Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Wednesday, September 17, 2008

Rebutan Jawatan Ketua Pemuda Mula Panas !! - Malaysiakini

Semalam , sekali lagi Khir Toyo mengumumkan bahawa beliau akan bertanding untuk merebut kerusi ketua pemuda UMNO yang akan di kosongkan oleh Datuk Seri Hishamuddin pada pemilihan UMNO yang akan datang setelah Mukhriz sebelum ini sekali lagi mengumumkan untuk bertanding kerusi yang sama beberapa minggu yang lalu .Hari ini Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khiary Jamaluddin juga telah mengumumkan menwarkan diri untuk bertanding sebagai ketua pemuda UMNO kerana selaku Naib Ketua Pemuda UMNO beliau sememangnya layak untuk menawarkan diri untuk bertanding sebagai Ketua Pemuda UMNO untuk mengisi kekosongan yang akan di tinggalkan oleh Hisham.

Selain Khairy ,Khir Toyo , Mukriz nama seperti Zahidi Zainul Abidin dan juga Azimi Daim juga dikatakan telah menawarkan diri untuk merebut kerusi yang sama dan nampak gaya pertandingan kali ini nampaknya akan menjadi begitu panas apabila pertandingan yang akan dipenuhi dengan berbagai muslihat dan matlamat. Apabila pertandingan di sulam dendam maka batasan tidak mungkin akan dapat terkawal . Mukhriz anak kepada Tun mempunyai agenda khusus , dendam keluarga untuk menjatuhkan Khairy Jamaluddin kerana ayahnya Tun sememangnya berdendam dengan Perdana Menteri keatas isu jembatan bengkok sementara itu Khir Toyo selain dari membuat survival kerjaya dalam politik beliau juga menyimpan dendam politik terhadap Khairy yang dikatakan sebagai penyumbang kepada terlepasnya kerusi Menteri Besar dan negeri Selangor. Pertandingan ini akan menjadi satu pertandingan yang paling kotor apabila peperangan secara peribadi akan berlaku dan buktinya jika kita baca sebuah laman web yang pro Tun dan juga dibiayai oleh Khir Toyo hari ini telah mula menyerang Khairy Jamaluddin secara peribadi, Khir Toyo bekas menteri besar Selangor yang bertanggungjawab atas kehilangan negeri Selangor kepada pembangkang dan juga hilang kerusi Menteri Besar Selangor sepatutnya menawarkan diri sebagai Naib Presiden UMNO terpaksa menarik “reverse gear” dan hanya akan bertanding untuk merebut Ketua Pemuda kerana merasakan tidak cukup kekuatan untuk bersaing bagi merebut kerusi Naib Presiden UMNO kerana tewas dan Selangor tergadai ketika PRU12 yang lalu.

Sebaiknya Khir Toyo perlu menyingkap kebelakang untuk melihat betapa pula isu-isu yang boleh dimainkan oleh orang lain sebelum dia memulakan menyerang secara peribadi kerana beliau juga tidak mempunyai track record yang baik di zaman pemerintahan beliau ketika menjadi Menteri Besar dahulu. Serangan yang dilakukan terhadap lawan seolah-olah mengundang dirinya ditelanjangkan kembali dengan isu-isu kentraversi ketika beliau menjadi Menteri Besar dahulu.

Khir Toyo telah mengarahkan penulis laman web berkenaan untuk memukul gendang perang bagi menyerang keperibadian Khairy secara habis-habisan dan akan bermulalah episod kotor dalam pemilihan ketua pemuda UMNO ini, kita tunggu sahaja apabila laman web ini akan terus menyerang Khairy Jamaluddin secara konsisten sebagaimana yang pernah dilakukan oleh laman web Raja Petra sebelum ini. Khir akan melakukan apa saja untuk memastikan beliau akan berjaya menawan kerusi Ketua Pemuda UMNO. Tidak keterlaluan jika kita katakan bahawa beliau “desperado” untuk memenangi kerusi ini bagi dirinya .
Antara sebahagian dari isu yang akan dihadapi oleh Khir Toyo adalah seperti :

Isu penyapu adalah isu yang paling menghantui Khir Toyo dalam kerjaya beliau sebagai ahli politik apabila keputusan yang di katakan paling bodoh pernah dilakukan oleh mana-mana ahli politik khususnya orang Melayu. Isu ini masih bermain dan menjadi ingatan rakyat seluruh Malaysia khususnya rakyat Selangor yang terasa begitu malu dengan tindakan Khir Toyo memberikan penyapu kepada pegawai Majlis Perbandaran.

Isu pencerobohan kampung setinggan dan juga pengambilan alih tanah setinggan secara paksa di Selangor seperti di kampung Berembang untuk dimajukan oleh Syarikat kroni masih bermain dalam ingatan kususnya rakyat Selangor yang terus menghukum Khir Toyo dan akibatnya Selangor tewas dan jatuh ke tangan pembangkang. Ketika ini Khir Toyo yang mempunyai kuasa tidak langsung mahu berkompromi dengan sesiapa sahaja kerana pada masa itu mungkin beliau merasakan bahawa beliaulah yang paling berkuasa.

Isu berwajah ayu.itu juga telah menjadi satu isu yang besar di Malaysia, isu yang tidak sepatutnya berlaku , sebagai seorang lelaki , mengapa Khir Toyo mahukan seraut wajah yang halus dan ayu. Bagaimana nanti jika seorang Ketua Pemuda UMNO berwajah Ayu, Sekarang tidak lah lagi kerana masalah politik dan kerjaya, nanti jika berjaya menjadi Ketua Pemuda tentu beliau mahukan keayuan itu lagi.

Isu penyalahan kuasa juga banyak diperkatakan dan mungkin apabila tercetusnya perang saraf memburukan sesama sendiri yang berlaku antara calon-calon mula dimainkan dan masing-masing cuba mendedahkan keburukkan calon-calon yang akan bertanding maka akan berlakulah satu pertandingan yang kurang sihat. Adalah lebih baik calon-calon yang bertanding , bertanding secara professional dan menumpukan kepada kekuatan masing-masing dan menghidangkan kepada perwakilan apakah visi masing-masing bagi membawa pemuda UMNO ke satu tahap yang dihormati dan disegani kerana pemuda mahu tahu , siapakah pemimpin yang benar-benar layak memimpin sayap muda UMNO ini.
Siapa yang bertanding tidak penting , sama ada menantu Perdana Menteri , anak mantan Perdana Menteri atau Bekas Menteri Besar Selangor atau sesiapa sahaja yang penting mereka perlu membuktikan bahawa mereka boleh memimpin sayap muda UMNO ini untuk kebaikan parti dan UMNO sendiri kerana mereka semua adalah ahli UMNO. Sebaik-baiknya beradulah dengan memaparkan kelebihan masing-masing dan bukan untuk mengaibkan orang lain.

No comments: