Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Tuesday, October 7, 2008

Hormat pemimpin - Malaysiakini

Pemimpin UMNO yang berhasrat menawarkan diri bertanding jawatan nombor dua parti, seharusnya menunggu pengumuman Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sama ada mahu mempertahankan jawatan Presiden atau sebaliknya pada pemilihan Mac tahun depan.

Pengerusi Tetap UMNO, Tan Sri Onn Ismail berkata, walaupun parti itu mengamalkan demokrasi yang membenarkan ahli bertanding sebarang jawatan, namun tradisi menghormati pemimpin perlu diteruskan.
“Semua boleh tawarkan diri bertanding, cuma jangan mendahului, tunggu Presiden umum dahulu, kalau Pak Lah sudah umum tidak mahu bertanding, itu tidak mengapa,” katanya kepada pemberita di Shah Alam, kelmarin.

1 comment:

Nordin said...

Inilah yang dikatakan otak feudal. Jangan jadikan menteri seperti sultan. Kalau sultan dan agong boleh memerintah mengikut lunas undang-undang dan perlembagaan, kenapa orang politik boleh dinobatkan lebih daripada raja?

Inilah dosa umno yang terbesar kepada orang melayu, Menjadikan orang melayu 'hamba' kepada pemimpin umno.

Kalau agong boleh undur secara otomatik selepas lima tahun kenapa pemimpin umno tidak boleh undur secara otomatik selepas tiga tahun?

Kalau agong boleh menyerahkan perlantikan kepada majlis raja-raja, kenapa pemimpin umno tidak boleh menyerahkan kepada ahli dan perwakilan menentukan secara bebas tentang siapa yang akan menjadi ketua mereka?

Apakah hormat kepada pemimpin umno lebih hebat dari hormat kepada raja? Sedangkan kesetiaan kepada raja telah menjadi asas dalam rukun negara.

Sekiranya mencadangkan seseorang atau mengistihar diri mahu bertanding sebagai biadap, sesungguhnya umno telah mengujudkan suatu 'kesultanan' baru dalam negara.

Setelah merdeka, negara telah membebaskan rakyat dari menjadi hamba sultan menjadi penguasa bersama negara ini, maka kini umno mahu menjadikan semula orang melayu hamba kepada 'kesultanan umno'. Ini sudah melampau!