Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Saturday, October 25, 2008

Zahidi sah tarik diri , Tak ada duit mahu bersaing - Malaysiakini

KANGAR - Ketua UMNO Bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin kelmarin mengesahkan menarik balik hasratnya untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO dengan alasan perkembangan terbaru pencalonan tidak berpihak kepadanya.

Beliau mendakwa trend terbaru pemilihan dilihat lebih memberi tumpuan kepada kedudukan kewangan calon, manakala calon yang mempunyai sumber kewangan yang terhad menghadapi tekanan untuk terus mendapat pencalonan.

Dengan trend terbaru itu, Zahidi berkata, beliau tidak terdaya untuk bersaing dan terpaksa menarik balik hasrat untuk bertanding jawatan itu pada pemilihan UMNO Mac depan.

Zahidi yang setakat ini memperoleh satu pencalonan berkata dengan perkembangan yang tidak berpihak kepadanya maka adalah sewajarnya beliau menarik diri.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis itu berkata, sehubungan itu beliau kini menawarkan diri untuk bertanding kerusi Majlis Tertinggi UMNO.

1 comment:

cucupakkasim said...

mampui aku dengan mat di sorang ni, kami cukup kenai mat di ni..