Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Thursday, October 9, 2008

Siapa patut diam - Tun atau Andullah ? - Malaysiakini

Pak Lah masih Perdana Menteri Malaysia sehingga Mac dan apa juga kemungkinan boleh berlaku dalam politik, jangan terlalu pasti Pak Lah bukan lagi Perdana Menteri selepas Mac ini.

Tun Mahathir sepatutnya diam kerana beliau bukanlah Perdana Menteri dan bukan Presiden UMNO malahan bukan juga ahli UMNO. Sebagai Mantan Perdana Menteri yang telah bersara Tun tidak perlu mencampuri urusan UMNO, biar ahli dan pemimpin UMNO yang menentukan jalan cerita UMNO. Tun yang bertanding kerusi Ketua Pemuda UMNO eloklah tumpukan kepada pertandingan ini dan memastikan boneka Tun berjaya melepasi pencalonan kerana angin-angin akar umbi telah memberi isyarat bahawa boneka Tun tidak akan lepas pencalonan Ketua Pemuda UMNO.

Tun telah banyak merosakkan UMNO kerana dendam terhadap Abdullah, sekarang Abdullah telah mengumumkan untuk tidak mempertahanakan kerusi Presiden UMNO, apa lagi yang Tun mahu kerana Abdullah yang dianggap musuh no 1 beliau tidak akan pertahankan jawatan. Apa lagi yang Tun mahu…. Diamlah………. jangan ganggu UMNO lagi.

2 comments:

Anonymous said...

Ni kan budaya politik UMNO semenjak azali lagi, tikam belakang, ngata orang dan semua unsur negatif. Tak berapa nampaklah yang positif dalam UMNO semenjak penubuhan Malaysia 1967.

Sutera Timur said...

Dalam politik sesiapa pun boleh komen .Apa hebatnya jadi PERDANA MENTERI kalau akhirnya menjahanamkan parti dan negara. Janganlah jadi seperti cerita"singapura dilanggar todak"budak cerdek yg memberi idea untuk pertahankan singapura drp todak dibunuh begitu sahaja hanya kerana kebijaksanaannya.Janganlah kita ibarat pak pandir meng bersorak kampung tergadai.Idea yg baik harus diguna pakai demi kesinambungan ,kemajuan dan pembangunan ,kemerdekaan,ekonomi dan politik Malaysia.Jangan kerana kuat mengampu negara tonggang terbalik pun masih dibiarkan
dan akhirnya semua ,hancur ,ranap,punah dan musnah.....fikir-fikirlah sendiri.......