Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Tuesday, September 23, 2008

Siapakah pilihan bahagian? - Malaysiakini

umno 2007 tengku razaleigh ku li 081107Apakah selepas 20 tahun, kita bakal menyaksikan ketua Umno Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah sekali ini layak bertanding merebut jawatan presiden Umno Disember ini?

Dua dekad lalu, dalam pemilihan Umno tahun 1987, beliau mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad bagi jawatan presiden Umno tetapi tewas dengan 43 undi.

Semalam, bekas menteri kewangan itu yakin beliau akan mendapat pencalonan yang cukup untuk bertanding jawatan presiden Umno Disember ini.

Pastinya, keyakinan beliau itu berdasarkan kepada maklum balas dari pihak bahagian yang akan mula bermesyuarat selama selama sebulan mulai 9 Oktober depan.

Bekas naib presiden Umno itu yang lebih popular dengan panggilan Ku Li, meluahkan keyakinannya itu dalam sesi dialog dengan beberapa pengendali blog di kediamannya di ibunegara malam tadi.

Tetapi yang menjadi persoalannya sekarang ialah siapakah pilihan pemimpin akar umbi, khususnya bahagian, untuk menerajui pucuk pimpinan Umno dalam menghadapi cabaran yang cukup besar.

Pastinya, matlamat utama mereka ialah untuk memperkukuhkan kembali Umno yang menjadi tulang belakang Barisan Nasional (BN) yang gagal mendapatkan majoriti dua pertiga di Parlimen dan kehilangan lima negeri kepada pembangkang selepas pilihanraya umum lalu.

No comments: