Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Friday, October 24, 2008

Ramai yang nampak politik wang menguasai pencalonan - Malaysiakini

Nampaknya politik wang tidak lagi dapat dibendung dalam pemilihan UMNO kali ini kerana pemimpin yang begitu ghairah untuk merebut jawatan dalam parti, hari ini Rais Yatim sudah begitu bosan dengan politik wang menyatakan eloklah pertandingan dalam kepimpinan UMNO ini di adakan mengikut pembukaan tender.

Ini bukan sahaja berlaku dalam pertandingan peringkat bahagian, malahan ianya berlaku diperingkat Pemuda dan juga Puteri UMNO, buka saja tender kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi pemimpin dalam UMNO. Lepas itu UMNO bolehlah dibungkus sebagai nasi lemak. Bayangkan jika RM500 diberikan kepada perwakilan Pemuda Kelang oleh calon yang mahukan Bahagian itu menolak Ketua Pemuda sekarang yang pro Khairy Jamaluddin, berapakah jumlah wang yang akan mereka berikan untuk pertandingan nanti. Siapa yang memberi akan terasa. Kalau mahu tahu siapa yang memberi tanyalah dengan pengarah pemilihan tidak rasmi……

Menurut Rais Yatim, beliau muak dengan gejala politik wang yang didakwa berlaku semasa pemilihan UMNO bahagian, Ahli Majlis Tertinggi (MT), Datuk Seri Dr. Rais Yatim menyarankan agar semua jawatan tertinggi parti itu dipertandingkan secara ‘tender’. Menteri Luar itu berkata, wang yang digunakan untuk mendapatkan jawatan tertinggi parti itu kelak boleh digunakan oleh parti untuk apa jua tujuan yang difikirkan perlu.

Tegasnya, idea itu juga mungkin sesuai memandangkan politik wang telah menjadi budaya dalam UMNO sejak sekian lama. ”Saya kira (jika) mereka nak menyumbang, adalah lebih baik UMNO mengadakan sistem tender iaitu siapa yang menyumbang lebih tinggi, dia jadi ketua dan UMNO akan ambil duitnya itu.

”Siapa yang banyak duit, bolehlah mengemukakan tawaran. (Kelak nanti) kita dalam UMNO akan jadi bahan ketawa masyarakat umum,” berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis makan tengah hari bersama wakil-wakil kedutaan dari benua Amerika kelmarin.

Menurut Rais, kesukaran UMNO menyelesaikan isu politik wang banyak dikekang ketiadaan bukti yang kukuh bagi menghukum mereka yang terlibat. Katanya, perlakuan orang yang memberi rasuah cukup sukar dibuktikan kerana pihak-pihak itu memainkan peranan yang cukup licik dan licin. ”Mereka buat semasa orang ‘tidur’ atau masa orang tak sedar, jadi tidak dapatlah tindakan diambil kerana buktinya tidak ada,” katanya.

No comments: