Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Thursday, April 17, 2008

Saya proksi Khairy hanya 'anggapan'

Menteri belia dan sukan Datuk Ismail Sabri Yaakub berkata, masih terlalu awal bagi beliau membuat keputusan bertanding jawatan ketua Pemuda Umno dalam pemilihan parti akhir tahun ini.

"Kalau isytihar sekarang, dalam masa tiga bulan keadaan mungkin berubah. Mengapa hendak tergesa-tergesa dalam perkara yang belum pasti," katanya.

Beliau menambah, dakwaan bahawa beliau merupakan proksi Khairy "adalah anggapan semata-mata."

Paklah Beri Penjelasan


Tunaikan Janji Dulu...

Belum pun beberapa bulan mendapat kemenangan mengejut pada pilihanraya umum lalu, parti pembangkang sudah mula bercakap besar untuk meninggalkan Johor satu-satunya negeri yang bakal menjadi muzium UMNO.

Dengan nada yang cukup angkuh pemimpin Pas yang kini Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak berkata pakatan pembangkang akan menguasai semua negeri dan akan meninggalkan satu-satunya negeri Johor sebagai muzium UMNO untuk tatapan orang ramai.

Kenyataan pemimpin Pas itu menggambarkan sifat angkuh, sombong dan bongkak. Sebagai sebuah parti yang baru sahaja diberikan mandat oleh rakyat untuk mentadbir beberapa negeri, mereka seharusnya memberi tumpuan untuk melaksanakan tanggungjawab terutama janji-janji yang ditaburkan pada pilihanraya umum lalu.

Apa yang diberikan rakyat khususnya pengundi pada pilihan raya umum ke-12 yang lalu sebenarnya bukanlah kuasa semata-mata tetapi datang bersamanya satu tanggungjawab besar untuk menunaikan apa yang dijanjikan.

Buktikanlah dulu kemampuan dan kita percaya mulai sekarang hingga beberapa tahun akan datang rakyat akan dapat menilai dan menentukan di mana kedudukan mereka (pembangkang) pada pilihanraya umum akan datang.

Soal menang dan kalah adalah ditentukan oleh takdir Allah swt selain usaha dan ikhtiar semua pihak.

Namun dalam situasi hari ini terutama baru sahaja berakhirnya pilihan raya umum ke-12, adalah amat wajar soal kepentingan rakyat khususnya apa yang terkandung di dalam menifesto mereka diterjemahkan.

Kemana perginya manifesto yang mereka war-warkan sebelum pilihan raya umum lalu. Kita masih tidaknampak apa yang ingin direalisasikan oleh negeri yang dikuasai oleh parti pembangkang. Sepatutnya inilah yang perlu diutamakan.

Perpaduan kaum atau perpaduan Malaysia.?

Kini bukan lagi masanya untuk bercakap mengenai perpaduan kaum Melayu, Cina, India atau Kadazan. Sebaliknya kini merupakan masa untuk menumpukan kepada soal perpaduan seluruh rakyat Malaysia.

Perkembangan ini jelas dapat dilihat daripada keputusan pilihanraya umum lalu apabila rakyat tidak mengundi mengikut garis parti kaum. Pengundi pelbagai kaum telah beralih menyokong pembangkang. Jelas sekali bahawa pengundi Cina memangkah PAS, manakala pengundi Melayu pula menyokong (simbol) roket.

Oleh itu, sekarang adalah masa untuk bercakap mengenai perpaduan rakyat Malaysia yang bukan lagi berasaskan kepada garis kaum.

Itulah yang rakyat mahu dan ia akan menjadi tumpuan menjelang pilihanraya umum yang akan datang.

Barisan Nasional, mesti bersedia menerima realiti tersebut bagi mengelak sebarang polemik, walaupun bukan mudah memandangkan wujudnya parti-parti berasaskan kaum dalam BN, tetapi ia bukanlah sesuatu isu yang tidak boleh diatasi.

Ia perlukan komitmen, tetapi adalah mustahak bagi BN menerima falsafah kepelbagaian kaum supaya kekal relevan dan menebus semula kekalahan dalam pilihanraya umum lalu.

Malam Kesenian & Kebudayaan Banjar di Tanjong Karang

Majlis Malam Kesenian & Kebudayaan Banjar Dari Kalimantan Selatan Indonesia anjuran Pertubuhan Banjar Malaysia pada malam tadi di Dewan Dato' Hormat Tanjong Karang, Selangor berlansung dalam suasana cukup meriah, pengunjung yang hadir bukan sahaja hanya daripada etnik banjar tetapi semua etnik melayu serta daripada pelbagai kaum.

Beberapa pertunjukan kesenian dari Banjar Masin dan juga kumpulan Kesenian Selangor (MKN) turut memeriahkan majlis tersebut.

Pemaju Perumahan Tipu Penduduk

Prihatin Terhadap Rakyat…Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Templer Yang Juga Pengerusi Biro Pengaduan Awam Dan Hal Ehwal Pengguna Pemuda UMNO, Datuk Subahan Kamal Menerima Memorandum Bantahan Daripada Pengerusi Jawatankuasa Persatuan Penduduk Andari Townvilla, Selayang Heihghts, Encik Osley Ahmad Nazri Berhubung Tindakan Pemaju Yang Melaksanakan Projek Pembinaan Baru Di Atas Kawasan Parkir Pelawat Andari Townvilla, Semalam. Dalam Pertemuan Kira-Kira Hampir Dua Jam Itu, Pelbagai Perkara Dibangkitkan Oleh Penghuni Kawasan Berkenaan Dan Dalam Reaksi Spontan, Datuk Subahan Berjanji Untuk Menyelesaikan Kemelut Itu Secepat Yang Mungkin. Selesai Pertemuan Tersebut, Datuk Subahan Mengetuai Jawatankuasa Penduduk Terbabit Membuat Laporan Polis Di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak Dan Akan Membuat Tindakan Susulan Selanjutnya.

Orang ramai saran pemimpin Umno tumpu perhatian tugas tadbir kerajaan


TIMBALAN Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak bersalaman dengan Majlis Tertinggi Umno (dari kiri ke kanan), Datuk Noraini Ahmad, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Tan Sri Muhyidin Yassin, Datuk Sri Ali Rustam dan Datuk Seri Rafidah Aziz selepas menghadiri Mesyuarat Tertutup Umno Selangor di Shah Alam, semalam
Pelbagai pihak semalam sependapat bahawa pemimpin Barisan Nasional (BN), khususnya Umno, yang sebahagian besarnya anggota kerajaan, berhenti menuding jari atas prestasi buruk parti pada pilihan raya umum lalu supaya mereka boleh menumpukan perhatian kepada tugas mentadbir negara.

Mereka juga mahu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi diberi peluang dan waktu secukupnya untuk mengukuhkan semula parti sebelum melaksanakan proses peralihan kuasa kepada timbalannya, Datuk Seri Najib Razak.

Pada masa sama, mereka juga berpendapat, adalah tidak adil untuk meletakkan tanggungjawab kepada Abdullah seorang atas kegagalan BN mencatat kemenangan dengan majoriti dua pertiga di Parlimen dan kehilangan lima negeri pada 8 Mac lalu. - bharian

Kesatuan ummah harus dipentingkan bukan perbezaan politik!

Laporan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 3 April 2008 bertajuk "Perkahwinan tidak direstui" adalah amat tidak wajar.

Kejadian yang berlaku di Hulu Terengganu itu mungkin disebabkan akibat perbezaan politik oleh penyokong Pas dan UMNO.

Rasa terkilan dengan tindak-tanduk ibubapa pengantin perempuan yang sanggup membelakangi anak perempuan mereka sendiri, yang hanya ingin dikenali dengan nama Aminah, 24 semata-mata kerana fahaman politik.

Seharusnya perkara sebegini tidak berlaku kerana semua yang terlibat ialah orang Islam dan semua orang Islam adalah bersaudara.

Apakah yang lebih penting, fahaman politik atau ajaran Islam yang dibawa oleh nabi junjungan kita Muhammad s.a.w.?

Di bawah adalah beberapa hadis nabi berkaitan huhungan silaturrahim sesama Islam.

Hadis Jubair bin Mut'im r.a: Nabi s.a.w bersabda: Tidak akan masuk Syurga orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan (Silaturahim).

Hadis Anas bin Malik r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu saling benci-membenci, dengki-mendengki dan sindir-menyindir. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Haram seseorang muslim berkelahi dengan saudaranya lebih dari tiga hari lamanya .

Hadis Abu Musa r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Seorang mukmin terhadap mukmin yang lain adalah seperti sebuah bangunan di mana sebahagiannya menguatkan sebahagian yang lain.

Hadis Nu'man bin Basyir r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal berkasih sayang dan saling cinta-mencintai adalah seperti sebatang tubuh. Apabila salah satu anggotanya mengadu kesakitan, maka seluruh anggota tubuh yang lain turut merasa sakit.

Bukan ingin menyalahkan sesiapa tetapi takkan pemimpin Pas tidak pernah mengajar tentang hadis-hadis di atas tentang hubungan silaturrahim sesama Islam.

Islam adalah satu cara hidup dan itulah yang harus dipentingkan bukannya perbezaan politik yang membawa kepada perpecahan perpaduan ummah.

Banyak juga kejadian di negara Arab contohnya di Iraq sendiri membuktikan musuh Islam akan menggunakan apa sahaja cara untuk memecahbelahkan umat Islam termasuk memberi sokongan kepada pihak tertentu yang kononnya lebih Islam dari yang lain.

Semua kita adalah penganut Islam jadi kita seharusnya bersatu dan bukannya berpecah kerana perkara yang remeh-temeh seperti politik kerana yang paling penting dan utama ialah Islam dan kesatuan ummahnya.

Geng PM jawab, hentam musuh politik

Dua akhbar harian melalui lidah pengarang masing-masing menggesa para pemimpin BN "membantu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memenuhi segala janji kepada rakyat".

Lidah pengarang di muka depan Berita Harian dan New Straits Times hari ini juga turut mengkritik ketua Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan mantan menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.

Penerbitan editorial itu - jarang-jarang berlaku - dipercayai sebagai menjawab desakan demi desakan yang semakin popular meminta Abdullah melepaskan segera jawatan perdana menteri dan presiden Umno.

umno selangor najib muhyiddin event anti pak lah banners 160408 08Sejak Umno Johor mengemukakan cadangan "pelan peralihan" kuasa Abdullah kepada timbalannya Datuk Seri Mohd Najib Razak minggu lalu, suara desakan malah bertambah lantang.

Mereka meminta pelan penggantian kepemimpinan itu disegerakan.

Menjawab goncangan akibat keresahan akar umbi Umno itu, kedua-dua lidah pengarang akhbar bawah Kumpulan NSTP itu menyatakan "tidak adil untuk menyalahkan beliau (Abdullah) semata-mata.

"Perdana menteri memang mempunyai kelemahan dan kita juga akui beberapa janji BN pada pilihan raya umum 2004, tidak beliau penuhi. Sehingga kini pun, beliau tidak pernah menafikan bertanggungjawab."
Selepas pertemuan dengan badan perhubungan Johor, Jumaat lepas, Abdullah mengakui secara terbuka bahawa beliau daripada punca-punca penyebab BN kalah teruk.

nst headline to govt get on the job 160408Akhbar Berita Harian, senada dengan New Straits Times, menulis: "Tetapi apakah barisan kepemimpinan Umno seluruhnya harus bebas daripada turut sama dipertanggungjawabkan?

"Bukankah mereka juga sebelumnya tidak melakukan apa-apa terhadap keterlanjuran beberapa pemimpin dalam Majlis Tertinggi Umno? Jawapannya ialah mereka bersama-sama bertanggungjawab tetapi memilih untuk Abdullah seorang dipersalahkan."

Kedua-dua harian itu melanjutkan hujah mereka: "pemimpin BN terutama dari Umno masih lagi saling menuding jari."

Ia juga menyatakan: "Dengan mandat yang diberi untuk kembali berkhidmat kepada rakyat - walaupun kurang lapan kerusi daripada majoriti dihajati - BN seharusnya sudah mengorak langkah untuk memenuhi segala janji pilihan raya dengan matlamat menarik semula sokongan mereka lima tahun lagi.

"Malangnya, apa yang berlaku sejak 8 Mac lalu ialah pemimpin BN, khususnya di kalangan Umno, bercakaran sesama sendiri.

"Saban hari kedengaran tuduh menuduh di kalangan pemimpin Umno dan masing-masing cuba menyalahkan orang lain sebagai punca kemerosotan teruk BN pada pilihan raya umum lalu."

Dua lidah pengarang itu, daripada syarikat media yang mewakili kepentingan perdana menteri, dipercayai disediakan oleh pihak yang sama dan edisi berbahasa Melayu diterjemahkan daripada bahasa asal.

Ia menimbulkan tanda tanya selepas akhbar berbahasa Inggeris itu semalam menyiarkan sekeping foto penuh makna tersirat - Najib kelihatan sedang tersenyum nakal dan menjeling tajam di belakang Abdullah dengan tajuk utama 'I'll defend my post - says Abdullah' (saya akan pertahankan jawatan - kata Abdullah).

Tajuk itu pula diikuti keterangan "Abdullah will face any challenge for the post of Umno president in party elections in December. It's not yet time for Abdullah to step aside in favour of his deputy Najib."

(Abdullah sedia menerima cabaran untuk jawatan presiden Umno dalam pemilihan parti pada Disember. Belum tiba masanya Abdullah berundur untuk memberi laluan kepada Najib)

khir toyo interview 171207Berita Harian seterusnya menyatakan: "Ada yang mahu Abdullah seorang saja bertanggungjawab atas kekalahan (pilihanraya umum 8 Mac) itu sedangkan mereka terlepas daripada tanggungjawab itu.

"Mereka seolah-olah cuba menafikan hakikat bahawa kebencian sebahagian pengundi kepada BN dan Umno yang berputik sejak sekian lama, disuburkan oleh tindak-tanduk mereka sendiri sehingga menghasilkan buah busuk pada pilihan raya umum lalu."

Tindak-tanduk yang dimaksudkan itu termasuklah upacara menghunuskan keris oleh Hishammuddin di persidangan agung Pemuda yang "mengguris hati masyarakat bukan Melayu sehingga pengundi Cina tidak mengundi BN", merobohkan kuil di Selangor dan Dr Mohamad Khir menghadiahkan penyapu kepada kakitangan awam sehingga "menyebabkan ramai kakitangan awam dan pengundi Melayu mengundi pembangkang sehingga negeri itu kini bertukar kerajaan."

hishamuddin hussein kissing the keris at umno 57 agm 221106Seperti dakwaan Abdullah tentang kewujudan sabotaj yang meluas dalam Umno, akhbar-akhbar itu juga mengulangi hujah yang sama.

"Sabotaj di kalangan pemimpin Umno sendiri turut mengubah keputusan pilihan raya umum lalu. Berapa ramai ketua bahagian dan bekas wakil rakyat yang tidak terpilih semula sebagai calon, dilaporkan berkempen untuk mengalahkan calon parti sendiri.

"Malah ada ketua bahagian yang tidak mengagihkan peruntukan kempen pilihan raya kepada jentera parti kerana mahu menyimpannya untuk kempen pemilihan Umno, menyebabkan penyokong akar umbi marah sehingga berlaku sabotaj," lidah pengarang itu dipetik.

Akhbar dalam kumpulan Media Prima, gabungan media terbesar di Malaysia yang dikaitkan dengan kumpulan penyokong setia Abdullah, berkata lagi:

"Apapun rentetannya nanti, pengunduran Abdullah tidak mungkin dapat menyelesaikan semua masalah. Segala-galanya tidak akan menjadi serba harum dengan hanya seorang dijadikan korban.

"Sama ada disukai atau tidak, ahli Umno di segenap peringkat harus sama-sama memikul tanggung jawab di atas apa saja daripada kekurangan, kelemahan, keangkuhan mahupun keterlanjuran yang membuat pengundi menolak mereka.

"Rakyat sebenarnya mengharapkan perubahan dan tindakan, bukannya keasyikan Umno untuk terus berbalah sesama sendiri." - Malaysiakini

MB Selangor, Wan Azizah beri keterangan


Tarik tali antara pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan polis berhubung dengan siasatan penganjuran perhimpunan Black 14 Isnin malam berakhir apabila semua yang terbabit telah memberikan keterangan mereka kepada polis hari Rabu.

Walaupun pada awalnya pemimpin PKR meminta polis datang ke pejabat Menteri Besar Selangor untuk mengambil keterangan, polis akhirnya berkompromi dengan hanya mengambil keterangan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di pejabatnya di bangunan SUK Shah Alam.

Bagaimanapun Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Naib Presiden Mohamed Azmin Ali tetap diminta memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

Abdul Khalid memberitahu pemberita di lobi Bangunan SSAAS, bahawa beliau telah memberi keterangan selama 20 minit berhubung perkara itu.

Sementara Dr Wan Azizah dan Azmin pula serta pembantu khas Menteri Besar Selangor, Yahya Shaari memberikan keterangan di ibu pejabat polis kontijen Selangor jam 2 petang hingga 3.30 petang.

PKR menganjurkan perhimpunan yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman itu dan dihadiri kira-kira 10,000 orang, diberhentikan atas arahan polis kerana ia sepatutnya sebuah majlis jamuan malam tetapi bertukar menjadi perhimpunan tanpa permit.

Pada perhimpunan itu beberapa pemimpin PKR berucap termasuk Penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sementara itu Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Muhammad Sabtu Osman mendakwa, Abdul Khalid telah memutar belitkan fakta apabila menyatakan bahawa nama Anwar, termasuk dalam senarai awal yang diserahkan kepada polis.

Muhammad Sabtu berkata, nama Anwar hanya tersenarai sebagai antara tetamu yang hadir pada majlis tersebut tetapi tidak sebagai tetamu yang akan berucap pada perhimpunan "Black 14" di Kelab Sultan Sulaiman (KSs) Kampung Baru, Kuala Lumpur, Isnin lepas.

"Surat yang diberikan kepada polis kirakira seminggu sebelum majlis itu berlangsung, nama Anwar hanya ditulis sebagai antara tetamu yang hadir dan bukan sebagai penceramah. Kenyataan beliau itu hanyalah pembohongan sematamata," katanya kepada pemberita selepas majlis perbarisan Kor Kadet Polis ke38, di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur, hari Rabu.

Muhammad Sabtu yang menyangkal dakwaan Abdul Khalid itu berkata, hanya nama Azmin Ali, Abdul Khalid dan Timbalan Pengerusi KSS Datuk Mokhtar Ahmad saja yang tersenarai akan berucap.

Azmin, Abdul Khalid, Wan Azizah dan pegawai khas Menteri Besar Selangor Yahya Shahri sepatutnya hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi semalam untuk memberikan keterangan berhubung majlis itu.

"Pemimpin PKR itu tidak sepatutnya menghantar surat melalui peguam masingmasing menggunakan faks meminta polis datang ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor untuk diambil keterangan mereka," tegas Muhammad Sabtu.