Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Tuesday, September 23, 2008

Penyanyi kontroversi Negaraku dipanggil polis - Malaysiakini

Pencipta dan penyanyi lagu Negarakuku yang menimbulkan kontroversi kerana ia dibuat mengikut rentak rap dan mempunyai unsur yang dikatakan menyentuh sensitiviti umat Islam, Namewee atau nama sebenarnya, Wee Meng Chee, pagi Selasa memberi keterangan kepada polis di Bukit Aman.

Meng Chee yang baru kembali ke tanah air setelah menamatkan pengajiannya akhir bulan lalu tiba di Bukit Aman dengan diiringi oleh bapanya, Wee An See dan peguamnya.

Perayaan sempena sambutan kemerdekaan ke-50 negara tahun lalu tercemar dengan kontroversi yang ditimbulkan oleh Meng Chee apabila menyiarkan klip video lagu kebangsaan yang dinyanyikannya dalam rentak rap itu di laman web YouTube.

Malah lebih hangat lagi apabila liriknya turut mententuh sensitiviti umat Islam termasuk menyamakan azan subuh sebagai sesuatu yang mengganggu dan pada masa yang sama lirik itu dinyanyikan gambar ayam berkokok ditayangkan.

Selain itu lirik lagi berkenaan juga turut menyentuh mengenai isu perkauman apabila menggambarkan orang Melayu sebagai pemalas tetapi menguasai pentadbiran kerajaan.

No comments: