Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Saturday, October 11, 2008

Mukhriz 12, Khairy 9 pencalonan - Malaysiakini

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin merapatkan jurang pencalonan dengan Datuk Mukhriz Mahathir apabila beliau memperolehi lima lagi pencalonan untuk bertanding jawatan ketua Pemuda Umno Malaysia.

Mukhriz pula mendapat empat lagi pencalonan, iaitu dari bahagian Lipis, Jempol dan Jelebu hari ini

Hari ini, Khairy mendapatkan lima pencalonan dari bahagian Beruas, Kota Kinabalu, Bagan Serai, Raub dan Bandar Tun Razak - untuk mengumpul sejumlah tujuh pencalonan setakat ini.

Di Beruas, Khairy mendapatkan 63 undi manakala Mukhriz mendapat 21, manakala bahagian Kota Kinabalu sebulat suara mencalonkan Khairy.

Bagi jawatan naib presiden, Beruas mencalonkan exco Pemuda, Datuk Reezal Merican Naina Merican. Kota Kinabalu pula mencalonkan ketua Pemudanya, Bahrul Razha Chuprat untuk bertanding naib ketua pusat.

Bahagian Serai memilih Khairy dan Reezal secara sebulat suara.

Di Raub, Khairy mendapat 73 undi manakala Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendapat 37 undi.

Sebelum itu, Khairy mendapat pencalonan daripada Machang, Pengkalan Chepa, Silam dan Ketereh.

Bagaimanapun, Mukhriz yang juga ahli Parlimen Jerlun, masih mendahului apabila mendapat empat pencalonan hari ini, termasuk bahagian Lipis dan Pasir Gudang - menjadi jumlahnya sebelas setakat ini.

Di Lipis, Mukhriz mendapat 94 undi, Khairy memperolehi 47 manakala bekas Dr Mohd Khir mendapat 2 undi.

Di Jempol pula, Mukhriz mendapat 168 undi manakala Khairy memperolehi enam undi sahaja.

Di Jelebu, Mukhriz mendapat undi terbanyak, manakala Khairy mendapat empat undi manakala Dr Mohd Khir (8)

Bagi naib presiden pula, Lipis mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim. Jempol turut mencalonkan Razali untuk naib ketua. Razali juga mendapat pencalonan dari bahagian Raub dan Jelebu.

Mukhriz sebelum ini mendapat pencalonan dari bahagian Jerlun, Besut, Kimanis, Alor Star, Cameron Highlands, Kota Melaka, Tasek Gelugor dan Bukit Gelugor.

Cameron Highlands, yang turut mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim untuk jawatan naib ketua.

Manakala bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo mendapat dua pencalonan dari Bahagian Tumpat dan Kapar.

Seorang lagi calon - timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Perlis, Datuk Zahidi Zainul Abidin belum mendapat pencalonan.

Reezal sehingga jam 4.30 petang mendapat enam pencalonan manakala Razali mendapat lima pencalonan untuk jawatan naib ketua.

Pencalonan Muhkriz dan Razali dibuat secara sebulat suara oleh perwakilan Bukit Gelugor.

Bagaimanapun di Tasek Gelugor, selepas pengundian, Mukhriz mendapat 124 undi manakala Khairy yang juga ahli Parlimen Rembau, memperolehi 36 undi.

bahagian umno meeting hari ini

Di bahagian Kota Melaka pula, Mukhriz memperoleh 98 undi manakala Khairy memperolehi 69 undi.

Bagi jawatan ketua Puteri pula, sehingga ini, Naib Ketua Puteri, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin mendapat 10 pencalonan; Ketua Penerangan Puteri, Datuk Shahaniza Samsuddin (7); Exco Puteri Umno Datin Ismalina Ismail (2); Setiausaha Puteri, Bibi Sharliza Mohd Khalid (2) dan Ketua Puteri Pulau Pinang Azlina Mehtab Mohd Ishaq (1)

Sepuluh bahagian yang mencalonkan Rosnah adalah Kimanis, Padang Rengas, Tumpat, Pensiangan, Ketereh, Sipitang, Kuala Terengganu, Besut, Beruas dan Silam.

Manakala Shahaniza menerima pencalonan daripada bahagian Langkawi dan Kuantan.

Kudat, Keningau, Kuala Kedah, Sandakan dan Pokok Sena.

Dua pencalonan diperoleh Ismalina daripada bahagian Padang Serai dan Cheras manakala Bibi Sharliza memperoleh pencalonan dari bahagian Baling dan Padang Terap.

Azlina yang juga ketua Puteri Pulau Pinang, pula menerima pencalonan tunggal dari bahagian Tasek Gelugor.

Sementara itu, kira-kira 23 bahagian Pemuda, Wanita dan Puteri yang bermesyuarat hari ini untuk memilih calon ketua pergerakan masing-masing di peringkat bahagian dan pusat.

Antaranya ialah bahagian Jempol,Jelebu, Beruas,
Kalabakan, Pontian, Silam, Bagan Serai, Semporna, Kota Kinabalu, Kuantan, Tasek Gelugor, Bukit Gelugor, Parit Buntar, Taiping, Pasir Gudang dan Pagoh.

Manakala yang lainnya termasuk Pagoh, Kampar, Kota Melaka, Mersing, Cheras, Bandar Tun Razak, Bukit Bintang dan Titiwangsa.

No comments: