Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Saturday, October 11, 2008

Biasalah .. Di Mata Tun Hanya mukhriz yang layak - Malaysiakini

Ketua Umno Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno, menyifatkan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang melabel mereka ‘pak lawak’ sebagai satu penghinaan dan boleh memecahbelahkan parti. Beliau berkata, bekas Perdana Menteri itu perlu berhenti daripada memberi pandangan negatif berhubung parti jika beliau ikhlas hendak memperbetulkan parti.

Katanya, kenyataan Dr Mahathir bahawa tiga pesaing selain Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden parti pada pemilihan Mac tahun depan, sebagai ‘pak lawak’ tidak sewajarnya dibuat.
“Hentikan pandangan negatif jika Dr Mahathir benar-benar serius dan ikhlas hendak perbetulkan parti,” katanya ketika dihubungi, bagi mengulas kenyataan Dr Mahathir yang melabel beliau sebagai pak lawak kerana menawarkan diri bertanding kerusi Timbalan Presiden Umno.
Selain Nur Jazlan, dua lagi yang menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden dan disifatkan Dr Mahathir sebagai ‘pak lawak’ ialah Naib Presiden, Datuk Seri Mohd Ali Rustam serta Ketua Penerangan, Tan Sri Muhammad Muhamad Taib.

Rabu lalu, ketika mengulas mengenai Datuk Seri Najib Razak sebagai pemimpin yang berkemungkinan menjadi Perdana Menteri selepas ini, Dr Mahathir berkata beliau tidak tertarik dengan prestasi Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri sekarang.

Beliau menyifatkan Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri yang tidak cekap kerana tidak mempunyai pendirian sendiri dan sering mengikut nasihat Abdullah dan oleh itu, Najib perlu membuat perubahan apabila mengambil alih teraju kepemimpinan negara kelak.

Mengenai orang yang berkemungkinan menjadi timbalan Najib, Dr Mahathir berkata ia sepatutnya Muhyiddin dan pesaing lain yang ada sekarang bagi mengisi jawatan Timbalan Presiden Umno hanyalah ‘pak lawak’ semata-mata.

Nur Jazlan juga berkata, meskipun apa yang dinyatakan Dr Mahathir itu adalah pandangan peribadinya, beliau berharap ia tidak menghina orang muda kerana apa yang hendak dibawanya adalah untuk meremajakan Umno.

Sementara itu, Mohd Ali ketika dihubungi enggan mengulas panjang berhubung kenyataan Dr Mahathir itu sebaliknya berkata, perkara itu harus diserahkan kepada perwakilan untuk membuat pemilihan dan penilaian.

Beliau berkata, pengalamannya sebagai pemimpin Umno, termasuk sumbangannya selama ini serta kedudukan sebagai seorang daripada Naib Presiden parti akan digunakan untuk terus berkhidmat dan berjuang.

Muhammad pula ketika dihubungi bagi mengulas kenyataan Dr Mahathir itu juga enggan memberikan sebarang komen berhubung perkara berkenaan dan menyerahkan kepada perwakilan untuk menilai kemampuannya memikul tanggung jawab berkenaan
TB - BiASALAH , JIKA DI MATA TUN YANG LAYAK MUKHRIZ SAHAJA , ORANG LAIN SEMUANYA TAK LAYAK.

1 comment:

kluangman said...

Berita putarbelit mana yang awak baca ni, Tun tidak pernah memberi pandangan sedemikian.