Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Sunday, September 14, 2008

Zahid: Jangan sentuh isu agama - Malaysiakini

"Jangan sentuh isu berkaitan dengan agama", demikian nasihat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata sebarang kenyataan yang menghina mana-mana agama boleh menimbulkan kekecohan.

zahid hamidi 02"Sama ada melalui blog atau mana-mana forum, ia boleh menimbulkan kemarahan mana-mana kaum," katanya kepada pemberita di Kota Bharu semalam.

Beliau berkata penahanan mana-mana individu mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bertujuan menghindarkan berlakunya salah laku yang boleh menjejaskan hubungan kaum tanpa mengira mana-mana kaum.

"Saya yang pernah ditahan mengikut ISA memahami dengan mendalam pentingnya akta itu dikuatkuasakan di negara ini walaupun ada pihak membantah," katanya.

Beliau mengulas penahanan penulis blog Raja Petra Kamaruddin dan ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok mengikut ISA kerana didakwa membangkitkan isu sensitif dan perkauman.

Ahmad Zahid berkata begitu juga dengan Artikel 152 dan 153 Perlembagaan Persekutuan berhubung hak istimewa orang Melayu dan Raja-raja Melayu tidak boleh disentuh bagi menghindarkan perkara yang serupa berlaku.

2 comments:

Anonymous said...

Islam jangan sentuh agama lain

Agama lain tak akan sentuh Islam

Hormati orang lain, dan anda akan dihormati

Anonymous said...

Enc Zahid, Teresa Kok did not sentuh isu agama. Even the Masjid involved in the issue has denied her involvement. Now as a good muslim in this holy month, the guidance of the faith is for you to practice kindness, tolerance, fairness, equality and humanity towards others. So as a goodmuslim, are you going to voice out the injustice being done to a fellow human being who is being arrested based on lies? I think you will be one of the great muslims if you do so!