Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Saturday, October 11, 2008

Abdullah harap penuhi janjinya sebelum Mac depan - Malaysiakini

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang mengumumkan untuk tidak bertanding jawatan presiden Umno pada pemilihan parti Mac tahun depan, berharap untuk memenuhi semua janjinya termasuk melaksanakan beberapa pembaharuan dalam kerajaan dalam masa lima bulan akan datang.
“Saya sentiasa mahu melihat semuanya diselesaikan, tenteram balik, yang sentiasa menjadi harapan saya, dan jika apa sahaja yang telah saya lakukan boleh menyumbang kepadanya, saya gembira. Jika tidak menyumbang kepada itu, apa yang saya boleh buat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Gerakan Nasional ke-37 di Menara PGRM, di Ibu Negara hari ini.
Abdullah ditanya, jika beliau boleh memenuhi janjinya untuk beberapa pembaharuan yang dicadangkan termasuk menubuhkan sebuah Suruhanjaya Anti-Rasuah sebelum menyerahkan kuasa kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Mac, tahun depan.

Pada masa yang sama, Abdullah, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), berkata beliau akan meneruskan tugasnya sebagai Perdana Menteri.
“Saya ada kerja untuk dilaksanakan, saya akan buat apa yang saya mahu buat.

Saya buat keputusan dan saya akan teruskan keputusan saya,” kata beliau.
Mengenai pembangkang yang sering memperkatakan kepimpinan beliau dan mengambil alih kerajaan BN melalui undi tidak percaya di Parlimen, katanya
“Saya di sini bukan untuk beritahu sama ada mereka akan lakukan atau tidak, kita semua tahu kelakuan pembangkang.”

No comments: