Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Saturday, October 25, 2008

Dilema seorang Ketua UMNO Bahagian…. - Malaysiakini

Kenapa ni Datuk? Seronok tengok Datuk Shahrir Samad lama merenung buku kecil ni.Kalau nak tau apa yang tercatat dalam buku kecil ini bukanlah senarai harga barang.

Walaupun sibuk kena pantau dan jaga segala macam hal pasal harga barang tapi di musim menjelang pemilihan UMNO Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ni yang juga Ketua UMNO Bahagian Johor Bharu juga terpaksa melayan kawan-kawan yang datang melobi minta pencalonan dari bahagiannya untuk jawatan Majlis Tertinggi UMNO,Naib Presiden dan Timbalan.

Biasanya semua datang jumpa beliau minta pencalonan itu dicatatkan dalam buku kecil itu. “ Takut lupa,” katanya semasa berbual di bilik rehat Ahli Parlimen petang Khamis.

Ditanya apakah beliau memberi apa-apa komitmen misalnya janji pasti calonkan mereka yang datang jumpanya,Shahrir kata, “ tidak...komitmen saya setakat catat saja dulu.”

Beliau membayangkan apa jua keputusan muktamad siapa nak dicalon oleh bahagiannya nanti terserah pada mesyuarat bahagian.

Menteri ini yang nak mempertahankan jawatan ahli Majlis Tertinggi UMNO nampak relaks saja.

Malah semasa diminta oleh seorang yang menawar diri untuk bertanding supaya masukan namanya dalam senarai bahagian Johor Bharu, Shahrir tidak kedengaran pun meminta sebagai balas namanya dimasukan dalam senarai bahagian orang berkenaan.

Dalam musim pemilihan ini keadaannya memang boleh memeningkan kepala seseorang Ketua UMNO Bahagian.

Ini kerana yang datang melobi minta pencalonan ramai manakala jumlah pencalonan pula terhad.

Bagi jawatan Timbalan Presiden cuma satu nama boleh dicalonkan,Naib Presiden tiga manakala ahli Majlis Tertinggi UMNO 20.

Ada juga yang mengamalkan cara barter trade – aku bagi engkau…engkau bagi aku.

Bagi seseorang Ketua UMNO Bahagian yang juga nak bertanding jawatan Majlis Tertinggi UMNO keatas soal pencalonan bahagianya kenalah berstrategi.Ini untuk memastikan dia juga mendapat pencalonan yang tinggi.

Biasanya mereka lebih cenderong nak buat ‘ pertukaran ‘ pencalonan dengan calon-calon dari negeri-negeri yang banyak bahagian seperti Sabah,Johor dan Perak.

Melaluinya mereka berharap ia akan mendorong rangkaian kawan-kawan di bahagian-bahagian lain di negeri itu mencalonkannya sama.

Apapun siapa yang bakal dicalonkan oleh UMNO bahagian Johor Bharu pada mesyuaratnya 26 Oktober ini juga dikira menarik untuk diperhatikan.

Ini kerana dalam percaturan politik tanahair Shahrir selalu dikira orang yang ‘ lain sikit’ dari orang lain.

No comments: