatutnya , beliau perlu dicontohi kerana telah menjalankan tugassan beliau dihari pertama beliau dilantik sebagai Menteri Pelancongan.

Hubungan Azalina dengan timbalan Perdana menteri juga begitu rapat , malahan beliau tidak mempunyai masalah dengan menteri-menteri lain yang seangkatan dengan beliau. Serangan terhadap Azalina bukannya sekali pernah berlaku dalam tempuh kerajaya beliau dalam Politik dan serangan ini adalah serangan yang biasa dihadapi oleh Menteri Belia dan sukan ini dan sikap beliau yang tidak melayan segala serangan ini dan menruskan tugasan beliau tanpa memperdulika n serangan terhadap beliau akhirnya berjaya memetikan serangan yang berniat jahat ini.

Cuma Azalina perlu memperbetulkan kumpulan siber beliau agar berhati-hati ketika menangkis serangan dan mainan siber kerana kelihatan kumpulan siber beliau yang mungkin mentah itu cuba menyimbah minyak dan bukan menyimbah air untuk memadamkan api serangan siber yang semakin panas ini. Takut tersilap simbah akan merebak pula api siber berkenaan.

Kestabilan minda Melayu penting

Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah bertitah bahawa sebarang pandangan prejudis antara kaum di negara ini dapat dihilangkan jika minda masyarakat Melayu berada dalam keadaan stabil dan selesa, seterusnya hubungan harmoni akan terjalin.

Baginda bertitah kestabilan minda masyarakat Melayu amat penting dan ia adalah satu prasyarat kepada kestabilan negara.

"Agama Islam, kedaulatan Raja-Raja Melayu, Bahasa Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu adalah antara perkara yang tidak pernah lepas daripada perhatian Raja-Raja Melayu.

"Raja-Raja Melayu amat memahami bahawa kestabilan politik negara sangat bergantung kepada persediaan minda orang-orang Melayu menghadapi perubahan," titah baginda ketika menyampaikan titah sembah setia sempena sambutan Hari Keputeraan Ke-80 Sultan Perak Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar hari ini.

Turut berangkat di majlis tersebut ialah Raja Pemaisuri Perak Tuanku Bainun, Raja Dihilir Perak Raja Jaffar Raja Muda Musa, Raja Puan Muda Raja Normahani Raja Shahar Shah, kerabat diraja Perak, Menteri Besar Mohammad Nizar Jamaluddin, barisan exco kerajaan negeri, ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan.

Menurut laporan Bernama, Raja Dr Nazrin bertitahnya sejak Durbar pertama yang berlangsung di Kuala Kangsar pada 13 Julai 1897, Raja-Raja Melayu terbukti sentiasa memberi perhatian dan menyuarakan kepentingan orang Melayu dan agama Islam.

Oleh itu titah baginda, dengan perkenan Sultan Perak, baginda akan berusaha dan merintis langkah ke arah memastikan pemikiran serta persepsi orang-orang Melayu tidak akan membawa mereka berada dalam kegelisahan dan ketidakstabilan. - Malaysiakini

Lantikan 3 Timbalan Menteri

Kekosongan tiga jawatan Timbalan Menteri ekoran penolakan perlantikan oleh dua calon dan perletakkan jawatan Datuk Ghafur Salleh sebelum ini, diisi dengan menyaksikan dua Ahli Parlimen dari Sabah dan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pahang, dilantik mengisi kekosongan tersebut.

Mereka ialah Ahli Parlimen Kudat, Datuk Abdul Rahim Bakri yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Luar, Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan dan ADUN Muadzam Shah, Datuk Maznah Mazlan pula mengisi kekosongan jawatan Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Sebelum ini dua Ahli Parlimen iaitu Datuk Anifah Aman dan Datuk Tengku Azlan menolak perlantikan sebagai Timbalan Menteri.

Pengumuman perlantikan itu dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari Jumaat.

Menurut Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin telah memperkenankan pelantikan ketiga-tiga timbalan menteri itu.

Maznah yang kini merupakan Exco Kerajaan Negeri Pahang akan dilantik sebagai Ahli Dewan Negara yang dijadualkan dalam waktu yang terdekat.

Abdullah dalam kenyataan itu menyebut, pelantikan timbalan menteri berkenaan akan berkuatkuasa mulai tarikh mereka mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong pada jam 4.30 petang, Rabu depan.

Cartoon Corner

Hadiah..Hadiah..!!!

Ahli Puteri UMNO bebas pilih ketua

Datuk Noraini Ahmad yang tidak akan mempertahankan jawatan Ketua Puteri UMNO pada pemilihan parti Disember ini, enggan menamakan sesiapa untuk menggantikan tempatnya.

Noraini yang juga merupakan Timbalan Menteri Sumber Manusia bakal melepaskan jawatan itu kerana telah melepasi had umur 40 tahun.

Beliau berkata, ahli Puteri UMNO bebas memilih ketua baru mereka sama ada secara lantikan atau pertandingan pada perhimpunan agung parti itu nanti.

Menurutnya, ramai ahli pergerakan itu berkelayakan memimpin pergerakan tersebut, sementara ahli-ahli Puteri pula telah cukup matang untuk memilih calon terbaik untuk mewakili mereka.

Bagaimanapun, ujarnya, sesiapa yang berminat bertanding jawatan itu haruslah sentiasa mengutamakan parti serta 'memberi balik' kepada masyarakat selaras dengan fokus perjuangan pergerakan tersebut.

Khir jangan Emosi

khir.jpgSeranan mantan Menteri Besar Selangor Dr Khir Toyo agar Perdana Menteri mempercepatkan peralihan kuasa dalam blog beliau seolah-olah tidak tahu malu.

Jelas beliau hanya mengikut emosi dan kecewa dengan kedudukan beliau sekarang sebagai wakil rakyat dan seorang bloggers. Kerja baru Khir Toyo bagi melepaskan geram.

Khir sepatutnya melihat pada cermin, bagaimana buat pertama kalinya kubu kuat UMNO terlepas dari tangan beliau selaku pengerusi UMNO Selangor .

Khir juga patut menyedari akibat tindakan beliau menyakiti hati orang-orang India dan penduduk setinggan yang membuat rakyat menolak beliau dan secara automatiknya rakyat menolak BN.

Wajarlah Khir Toyo meletakkan jawatan kerana beliau telah hilang kelayakan untuk meimpin UMNO Selangor.
Khir tidak patut menyalahkan Pak Lah atas kekalahan BN sepenunhnya pada pilihanraya yang lalu kerana beliau jugalah antara factor kekalahan BN.

Rakyat merasakan amat kecewa dengan prestasi Khir Toyo dan secara rambang jika kita dengar dari suara akar umbi , ramai yang tidak mahukan Khir Toyo menerajui negeri Selangor.

Hari ini Khir mendesak agar Pak Lah mempercepatkan proses peralihan atas alasan mana. Beliau belum lagi menjadi Ketua Pemuda UMNO dan bukan juga pengerusi UMNO Selangor lagi.

Apakah Khir berpendapat dengan menentang Pak Lah dan memihak kepada Tun beliau pasti akan menjadi popular untuk menawan kerusi Ketua Pemuda UMNO?

Apakah pemuda akan merelakan dan akan memilih Khir Toyo yang telah gagal mempertahankan Selangor sebuah negeri yang terkaya terlepas ketangan pembangkang untuk menerajui pertubuhan berkenaan.

Atau pun Khir sekarang sememangnya punyai banyak masa untuk menulis dan tidak ada kerja lain untuk dilakukan dan menjadi penentang utama Pak Lah.

Khir perlu ingat..sahabat yang ada di sekeliling hanya akan bersama sewaktu Khir mempunyai kuasa sahaja, lama kelamaan mereka akan meninggalkan Khir untuk mencari dahan lain ang rendang dan berbuah lebat. - KPMU

Keris antara punca BN kalah - Khairy

Naib ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin hari ini mengakui bahawa isu keris menjadi satu daripada beberapa punca sokongan kepada BN merosot dalam pilihanraya umum 8 Mac.

Beliau bagaimanapun menolak tanggapan bahawa isu keris menjadi punca utama pengundi, khususnya bukan Melayu, tidak menyokong ramai calon BN dalam pilihanraya umum tersebut.

"Kita perlu mengkaji dan berfikir untuk melihat isu keris ini secara terbuka," kata Khairy, yang juga ahli parlimen Rembau.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media di "retreat" ahli-ahli parlimen BN di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur hari ini.

umno 2007 pemuda keris 061107 unsheathKelmarin dua akhbar bawah Kumpulan NSTP, yang dikaitkan dengan Khairy, Berita Harian dan New Straits Times menyalahkan ketua Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein kerana menghunus keris 'Panca Warisan' selama tiga tahun berturut-turut mulai 2005.

Bagaimanapun, kata Khairy, beliau tidak pasti sama ada isu keris tersebut akan di bawa ke perhimpunan agung Pemuda Umno hujung tahun ini.

"Saya juga tidak tahu sama ada isu keris ini akan dibangkitkan dalam mesyuarat exco pergerakan Pemuda Umno," tambah Khairy.

Beliau berkata, pada keseluruhannya, isu keris merupakan salah satu punca sokongan kepada BN berkurangan dalam pilihanraya umum ke-12.

"Kita perlu kenal pasti sebab-sebab timbul isu keris," tambahnya.

Isu keris menjadi polemik besar selepas Astro membuat siaran langsung perhimpunan agung Umno pada 2006 sewaktu 'Panca Warisan' diarak masuk ke dewan dan kemudiannya dihunus dan dikucup oleh Hishammuddin.

khairy jamaluddin in umno meeting kissing the keris 040906Beliau menjulang keris bagi menunjukkan perjuangan Pemuda Umno mendaulatkan Agenda Melayu.

Bagaimanapun, tindakan Hishammuddin itu dikritik hebat oleh parti-parti komponen dalam Barisan Nasional dan yang paling lantang - Pemuda MCA dan Pemuda Gerakan.

Hishammuddin mempertahankan tindakannya itu dengan menyatakan menghunus keris bukan bererti seseorang itu mahu mengancam atau mahu menikam orang lain, ia hanya simbol semata-mata.

"Malah keris juga tidak boleh dikaitkan dengan satu-satu kaum sahaja," katanya dalam sidang media sempena perhimpunan agung Pemuda MCA pada Ogos 2006.

Dalam perhimpunan agung Umno 2007, Hishammuddin sekali lagi menghunus, mengucup dan menjulang Keris Panca Warisan tanpa menghiraukan bantahan keras dan meluas bahawa ia merupakan simbol 'pergaduhan' yang boleh menimbulkan keresahan antara kaum.

Malah, Khairy selaku naib ketua pergerakan itu mengisytiharkan selagi ada Pemuda Umno, Keris Panca Warisan akan terus dijulang selama-lamanya.

Beliau juga mengingatkan bahawa sesiapa yang tidak berani menghunus dan menjulang Keris Panca Warisan adalah pengkhianat kepada Melayu dan Umno.

Cuepacs batal boikot hari pekerja

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) membatalkan hasratnya untuk memboikot sambutan Hari Pekerja pada 3 dan 29 Mei ini.

Keputusan itu dibuat selepas kerajaan menerima lima tuntutan kesatuan itu telah diterima oleh kerajaan dalam pertemuan mereka dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Putrajaya kelmarin.

Presidennya, Omar Osman berkata, ia kerana lima tuntutan kesatuan itu telah diterima oleh kerajaan dalam pertemuan mereka dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Putrajaya kelmarin.

"Mesyuarat khas ini diadakan untuk menerangkan kepada ahli kongres mengenai tuntutan yang diterima dan ditolak oleh kerajaan semalam dan kita juga membuat keputusan untuk tidak memboikot sambutan Hari Pekerja bulan depan," Presidennya, Omar Osman selepas satu mesyuarat khas di pejabat Cuepacs di ibunegara.

Menurut laporan Bernama, lima tuntutan yang dipersetujui kerajaan adalah kadar pencen mengikut perkhidmatan sebenar, pelanjutan umur persaraan dari 56 tahun kepada 60 tahun, pengubahan kaedah peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) serta elaun kritikal dan imbuhan tetap perumahan.

Samy: Kritikan Dr M lemahkan BN

Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu mengakui bahawa kritikan keras mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap penggantinya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan kerajaan telah melemahkan Barisan Nasional.

samy vellu interview 160408 02Menurutnya, Dr Mahathir sepatutnya memilih cara dan pendekatan yang lebih lembut untuk menyampaikan pandangannya.

"Tun Dr Mahathir mempunyai pengalaman yang luas dalam pentadbiran negara ini. Sebagai bapa negara, beliau sepatutnya mengggunakan cara yang lebih lembut mengenai apa yang harus (kerajaan) lakukan.

"Cara itu akan menguntungkan kerajaan dan juga menguntungkan rakyat, dan bukannya kritikan keras secara terbuka. Itu tidak pernah berlaku di negara kita sebelum ini," kata Samy Vellu dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini.

mahathir mohamad 180108Bekas menteri kerja raya itu berkata sekiranya Dr Mahathir terus-menerus mengecam kerajaan, ia akan menghakis sokongan rakyat kepada kerajaan yang telah dibina beliau sendiri sebelum ini. - Malaysiakini

Mana ada pakat-pakat

Perebutan jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, yang kini terbuka ekoran keputusan penyandang jawatan itu, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein tidak akan mempertahankan jawatan itu, menimbulkan cakap-cakap politik adanya kompromi antara Datuk Mukhriz Mahathir dengan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohd Khir Toyo.

Andaian ini diperkuatkan lagi apabila Khir selepas satu majlis dialog yang turut dihadiri Mukhriz di Hotel Singahsana baru-baru ini, menyatakan beliau sedia memberi laluan kepada Mukhriz untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia jika beliau memperolehi sokongan yang besar.

Namun hari Khamis ketika ditanya mengenai persoalan itu, Mukhriz menafikan adanya pakatan antara beliau dengan Khir dalam soal perebutan jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang akan dipertandingkan pada Disember depan.
"Sebenarnya, tidak pernah ada pakatan dengan Khir untuk jawatan Ketua Pemuda Umno," kata Mukhriz yang membuat penjelasan itu ketika ditemui pemberita selepas majlis "Pemukiman Anggota Parlimen Barisan Nasional" di Hotel Istana, Kuala Lumpur.

Selain Mukhriz dan Khir, antara nama-nama yang disebut untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO ialah Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin, Ketua Penerangan Pemuda, Datuk Azimi Daim dan Ketua Pemuda UMNO Wilayah, Datuk Norza Zakaria.

Mukhriz juga turut ditanya adakah cubaan untuk menghalangnya daripada berjumpa dengan ketua bahagian dan para perwakilan menjelang pemilihan itu bagi mendapatkan pencalonan.

"Setakat ini tidak ada sebarang halangan. Bagaimanapun, saya tidak tahu sama ada akan mendapat jumlah pencalonan yang mencukupi untuk bertanding," katanya. - Agendadaily

Bayaran ex-gratia bukan mohon maaf

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, pembayaran ex-gratia kepada bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas dan lima lagi bekas hakim yang terlibat dalam krisis kehakiman pada tahun 1988 tidak harus ditafsir sebagai satu bentuk permohonan maaf dariapda kerajaan. .

Pembayaran itu dibuat sebagai pertimbangan kerajaan terhadap apa yang telah dilalui oleh bekas hakim-hakim tersebut. Ia tidak harus ditafsirkan sebagai sebarang bentuk minta maaf tetapi ini adalah cara kerajaan mengambil pertimbangan apa yang mereka lalui, pengalaman peribadi mereka, kesusahan yang telah mereka rasai. Jadi ia patut dilihat dari aspek itu. Ia tidak harus ditafsirkan lebih daripada itu.

Jangan main ugut

Kata dua Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu terhadap kerajaan berhubung dengan pembelaan nasib kaum India mendapat reaksi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang menegaskan segala tuntutan untuk kaum India tidak seharusnya dibuat dengan cara ugutan.

Katanya, sejak sekian lama dan berdasarkan permuafakatan Barisan Nasional (BN), kerajaan sentiasa memberikan pertimbangan secara adil dan saksama kepada semua kaum di negara ini.

"Dari segi dasar, kita akan beri pertimbangan yang adil dan saksama kepada semua kaum dan apa-apa pun yang diperlukan oleh masyarakat kaum India kita bersedia untuk timbangkannya tetapi semua dalam konteks permuafakatan BN.

“Apa-apa pun kita sedia timbangkan tetapi bukan dalam bentuk ugutan…buatlah dalam bentuk permohonan, cadangan dan sebagainya,” katanya pada sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian usahasama antara pengeluar kenderaan Chery Automobile Co Ltd dan Alado Corporation Sdn Bhd, di Cyberjaya hari Jumaat.

Najib berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Samy Vellu, yang memberi kata dua kepada kerajaan untuk meminta bantuan daripada negara luar jika nasib kaum India di negara ini diabaikan.