Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Friday, October 10, 2008

Semua 6 bahagian Umno Melaka calonkan Najib - Malaysiakini

Semua enam bahagian Umno di Melaka yang akan memulakan mesyuarat Ahad ini akan mencalonkan Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak sebagai Presiden Umno pada pemilihan parti, Mac depan.

Ketua Menteri yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata semua enam bahagian itu bersetuju mencalonkan Najib untuk jawatan presiden selepas Perdana Menteri yang juga Presiden parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan beliau tidak mempertahankan jawatan itu pada pemilihan berkenaan.
“Umno Melaka akan bekerjasama dan berdiri teguh di belakang Najib untuk memastikan kemenangannya (Najib),” katanya kepada pemberita di Melaka, semalam.
Najib semalam telah mengumumkan beliau menawarkan diri bertanding jawatan Presiden Umno.

Umno Bahagian Kota Melaka akan mengadakan mesyuaratnya pada Ahad ini, diikuti Masjid Tanah, Alor Gajah dan Bukit Katil masing-masing pada 19 Oktober, manakala Tangga Batu dan Jasin dijadualkan pada 25 Oktober.

Mengenai hasratnya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno, Mohd Ali, yang kini Naib Presiden Umno, berkata jawatan itu kosong dan dengan itu beliau menawarkan diri untuk bertanding.

Katanya beliau mahu membantu presiden untuk meneruskan kesinambungan dasar dan perancangan bagi membangunkan rakyat dan negara.
“Dasar yang diperkenalkan Najib iaitu “One Malaysia” dijangka dapat memulihkan keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap parti dan kerajaan Barisan Nasional,” katanya.
Beliau berkata tumpuan dalam bidang lain terutama ekonomi dan kemiskinan wajar diberi perhatian segera untuk mengatasinya.

No comments: