Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Saturday, October 25, 2008

Mengapa Khairy tidak layak menjadi Ketua Pemuda UMNO? - Malaysiakini

Bukan hanya sekadar memberikan kelayakan kepada Khairy Jamaluddin untuk bertanding sebagai Ketua Pemuda UMNO, sokongan padu perlu diberikan kerana beliau bukan bergantung kepada kepopulariti , beliau sendiri dan bukan berpayung sebagai menentu Perdana Menteri. Pencalonan yang diberikan kepada beliau adalah terjemahan hasil kerjaya beliau yang sebenar dalam politik tanah air.

Akar umbi juga telah membuktikan bahawa mereka juga adalah penyokong Khairy Jamaluddin selaku naib Ketua Pemuda UMNO dan bukan menentu Perdana Menteri, kejutan kempen calon yang menentang Khairy dan isu bapa mentua diperbesarkan mencacatkan sedikit pencalonan kerana banyak komen-komen nagatif sengaja diadakan untuk melenyapkan Khairy dalam arena politik tanah air. Namun sokongan akar umbi akan merubah rentak di akhir-akhir pencalonan kerana ahli UMNO mulai sedar bahawa Khairy punyai kelebihan tersendiri.

Tidak hairan jika pencalonan kepada Khairy agak lembab kerana ramai yang telah termakan hasutan dan terpengaruh dengan kempen calon yang mahu menjatuhkan Khairy Jamaluddin. Bukan sekadar layak pencalonan sahaja, tetapi minggu ini kita perlu memberikan pengiktirafan tempat yang mutlak kepada yang hak untuk menerajui Pemuda UMNO. Jika dahulu ramai yang mengatakan Khairy Jamaluddin bernaung dibawah payung Perdana Menteri dan tidak mempunyai penyokong akar umbi, hari ini tanpa pengaruh Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin mendapat pencalonan dari lebih 37 bahagian dan yang pasti akan layak bertanding untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO.

Seharusnya trend tunggu dan lihat dan jangkaan Khairy tidak akan memberikan tentangan atau Khairy tidak mempunyai sokongan ahli akar umbi meleset dan semua cakap-cakap yang menyatakan bahawa Khairy Jamaluddin tidak mempunyai sokongan akar umbi telah dinafikan oleh ahli akar umbi. Kita tidak harus merasa hairan mengapa keadaan begini berlaku, kenapa Khairy mempunyai sokongan akar umbi. Banyak cerita negatif yang kita dengar tentang Khairy Jamaluddin.

Dari mana datangnya penyokong akar umbi Khairy? Mengapa Khairy berhak menerajui kepimpinan pemuda ?

1) Lebih kurang empat tahun beliau adalah Naib Ketua Pemuda UMNO yang telah turun ke padang melaksanakan tanggungjawab beliau dengan baik. Kita perlu tanya kembali kepada diri kita sendiri, Siapakah yang turun menjadi Front Liner mengepalai pemuda setiap kali pilihan raya kecil di adakan .

a) Khairy Jamaluddin B) Khir Toyo C) Mukhriz Tun Mahahthir ?

2) Siapakah yang kandang mempertahankan maruah Pemuda setiap kali pemuda diserang oleh parti pembangkang di parlimen mahu pilihan raya kecil ?

a) Khairy Jamaluddin b) Mukhriz c ) Khir Toyo.

3) Pernahkah Khairy memburukkan UMNO mahupun pemimpin UMNO yang lain sepanjang kerjaya beliau dalam politik ?

4) Pernahkah Khairy biadab dengan mantan Perdana Menteri atau menjawab setiap teguran mahupun kritikan ataupun kutukan dari Mantan Perdana Menteri terhadap diri beliau ? pernahkah Khairy mencampuri kemelut yang berlaku antara Bapa Mentua beliau dengan mantan Perdana Menteri seperti Mukhriz yang seiring biadab kepada Perdana Menteri ?

5) Pernahkah Khairy menyerang calon- calon yang sering menyerang beliau dalam kempen merebut jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO.

6) Siapakah yang mengambil berat untuk menaikkan maruah UMNO khususnya Pemuda UMNO. Di Permatang pauh , Khairy memberikan khidmat 150% kepada pilihanraya dan tidak langsung mempedulikan tentang pemilihan dan perebutan jawatan Pemuda berbanding dengan kedua calon yang terang-terang mengakui ke Permatang Pauh untuk berkempen bagi melobi kedudukan bagi pemilihan UMNO. Mukhriz membuat sidang akhbar bahawa beliau bersedia bertanding setelah menemui Ketua Pemuda di Permatang Pauh dan ramai yang memberikan endorsement untuk beliau bertanding. Khir Toyo juga berada di Permatang Pauh , namun sukar kita melihat beliau berada di program-program kempen UMNO bagi membantu BN menang dalam pilihan raya kecil berkenaan. Menang atau kalah itu soal kedua.

7) Gagalkah Khairy Jamaluddin memimpin dan menjalankan tanggungjawab beliau sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO dan jika menurut haraki, beliaulah yang layak menggantikan Hisyamuddin, mengapa kita perlu menafikan hak beliau sebagai Ketua pemuda UMNO Malaysia, jika beliau layak.

8) Apakah Khairy bukan seorang pemuda yang bijak dan tidak layak untuk menerajui kepimpinan Pemuda ? Apakah beliau tidak mempunyai kelulusan akademik yang boleh di bangga kan oleh ahli Pemuda?

9) Jika Khairy dikatakan sebagai calon Payung Terjun , Calon yang lain juga adalah calon payung terjun, Khir Toyo adalah calon Payung Terjun menggantikan Datuk Abu Hassan , Mukhriz juga calon yang baru saja terjun dengan Payung Terjun setelah Mantan Perdana Menteri meletakkan jawatan.

10) Hanya Khairy Jamaluddin yang pernah mengikut haraki sebenar dalam Pemuda , Bermula sebagai ahli biasa dan kemudian sebagai exco pemuda dan menjawat jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO.

Kesimpulannya, tidakkah kelayakan yang ada pada Khairy melayakan beliau menerajui kepimpinan tertinggi pemuda? Mengapa beliau tidak boleh diiktiraf sebagai Ketua Pemuda UMNO ? Keyakinan perwakilan kian menebal dan parti minggu ini akan menyaksikan perubahan kepada gelombang pencalonan.

1 comment:

cucupakkasim said...

cerita apa bro?suruh dia nyanyi lagu umno tengok,dia reti ke tak? tanya dia,ada nombor caruman EPF?