Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Thursday, September 11, 2008

Umno Pulau Pinang terima keputusan Umno Malaysia

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Abdul Rashid Abdullah berkata Umno Pulau Pinang menyifatkan keputusan itu dibuat demi kepentingan semua pihak.
"Umno Pulau Pinang menerima keputusan itu dan pada saya Umno Malaysia telah ambil keputusan itu mengikut keperluan dan kepentingan semua pihak," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata sebarang tindakan lanjut akan dilakukan setelah meneliti keputusan yang dibuat itu.

Bagi MCA Pulau Pinang, Timbalan Pengerusi MCA negeri, Lau Chiek Tuan berkata keputusan yang dibuat itu adalah untuk kestabilan politik negara.
"Saya rasa keputusan dibuat untuk memastikan kestabilan politik dan persefahaman antara kaum di negara ini," katanya yang mahu keputusan itu diterima semua pihak.
Beliau berkata apa yang berlaku itu seharusnya dijadikan pengajaran oleh semua pihak bagi memastikan perkara seumpama itu tidak berulang.
"Perkara yang berlaku boleh merosakkan ketenteraman awam dan tindakan terhadap Ahmad membuktikan parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) menghormati antara satu sama lain," katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semasa mengumumkan keputusan MT mengantung keanggotaan Ahmad berkata kenyataan dan tindakan Ahmad yang menimbulkan keresahan dan bantahan daripada partiparti komponen Barisan Nasional (BN) adalah serius.

Pada satu ceramah 23 Ogos lepas dalam kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh, Ahmad didakwa menyebut bahawa masyarakat Cina adalah pendatang di negara ini dan tidak layak menuntut hak yang sama.

Kenyataan itu telah menimbulkan kemarahan pemimpin Gerakan dan MCA yang menuntut Ahmad meminta maaf secara terbuka tetapi Ahmad enggan berbuat demikian.

No comments: