Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Monday, September 15, 2008

Perlukah kita jadi sampai macam ini? - Malaysiakini

OLEH : SYAHRIL A. KADIR
AKU bukan seorang wakil rakyat apatah lagi seorang Perdana Menteri untuk memikirkan kekalutan yang menyelubungi negara kita ketika ini

tapi api perkauman yang semakin menyala sejak akhir-akhir ini begitu menggusarkan aku.

Aku semakin meluat bila ada orang Melayu tak habis-habis bersandar kepada kenyataan ‘Ketuanan Melayu’, aku semakin benci bila ada orang Cina melaungkan slogan ‘Malaysian Malaysia’ dan aku semakin menyampah bila ada orang India dok menjerit ‘Makhal Sakkti’

persetankan segala slogan!

Orang Melayu kalau mahu terus jadi Tuan perlu berusaha bersungguh-sungguh dalam semua bidang terutama ekonomi, orang Cina kalau mahu konsep Malaysia Malaysia mesti belajar menghormati kontrak sosial yang telah lama dipersetujui, orang India kalau mahu kuasa mesti sanggup memperbaiki diri, begitu juga Iban, kadazan, Bidayuh, Melanau dan kaum-kaum lain

Percayalah, kita tidak akan menjadi Tuan kalau asyik hisap dadah, kita tidak akan menjadi Taiko kalau asyik main judi dan kita tidak akan jadi Rajinikanth kalau asyik minum todi!

Ingatlah walau apa nama kita, walau apa Tuhan yang kita sembah, walau apa fahaman yang kita junjung, penghujungnya kita semua adalah manusia yang diberi akal dan mempunyai darah yang sama warnanya

Jangan sampai seperti gambar di atas, yang ‘anu’ nya dipotong dilepas, yang ‘anu’ nya berselaput ditembak mati

Calon Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama dalam ucapannya di depan 80,000 orang dalam satu perhimpunan dekat Denver pada 29 Ogos lalu ada menyebut,
“America, we cannot turn back. We cannot walk alone. Not with so much work to be done.”
Begitu juga Malaysia. Kita tidak boleh berpatah balik. Kita tidak boleh jalan berseorangan. Banyak lagi tugas yang perlu kita selesaikan.

Hidup Malaysia, Hidup Rakyatnya.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

No comments: