Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Wednesday, September 17, 2008

Timbalan Menteri dakwa cuba disogok sertai pembangkang - Malaysiakini

KUALA PILAH - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Hasan Malek berkata beliau pernah ditawarkan wang dan jawatan sekiranya meninggalkan Umno bagi menyertai pembangkang.

Malah, kata Ahli Parlimen Kuala Pilah itu, beliau masih dipujuk walaupun tawaran itu ditolaknya kerana beliau mempunyai maruah.

“Bagi saya, jawatan bukanlah sesuatu yang boleh dijual beli dengan sewenang-wenangnya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Motivasi Pelajar anjuran bersama Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Pejabat Pelajaran daerah di sini semalam.

Beliau berkata individu terbabit beranggapan bahawa orang Umno mudah dibeli.

“Saya akan tetap setia bersama Umno,” katanya.

5 comments:

Anonymous said...

SATU LAGI PROJEK PENIPUAN KERAJAAN BARISAN NASIONAL.......

KENAPA TIDAK REPOT POLIS

Nordin said...

Peralihan kuasa dari BN kepada Pakatan Rakyat ini adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkan. Dengan izin Allah ia pasti akan berlaku. Bilangan wakil rakyat yang menyokong Pakatan Rakyat telah mengatasi BN. Cuma persoalan sekarang apakah Pak Lah telah bersedia untuk menyerahkan kuasa.

Sekiranya Pak Lah menyahut seruan Anwar untuk berunding bagi mengatur peralihan kuasa secara teratur dan hormat, maka beliau akan dilihat sebagai gentlement dan negarawan yang mengutamakan kesejahteraan rakyat dan negara. Kerana buat masa ini beliau tidak mempunyai formula untuk membaikpulih keadaan negara. Keadaan ekonomi, sosial dan politik negara akan bertambah suram dan tidak ada petunjuk ke arah pembaikan. Tindakan terhormat baginya adalah meletak jawatan.

Tetapi sekiranya, beliau memilih untuk melayan egonya untuk mempertahankan kedudukan sebagai Perdana Menteri, maka beliau sebenarnya memilih jalan yang akan mengaibkan dirinya sendiri. Risikonya beliau akan ditentang secara kasar. Apabila itu berlaku, kesan dari pemerintahannya akan diteropong dan diselebek. Selepas itu apakah yang akan berlaku kepada dirinya, anaknya, menantunya, ipar duainya dan rakan kroninya kita serahkan kepada rakyat untuk menentukannya.

Apa yang boleh dilakukannya hanya sekadar melengahkan saja tapi tidak akan dapat menahan Pakatan Rakyat dari mengambil alih kuasa. Its inevitable!

Apabila itu berlaku, mari sama-sama kita lihat sejauh mana ahli parlimen Kuala Pilah akan berpegang dengan kata-katanya!

Anonymous said...

Pelik betul ye sesetengah rakyat malaysia ni...terlalu taksub terhadap sesuatu...sehinggakan apa saja yang dikatakan DSAI adalah benar ..dan apa saja yang dikatakan oleh kerajaan semua salah... fikirkan lah dengan mata hati dan akal fikiran yang logik...jangan sekadar mengikut emosi...dah terang-terang DSAI dah menipu semua rakyat malaysia... sejak lepas 8 mac sehinggalah sebelum 16 Sep, dia dengan yakin mengatakan akan jadi PM... tapi terbukti tak jadi...tak ke menipu namanya tu...
satu lagi ..dia dengan yakin mengatakan dia saja yang mampu memulihkan ekonomi negara...SATU LAGI PENIPUAN... dengan masalah ekonomi yang bukan saja dihadapi oleh malaysia tapi satu masalah global... bukan mudah bagi mana mana pemimpin untuk membuat perubahan dengan sekelip mata... berjanji memang mudah ..tapi melaksanakan belum tentu... cuma berjanji supaya rakyat termakan dengan gula gula manis yang diberikan...bila tak mampu nanti ...baru cari idea macam mana nak bagi alasan...yang peliknya ramai rakyat malaysia percaya...

Orang kata rakyat malaysia dah matang berpolitik...tapi sebenarnya tak... cuba bandingkan dengan negara maju ...bila pilihanraya berakhir...kerajaan yang telah dipilih..akan diberi mandat untuk memerintah tanpa gangguan dari pembangkang... life goes on as usual... continue the work, stop politicking until next GE... tapi kita tak malaysia... lain pula jadinya...tak matang langsung...pilihanraya dah berlalu... kerajaan sudah dipilih oleh rakyat....tup tup... pembangkang tak boleh terima kenyataan...dan kata kononnya ini kemahuan rakyat ...common la.. rakyat dah pun memilih dalam pilihan raya... jangan nafikan itu..please respect the people vote... ini yang dinamakan demokrasi....

Anonymous said...

Dear Anon 7:37,

It is true leaders should work for the development of the state after GE and stop politicking.

Just get your fact right first. Who started the War? Ones who started the war but fail to end it, it just as useless. Like US in Iraq.

Started with Tourism Ministry, then what, cancellation of planned project, then what, pig issue that was initial BN's plan, then what, latest ISA crackdown?

So many things started by the weakening government itself led by the useless UMNO politicians. Or i would say the DYING UMNO...

So get your facts right.

DONT JUST AGREE WITH WHAT THE GOVERNMENT SAYS. Jangan jadi anak itik. Ikut saja yang depan..

Anonymous said...

KISAH BENAR !
LEMAS , TERDESAK DAN MATI AKAL ! Itulah situasi sebenar UMNO/BN hari ini. Jika tidak kerana penyalah gunaan kuasa,wang rakyat,media,pihak berkuasa dan SPR , COMFIRM UMNO/BN terkubur dan hilang kuasa dah! mereka sendiri yg menidakkan demokrasi tapi pandai bersilat lidah ttg demokrasi...heey! Rakyat tahu la..selama ini yang bijak menipu hanya golongan penguasa umno/bn sebab nak pertahankan harta dan kuasa ! itu REALITYNYA !BUKAN HANYA PANDANGAN PERIBADI !...

SOLAT TAUBAT DAN MOHON ALLAH BUKAKAN PINTU2 HATI KAMU YG DITUTUPI DEK KRN TINDAKAN SYAITAN2 DI SEBALIK UMNO/BN.