Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Thursday, September 25, 2008

Saya hanya jalankan tugas Timbalan Menteri, kata Murugiah - Malaysiakini

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator T Murugiah hari ini menjelaskan beliau hanya menjalankan tugasnya sebagai seorang timbalan menteri dan tidak berniat mencampuri urusan kementerian lain.
“Saya hanya menjalankan tugas yang diberikan kepada saya selaku timbalan menteri yang bertanggungjawab menjaga portfolio Biro Pengaduan Awam (BPA) dan tidak berniat mencampuri urusan kementerian lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Murugiah berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar yang menyifatkan tindakan beliau (Murugiah) mengarahkan pegawai BPA mendapatkan maklumat terperinci mengenai menu dan peruntukan makanan bagi seseorang tahanan dalam lokap dalam sehari, seolah-olah mencampuri urusan kementerian lain.

Sebelum itu, Murugiah mengadakan pertemuan dengan Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teresa Kok berhubung dakwaan anggota pembangkang itu yang hanya diberikan dua biji telur rebus, timun dan kuah semasa ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Murugiah berkata menjadi tanggungjawab BPA menjalankan siasatan serta menyelesaikan apa-apa tuduhan yang dilemparkan terhadap mana-mana pihak, termasuk kerajaan.

Menurut statistik BPA, sehingga Ogos biro itu menerima aduan paling banyak daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) berbanding dengan 28 kementerian lain.

2 comments:

Go!Malaysian... said...

Soalan Matematik Mudah...

Harga minyak di bulan September kira kira 1 barrel = USD$ 105.00

USD$1.00 = RM3.45
1 barrel = 158.9873 litres
maka harga 1 liter minyak sebenarnya
US$ 105 X 3.45 / 158.9873 = RM2.27/litre

Mana pergi RM0.18 dan subsidi RM0.30???

Dipetik dari...

http://gomalaysian.blogspot.com/2008/09/malaysiakini-bagaimana-kerajaan-kira.html

abdullah said...

Kalo mau beli dalam barrel, nggak apa-apa, cuma bila masuk minyak mentahnya dalam enjin, boom! asap-asapnya keluar.

Sudah tentu crude oil itu lebih murah daripada minyak yang sudah diproses termasuk penapisan yang agak mahal, tergantung betapa "manis" atau "ringan" minyak mentah itu. Cuba digooglekan "light sweet crude oil".

Tapi enak juga perhitungan saudara yg diberikan ini. Sekiranya saudara dapat maklumat yang lebih lanjut mengenai harga pemprosesan sila di-sharekan kepada semua.