Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Sunday, October 26, 2008

Mukhriz vs Khairy vs Khir Toyo - Malaysiakini

Walaupun ramai yang mengidam nak tengok pertandingan satu lawan satu antara Datuk Mukhriz Mahathir dan Khairy Jamaluddin tetapi Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo tetap bersemangat nak jadi orang ketiga.

Debaran mengejar pencalonan berakhir Sabtu malam bila bekas Menteri Besar Selangor itu boleh kata sudah sah layak menyertai Ahli Parlimen Jerlun dan Rembau itu merebut jawatan nombor satu Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang dikosongkan oleh Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

Ini bila mana beliau berjaya merangkul lapan pencalonan menjadikannya 38 yakni kurang satu sahaja untuk cukup kuota 39.

Ramai yang berminat mengikuti satu per satu pencalonan mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Sabtu kerana nak tahu samada Dr Khir mampu atau tidak sampai ke garisan penamat.

Selain dari beberapa Pemuda UMNO Bahagian lagi akan bermesyuarat hari ini dan seterusnya Dr Khir mempunyai ‘ talian hayat ‘ yang mungkin pasti mencalonkannya iaitu Pemuda UMNO bahagian Sungai Besar,Selangor dimana beliau adalah Ketua UMNO Bahagian pada 2 November.

Sepanjang hari Sabtu Dr Khir mendapat pencalonan dari Pemuda Sandakan,Parit,Petaling Jaya Utara,Maran,Lumut,Kluang,Sipitang dan Seputeh.

Mukhriz mendapat 65 pencalonan manakala Khairy 44.

Pertandingan antara ketiga mereka dijangka menjadi highlight pemilihan UMNO kali ini selain dari perebutan jawatan Naib Presiden UMNO dan mungkin Timbalan Presiden.

No comments: