Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Friday, October 10, 2008

Idris Jusoh sedia tanding Naib Presiden jika dicalonkan - Malayiakini

Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh yang sebelum ini menawarkan diri bertanding ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno sedia menimbang bertanding jawatan Naib Presiden jika mendapat pencalonan.

Idris yang juga Ketua Umno Bahagian Besut berkata, beliau lebih selesa untuk membiarkan perwakilan Umno mencadangkan jawatan untuknya menawarkan diri bertanding sebelum membuat keputusan.
"Sikap saya berbeza sedikit kerana saya lebih suka orang Umno yang mencadangkan kerana mereka (ahli Umno) tahu dan kenal siapa pemimpin mereka. Kalau saya mendapat pencalonan yang cukup saya akan bertanding dan bersedia menawarkan diri.

"Saya lebih suka jika ahli Umno bahagian menilai pemimpin mereka dan membuat cadangan, kalau mereka merasakan saya layak dan jika cukup pencalonan saya akan bertanding, kalau tak cukup saya tak bertanding tidak mengapa," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Mesra Aidilfitri anjuran Badan Perhubungan Umno Terengganu di Primula Beach Resort, di Kuala Terengganu semalam.

Beliau mengulas sama ada bersedia menawarkan diri bertanding jawatan tertinggi parti jika dicalonkan.

1 comment:

kayamuda said...

masalahnya, ada ke orang yang nak calonkan idris?