Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Wednesday, September 24, 2008

Siapa pilihan Zahidi sebagai regu.? - Malaysiakini

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis Datuk Zahidi Zainul Abidin, yang berhasrat bertanding Ketua Pemuda Umno dalam pemilihan parti Disember ini, berharap dapat berganding dengan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim, yang berhasrat merebut jawatan naib ketua.

zahidi zainol abidin"Saya paling selesa untuk bekerja dengan Razali dalam menjalankan misi penting untuk membawa Pemuda ke landasan yang betul dalam mencorakkan politik negara,” katanya

Zahidi ialah antara empat calon yang mengumumkan hasrat merebut jawatan yang dikosongkan oleh Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, demikian menurut Bernama.

Tiga lagi ialah Anggota Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Mahathir, bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Khir Toyo dan Naib Ketua sekarang Khairy Jamaluddin.

Dua hari lalu, Razali, 38, yang juga Ketua Pemuda Umno Johor, menawar diri bertanding jawatan naib ketua.

Selain Razali, yang turut menawarkan diri bertanding jawatan naib ketua ialah ahli exco pergerakan itu Datuk Reezal Merican Naina Merican.

No comments: