Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Friday, October 24, 2008

Sharizat berganding dengan Azalina - Malaysiakini

Pertandingan Pemuda UMNO pada kali ini sungguh hebat sekali, kerancakan pertandingan ini mulai dirasai dan kebanyakan bahagian yang mengambil dan sikap tunggu dan lihat dan diakhir-akhir dua minggu kebelakangan ini mereka mula sedar bahawa mereka sebenarnya tidak membuat pilihan yang tepat dan tidak memberikan peluang kepada pemimpin lain yang telah menwarkan diri.

Pertandingan Wanita UMNO juga tidak kurang hebatnya apabila Datuk Seri Sharizat akan membuat keputusan minggu hadapan, sama ada beliau akan menerima suara akar umbi yang mahukan beliau untuk merebut kerusi Ketua Wanita UMNO walaupun plan peralihan telah dipersetujui. Jika Sharizat mengumumkan untuk bertanding, ini bererti dalam UMNO sekarang, janji bukanlah sesuatu yang perlu dipercayai. Jawatan adalah yang paling utama.

Namun jika Sharizat punyai alasan beliau sendiri untuk bertanding, bererti jawatan Naib Ketua Wanita perlu dipertandingkan. Setakat ini hanya Datuk Kamalia sahaja yang menjadi proxy Rafidah yang hampir melepasi kuota pencalonan diikuti jauh oleh Datuk Seri Azalina, Jika Datuk Kamalian sahaja yang lepas kuota pencalonan minggu ini, bererti beliau secara automatik akan menjadi Naib Ketua Wanita UMNO.

Sharizat tentu mahu berpasangan dengan Azalina untuk merebut kerusi Ketua dan Naib Ketua Wanita UMNO. Mnggu ini adalah minggu yang paling baik untuk Wanita UMNO mencalonkan Azalina dan memastikan ada pertandingan bagi kerusi Naib Wanita UMNO Malaysia.

1 comment:

cucupakkasim said...

menunggu persidangan wanita di bahagian jelutong,kalau sharizat dicalunkan,bermakna ia mendapat endorsement dari si-Dol(dan sememangnya rafidah akan kene renyak),terbukti bahawa KJ telah d-endorse oleh si-Dol bila pemuda telah mencalunkan beliau untuk jawatan ketua pemuda dan menang tanpa saingan...