Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Monday, September 15, 2008

Umno Sungai Siput bantah pelan peralihan kuasa diputuskan melalui bahagian - Malaysiakini

Umno Bahagian Sungai Siput membantah keras pelan peralihan kuasa daripada Presiden parti Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak diputuskan melalui bahagian Umno kerana ia mengenepikan keputusan yang dicapai pucuk pimpinan parti sebelum ini.

Ketua Umno Bahagian itu Datuk Ahamad Pakeh Adam berkata pelan peralihan kuasa yang dijadualkan pada 2010 perlu dipatuhi kerana ia telah dipersetujui di semua peringkat dan tidak perlu dibangkitkan lagi.
“Kami telah diberi taklimat mengenai tarikh berkenaan dan dipersetujui pada tahun 2010 nanti tidak ada pertandingan untuk membolehkan Datuk Seri Najib Tun Razak dipilih sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri.

“Jadi mengapa sekarang timbul pula suara supaya peralihan itu ditentukan oleh bahagian?,” katanya kepada pemberita di Ipoh, hari ini.
Beliau berkata sekiranya ada perbezaan pendapat di kalangan pucuk pimpinan Umno, ia sepatutnya dirunding di peringkat dalaman parti bukan membuat kenyataan terbuka di media.

Mengikut pelan peralihan kuasa itu, Abdullah akan menyerah jawatan Perdana Menteri, Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden Umno kepada Najib pada Jun 2010.

1 comment:

Go!Malaysian... said...

View Live From Kelana Jaya!!!

I will Keep Update The News!!!



LIVE FROM KELANA JAYA - CERAMAH 916 HARI MALAYSIA