Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Wednesday, April 16, 2008

Amanat Perdana Menteri


Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Mengingatkan Anggota Parlimen Supaya Tidak Membahaskan Isu Yang Boleh Menimbulkan Sensitiviti Kaum Di Dalam Negara Ini Semasa Perbahasan Di Dewan Rakyat Sebaliknya Mereka Perlu Memastikan Perbahasan Yang Berkualiti. Itu Adalah Antara Inti Ucapan Perdana Menteri Ketika Berucap Pada Majlis Perjumpaan Beliau Bersama Anggota Dewan Negara, Dewan Rakyat dan Dewan-Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional (BN) Di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC Di Sini, Isnin Petang.

UMNO Perlu Segera Belajar, Sebelum Benar-benar Diajar Rakyat

Hari ni kalau dilayari pelabagai laman blog ada yang menyokong tetapi memberi kritikan dan ada yang mencemuh dengan berbagai sebab. Inilah apa yang di luahkan oleh para blogger baik dari pihak penyokong UMNO mahupun pembangkang terhadap BN/UMNO.

Kalau peristiwa 11 September di New York City disebabkan angkara pengganas dan pemimpin Malaysia dengan lantang manyuarakan bahawa kita perlu mencari sebab mengapa mereka mengganas.

Hari ini selepas PRU12 kita telah melihat perubahan rakyat ke atas pakatan BN yang ditunjangi UMNO. Jangan dinafikan apa yang telah ditunjukkan oleh rakyat. Dengarlah wahai semua pemimpin-pemimpin atasan. Kembalilah merendah dan bermuhasabah diri.

Jangan bertengkar atau jatuh menjatuhkan satu sama lain kerana agenda sekarang ialah mencari punca masalah dan menyelesaikannya.

Bagi pemimpin yang perlu berundur maka berundur, bagi pemimpin yang perlu memberi bantuan hulurkan dengan profesional bukan melalui kritikan dan menghina.

Ini semua dilihat bahawa para pemimpin UMNO mahupun dahulu atau sekarang bersikap tidak profesional dan lebih kepada sifat kebudakan.

Rakyat hari telah mengatakan ini semua melalui bicara di kedai kopi. Mereka rata-rata dilihat sudah jemu dan muak dengan sikap para pemimpin BN khususnya UMNO sendiri yang masih lagi bertelagah.

Apa yang selalu dikatakan ialah "Aku undi BN kalah takpa tapi berubahlah biar rakyat tengok bahawa BN/UMNO ni parti yang bersikap profesional. Kalau tak mahu berubah biar kitalah yang berubah pilih pembangkang pula".

Ini adalah kenyataan serius daripada "traditional voters" sama ada dari wanita atau ahli UMNO sendiri. Sedangkan mereka ini dahulu penuh dengan semangat UMNO.

Bermula dengan pemuda selepas itu merebak ke peringkat golongan orang lama pula hendak beralih arah. Apakah rasionalnya ini? Mereka mahukan yang terbaik dan pembelaan bukan permainan politik yang memecah belahkan parti.

Ini semua merupakan satu perubahan yang perlu ditangani oleh pihak pemimpin parti dan barisan tertinggi UMNO. Jangan apabila sudah terlambat baru hendak diambil tindakan.

Seperti PRU12 yang lepas, apabila terlalu yakin maka fokus cuma diberikan kepada sesetengah tempat dengan serius. Tempat yang lain sekadar melepaskan batuk ditangga. Hasilnya dilihat pada PRU12.

Ada rakyat yang mengatakan sekiranya pembangkang boleh jaga negeri mungkin tak balik dah ke BN. Inilah yang menjadi mainan di bibir rakyat di negeri yang dikuasai pembangkang.

Manakala negeri yang dikuasai BN pula, mereka mengatakan kalau tak berubah biar kita ubah, baru mereka sedar.

Pemimpin parti perlu sedar dan bertindak segera sebelum keadaan menjadi parah.

Fokus dan tindakan agresif menyatukan akar umbi untuk menaikkan parti perlu diberikan tekanan. Melalui keteguhan parti sahaja maka mudah untuk bergerak memenangi hati rakyat.

Bangun dan sedarlah wahai pemimpin hari ini. UMNO lebih banyak dicaci daripada dipuji oleh sekelian rakyat. Turun ke bawah dan dengarlah sendiri. Parti keramat tidak lagi menjadi sanjungan.

Kembalilah bersama berjuang dengan niat yang ikhlas dan perjuangan yang berlandaskan hukum agama. UMNO/BN masih diberi peluang untuk memerintahkan gunakan ia sebaik mungkin agar tidak bertukar menjadi pembangkang pula.

Rancangkan agenda yang membawa kebaikan kepada rakyat dan turun ke bawah melihat dan mendengar rintihan serta keluhan rakyat. Lakukan perubahan dengan sedaya upaya.

Pemimpin wibawa pemimpin disanjung. Pemimpin yang bermuhasabah diri, peminpin yang dihormati. Pemimpin yang alpa selalu akan terkena.

UMNO perlu bergerak menjalankan kerja-kerja sebagai kerajaan yang dipilih untuk kembali disanjung dan dihormati. Golongan rakyat menanti agenda seterusnya.

Tunjukkan bahawa UMNO itu relevan dan seterusnya ia terus relevan dengan perubahan barunya.

Fasal apa Pak Lah harus letak jawatan

Persatuan Veteran UMNO menyatakan sokongan padu terhadap kepimpinan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

Presiden Persatuan Veteran UMNO Tan Sri Tajuddin Ali berkata, persatuan itu memberikan sokongan padu terhadap kepimpinan Abdullah sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

"Saya beritahu beliau kenapa beliau mahu meletak jawatan. Beliau mendapat mandat penuh, beliau mesti bertegas dan tidak boleh goyah dengan sesiapa," katanya.

Bagaimanapun beliau menjelaskan, pihaknya tidak menyentuh isu-isu berhubung peralihan kuasa tetapi menyampaikan pandangan bahawa Abdullah tidak perlu merasa terancam dengan desakan mana-mana pihak supaya beliau meletak jawatan.

Beliau juga menyifatkan individu yang mendesak Abdullah agar meletakkan jawatan berikutan prestasi buruk Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum baru-baru ini sebagai "orang yang tidak mengenang budi'.

Berdasarkan sejarah, ujar beliau, UMNO sememangnya telah mengalami pelbagai gangguan, termasuk peristiwa 13 Mei 1969, tetapi sebagai anggota parti yang setia, 'ubat' sentiasa dicari untuk mengubati gangguan itu.

Black 14: Polis ke pejabat MB S'gor

Pihak polis telah mengambil kenyataan menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim di pejabat rasminya berhubung siasatan perhimpunan ‘Black 14' di Kampung Baru kelmarin.

Anggota polis tiba di pejabat Khalid pada kira-kira jam 1 tengahari dan selesai mengambil kenyataannya dalam masa 20 minit.

Pagi ini polis menolak pelawaan parti itu untuk ke pejabat menteri besar Selangor di Shah Alam untuk mengambil kenyataan pemimpin parti tersebut.

anwar ibrahim april 14 kg baru event 150408Bagaimanapun selepas perbincangan dengan peguam PKR, pihak polis setuju untuk mengambil kenyataan menteri besar di pejabatnya, manakala tiga yang lain dikehendaki berbuat demikian di ibu pejabat polis negeri.

Semalam, polis ke rumah Wan Azizah, Khalid, Azmin dan Yahya Sahri, pembantu Khalid, untuk mengadakan siasatan berhubung perhimpunan tersebut.

Polis mendakwa perhimpunan di Kelab Sultan Sulaiman itu - sempena pembebasan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada larangan berpolitik - haram dan diadakan tanpa permit polis.

Lagi desakan agar PM berundur


Gelombang desakan supaya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berundur nampaknya berterusan di Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Kain-kain rentang yang menggesa Abdullah menyerahkan kuasa kepada Datuk Seri Najib Tun Razak digantung di luar kawasan sebuah hotel di Subang Jaya yang menjadi tempat perjumpaan jawatankuasa pengurusan Umno, dengan ketua bahagian dari kedua-dua negeri berkenaan.

Kain rentang tersebut yang dipasang oleh gabungan ahli Umno Selangor, dengan jelas menyuarakan sokongan mereka supaya Najib mengambil alih kepimpinan parti dan kerajaan.

umno selangor najib muhyiddin event anti pak lah banners 160408 07
Mereka juga menyatakan sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai timbalan presiden Umno.

Salah satu kain rentang tersebut berbunyi Kami sayangkan Pak Lah tetapi kami lebih sayangkan Umno.

Manakala yang satu lagi berbunyi Segerakan peralihan kuasa kepada Datuk Seri Najib dan Kami Sokong Najib sebagai presiden, Muhyiddin sebagai timbalan presiden.

Jangan Sisihkan Lima Negeri Ditadbir Pakatan Rakyat Dalam Pelancongan Kebangsaan, Kata Takiyuddin

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Kelantan Datuk Takiyuddin Hassan meminta Kementerian Pelancongan agar tidak mengasingkan lima negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat dalam perancangan pelancongan kebangsaan.

Beliau berkata kerajaan pusat seharusnya mengambil pendekatan turut memajukan pelancongan di lima negeri berkenaan iaitu Perak, Pulau Pinang, Kelantan, Selangor dan Kedah.

"Jika lima negeri itu tidak disertakan pasti akan pincang rancangan pelancongan kebangsaan kerana pakej pelancongan negara melibatkan semua negeri," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Pelancongan Datuk Seri Azalina Othman Said pada 26 Mac lalu berhubung Kementerian Pelancongan menamatkan perkhidmatan semua pengerusi dan anggota Majlis Tindakan Pelancongan Negeri (MTPN) di seluruh negara termasuk negeri-negeri yang dikuasai oleh parti pembangkang.

Azalina berkata tindakan itu diambil bagi membolehkan pengerusi dan anggota baru MTPN yang akan dilantik dalam waktu terdekat menjalinkan kerjasama lebih erat dengan kementerian.

Takiyuddin berkata sehubungan itu, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Azalina bagi membincangkan perkara itu. - Bernama

Jaga Hati Semua Pihak Supaya Bekerja Dalam Suasana Harmoni

Memenangi hati semua pihak tanpa mengira pangkat dan kedudukan merupakan sesuatu yang perlu diamalkan bagi memastikan suasana kerja yang harmoni dan selesa, kata isteri Perdana Menteri Datin Seri Jeanne Abdullah, hari ini.

Beliau berkata semua manusia mempunyai perasaan dan maruah yang perlu dihormati walaupun berbeza kedudukan terutama ketika bekerja dalam sesebuah organisasi yang mempunyai pelbagai peringkat jawatan.

Berucap merasmikan Seminar Peringkat Kebangsaan 'Setiausaha Berminda Kelas Pertama' anjuran Kelab Setiausaha Universiti Teknologi MARA di sini Jeanne berkata perasaan saling menghormati perlu diamalkan bagi memastikan semua kakitangan dalam sesebuah organisasi itu dapat menjalankan tugas dengan lebih baik tanpa rasa tertekan.

Kontraktor Kelas F Dapat Agihan Projek Bernilai RM10 Juta Ke Atas

Kontraktor Kelas F kini berpeluang mendapat projek daripada semua kontrak di bawah pelaksanaan Kementerian Kerja Raya yang berharga RM10 juta ke atas.

Menteri Kerja Raya Datuk Ir Mohd Zin Mohamed berkata langkah itu sejajar dengan dasar komprehensif kementerian bagi memastikan semua 17,000 kontraktor Kelas F yang aktif di seluruh negara mendapat kerja di bawah pelaksanaan projek mega Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

"Sebelum ini kontraktor Kelas F hanya berpeluang mendapat kerja yang harga projeknya bernilai RM200,000 ke bawah," katanya hari ini.

Beliau berkata kerajaan sedar rungutan di kalangan kontraktor Kelas F tentang kesukaran mendapat projek sejak kebelakangan ini.

"Langkah ini akan mewujudkan peluang kerja yang lebih banyak bagi golongan ini dan merealisasikan dasar perkongsian dan penglibatan secara langsung di dalam RMK-9," katanya.

Mohd Zin berkata inisiatif ini juga adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengembangkan kemampuan kontraktor Kelas F dan kementerian berharap menerusi konsep ini akan lahir para kontraktor yang mahir melakukan kerja dalam bidang pengkhususan seperti membubuh lapisan lepa, pemasangan sistem paip dan pendawaian.

Beliau berkata kementerian juga bercadang untuk mewujudkan satu sistem penanda aras kemahiran pekerja mahir dalam sektor pembinaan bagi melahirkan pekerja yang bangga dengan kemahiran masing-masing.

"Dalam hal ini, Lembaga Kemajuan Perindustrian Pembinaan (CIDB) akan memainkan peranan mewujudkan satu kaedah penanda aras kemahiran seperti di negara maju.

"Langkah ini sekaligus akan mengurangkan penggantungan negara terhadap tenaga kerja mahir asing," katanya.

Mohd Zin berkata setakat ini kementerian sedang mengeluarkan 24 bilangan Surat Setuju terima yang melibatkan projek berharga RM2.2 bilion dan daripada jumlah itu RM220 juta akan diperuntukkan kepada kontraktor Kelas F yang akan dinikmati oleh kira-kira 1,000 syarikat kontraktor Kelas F.

Beliau berkata jumlah keseluruhan yang telah diproses adalah 12 kontraktor utama membabitkan harga kontrak berjumlah RM1.3 bilion dan daripada jumlah itu sebanyak 572 kontraktor Kelas F akan ditawar kerja oleh kontraktor utama membabitkan kontrak bernilai sebanyak RM131 juta manakala selebihnya akan dilulus kemudian.

"Daripada kontrak bernilai RM131 juta itu akan diagihkan kepada kontraktor Kelas F iaitu RM70.6 juta di Terengganu, RM37 juta di Sabah, RM12.3 juta di Selangor, RM5.23 juta di Negeri Sembilan, RM4.02 juta di Kuala Lumpur, RM2.04 juta di Kelantan dan RM1.9 juta di Perak," katanya.

Beliau berkata kementerian akan memantau pembayaran kepada kontraktor Kelas F terbabit oleh kontraktor utama melalui satu mekanisme yang diwujudkan.

"Kementerian juga akan sentiasa memantau pelaksanaan kerja kontraktor Kelas F bagi memastikan mutu kerja tidak terjejas, langkah ini akan mewujudkan sektor pembinaan yang lebih cekap dan efisien serta melahirkan pekerja mahir tempatan," katanya.

PM tahu masa terbaik serah kuasa

Demi kebaikan parti dan negara, Datuk Seri Najib Tun Razak percaya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mempunyai kebijaksanaan untuk menentukan tempoh yang sesuai bagi peralihan kuasa.

"Kita serahkan kepada perdana menteri untuk menetapkan tempoh waktu yang sesuai. Saya yakin dengan kebijaksanaannya dalam memutuskan apa yang baik untuk parti dan negara," katanya.

najib tun razakNajib menegaskan demikian ketika diminta mengulas kenyataan Abdullah bahawa beliau akan mempertahankan jawatan presiden Umno pada pemilihan parti Disember ini walaupun ada gesaan dalam kalangan ahli Umno supaya beliau melepaskan jawatan, demikian menurut laporan Bernama.

Ini termasuk mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilaporkan sebagai berkata, peralihan kuasa dalam Umno perlu dilakukan sekarang bagi memastikan parti berada pada landasan yang kukuh untuk mengetuai Barisan Nasional (BN) merampas semula negeri-negeri yang jatuh ke tangan pembangkang.

"(Abdullah) telah membuat kenyataan untuk mempertahankan jawatan sebagai presiden parti. Saya percaya itulah satu keputusan yang selaras dengan hasrat beliau untuk memastikan keadaan dalam parti kita ini dapat dimantapkan,
memulihkan semangat parti dan menentukan parti berada di atas landasan yang lebih kukuh untuk menghadapi sebarang cabaran politik," jelas Najib yang juga timbalan perdana menteri kepada pemberita di Putrajaya semalam.

Semasa ditanya pendapatnya mengenai beberapa komen lantang pemimpin parti termasuk Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin, Najib berkata: " Umno merupakan sebuah parti yang demokratik, kami membenarkan pendapat dan pandangan berbeza disuarakan,"

Muhyiddin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dipetik sebagai berkata, Umno akan terjerumus ke dalam keadaan yang lebih teruk dan akan hilang kuasa jika tiada perubahan segera dilakukan dari segi kepimpinan parti.

Muhyiddin juga berkata beliau melihat ada satu perasaan membuak-buak wujud di peringkat bawahan parti kini iaitu perasaan tidak puashati yang ketara.

Media alternatif tidak kebal

Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek mengingatkan masyarakat bahawa mereka tidak boleh beranggapan bahawa media alternatif kebal daripada tindakan undang-undang.

Katanya, walaupun orang ramai ada hak untuk menulis apa saja secara dalam talian seperti penulis blog, kerajaan juga ada hak untuk membela orang lain daripada penulisan yang tidak benar dan memfitnah.

“Orang anggap media alternatif boleh lakukan apa saja. Ini tidak benar. Baru-baru ini ada kes terhadap sesetengah penulis blog ini. Walaupun hak menulis apa saja ada pada semua, kita juga masih ada hak mempertahankan orang yang dimalukan dengan kata-kata yang tidak betul,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Fellowship Kewartawanan Antarabangsa Pertama yang dianjurkan Institut Akhbar Malaysia (MPI) di Universiti Malaya (UM) hari Selasa.

Beliau berkata, dengan adanya teknologi seperti forensik siber, penulis atau mereka yang membuat fitnah melalui penulisan mereka dalam talian masih boleh dikesan dan dikenalpasti sekalipun mereka menggunakan Internet atau nama lain sebagai pelindung.

Mengenai media alternatif lebih popular di kalangan orang ramai yang ragu-ragu berbanding dengan media tradisi seperti surat khabar dan televisyen, Shabery berkata, media tradisi hendaklah membina reputasi dan kredibiliti mereka.