Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Sunday, September 28, 2008

Wanita Umno Sabah Sokong Pelan Peralihan Jawatan Antara Rafidah Dan Shahrizat - Malaysiakini

Pergerakan Wanita Umno Sabah menyokong dan akur dengan keputusan pelan peralihan jawatan oleh Ketua Wanita Umno Malaysia Tan Sri Rafidah Aziz kepada Naib Ketua, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada Jun 2009.

Ketuanya senator Datuk Armani Mahiruddin berkata Wanita Umno Sabah berpendapat sebarang bentuk pertandingan bagi jawatan tersebut semestinya akan melemahkan Wanita Umno daripada peringkat atas sehinggalah ke akar umbi.
"Apa yang kita mahu adalah menentukan Wanita Umno mantap, ada perpaduan sebab kita terpaksa menghadapi pelbagai cabaran hari ini jadi perlu ada kepimpinan Wanita yang teguh dan bersatu suara," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Pergerakan Wanita Umno Sabah, di Kota Kinabalu malam tadi.
Armani berkata mesyuarat pergerakan itu dengan sebulat suara menerima keputusan yang dicapai mengenai peralihan jawatan itu.

Beliau meminta bahagian-bahagian Wanita Umno yang bersidang nanti supaya menerima keputusan yang telah dipersetujui semua Exco Wanita dalam mesyuarat lalu serta pelan peralihan jawatan tersebut.

No comments: